LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

January 31, 2012

jadik mangsa

>

>

arini saya kena ganti PK KOKO untuk mesyuarat kejohanan olahraga kelompok.. okla saya tak kisah pun sebab dia pun kena iring budak pergi badminton peringkat daerah.. sebab bila pergi mesyuarat macam tu saya boleh belajar sebalik tabir sesuatu program tu daripada segi kesepakatan ahli dalam memastikan sesuatu tu berjalan lancar


tapi yang tak bestnya bila saya lak yang kena marah dan blame tentang sesuatu yang diluar bidang kuasa saya...
what the h*** la kan..  sebenarnya benda ni berkaitan dengan penganjuran badminton tempoh hari tu..  secara lebih tepat berkenaan surat iringan membawa murid.. yang dekat sekolah cakap dia tak dimaklumkan, daerah yang uruskan, entahla, saya pun tak tau salah siapa dalam hal ni kalau ikut cerita tadi rupanya daerah memang simpan dan peram surat tu.. nak bagi masa hari lawan, so silapnya cikgu sekolah tu sebab adalah sepatutnya dia dapatkan surat tu daripada pihak daerah dan uruskan kepada yang bertanding.. dan pihak daerah salahnya adalah tak bolehla peram camtu je surat tu dan bagi alasan nak bagi kat sana sedangkan perjalanan budak ke venue atas tanggunggan guru pengiring.. last2 korang terlepas, saya lak yang kena.. 

siapa pun yang salah, bagi saya tak patut condemn saya walaupun saya merupakan wakil tuan rumah pada majlis tu.. kat mesyuarat yang tak ada kaitan dengan benda tu lak tu.. lainla kalau masa post mortem ke bulehla nak kondem kaw2.. ini, kalau betul pun salah cikgu sekolah saya, kenapa perlu blame saya seolah2 saya yang bertanggungjawab buat kerja tu? kalau memang tugas dan tanggungjawab saya, saya rela dimarah seribu kali pun, ini lain orang kerja, lain orang yang kena bambu... huhuhuhu.. kalaupun nak dijadikan teladan untuk penganjuran kali ni, tak perlu kot nak beria komplen, macam nak menjatuhkan maruah sekolah kami pun ada, padahal yang slight mistake itu je, hari penganjuran clear, berjalan lancar.. kami tak condemn pun hal pengurus pasukan tak sediakan pemain untuk tugas jaga garisan.. macam2 betul.. rasa unfair sebab kena blame dan condemn atas benda yang bukan kerja kita dan di depan wakil2 sekolah lain..  rasanya kalau slow talk dan cakap baik2 kan lagi bagus lagi duk ungkit2.. just straight to the point.

kemudian ada lak sorang makhluk ni menambahkan bara di jiwa.. siap announce kat mesyuarat tu pesanan khas tuk PK KOKO saya supaya hantar laporan pertandingan dekat dia...  off record katanya dan siap mintak maaf sebab benda tu luar intipati mesyuarat...
hah, sedar pun... pe motif cik kak tu cakap macam tu?? kalau dah off record rasanya buleh je kan lepas mesyuarat tu dia bagitau saya personal.. and kalau nak tahu, cik kak tu duduk sebelah saya je.. bukan meja bertentangan atau sebatu pun.. saje mengada2... tak perlu la nak bagi semua orang tau kan..
entahla, hati manusia memang tak dapat nak diduga..
dan yang pasti, niat saya nak dapat ilmu dengan menghadirkan diri ke mesyuarat tu bawak malang pada diri sendiri. huh!

p/s: tadi sanggup tak makan tengahari sebab sekolah tu makanan dia sedap, last2 jadi macam tu, lepas mesyuarat, terus balik, takde mood nak makan. 

January 28, 2012

jom share beauty secret..


cantik kan artis2 korea, kulit dorang fuh, flawless gila... memang jeles tengok walaupun dorang tak pakai mekap macam opera cina... tak dinafikan pemakanan dan regim penjagaan kecantikan daripada kecil lagi menyumbang pada cantiknya kulit dorang.. kalau tengok dalam cerita korea pun kan, dorang memang menitik beratkan kecantikan kulit...  

setakat yang saya pakai dan try, kryolan tv paint stick memang terbukti boleh buat kulit jadi flawless
ni memang brand yang makeup artist pakai, tapi agak renyah skit nak pakai sebab kena guna span khas dia, dan lepas pakai wajib cuci betul2 muka, kalau tak, alamatnya berjerawatlah muka.. 
last sekali pakai benda alah ni masa pegi dinner last IPG, memang berkesan tapi sebab nak pakai tu cerewet, penggunaan benda alah ni memang terhad pada event2 tertentu jela.. malas nak cuci dan sental muka.. haha

motif sebenar entri ni selepas merapu adalah nak kongsi dengan korang  pasal BB Cream. Pernah dengar x? pernah try pakai??
dikatakan antara rahsia kulit2 orang korea ni nampak flawless disebabkan oleh BB cream...
untuk itu, saya telah mengetest betul ke tak BB cream ni boleh menampakkan kecantikan kulit dengan simple makeup je.. sebab yela katanya sampai berpuluh-puluh benefit tuk kulit..

saya guna maybelline BB Mousse.. harga dia rm45++... tak ingat exact price dia.... light aje texture dia.. setakat guna ni dah hampir sebulan, memang berani nak rekemen dekat orang..  memang marvelles, tak payah dah nak tempek krim bagai-bagai..
sebabnya saya susah sikit kalau nak cari barang nak pakai kat muka.. sebab sy ada penyakit Hyperhidrosis.. perpeluhan melampau... silap pilih produk jawabnya macam sembur air dekat muka, sememeh, bertampung-tampung dan muka jadi gatal gara-gara produk campur ngan peluh.. tapi guna produk ni ok, takde masalah belak-belak atau muka jadik gatal...  pun senang nak basuh, guna air je... tak perlu makeup remover atau minyak baby johnson.. kikiki

ni muka waktu pagi..

taraa, ni plak muka waktu petang, tanpa touchup walaupun secalit bedak...

tekstur wajah lebih halus, pori2 pun tak nampak sangat..
ok, saya just nak share je, tak dapat pape komisyen pun dari Maybelline.. satu lagi produk yang saya guna sekali dengan BB cream ni ialah Losyen Pelembab Hada Labo

 

secara accidentally je guna benda ni sebab dapat sample free masa beli majalah intrend... bila pakai, memang sangat syok, sebab memang sangat berkesan melembatkan kulit..
so apelagi, masuk je gaji bulan 12 haritu terus g rembat 2.. masa beli tu ada promosi dekat Watson's, beli satu rm45.50, kalau beli 2, dapat half price untuk second bottle tu..
so setakat ni, bb mousse maybelline+hada labo super hyaluronic acid moisturizing lotion memang the superb one... perfect for my skin... =))
>

>

kejohanan badminton kelompok 8

alhamdulillah, aktiviti penganjuran ni berjalan dengan lancar.. walaupun habis pukul 8 mlm.. phewww... yang paling penat, of cos la me and my mentor.. yela nak wat macam mana keringat orang muda.. tapi pe pun seronok.. 
berlangsung dekat dewan SMS Bagan Datoh,  kerjasama oleh cikgu2 sekolah yang menyertai memang dihargai sangat2 sebab skolah kami kecik.. tak cukup kaki tangan... walaupun tak ada upah, thanks kepada geng2 sama posting sebab sudi jadik umpire walaupun non stop.

orang penting

pasukan sekolah berjersi biru.. paling hebat pun dapat g suku akhir je.. huhu

dekat meja urusetia

johan kategori perempuan B12

johan lelaki B12
kamal, kawan satu posting

syukur, the noisiest man the whole evening
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...