agak susah juga bila jadik anak dara kat skolah
yela kat skolah tu bukannya cikgu2 perempuan je..
yang laki plak sumenya laki-laki orang...
asik kena sakat satu la..
tapi bila bab-bab tolong menolong ni bleh timbulkan konflik juga
alkisahnya macam ni
keta sorang cikgu laki ni rosak..
so dia mintak tolong cikgu perempuan yang juga bujang lagi dekat skolah ni.. tuk follow dia dan balik semula ke sekolah dengan keta cikgu tu.
bila cikgu tu macam dolak dalik (sebetulnya bukan dolak dalik sangat, tapi risau sebab dia laki orang, karang ada mata memandang, dah kuar cerita lain, belum lagi kalau sampai ke pengetahuan isteri dia,tak ke krisis nanti.. mmg la niat sebenar nak tolong)
cikgu tu cakap nak mintak tolong aku lak..
aih, aku pon sama kapal la ngan cikgu perempuan tu...
yela... serba salah dibuatnya...
so last-last, kitaorang tolong jugak, tapi kitaorang berdua yang temankan cikgu tu pergi hantar kereta tu.. so time balik ke sekolah, kami bertiga la.. bukannya berduaan dengan cikgu laki tu..
sebenarnya, cikgu laki tu pon bukan nak menyusahkan kami pon,
tapi memang kebetulan cikgu laki memang tak ada kat skolah hari ini...
yela bape kerat sangat cikgu kat skolah ni...
8 orang je lepas GB bersara..
5 cikgu perempuan, 3 cikgu lelaki..
kami sebenarnya tak kisah bab menolong tu, tapi bimbang rentetan kejadian tolong-menolong tu akan membawa kisah lain pulak kan...
orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari...
so jangan cari pasal...
semalam juga aku mimpi ngeri
ada perempuan lain cuba nak rampas MBB....
oh no!! aku rasa aku siap marah-marah dan sedih-sedih kot semasa mimpi tu sampai rasa cam real je bila bangun tu...
apakah petandanya tu??
bisikan syaitan semata-mata...
moga-moga dia disana tetap ingatkan makwe dia yang tercinta ni.. amin.. ngeh3
0 comments:
Post a Comment