LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow
Showing posts with label my travelogue. Show all posts
Showing posts with label my travelogue. Show all posts

October 13, 2014

Short trip to Swiss Garden Damai Laut

Weekend baru ni kami saja je berjalan ke Damai Laut, stay kat Swiss Garden Inn Resort & Golf Club..
Unplanned.. Tiba2 on the spot je book bilik dan terus packing.. Damai Laut ni atas sikit je dr Manjung.. 
Kira-kira dalam sejam setengah je dr rumah kami..


Check in hotel.. Seronok bukan main dia..  satu bilik dia tawaf beberapa kali
Kami check in pun dah lewat, memang full house resort ni.. sebab ada company macam buat family day je.. sebab banyak bas persiaran yang park... 

Lepas check in tu kami keluar balik cari makan sambil window shopping kat Aeon Seri Manjung... balik pun dah Maghrib... memang ingat esok jela round kawasan.. huhuhu



Esoknya, gi breakfast dulu.. breakfast memang terbaikkkk... sedap2 sume... hehehe...



Depan pool ada mini playground... kat sini ada 3 pool.. 2 kecik dan satu yang besar.. tapi sayangnya, tak banyak amik pic pun... huhuhu..



depan pantai.. masa ni kat Gayam seafood restaurant & bar.. pantai dia biasa-biasa je..  ada dua entrance ke pantai, satu direct dari pool, satu lagi dari bilik


view dari balkoni bilik kami.. bilik kami aras ground.. so tak nampak sangat pesisiran panta
i   


yang ni time dah check out.. ni area golf club.. berdepan dengan apartment2 swiss court..
rasa macam short sangat masa kat sana.. memang tak sempat berendam dalam kolam pun... lenkali kena plan betul-betul ni...


bye2.. ada rezeki kami datang lagi...






January 10, 2013

short trip to Cameron Highland

Pada tanggal 26/12 kami telah berkunjung ke Cameron Highlands.. ecece.. sebenarnya unplanned... 
see.. banyak yang unplanned kan.. sebabnya kan 24hb tu Kelantan banjir.. mesyuarat sekolah pulak 28hb.. so bila 25hb dah start reda, kami decide nak gerak ke Perak pada 26hb.. takut nanti kalau tetiba hujan pulak, sangkut abis la..

so, gerak la pagi 26hb, masa lepas dari Blue Valley ( kami dari Gua Musang) MBB tanya nak singgah tido Cameron tak?? harusla nak kan... eventhough cameron ni memang laluan rutin saya balik dari Perak ke Kelantan, pergi berdua dengan MBB memang tak sama.. (gatal!!) lagipun tak pernah bermalam pun kat sini..
before this, setakat singgah beli2 apa yang nak then teruskan perjalanan.. paling lama pun singgah kebun teh tepi jalan tu haa.. 

Kami sampai dalam pukul 12 lebih.. stay dekat IRis House Hotel..  betul-betul kat Brinchang.. rate dalam 150++.. sebab bukan public holiday dan bukan weekend... dan juga check in before pukul 1.. 
kalau check in lepas pukul 1, harga lain..


hotel belakang kami.. :)
bilik ok la.. ada balkoni.. yang bila bukak pintu, menyerbu angin dingin ke tulang huhuhu..
lepas settle barang semua, kami jalan je cari makan kat bahagian atas..
betul2 depan SJK(C) Brinchang, ada kedai nasi kandar 24 jam mamak punya..
settle makan, kami pusing2 pekan brinchang..
banyak barang2 macam magnet, payung, keychain murah2 kat kedai2 kecik area sini..

lepas tu terus jalan2 ke pasar malam brinchang.. beli cendawang goreng (slurpppp, sedapp!!), strawberi ( benda wajib beli!!) dan strawberi salut coklat(nyum3!!)
lepas tu terus masuk pasar brinchang balik, 
dan kami makan


 sate kambing!!


sedap sangat, rangup dan tak rasa kambing pun... nama kedai tu Highlands Satay.. ce try kalau dtg sini.. :)

petang tu kami turun balik, tapi pusing kedai2 belakang shell tu je.. dahla ujan lebat.. dah jadi cam cite nustan, lari2 dalam hujan..


malam tu kroh3, sampai kesian dekat MBB, bini dia tertidur sampai tak hirau makan laki.. teruk sungguh.. terpaksa la dia dinner dengan saki baki  cendawan goreng, dan stroberi coklat.. hahaha

esoknya, kami gerak balik..
sebelum balik tu sempat lagi pergi cari sarung tangan..
sejuk wehhh.. sampai ke tulang.. so no wonders la kat sini, hotel dorang takde aircond.. :)

pink utk sy, hitam untuk MBB..
 Sempat lagi singgah kat K. Terla kejap.. beli ubi rebus dan 

Photo: Sarung tangan, strawberi coklat n ubi rebus ; selamat pagi cameron

strawberi celup coklat.. :p untuk isi perut sementara nak breakfast.. 
dan otw balik tu, setiap kedai tepi jalan tu kami singgah.. takde keje betul..
dan sampaila satu kedai ni
AVANT CHOCOLATE
syok oo.. dekorasi dia cantik.. english style.. 


pastu ada banyakkk sangat coklat, berjenis2, dan semestinya teh berbagai perisa..
benda yang baru, cendawan segera.. macam keropok.. bukak paket, terus ngap, tak payah goreng dah..
ada 4 perisa, wasabi, original, curry dan black pepper..
kami borong 5, sebab kalau amik 5 harga dia rm32. satu2 tu dalam 8ringgit++

cendawan segera.. takde pic lain lak..
see, banyak gila teh n coklat
cantik kan.. siap ada bangku.. dh macam dlm taman

oh ye, kat sini pun ada cafe tau..
feeling2 cam mat saleh.. santai petang2, order kek, minum kopi.. hahaha
kek dia memang menggoda jiwa la..
desert pun.. seb baik ingat cuaca sejuk.. kalo tak... yang paling faymes kat sini mestila kopi straw beri.. sya amik mocha, MBB amik cappucino




santai sungguh, track n tshirt je.. huhuhu
suasana luar kafe, bahagian bawah
tempat duduk ada dua, atas dan bawah. kami pilih duduk atas.. bila naik, wallawehhh, luas lagi kawasannya..

ruang cafe bahagian atas..
ada kure2, dan syiling yang sangat banyakkkk
dalam kolam ni pun banyak syiling..
 Belakang nya siap ada kebun lagi...
so bolehla lepas dendam.. since kami tak pergi point of interest kat CH ni.. sebab tau mesti ramai musim2 cuti sekolah ni
geram nak kutip, haiihhh, nanti kena denda pulak
kebun strawberi, geram tak? geram tak?
strawberi atas kepala anda.. 
buah passion fruit @ buah cinta
kebun anggur..
buah anggur!! weee...
us!
best kedai ni sebab dia macam one stop centre la..  harga pun affordable..
tak cekik darah..

kami pulak lepas tu teruskan perjalanan dengan stop satu lagi kedai last. itupun sebab tu je kedai paling hujung.. kalau tak, memang mau nye singgah lagi..
kat sana pergi makan maggi hotcup. betapa main2nya kami.. padahal magigi hotcup tu bila2 pun boleh makan.. hahaha, 
tapi syok ooo,  makan dekat atmosfera cameron highland ni rasa berbeza, nak2 dengan yang tersayang.. tak caya ce try..
ah sudah.. buat apa pun kalau berdua, konpon indah je sume kan.. :p
 dan beli aiskrim strawberi.. tapi tak sesedap aiskrim kat brinchang.. last2 aiskrim tu masuk toilet.. kwang2.. tak perlu la dibicarakan dengan detail ya.. 

p/s: beli passion fruit, tapi makan sebiji je masa MBB ada.. sekarang terbiar camtu je.. elok lagi buahnya.. tapi takde nafsu nak makan.. membazir betul

>
>

January 9, 2013

short trip to Teluk Batik & Pantai Merdeka

Meskipun kami tak ada betul-betul satu plan honeymoon.. sepanjang 6minggu cuti.. boleh kata memang berjalan jela kerja kami selain dari rutin wajib balik rumah kelantan - kedah kan.. nak buat satu entry memang tak padan sebab kebanyakannya day trip je.. so rangkumkan 2in1 jela..

Short trip ke Pantai Merdeka, Kedah masa 5.12.12..  pergi dengan family MBB.. Pantai Merdeka ni faymes  jugakla, kalau tak, takkan la orang buat lagu kannn.. kat sana menginap dekat Merdeka Beach Resort... satu chalet tu ada 2 bilik, satu bilik air.. rate, lupa.. haha, tapi ada website dia.. kalau berminat, korang leh check kat sana.. kebetulan masa kami pergi tu, ada Karnival Pantai Merdeka.. macam uptown la lebih kurang... 

Photo: Eskrem pantai merdeka
petang-petang, makan aiskrim, mengadap pantai.. memang da best la.. :p
Kat sini, air dia tak berapa cantik sangat.. sebab macam ada lumpur (kot) sebab tengok ada hitam-hitam bawah dia.. dan sekeliling pantai dia dah ada batu binaan penahan ombak.. so, kalau nak jalan pesisir pantai.. kena tunggu air surut dulu, baru nampak pasir.. kalau air pasang, memang air sampai ke tebing simen tu..

Kat sini, kami tak wat pe pun, mandi kolam pun tak, mandi laut pun tak.. malam nya cuma buat BBQ je.. haha, tu pun curi-curi buat.. sebabnya ikutkan memang tak boleh memasak dalam kawasan chalet.. redah je selagi tak kena marah...
waktu pagi, air surut.. so boleh nampak pasir dan jalan2 sepanjang pantai

yang macam pulau kat belakang tu bukan pulau, tapi Tanjung Dawai..

ada satu jeti tapi taktau bekas jeti ape

ngeh2..  hanya yang dah kawin buleh try aksi ini.. :p
Kami bercuti sehari je.. esoknya, balik.. bolehla.. kenal-kenal tempat orang.. yang penting dah tinggal tapak kaki den kat sana.. hihihi

Teluk Batik, Perak masa 12.12.12 haritu.. sebab bosan duduk dekat rumah, saja jalan-jalan bawak MBB kenal (padahal diri sendiri pun tak penah jejak kaki ke Teluk Batik ni sepanjang 2 tahun duk Perak.. haha).. Pantai dia cantik tak macam Pantai Merdeka.. memang untuk mandi manda.. memang ngok jugak, pergi tempat camtu tapi sehelai sepinggang, pastu dah decide pula nak bermalam kat sana.. so malam tu dengan gigihnya pergi cari baju kat Giant.. haha.. tapi sebelum tu sempat lagi merendek ke mall baru bukak, Aeon Seri Manjung.. siap boleh gi jalan2 kat umah member lagi..





Lepas settlekan beli baju, kami terus ke hotel.. walk in guest je.. stay kat Marina Cove Resort.. dia hotel + apartment.. banyak gila blok dia.. belum lagi campur yang tengah bina.. masa mula-mula lalu tadi cam takut je nak duduk sini sebab nampak eksklusif.. dia siap ada mini taman tema air sendiri tau.. tapi rate dia 150++ je.. ada juga rate lain untuk bilik yang balkoni dan semestinya menghadap laut.. yippi!!! dulu kat sini dkenali sebagai sherwood, tapi dia dah tutup  perkataan sherwood tu.. xtau kenapa..

Photo
mini taman tema air
blok apartment + hotel
Kami stay pun sehari je.. sebab unplanned kan.. Teluk Batik dah, pasni nak try pergi Teluk Senangin pulak.. orang cakap kat sana lagi best dari Teluk Batik.. :)


>
>

September 20, 2012

Short Trip to Sg Klah Hotsprings

next day.. sebenarnya tak plan nak g mana2 pun.. sebab MBB balik haritu.. mula-mula pagi tu bawak MBB breakfast benda paling faymes kat Teluk Intan ni.  mee rebus Mastan Ghani

bergegau2 gambo..
lepas tu terus heading to Sungkai.. ETS MBB pukul 2.42.. tapi sampai kat sana pukul 12pm.. sighh.. lambat lagi.. so pergi makan dulu.. lepas g makan, baru pukul 12.30.. last2 pusing-pusing, round2, decided pergi ke 
Sg Klah Hotsprings..
tak jauh pun dari pekan Sungkai..
dalam 10min je..


cantik tempat dia.. tenang dalam kehijauan..
tak caye tengok gambar bawah ni..


 banyak pokok2.. redup je..
motif gambar nak tunjuk view belakang, kehijauan alam di felda hotspring.. bukan nak show off MBB..
 dah namanya hotsprings, opkos la kolam air panas dia punye attraction.. kolam terbuka, kolam refleksologi,
private jacuzzi, pun ada kolam mengikut suhu, pilih je yang mana berkenan di hati anda.. =)

tempat merebus telur.. full boiled makan masa 7min je..
ni dekat kolah 42-50 drjah celcius.. nampak tak buih2 timbul disekeliling batu tu?

ada satu sumber tu, suhu dia 100 darjah, betul ke x, tktau sebab tak cucuh tangan pun kat situ.. hehe..
ade binaan bertingkat untuk jalan-jalan,  mini waterfall. kegunaannya? ntahla. tengok orang duk keliling je ..  kredit pic: google.. tak snap pun kawasan ni

 kat sini pun ada waterpark.. dan masa haritu, memang penuh gila...
kalau nak banding kemeriahan sini dengan Lost World Tambun, sini berganda2 jauh lebih meriah dan ramai pengunjung..

mountain spring pool - lalu je sini.. tengok2 je.. ramai sangat orang.. pun lupa nak snap.. cilok pic kat gugle
 

therapeutic park
hotsprings pool

kami cuma masuk dua kolam je, satu yang 30 darjah lebih, satu lagi yang 42-50 darjah celsius..
tapi saya tak tahan yang kolam kedua tu.. surrender.. MBB je yang tahan..


ni kolam yang suhu 42-50 darjah celsius
 

entrance fee.. RM12 per person..
satu getaway yang agak menarik.. nak lagi syok, duduk dekat felda residence.. =)

>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...