LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

September 19, 2012

Kellie's Castle Pulak

sambungan entri lepas,  next venue lepas checkout, bawa MBB ke Aeon Jusco Station 18..
saja jenjalan menghabiskan masa, sebab tak ada arah tuju... huhuhu
bila perut lapar, masuk ke Nando's
try makan sini lak kan.. selalu kenny rogers je..


settle makan dan cari barang MBB, terus pecut balik ke BD.. sebab nak ambil nota KISSM dan decoder astro bagi MBB..
tapi bila sampai  pekan Batu Gajah, boleh melecong ke sini lak..
alang-alang lalu..
lajak ke Kellie's Castle..
biasa dengar cerita je
pasal haunted castle ni kan
so nak tgk sendiri la plak..

view kellie's castle dari bawah.. tempat parking kereta.
sebelum naik, MBB belikan aiskrim.. =).. 
nampak je mendung tapi cuaca perit dan berbahang gila..  so makan aiskrim masa cuaca panas memang syok gila.. 
entry fee rm4 per person..
ramai juga orang datang melawat kat sini..
so takde la seram sangat
sejarah kellie's castle boleh baca kat sini
kalau korang tengok macam 4 tingkat je kan, tapi sebenarnya ada 6 tingkat termasuk bilik bawah tanah..
besar sangat castle ni, cuma pelik kenapa tangga dia sangat kecil.. padahal kalau nak kira, orang putih badan besar-besar kan,

ni ruang yang hendak dijadikan main hall
bahagian groundfloor bawah ni semua bilik ada lubang angin antara bilik-bilik.. yang petak kecik-kecik tu lubang angin..
so tak panas, dapat rasa angin lalu dari bilik ke bilik.. 

master bedroom yang dicadangkan untuk bilik William Kellie Smith & Agnes

kat beranda ni dikatakan roh family dorang dilihat merayau-rayau..  betul ke tak wallahualam

salah satu rooftoop.. sebenarnya ada 3 rooftop dekat castle ni.. yang ni je berpagar, yang lain fenceless... satu dicadangkan untuk wat tennis court, satu lagi untuk party
sini, one of the guest rooms untuk tetamu castle ni..
kat sini ownernya plan nak wat tennis court

tingkat paling atas, masa ni saya tak naik habis.. MBB pun.. tangga sempit gila + dah rasa gayat sangat2..
sebab tangga memang langsung tak ada susur..

kat atas tu pun takde pagar  langsung.. macam dataran yang nak wat tennis court tadi.. cuma lagi tinggi.. lagipun risau terlebih.. almaklumlah.. istana ni tak pernah siap.. so tahap keselamatannya amat diragui.. 

kat beranda bawah ni pun kelibat roh2 family kellie dilihat berkeliaran jugak..
nampak tak telaga pendek tu? tu sebenarnya telaga lubang angin yang bersambung dengan  kuil hindu yang dibina oleh kellies sebab gangguan semasa istana ni dibina..
pandangan sisi kellie's castle.. yang lubang tengah-tengah tu sebenarnya nak dibina lif.. kalau siap, akan jadi lif pertama di Tanah Melayu, tapi sayangnya bangunan ni tak dapat disudahkan
ni kellas house. rumah pertama diduduki kellies family
Tengok istana ni memang kagum sangat... sebab bangunan dia masih utuh dengan senibina kalsik moghul dia masih boleh kita lihat dan banyak bilik-bilik dan laluan rahsia.. banyak lagi tak sempat snap.. sebab serabut ramai menghalang kamera.
Macam bilik anak Sir William; bilik Helen dan Anthony.. bilik Helen dan Anthony siap ada laluan rahsia yang menghubungkan kedua2 bilik dan tangga rahsia ke luar istana..  kat bilik Helen dikhabarkan berhantu sikit sebab pernah ada yang nampak roh dia di bilik tersebut.. kat bilik Anthony tak lak mention..
satu jela yang tak best sini.. sebab dia tak jaga sangat kebersihan istana ni..
banyak macam puntung-puntung rokok, then macam tahi kelawar ke ape tah warna kuning melekit2 kat atas lantai.. sepatutnya at least sapu la kan lantai tu...

Dikatakan kalau berada di istana, ni kita akan berasa seperti diperhatikan sesuatu.. istana ni juga dikatakan salah satu port paranormal seekers untuk mencari sesuatu..
tapi alhamdulillah la, sepanjang berada di sana.. tak ada apa-apa yang tidak diingini berlaku, mahupun merasai sesuatu..
keluar-keluar pun, first sekali check kamera kot2 ada penampakan.. hehehe..
lepas tengok takde, lega..
terus balik..
lokasi jalan2 seterusnya, next entri..
daaaa...

>
>

8 comments:

Bie said...

huwaa.. bie teringin nk pi sini..

Unknown said...

wah..jijah tempat2 sejarah macam ni suka pegi...

Super Ummi said...

kite pernah dengar pasal tempat ni..
tapi tak pernah sampai lagi..
mcm takut je.. =)

Unknown said...

@BIE nnti ajak cik ode jalan2 sini.. =)

Unknown said...

@azizah :) sama la kita.. =)

Unknown said...

@Miss Sunshine kalau pergi time senja mungkin seram.. tapi kalau ramai2, kurang la sikit... =)

Mrs Nurul said...

alhamdulillah.. seronok nampak ! ;) wehhh hapy kissm ! i pun nak kene kissm gak ni .. oktober..kat melaka ;)

Unknown said...

@░♥si lampu neon♥░ hehe. selamat berkissm.. saya dah kissm.. ni MBB lak yang kissm.. sama date ngan cik neon rasanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...