LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

April 11, 2013

Album bertandang dah dapat.. ^^

Fuhhh.. akhirnya la kan.. dapat jugak album kawin.. yang ni sebelah MBB.. majlis bertandang.. yang sebelah saya baru nak kurier.. 


Setelah hampir 5bln menanti.. lama kan... orang lain lama dah dapat, baru la ko nak dapat..  sebenarnya ada misunderstanding sikit masa dah pilih poster untuk print.. mati2 ingat dah hantar confirmation email kat Nuzul.. rupanya tersalah anta kat orang lain.. maka tertunggu-tunggu la Nuzul, ingatkan kami belum decide, kami pulak ingat lepas dah pilih, reply email, poster dah in making.. patutla tak dapat reply email dr Nuzul lepas decide.. rupanya hantar kat orang lain.. cissss....huhuhu.. sendiri punya salah, tak boleh nak kata apa la kan... 

Seriously, sangat berpuashati dengan hasil kerja NUZULTAUFIQ ni.. berbaloi penantian ku.. dapat satu briefcase yang sangat comel lagi haa.... 

ps: berpinau2 mata pasni nak godek2 8++ keping gambo tu.. :P
>
>

April 6, 2013

MBB's birthday present ^^


Hadiah utk MBB for his birthday..baru sampai semalam, tapi bini dia dah test dah.. hahaha
 sebenarnya dah blur xtau nak bagi apa kat dia..
decide beli powerbank since dia tengah survey2 sekarang...
yang ni cap ayam je.. tak branded pun.. 30000 mAh for a very cheap price.. hehehhe.. sebab tengok kat pc fair kat Alor Setar Mall haritu, brand Kaspersky priced at rm189 for 6400mAh... gilo..
beli dekat lelong.com.my.. harap2 MBB suke.. :)))

oh yer, haritu g checkup hari rabu tu, sume test result dah ok..protein negative, ketone negative.. suke!! tak sia2 habiskan satu botol air mineral cactus besar tu untuk sesi malam sahaja.. gigih la bangun buang air setiap 3jam.. tapi hasilnya, tak perlu jumpa doc.. ngeeee..next appointment, 18/4 ni
lepastu wat dental check.. ada kesan bekas tampal dah nak terkeluar balik.. so appoint nak filling balik 15hb pulak..
aihhh.. dah jadi pengunjung setia KKIA pulak kan.. 
turutkan saja.. demi baby tersayang.. :))


>
>

April 2, 2013

hepi birthday to me!!

It's my B-day today.. 

26th to be exact.. 

Dannn, seperti 2 tahun yang lepas, melalui hari-hari ni seorang diri je.. without MBB. huhu sedih! 2011 okla.. sebab jatuh hari ahad.. MBB buleh ucap secara live.. nyanyi tu toksah harap.. mmg dia takkan buat nya.. 2012, jatuh hari isnin.. dia duk dalam hutan.. dia wish awal2 ari ahad sebab tkut tak ada internet.. faham2 la schoolnet cane kan... 2013, dia wish pagi tadi.. sebab katanya penat menunggu line tak muncul2 tengah malam semalam (hehehe, ingat jugak kat bini dia.. :p) 

Dah banyak tahun tak celebrate sesama, last sekali masa final year time study la.. sampai rasa tarikh 02.04 tu cam hari biasa je.. huhuhu.. tahun ni pun besday MBB jatuh pada hari weekdays, hari isnin.. selang beza tarikh besday kami pun 13 hari je.. sy 02hb, dia 15hb (tu pun selalu mengungkit dia muda, cam muda bertahun2 dari sy.. huh!) okla, sebab buleh celebrate belated besday dia, sebab nanti MBB balik 19hb(yeay!!!) walaupun mungkin tak dapat nak wish secara live..

Hadiah tahun ni?? kalau reveal kena bash x?? hahahaha, tak payahla kan.. takut ada yang tersalah sangka pulak.. doa sy untuk birthday kali ni; supaya diluaskan rezeki kami suami isteri, diberikan kesihatan kepada kami sekeluarga, beroleh bahagia hingga ke syurga dan dipermudahkan sepanjang kehamilan dan bersalin nanti.. aminnn, aminnn..

Harini pun checkup every 2weeks sejak kes turun berat badan tu kan.. tapi hari ni sy pergi checkup pagi..  dapat hadiah injection ATT.. huhu, lenguh tangan..  tapi, berat badan pun dah naik.. bertambah 1.1kg.. yang lain sume ok, tapi urine pulak yang masih prob.. sebab ada protein.. aduhhh.. kurang minum air misi cakap.. minggu lepas minum banyak tapi yang keluar sebab muntah pun banyak jugak.. sehari dua ni memang asyik dahaga je, tapi rasanya dah minum banyak dah..  

Esok ada checkup lagi.. amik urine dengan dental check.. kalau masih tak ok, kena refer ngan doktor... so hari ni marilah kita pulun minum air dengan banyak.. chaiyokkkk!!!

>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...