tadi call rumah
cakap dengan my mom, sedih gile sebab ma cakap kucing tengah tenat...
separuh punggung dia dah memburuk dan dua hari dah tak makan nasi...
bulu-bulu dia sume dah luruh abih...itu pun ada yang tak berhati perut lagi pergi simbah air kat dia..
PUNCA kepada semua ni???
yess, manusia yang berhati perut...
aku pelik juga kenapa manusia tersebut nak potong ekor Tek tu..
sebab setahu aku dia memang tak ada perangai pon
tak pernah pun stay atas rumah, wat hal.. naik cuma masa makan
kemudian pas makan, duk atas tangga.. tak payah nak halau-halau..
lainla kalau sekor lagi kucing aku Hitam tu memangla jahat, sebab jantan, kalau kena kat dia, tak rasa pelik la sangat kan..
alkisahnya ada satu hari tu,
Tek balik rumah dengan ekor berdarah2
bila tengok, memang ada kesan potong
yer.. kesan potong macam orang potong..
tak banyak pon, tapi boleh bayang tak macammana orang tu sanggup nak potong ekor kucing?
aku nak potong misai kucing pon tak sanggup
sebab tau setiap anggota badan kita ni ada function tersendiri..
sama la juga dengan binatang
sejak hari tu bermulala penderitaan Tek..
ekor dia makin lama makin pendek
last2 tinggal pangkal dekat ujung punggung je..
luka dia kejap kering, kejap darah balik...
letak abu tak payah cakap la.. siap menggelepar sebab pedih..
masa aku balik aritu pun, tengok, punggung dia macam dah berair-air, lalat pon nak bertelur kat situ
tapi sebab letak abu, ok la balik..
biasa kalau kucing, lalat bertelur kat punggung memang tak hidup lama..
sebab nanti berengga tu akan korek dan makan organ dalam kucing tu start daripada usus dia..
lepas aku balik sini, ma bagitau
bulu-bulu dia start luruh, jadi togel cam tikus dah..
tak boleh nak bayang macam mana Tek hadapi kesejukan malam n masa hujan
sedangkan bulu tu salah satu protection yang penting tuk kucing..
pastu yang teruk dua tiga hari ni la
ma cakap tek pergi jalan-jalan
orang tua-tua cakap kucing kalau pergi jalan jauh, tu tandanya dia nak mati..
sebab dia taknak mati depan tuannya
dan kena simbah dengan air
dan tak dapat bangun mungkin sebab sejuk sangat..
so ma bawak balik rumah lap-lap sume
kemudian start dari tu ma perasan yang bahagian punggung dia teruk jah memburuk sampai ke tulang-tulang...
sekarang, dia dah tak boleh nak berjalan, cuma terlantar
bila ma pergi kat dia, dia try bangun tapi jatuh balik... siap mengiau.. mungkin cuba bagitahu kesakitan dia dekat ma... Ya ALLAH, masa dengar ni, memang airmata tak dapat nak tahan-tahan... sedih sangat sebab fikirkan azab dia disebabkan perbuatan manusia.. dahla kucing ni susah nak mati... so sekarang ni memang dah dua hari dah dia tak makan... menunggu masa ajal tiba... harap dipermudahkan pemergian dia...
kepada manusia berkenaan yang aku rasa aku tau sape..
mungkin ko ingat ko potong sikit tak sampai 1 cm,
tapi tengokla macamana kesan daripada perbuatan ko tu...
takpela, aku harap Tek akan tuntut pembalasan atas kekejaman ko tu akhirat nanti...
pesal aku emo sal kucing?
sebab aku sayang makhluk ALLAH tu..
kalau sakit, aku la yang carikan ubat, bawak pergi klinik..
tapi sampai hati orang yang pukul, potong-potong ekor tu
kenapa tak ada sekelumit rasa kasihan dalam hati..
mereka makhluk yang lemah.. tak boleh nak bercakap, luah perasaan, melawan apatah lagi..
even tak suka pon, janganla aniaya haiwan...
Ni bukan first time semenjak aku hidup tengok ada yang wat jahat dekat kucing
lebih-lebih lagi kat kucing sendiri..
balut kepala dengan plastik megi.. kemudian campak sungai.. yang tu masa umur aku 8 tahun.. aku sendiri yang jumpa bangkai kucing tu... nangis tak berlagu 2 hari..
kemudian, ada yang toreh perut kucing aku sampai kulit bawah perut menggeleber tersiat...
kalau yang curah air panas, minyak panas, acapkali sangat..
siap ada yang pukul dengan kayu sampai mati.. tapi bukan kucing aku la..
apa dosa kucing tu?
setakat ni yang kena tu sume kucing-kucing yang berperangai baik...
kalau nak kata curi lauk, ikan.. setimpal ke dengan pe yang korang buat?
lagipon yang tu pon kealpaan manusia jugak.. tak boleh salahkan kucing 100%
kalau kat umah aku, kucing orang lain curi lauk, paling-paling pon, buat-buat bedal dengan lidi selain daripada jentik telinga... 2pon kalau sempat..biasanya kucing tu sempat lari dulu...tak pernah nak simbah2 potong2 ni...kalau jumpa yang tepi jalan pon kalau buleh nak bawak balik pelihara.. ni bukan saje2 cakap tau.. sebab aku pernah bawak balik anak kucing dekat maktab dulu sebab kesian tengok dia kelaparan...
kesian dekat Tek.... harap-harap ni kejadian last dah... tak sanggup dah nak tgk mana-mana kucing terima nasib yang sama...
sebahagian kucing yang pernah aku bela... ramai yang dah mati sebab penyakit dan juga kekejaman manusia.. kecuali yang dalam gambar dua kat bawah sekali ni... tapi gambar Tek tak ada pulak..comel2 kan.. tapi tetap tak dapat nak lembutkan hati manusia yang zalim...
kesian dorang... T_T