Yerp, mungkin disebabkan hampir 2 bulan tak gaduh, so jumaat tu kami gaduh.. even dah lepas pun nak citer jugak... puncanya?? a bit stupid i think... sebab gara-gara nak gurau je tapi telah sebabkan salah faham berlaku... taktahu nak cakap salah siapa, mungkin dua-dua salah dan mungkin dua-dua tak salah... Misunderstanding tu terjadi bila petang tu kami sepakat untuk tido, tetapi Amali telah datang rumah, mengejutkan MBB... so dia bangun la... dia call, bagitau Amali ajak keluar... saya cakap kat dia ok, tapi balik nanti kejut saya, call dan jangan sms..
Balik tu dia sms cakap dah sampai rumah dah...dan saya pun call MBB tanya kenapa dia tak call sebaliknya sms je padahal saya dah pesan tadi... serius masa tu niat saya cuma nak marah gurau-gurau, memang dalam hati tak terlintas nak marah pasal dia sms saja dan tak call.. tapi MBB salah faham dan ingat saya betul-betul marah dia dan masa tu entah macam mana dia boleh terkeluarkan ayat "nasib baik orang mesej, kalau tak mesej langsung macam mana?". Cuba teka apa yang jadi? Apa lagi kan, hujan air mata la kat rumah hari tu, yela, siapa tak sedih kalau dengar ayat macam tu kan. macam menyusahkan aje.. lepas tu letak telepon.. nangis-nangis...
Sambung gaduh through sms lak... selalunya memang kami macam tu, tak penah gaduh-gaduh live, taktau kenapa, memang tak reti nak gaduh-gaduh secara bersuara ni.. mungkin tu antara punca masing-masing tak pernah meninggikan suara, ada hikmah juga kan... so saya bagitau MBB kenapa cakap dan buat ayat macam tu, dia cakap saya marah-marah dia... tetiba masa tu saya terfikir balik, betul ke saya marah dia? rasanya tak, tapi mungkin la dia rasa macam tu atau ada intonasi suara yang saya tak sedar membuatkan dia rasa sebegitu.. alih-alih dia pulak buat ayat merajuk, cakap saya tak sayangkan dia... dia keluar dari hutan tu semata-mata sebab saya, bukan untuk gaduh.. dia jugak cakap kalau dia keluar buat saya marah je, baik dia duduk dalam sana tak payah keluar.. masa baca mesej ni, hati dah lembut sikit, tapi ego lagi walaupun tengah nangis-nangis... hehehe....
Kemudian MBB explain yang dia mesej dulu untuk inform saya yang dia dah sampai, dan dia bercadang untuk call lepas dia salin baju memandangkan dia mesej waktu dia baru je sampai dan baru lepas tanggalkan helmet. masa ni memang rasa bersalah gila sebab buat macam tu kat MBB... yela tak sangka daripada niat asal nak gurau-gurau dah bawak kepada adegan airmata... menyesal sebab tak betul-betul faham keadaan dia... masa tu dah stop sms, sebab rasa bersalah tu tebal gila... dalam hati duk tanya, bila la MBB nak tepon...
lepas tu dia call, tapi boleh je angkat lambat sebab nak jual mahal... =p tapi lepas tu, saya terangkan balik niat saya yang sebenarnya masa call dia tadi dan alhamdullilah, dia faham... hehehe, lepas tu kami berbaik dan manja-manja macam biasa... huhuhuhuhu...
Motif entri ni? bukan nak cerita keburukan salah seorang dari kami, cuma kadang-kadang bila reflek balik, kami sedar kat mana silap saya dan dia dalam sesuatu relationship tu dan lepas tu improve kan diri for the sake of our relationship, macam kes ni, silapnya adalah bila saya bergurau tentang sesuatu benda dalam tempoh masa yang lama menyebabkan MBB salah faham yang saya betul-betul marah... silapnya MBB mungkin(berdasarkan penilaian sendiri la) masa dia hantar sms tu sepatutnya dia bagitau dengan jelas cakap yang kejap lagi dia akan call, so mungkin misunderstanding ni takkan terjadi...
ngajuk zaman dulu-dulu.. >.< |
2 comments:
miss she.... kita selalu mengalami keadaan yang sama lah.... hihi... selalu jugak cmni... lepas dah gaduh2, mesti rasa bersalah sebab tak faham keadaan dia... tapi dia pun tak explain awal2 kan... kan... hihi.
hehe, takpe, tu namanya gaduh manja2.. jangan melarat je sudahla, kalau tak gaduh karang, hambar je rasa.... kurang-kurang pas gaduh, secara sedar atau tak, benda tu ajar kita tuk lebih menghargai, bukanla nak cakap sebelum ni tak menghargai, tapi kadang-kadang terlepas pandang..
Post a Comment