LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

January 4, 2013

tirai 2013

Baru nak buat entri konon2 baru masuk tahun baru, 2013.. Tirai 2012 ditutup dengan satu transisi baru dalam kehidupan.. dari Cik ke Puan..Alhamdulillah, satu fasa kehidupan telah selamat ditempuhi.. menginjak ke status seorang isteri (walaupun rasa sekarang cam masih di zaman bercinta + orang bujang je, hahaha).. Nak kata merangkak pun tak layak lagi.. sebab memang terlalu baru sangat2 lagi.. Fasa seterusnya?? Hanya ALLAH yang tau.. rezeki semua dari DIA kan.. cepat ke lambat ke, kami terima dengan redha, sementelah kami pun bukan sebumbung... cuma doa kami, jangan ditarik nikmat zuriat dari kami.. aminn.. 

Minggu pertama sekolah, tak sempat nak bernafas lagi.. sebabnya tahun ni banyak betul kejutannya dari segi kerjaya.. mana taknya, dah dilantik jadi GK HEM.. orang ketiga terpenting sekolah, sedangkan pengalaman jadi cikgu pun baru 2tahun.. GK HEM yang lama dah pindah... memang berat sangat nak terima, tapi nak taknak memang kena terima.. so i take it as challenges, orang dah percaya kat kita.. why not cuba dulu kan.. at least bagus untuk perkembangan kerjaya.. tapi jangan salah sangka, saya bukan naik pangkat pun.. sebab kat sekolah (sekolah saya sekolah kurang murid) memang takde yang berjawatan Penolong Kanan pun.. yang ada hanya Guru Kanan sahaja.. maksudnya memikul tugas dan tanggungjawab yang sama, cuma bezanya PK ada elaun tanggungjawab dan GK tak diberi elaun.. :) but i do believe, money can't buy the experience.. errr...except for some cases ;p...  so terima dengan hati terbuka, dan get ready with tonnes of work.. hohoho..

Dah2 cite sal keje.. Cite pasal our long distance relationship, MBB masih macam tahun-tahun lepas.. maksudnya, masih duduk di pedalaman hutan Borneo, keluar sekali seminggu.. turn untuk keluar 2minggu sekali masih tak tentu lagi..sebab belum ditentukan bila kelas tambahan UPSR akan bermula.. dan tempat dia duduk tu masih tak ada line telepon.. T____T.. harap2nya janganla awal sangat.. tahun lepas rindu sampai nanges2 tau.. dahla boleh contact hujung minggu je.. ni pulak nak kena tahan sampai 2minggu.. huhu.. cengeng sungguh bini dia ni kan..  tu time manjaaaa.. time datang keras hati, mmmm sabo jela kannn.. :))


Azam tahun baru?? rasanya nak menjadi seorang isteri dan anak yang baik.. yang dapat membahagiakan my family.. tu jela kot.. banyak2 nanti tak tercapai pulak kan.. Wishlist pulak?? takut sebenarnya nak letak.. sebab takut nanti berharap, tak dapat; kecewa.. lepas tu gheyauu sorang2.. huhuhu.. tapi yang pastinya ada tiga jela kot.. 

1. Turunkan berat badan ke berat sebelum kawin (52kg), 50kg is better ^^
2. Nak pusing2 Borneo
3. Nak belikan MBB something yang dia dh lama aim; kalau boleh on his birthday

So kena start saving, tak leh nak boros2 dah.. hukhukhuk.. T___T.. korang pulak camne?? share lah.. :)


>
>

6 comments:

cik chinta said...

wahh...ni btul mencabar. xle tepon..kn bertabah btul2 ni. klo dtg sabah gtau r ek. kotla ble jupe (:

Unknown said...

@cik chinta yeay... buleh2.. tapi takut time tu datang cik chinta takde sebab nak g time cuti sekolah.. :)

cik mah said...

cabaran btul ni....lame ek..seminggu skali je...alaaaaa.....klau mcm tu xle r gaduh2..hehehhe..masa gaduh terhad...semoga yg dihajati akan tercapai...

Unknown said...

@cik mah hehe, gaduh tetap gaduh cik mah.. cuma kalau dah gaduh, pk panjang kalau nak gaduh lama2.. hihihi.. itu jela.. sebab masa nak bersama terhad..

Unknown said...

memang cabaran kan bila PJJ camni.. sabar yer syg..besar hikmahnya nnti.. InsyaAllah :)

moga tercapai azam tahun ini..

Unknown said...

@azizah :) insyaALLAH.. semoga dapat bersabar macam jijah.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...