settle amik HIV test haritu, terus pecut ke Ipoh..
kami pergi ke...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Lost World of Tambun..
memang tak sedar diri kan.. menghabiskan duit, dikala sepatutnya menyimpan.. sighh...
okey, first sampai mula-mula, view dulu rate hotel kat Sunway Lost World Hotel, kalau munasabah dan affordable, baru boleh check in.. kalo tak, cari lain..
rate weekend, rm230 untuk exotic king, ni untuk view belakang hotel.. classical king rm250 untuk view depan, ala2 dalam gambar kat atas ni..
lepas puas hati, pilih exotic king je.. tapi lepas tolak diskaun goverment, dapat upgrade ke classical king.. yeay!!
lepas settle dengan luggage, mandi semua, memulakan destinasi ke Lost World..
oh ye, lupa nak mention, kalau korang menginap di hotel ni, dia akan bagi 3 kupon,
satu kupon breakfast free kat Papparich, satu lagi diskaun 10% ke entrance Lost World dan satu lagi 10% diskaun ke Hotspring and Spa..
entrance fee rm45 for adult, plus deposit untuk RFID rm10
total untuk dua orang lepas diskaun rm101..
masuk-masuk dalam terus cari petting zoo.. hehee
otw ke petting zoo jumpa tandas ni.. comel kan label lelaki dan perempuan tu..
kat petting zoo ni, best sebab haiwan freely move.. yang jinak la.. kalau yang sah2 buas, tetap kena kurung..
so jangan terkejut kalau korang tengok racoon ada atas kepala korang
banyak lagi snap binatang, tapi tak rajin nak upload semua.. hahaha..
view kat taman ni pun cantik2.. yg penting tidak berpagar.. pandai betul dorang manfaatkan keunikan struktur semulajadi kat sini..
kagum**
masuk kedai kat petting zoo, MBB nak belikan topi gajah ni.. comel kan..
tapi harga dia rm19.90.. pricy untuk benda yang tktau nak pakai bila..
Saya pulak nak belikan MBB topeng itik ni. cute kan..
lokasi seterusnya, Animal Care Centre.. pusat pemulihan haiwan sakit dan yang dah mati kat taman ni, pun ada diawet dan dipamerkan
next: swan lake..
cantik kan view dia..
pun boleh naik paddle boat kat sini |
swan pun banyak.. |
new attraction, Tin Valley |
jimat gila kan, tak payah buat bangunan, manfaatkan gua je untuk wat mini muzium.. =)
ada replika gajah.. siap ada papan tanda suruh kita naik gajah ni dan amik gambar lagi.. |
sebabkan sy pakai skirt, amik jela gambar dengan anak gajah ni.. :p |
nampak real je orang tu kan.. |
oh ye, kat sini pun ada kem untuk teambuilding..
macam-macam aktiviti ada, flying fox, water confident, abseiling, camping dll..
lepas tu pergi tengok rimau berenang.. kat tiger valley..
terlepas waktu sikit je.. kalau tak leh tgk rimau makan.. sebab feeding time pukul 3 dan 4pm..
kat kepura cave.. masuk dalam tak de pe pun, mungkin gua ni dijadikan bilik tayangan je
pun ada amusement park.. puas bagi hint dekat MBB suh try game dapatkan hadiah bear, tak besar, kecik pun jadila.. tapi dia cakap membazir.. baiklah.. T____T
ni bahagian water theme park..ada lagi bahagian lain.. tak snap..
kami tak mandi pun..
try hot spa reflexology je
malam tu ingat nak g hotspring & spa, sebab spa valid coupon dari pukul 6pm-10pm.. alih2 sume balik bilik, tido dengan jaya nya.. terlepas nak guna.. sedih tul.. esok dah nak balik..
esok pagi, pergi breakfast free kat PappaRich..
makanan dia sedap ooo....
yang paling penting, first time dapat guna unifi... hahahah, ketinggalan betul kan...
lepastu check out.. dan teruskan perjalanan jalan2 kami..
ke mana?
stay tune.. =)
>
10 comments:
bestnyer...kiranya semlam je ye dok ctu...best tgok view2 kat ctu..cntik...alam semula jadi...
@cik mah hehe, tak mampu nak duk lama2.. =)
dulu pu3 study dekat ipoh so pernah pergi lost world ni.petting zoo paling best!!boleh pegang semua haiwan kat situ.n takleh blah kaki kena pijak dengan kambing gurun putih tu.dah la berat.ppftt~
@Cik Putri haha, dahla berat, busuk lak tu kan.. hehehe.. best2.. tapi haritu, tak dapat pegang pun, dia punye trainer liar je mata memerhati sape2 pegang haiwan tu
bestnyaaa :D fiza tak sampai lagi tambun.. teringin sangat nak pergi tapi belum berkesempatan..
@Fiza Suhaimi pergi la.. best tgk nature view dia.. sejuk mata memandang..
seronoknya..teringin nak g sini..tah bila la akan sampai sini..huhuhu
nnti ajak hubby.. =)
kadang2 kita rindu zaman berdua..
sebab boleh keluar jln2 sesuka hati..
@Miss Sunshine hehe, takpe, kadang2 bosan juga.. tgk baby rasa cam best plak ada baby.. biasala tu.. normal perasaan camtu
Post a Comment