LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

June 22, 2011

gara-gara G

gara-gara G la sekarang ni tengah menderita...
sakit-sakit seluruh badan... aduhhh...
semua gara-gara kelas pj tahun 1,2 dan 3 tadi...
sebab mengajar Gimnastik asas,


belajar pasal sokongan badan,
buat sokongan hadapan, belakang, sisi dan juga sokongan 'v'
sekarang memang amat terasa kesannya..badan dah keras macam kayu, nak lentur-lentur memang susah, lagi-lagi pergerakan gimnastik walaupun asas memang perlukan kelenturan dan kekuatan otot tangan, dan kaki untuk menahan berat badan semasa sesuatu anggota diangkat.....
 dah lama tak buat regangan otot dan juga tak melakukan aktiviti fizikal dan kecergasan, itu yang jadi sakit-sakit.. huhuhuhu..
sebab sekarang mengaja PJ, hanya arahkan budak buat dan pantau pergerakan mereka, kalau adapun, masa pemanasan, turut ikut sekali lari dengan diorang..  bukannya main macam masa kat maktab.. kalau main sama nanti cikgunya yang lebih-lebih.. =p
sekarang ni sangat best kalau dapat tukang urut yang boleh urut seluruh badan yang rasa tegang sangat-sangat ni.. 
nasib baik esok tak ada kelas pj, jumaat nanti pulak, bergimnastik kembali... harap-harap badan bolehla fleksibel sikit, dah tak terkejut macam hari ini.. =p

p/s: tak dapat nak upload gambarla malam ni.. knapa erk??



2 comments:

Super Ummi said...

bagus cikgu pj ni... taklah macam sesetengah cikgu pj kat sekolah tu... tau bagi bola kat student, pastu suruh student main sendiri... ishk2... bdn terkejut tu, nanti lame2 ok lah tu... cuba sapu minyak gamat ke.. ^_^

Unknown said...

hihihi, taknak jadi cikgu pj macam tu, melainkan kalau tak sihat dan tak larat, pernah la suruh budak main sendiri.. pagi ni dah ok dah sikit kalau nak dibandingkan dengan semalam... tengok esok lak camana..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...