LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

July 4, 2011

back to normal again....


MBB dah masuk hutan, adik pun dah naik bas, balik rumah...
naik cuti hari tu bawak dia sekali sebab mintak tolong dia untuk pindah rumah
ni pun dia terpaksa balik sebelum tamat 'edah' perjanjian dengan saya sebab nak uruskan perjanjian biasiswa KPM...
sepatutnya dia stay selama sebulan.. tapi tak apala, benda tu lagi penting.. =)
sekurang-kurangnya  lega, sebab dah tak perlu pinjam PTPTN lagi,
posting dia pun terjamin... okla tu kan..
my life officially back to normal again.. 
mengadap laptop, tv dan dinding.. hahaha
tapi nasib baik tv dah ada astro.. hihihi, MBB bagi..
panjang kisahnya disebalik astro tu.. =p
lagipun motif sebenar dia langgan hanya untuk 2 bulan je, sebab housemate dia bercuti untuk 2 bulan, so dia bawak balik sekali kad astro,
disebabkan itu ajela cara nak tau perkembangan kat luar, sekurang-kurang  boleh tengok berita, nak harapkan paper, memang kat bandar pun, paper untuk hari tu, adalah 2 hari yang sebelumnya... so kalau nak tau berita hari ini, memang kena tunggu paper lusa la...
so MBB pergila langgan, bila dah siap daftar semua, housemate dia datang bagi kad astro sebab takut dia bosan...
aduiii, MBB cakap memang dia buat keje bodoh petang tu..
dia offer dekat Amali, dan dia nak, tapi lepas seminggu dia taknak..
mungkin sebab housemates dia semua taknak kot..
tu yang dia offer, so rezeki jangan ditolak kan... =)
padahal dia tau makwe dia ni bukan kaki tv pun,
tapi dia cakap daripada tak guna dan dia bayar bulan-bulan,
baik dia bagi makwe dia yang tercinta ni tengok...mungkin dia sedar dan takut makwe dia bosan kot.. hihihi, 
i lap u lebihh la cayang...

July 1, 2011

Selesai sudah..


Harini dah settle interview SPP
hari-hari sebelumnya dan semalam memang tido lambat sebab nak study..
semua berkait dengan isu pendidikan, teori pendidikan dan isu semasa 
KSSR, 1Murid 1Sukan, behaviorism, social, KTMB Tanjong Pagar, BERSIH
semua pulun..

tak lupa juga dari soalan yang pernah ditanya kepada mereka yang sudah di interview..
huhu, last-last yang ditanya adalah aplikasi dan bukan fakta... mungkin sebab kami dah hari yang last untuk sesi di BTPN, Tasek Damai, Ipoh..
dan interviewer tu memang cerewet..
aduh... agak sakit jugak la tapi nassib baik sejam je.
soalan pertama yang ditanya adalah
apa soalan bocor yang awak dapat??
interview sekali dengan kak ina, ana, fara dan sorang akak DPLI...
interviewer tu memang cakap slow dan tak jelas butir percakapan dia
memang kena pasang telinga betul-betul..
kami nasib baik sikit je berbanding mereka-mereka yang interview 2 hari sebelumnya, dengarnya lagi teruk dorang kena...
lepas kuar bilik tu, memang rasa lega sangat-sangat
lepas tu baru risau, lulus ke gagal..
agak sedih juga, tapi kira rezeki masing-masing..
 ada yang dapat interviewer yang masuk bilik je, dah diberi jaminan lulus, 
sepanjang sesi pun sembang-sembang biasa je,
kami memang agak tough... 
tawakkal tunggu result...T_T
doakan saya...

June 27, 2011

PPGB punye cerita lagi.

           Yeay!! dah kena pantau dengan JPN berkaitan dengan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB).. alhamdulillah, semua ok dan berjalan lancar... =))


sebenarnya dah boleh agak dia akan datang dalam entri sebelum ni kan. Pegawai yang datang tu pegawai yang sama masa kursus kat Pangkor hari tu.. dia pun ok, baik dan pada masa sama tegas.. banyak juga input yang dapat daripada dia.. tadi pun, dia check file PPGB tengok lengkap ke tak.. pastu tanya kajian tindakan dah buat ke belum, terangkan planning kajian tindakan, prosedur dan tools yang akan diguna.. huhuhu, tetiba rasa macam buat seminar pembentangan kajian tindakan IPG lak tadi.. kemudian dia check buku rekod.. tadi pun ada juga yang tak ada dan kena buat penambahbaikan, macam dalam buku rekod tak ada  tulis markah TOV murid, surat pelantikan mentor pun tak ada.. tapi rasanya tu jela yang dia tegur..  yang lain dia cakap semua ok.. alhamdulillah... tapi menjelma satu perasaan takut lepas dengar pegawai JPN bercakap, sebab rupanya mereka memang letak harapan yang tinggi pada lepasan IPG untuk bawa satu transformasi dan ledakan perubahan yang bawa kepada suatu peningkatan akademik murid dan dunia pendidikan.. besar amanah yang sebenarnya dipikul.. seram sejuk, takut tak dapat nak berikan selaras seperti yang diimpikan pihak atasan... takutttt...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...