LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

July 21, 2011

sibuk!!

busy week...
 adoiii, kenapa la banyak sangat kerja datang bertimpa-timpa...



sekarang kena prepare sebab minggu depan PPD Hilir Perak start buat pemantauan berfokus.. dari 25 Julai sampai 15 Ogos.. tengok skop pemantauan banyak jugak...
kemudian hari ini ada taklimat SPPBS, SSQS, PeDIA, dan juga SAPS...
tapi tadi punyala lama SPPBS.. sampai yang lain sambung esok..

apa itu SPPBS? 
ianya merupakan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.. fokus untuk KSSR...
melaluinya, guru matapelajaran  tahun 1 kena buat pentaksiran dan key in data dekat apps.moe.gov.my/sppbs
pentaksiran tu pulak mengikut standard prestasi yang telah diberikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. 
pentaksiran dijalankan mengikut band, deskriptor dan evidens.. item evidens menjadi bukti murid telah menguasai deskriptor yang telah ditetapkan dan akan dimasukkan ke dalam fail murid...

pening jugak sebab banyak keje, benda pentaksiran ni baru je start tapi sekarang kena cover pentaksiran untuk dari Januari sampai la Julai...
kena isi online setiap hujung bulan...
tadi dah sepetang cari Instrumen Pentaksiran Standard Prestasi...
sebab memang sekarang yang ada hanya untuk subjek teras, BM, BI, MATEMATIK, DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
kalau tak ada, maksudnya memang kena buat sendiri worksheet evidens tu untuk  dijadikan bukti dan diletakkan dalam fail murid....
susah jugakla sebab saya mengajar 3 subjek untuk tahun 1... memang agak banyak... lagi-lagi untuk subjek muzik... sebab tak ada asas...

punyala godek-godek internet tadi,
sampai hampa dengan sendiri + laptop hang
kebanyakan jumpa memang  untuk subjek teras...
last-last sebab laptop hang bila bukak banyak-banyak, frust, tido.. hehe
bila bangun jumpa satu blog yang memang ada kongsi instrumen tu...
blog ni Miss Sunshine pernah suggest..
memang seronok la sebab tak payah dah runsing nak bina instrumen evidens tu...
 tq2.. sebab dengan adanya benda ni memang memudahkan.. dah tak perlu nak bina sendiri, lagipun instrumen tu dibina oleh JU, mestila kebolehpercayaan lebih tinggi berbanding daripada yang sendiri-sendiri buat,
memangla kalau ikutkan pentaksiran tu fleksibel, boleh dibina dan diubahsuai oleh guru yang mengajar...
tapi keyakinan diri sendiri tu amatla kurang.. hehehe
insyaALLAH, nanti instrumen ni akan diupload dalam blog ni sebab tengok masa donlod dari , Blog Cikgu Eyta, lambat sikit sebab kena dowmload satu-satu..
apa pun, thanks banyak-banyak Cikgu Eyta sebab sediakan satu blog yang memang sangat membantu guru-guru KSSR


UPDATE: dah upload instrumen SPPBS Tahun 1..  untuk download, klik sini

2 comments:

Super Ummi said...

hmm, kita pun ambik dari blog tu jugak... tapi kan... serius tak tahu langsung pasal pentaksiran KSSR ni.. sama ada benda blum sampai kat Sarawak. atau SJKC tak ambik kisah sangat subjek agama... hmm, payah2..

Unknown said...

benda ni baru ditaklimatkan.. rasanya better hana start buat instrumen tu.. sebb nak kena cover tuk dari bulan 1 sampai bulan 7 yang sakit tu... benda ni pulak online, memang tak buat, sampai ke pihak atas la.. nanti dorang akan start panggil guru data n penyelaras kssr dulu bagi taklimat sebab guru data kena daftarkan nama guru yang mengajar sekali dengan pasword.. sistem dia lebih kurang saps je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...