LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

October 18, 2013

Breastfeeding; Ups&Downs Part 1

Permulaan breastfeeding Ayra tidak semudah yang disangka.. lepas lebih kurang sejam dia lahir, nurse bawak dia untuk rooming in memandangkan saya nak bagi susu badan.. ok, cubaan pertama rasanya berjaya sebab tengok dia dapat hisap dan mulut dia bergerak.. kemudian semasa dia hendak menyusu kali kedua dalam pukul 8 mlm, dia dah tak dapat melekap pada nipple sy.. menyebabkan dia menangis dan mengamuk2 baran sebab lapar.. bila masuk je nipple dalam mulut, dia tertido.. dekat hampir setengah jam mencuba, tapi tak berjaya, saya give up, kesian + penat, saya hantar dia ke nursery.. opkos nurse bagi susu formula kan.. sedih tapi sy dah cuba sedaya upaya..

Bila balik rumah, hari kedua dan ketiga pun macam tu, kali ni dia tak mengamuk dulu, bila masuk nipple je dalam mulut dia, terus dia tido.. bila kita kejut ke ape ke, tak jalan.. letak balik, tido dalam 5 minit, kemudian menangis-nangis lapar.. so masih lagi teruskan formula, tapi dah alternate dengan breastmilk yang saya pam.. memang gigih pam walaupun mula2 susu kita kan sangat sikit sebab yang keluar hanya colostrum.. tapi alhamdulillah, saya boleh bagi Ayra minum colostrum tu.. tiap2 malam saya nangis sebab kenangkan kesian dekat baby, terpaksa consume bukan susu ibu tapi saya redha, situasi saya takkan sama dengan orang lain.. yang penting saya tak putus asa.. sebelum bagi susu tepung memang sy try breastfeed dulu, sampaila dia dah nangis teruk, baru buat susu formula..

Akhirnya, hanya pada hari keempat saya berjaya susukan Ayra sepenuhnya. dia dapat latch dan hisap dengan betul.. bukan lagi mengagau2 macam hari sebelum tu. perasaan? opkos tak dapat digambarkan dengan kata..  rasa macam dah lengkap hidup as a woman.. dah kawen, dah beranak dan  dapat susukan anak.. cycle tu dah lengkap.. so formula memang stop sampai kat situ je.. memang dah tak bagi sampai sekarang ni.. 

Cuma rasanya Ayra ni memang ada masalah untuk latch.. bukan apa sangat pun.. she takes time.. bukan macam sesetengah baby yang memang pandai.. belum lagi campur dia punya baran dan tangan kaki yang nak conquer breast.. so i understand why on the 1st day tu dia tak dapat nak melekap dengan sempurna.. she did have problem with that.. cuma kata kuncinya, SABAR.. sampai sekarang ni pun, even almost full time direct breastfeeding, masa yang diambil untuk lekapan sahaja can take almost 5-10minutes.. huhuhu...

Sekarang ni dia cuma akan bottlefeed cuma bila saya keluar dan saya tinggalkan dia dengan neneknya.. ataupun bila saya tengah busy macam tgh membersihkan diri dan bila keluar dengan dia dekat public sebab saya memang takde kelengkapan untuk nursing in public lagi.. huhuhu tapi tetap dengan susu badan, dengan EBM yang saya dah stokkan.. mula2 takut jugak dia terkena simptom2 nipple confuse sebab doktor dah pesan awal2 masa bersalin haritu, tapi alhamdulillah, dua-dua dia masih nak.. Itu pun dia dah start memilih, puting2 biasa memang jangan harap dia mau.. setakat ni, yang hanya dia nak botol Pigeon n Tommee Tippee.. mungkin sebab dia punya puting susu macam kitanya nipple.. Avent pun dia xmau.. 

Tak apela, dah memang rezeki kami macam tu, saya bersyukur saya tak give up.. dan saya tau sy dah buat setakat yang termampu dan terbaik.. saya sedar tak semua ada rezeki nak fully breastfeed kan.. macam Ayra, dah merasa susu formula untuk hanya 3 hari walaupun sampai hari ni dah breastfeeding.. cuma, saya pikir, breastfeeding ke susu formula ke, sorang ibu tu cuma nakkan yang terbaik untuk baby dia.. so jangan kita stereotaipkan yang bagi baby susu formula ni macam ni macam ni.. dia mungkin ada kekangan dan masalah tersendiri, so jangan cepat generalized kan sesuatu tanpa kita usul periksa.. bersyukurla kalau anda diberi peluang untuk fully breastfeed.. saya pun doakan supaya saya diberikan rezeki oleh Allah untuk breasfeeding Ayra sampai 2 tahun.. :)

>
>

13 comments:

PetakBunga said...

ha..ha.. terasa pulak. sara memang dah fail nak full brestfeeding. Tapi alhamdulillah ada hikmahnya jugak. Anak boleh telan apa-apa susu dan tak ada apa-apa masalah.

Sha said...

Saya bersyukur sebab xbg Ammar formula lagi.saya ada masalah mengepam.kalau sampai nak masuk keje pun tak boleh pam terpaksa jugak bg formula.ikut orang sbnrnya.kta xblh judge sesuka hati.tp memang tabik ibu-ibu yang breastfeed anak sampai besar.memang satu pengorbanan

Mizz ErMa said...

yup2..betul tu..sume ibu nak kan yg terbaek je utk ank dia..=)

Unknown said...

Mohon jgn trasa.. Hihi.. Xpe.. Mgkin rezeki takat tu je.. Mnala ada mak yg tknk yg trbaik tuk ank dia kn.. Yg ptg bby tu sht n mmbesar dgn baik.. :)

Unknown said...

Tu la kn.. Situasi kita xsma n mslh yg kita hdp pun xsama.. Tp pepun, sy doakn fiqah akn dpt atasi mslh tu.. InsyaALLAH

Unknown said...

Sy mmg wat research skit2 psl nipple confuse sblm bersalin lg.. Hihi.. So ada botol yg mmg bli mcm tommee tippee, pigeon n anakku.. Avent dpt percuma ngan breastpump + kak ipar bg yg dia punya koleksi.. Ada jugak yg saya bli puting je mcm jenama disney.. Tp yg sng mmg jnis wide neck

Unknown said...

Agree.. :)

Unknown said...

harap impian dan bf 2thn tercapai..mmg every woman dream nak bf baby :)

Unknown said...

semua harapkan nak bf anak sampai 2tahun.. baik susu ibu atau susu formula dua-dua adalah REZEKI DARI ALLAH, cuma bentuk berlainan je..

Unknown said...

InsyaALLAH

Unknown said...

Btl tu

Fahimah Mahayuddin said...

betul tu shizan. semua ibu nak bg yg terbaik dekat anak tapi keadaan setiap org tu xsama sbb ada yang murah rezeki nak full BF baby ada yang tak. ada sebab & masalah masing2. tak leh nak judge org sesuka hati kan. kalau kita berjaya BF anak sepenuhnya, patut bersyukur tu rezeki kita tapi kalau xberjaya, ada hikmahnya. mcm kakak imah dia anak first terpaksa campur sbb susu tak cukup. Tapi bila anak kedua alhamdulillah susu melimpah sampai anak dia dah setahun lebih nipun susu banyak lagi. mmg xcampur. even sedih sbb anak pertama xdpt full Bf tapi bersyukur sbb anak kedua Allah bg rezeki full BF anak. rezeki masing2 kan...

Unknown said...

Sebb tu xleh nk judge suka- suka hti.. Org kta simpati xckup.. Kna empati.. Alhamdulillah.. Rezeki ank buah no 2 tu bnyk.. Hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...