LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

March 15, 2013

holaaaaa....

Holaaa.. lama tak menulis kat sini.. sampai bukak dan jalan-jalan blog, ada B2B yang dah selamat kahwin pun dan ada yang tengah menghitung hari yang dah tak berapa lama dah.. masih lagi penyakit malas campur dengan sickness yang tak abis-abis lagi ni.. harap2 berakhir di 1st trimester je.. tak larat dah asyik tido je.. minggu ni dah hujung-hujung dah dan menghampiri 13weeks, dah nak masuk second trimester.. :)  kadang-kadang kesian dengan baby, sebab tak lalu makan, menyebabkan dia pun tak dapat makanan yang sepatutnya.. belum campur dengan muntah-muntah lagi kalau makan makanan yang dia tak berkenan.. hope baby baik2 saje kat dalam ni sampai kuar tengok dunia.. ^__^

Perkembangan terkini, tak banyak pun, cuma sekarang MBB balik selang 2minggu.. :) kebetulan tiket air asia murah, bolehla melepas rindu.. nak jalan2 tu tak ada la.. sebab dia balik pun dah jumaat malam sabtu.. tinggal sabtu jela boleh ronda-ronda.. ahad dia dah nak fly balik sana.. sehari pun cukup la.. boleh mengatur dia supaya cari  apa yang diidamkan.. hehehe.. tapi minggu lepas dia balik, duduk kat rumah je..sebab dia jatuh sakit, demam panas + sakit perut.. so seharian jugak la nursing dia dalam bilik.. lap badan dan dahi dengan air asam jawa, sapu minyak, etc.. nasib baik jugak petang tu dah turun suhu badan. so dia ajak cari pisang goreng.. takut bini dia ni tak dapat apa yang diidamkan.. sebab dah lama nak makan, tapi masa dia balik 2minggu sebelum tu, tak sempat nak cari..


Gigih dia dalam demam-demam camtu bawak gi cari.. sebenarnya kalau tak dapat minggu tu pun tak pe.. sebab sy jenis yang mengidam bukan nak tang-tang tu jugak.. jenis yang boleh bersabar.. tak kisah dapat makan bila, asalkan dapat makan je.. pelik kan??? tapi tulah hakikatnya.. mungkin sebab faham, MBB jauh.. tak dapat nak tunaikan semua pada time yang saya nak. kalau tak, jenuh jugak la dia nak melayannya..

Waktu hantar dia balik kat airport tu pun, dia masih demam + perut xok.. tapi tak ada pilihan.. terpaksa balik juga.. kalau tak memang tak ada sapa nak amik masa kat airport KK, dan dia kena extend cuti bukan sehari dua, tapi 5hari... memangla mc boleh cari, tapi pikir-pikir, kesian murid tahun 6 yang nak exam UPSR.. 5hari xbelajar tu memang satu kerugian besar.. melepaskan MBB dalam keadaan sakit2 camtu memang sangat-sangat berat hati.. tapi tula namanya pengorbanan.. smlm dapat bbm, MBB cakap sakit baru reda.. alhamdulillah.. senang sikit hati mendengarnya..

Minggu depan dah start cuti sekolah.. plan cuti sekolah?? null.. rasanya nak berehat je kat rumah.. malas nak gi jalan mana2.. hahaha..sebab cepat penat sekarang kalau jalan ngan berdiri lama2.. so keseronokan window shopping dah ditarik, kalau masuk sekarang ni cuma grab benda yang nak, kemudian terus bayar, dah takde dah nak round satu2 rak, tengok satu2 barang.. huhuhu.. nak pergi cari baju kurung baru pun malas.. see.. sampai tahap tu.. bukan tak muat dah baju kurung tu.. muat sangat2 lagi.. cuma tang kainnya dah xselesa sangat2 nak pakai especially bahagian perut.. sebab bahagian tu memang buat fit2.. so sekarang bila dah membuncit, memang rasa sekak je area tu.. kalau zip je, memang boleh tapi rasa macam pakai baju tak sudah.. hahaha

oh ye, sekolah saya dapat tawaran baru guru besar tu (bai'ah).. refer SINI. baru tahu isnin lepas.. alhamdulillah.. ada rezeki kami.. bolehla buat perbelanjaan untuk orang baru.. tunggu duit jela masuk pasni.. :) lepas tu ada pulak berita pasal KGT 2x tahun ni plak kan.. memang betul2 diluaskan rezeki.. nak-nak lepas kawin dan bertiga ni.. :) 

19/3 ni second checkup.. harap2 hb naikla.. 




>
>

6 comments:

Amalina Ali said...

lamanya awak tak update. rindu nak dengar cerita mommy-to-be ni. HIHI. Hope semuanya selamat eh.

emmm... lepas kawin ni rezeki makin mencurah-curah eh? alhamdulillah. :)

cik chinta said...

mmg, nk ad bby ni, btmbh rezki.

Unknown said...

@Amalina Ali yup nana.. jgn risau kalau kawin.. memang rezeki tu sentiasa ada.. kita takkan susah semata2 sebab kawin.. :)

Unknown said...

@cik chinta kan.. syukur alhamdulillah

Unknown said...

Rezeki baby...hehe. untung dapat ba'i...

Unknown said...

@nmkhairulazlan alhamdulillah nik.. bulehla tampung belanja hk makin naik ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...