LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

July 31, 2013

Kad Raya


Setelah beberapa tahun tak penah terima kad raya..
akhirnya dapat jugak kad raya tahun ni..
daripada Honda.. lebih tepat, daripada Lee Motors Alor Setar..
Hijau.. sampai sampul pun hijau..
ingatkan pamplet ape la yang duk dalam mailbox..
seb baik check.. biasa ignore je melainkan sampul putih baru tgk..
the 1st n the last la kot kad raya ni.. 
ke ada sape2 nak bagi kad raya kat saya?? hihihi


>
>

July 30, 2013

Persiapan raya

Haih, lupa kan jap masalah maternity leave tu.. dah mood raya pun kan.. pe tak nya, pagi2 drive ke sekolah, kompom plg2 koman pun ada 2 lagu raya sepanjang 15min drive tu kan.. maka berkobar2 la perasaan nak balik kg, puasa kat rumah sdri.. sebab sepanjang ramadhan ni sempat puasa umah MBB je.. xberpeluang lagi nak balik pose umah.. hukhuk... tapi persiapan raya, nan ado pun lagi.. kena tunggu MBB balik dulu baru leh shopping... tapi takleh beria sangat la nak shopping.. kena berjimat cermat.. nak sambut baby n bayar bil spital lak bulan 9..

Baju raya for me tak beli pun.. sebab masa bulan 3 ritu ada hantar kain 6 pasang.. dann kalau nak tau, baju tu baru siap... gila lama kan.. tapi jimat i.. bayar 162inggit je dapat 6 pasang.. tapi dah tolak kos kain la..  sebab kos dah dikeluarkan awal2.. kalau beli online? baru dapat sepasang tu.. jimat x? jimat x?... tudung pun macthingkan dengan tudung sedia ada je.. sebab yang ada pun banyak lagi tak terpakai dan baru pakai sekali dua.. lagipun memabazir kalau beli baru sedangkan untuk tone warna yang sama je.. mungkin untuk diri sendiri cuma beli kasut raya, tu pun kalau muat dengan kaki gajah ni.. handbag baru?? jeng jeng jeng..

So plannya cuma cari baju tshirt MBB, dan samping.. sebab baju melayu pun recycle balik baju masa bertandang.. sebab nak pakai gi masjid je pun.. yang lain2, macam biskut raya, langsir dan sebagainya, kami tak beli pun.. sebab mana ada rumah lagi pun.. setakat rumah sewa kat tempat keje je, rumah transit la katakan.. biskut pun tak beli kot.. nanti makan je apa yang ada kat rumah ma n mama.. hikhikhik... selalunya pun bukan hadap sangat kuih2 raya ni.. banyak yang tak sedap dari yang sedapnya kan.. lagi suka makan kerepek2.. tapi my fav biasanya tart nenas, semperit, cornflakes dan biskut kacang.. mmmm.. sedapnya..


My cravings untuk raya ni pulak, tak sahla kan kalau tak mengidam.... dah nama raya, mengidam pun juadah raya kan... untuk org pantai timur opkos la ketupat palas... nak2 lagi yang ada kacang dalam pulut tu..  rasa cam tak lengkap raya kalau takde ketupat palas ni.. xsabar nak makan ngap2 banyak2 ketupat ni.. :)


Kemudian, nak makan tapai pulut.. 


nasi impit dengan kuah kacang..


Hehe, rasanya itu jela kot yang diidamkan,.. tak banyak pun kan.. dapat makan 3 benda kat atas ni pun dah puas hati gila... :).. harap2, takdela naik mendadak berat nanti..

Yang tambah syoknya sebab tahun ni experience berbeza dah.. buleh rasa beraya kat dua negeri.. biasa kat negeri sendiri je.. tapi tahun ni buleh raya kat Kedah.. tapi beraya kat Kelantan dulu.. ehemmm.. :) raya kedua kot baru balik Kedah.. MIL yang suruh balik Kelantan dulu.. baik tak my MIL?? hehehe, :) so turn tahun depan, Kedah la plak ye.. ikut giliran.. tapi risau jugak nak gerak balik raya kedua tu.. huhuhu.. dalam kepala dah buleh terbayang suasana jam.. omaaiiiiii.. tak sanggup!

p/s: nasib baik bonus tak kena potong kwsp.. :)

>
>

July 27, 2013

maternity leave.. dilema wehh


Dalam dilema sebenarnya sekarang ni.. berkait dengan cuti bersalin.. sy punya due 24.9.2013.. opkosla due tu bersamaan dengan 40weeks kandungan kan.. tapi biasa orang akan apply cuti bersalin lagi awal.. tak kisah la seminggu ke dua minggu ke or lebih.. yang biasa tak apply cuti bersalin awal ni biasanya yang memang duduk dengan parent ataupun dengan suami.. Tapi as u all dah tau, sy memang sebatang kara je kat Perak ni.. menyewa pun sorang diri n MBB kat Sarawak; noted; in RURAL area.. yang tak ada line hp dan line internet yang hanya available di sekolah dan kadangkala hidup segan mati tak mau.. Antara dilemanya sekarang ni adalah


1st: Jumlah cuti  bersalin... saya amik 60 hari je.. sebab kalau amik 90hari, memang dah termasuk dalam cuti sekolah hujung tahun yang akan bermula 16/11.. jadi rugi la kalau apply cuti dalam cuti... so sy dah decide, cuti 60 hari je.. rugi ooo incase masa depan nak beranak ramai ke.. 



2nd; Govt servant hanya boleh amik cuti 2minggu awal dari tarikh due.. so kalau sy nak amik awal 2minggu, means 10/9 tu sy dah boleh bercuti.. tapi sy kena masuk balik sekolah/kerja dari 11/11-15/11 yang mana sangat tak best dan tak menguntungkan.. sebab bila balik Perak, nak masuk kerja, nak kena cari babysitter.. hanya untuk tempoh seminggu.. tinggal pada parents?? rasa macam tak sanggup nak berjauhan walaupun hanya untuk seminggu.. so sy plan biarla saya cuti terus direct sampai bulan 1.. so kira punya kira dari tarikh last persekolahan, 60 hari cuti bersalin tu ngam-ngam jatuh seminggu sebelum due..  iaitu selasa 17/9.. so kalau sy nak balik sy boleh start balik 13/9.. sebab isnin tu cuti hari malaysia.. tapi persoalannya, macamana kalau terberanak awal? minggu 13/9 tu dah 38weeks dah.. biasanya ramai yang bersalin awal kan.. minggu 38 biasa adalah minggu yang feveret baby kuar.. sepatutnya waktu tu dah standby duduk kat rumah.. bukan terhegeh2 baru nak balik.. 

 

3rd:  Untuk menyelesaikan masalah kat atas, sy plan nak topup cuti yang ngam2 seminggu sebelum due tu dengan CRK (cuti rehat khas) yang masih berbaki 6 hari sebab sy dah guna sehari masa MBB sakit haritu.. so maksudnya bolehla sy balik 2minggu sebelum due.. atau kalau nak lebih sy tambah dengan MC je.. tapi plannya nak topup CRK jela supaya atleast 6/9 sy dah berada di rumah.. tapi yang menimbulkan masalah, MBB pulak yang susah nak dapat cuti.. dia tak boleh nak extend cuti sebab waktu tu betul2 minggu sebelum UPSR.. dia kan mengajar tahun 6.. konpom tak sampai hati nak biar budak2 terkontang-konting even kalau GB consider pun.. see, anak murid lagi penting tau dari bini n anak.. hukhukhuk... sapa la yang nak menghantar sy balik.. drive sendiri?? i'm willing to kalau masih berdaya.. dah terdesak kan.. xpela kalau dia tak dapat temankan pun.. tapi MBB lak tak kasi.. sebab dia cakap kalau boleh dia yang nak hantar sendiri.. dah tu camne, sia2 jugak kalau sy topup cuti, tapi kalau dia pun tak boleh nak cuti.. dan sy tak boleh nak balik.. takkan nak menderhaka dengan suami lak kan. balik awal tanpa izin.. haha.. Again, sy mmg takut terberanak awal kat sini sorang2.. huhuhu..

4th: Selain daripada risau terberanak awal, sy sebenarnya takut kalau sy bersalin waktu MBB tak ada dengan saya dan lagi memburukkan keadaan, kalau dia berada kat dalam; waktu weekdays.. MBB hanya akan keluar ke pekan dan stay for weeekends only.. masa tu la dia accessible via HP.. dari tengahari jumaat sampaila tengahari ahad.. selalu je terbayang2 kalau sy bersalin hari ahad malam/ isnin.. maksudnya hanya jumaat berikutnya barula berita tu boleh disampaikan pada dia.. kalau bernasib baik, line internet ok, dapatla berita tu lebih cepat disampaikan.. itupun bukan on time dia buleh balik time2 tu jugak.. kena harung perjalanan dari sekolah ke pekan Lawas 2jam setengah.. dari Lawas ke KK 4-5jam bergantung pada trafik dan juga gate sempadan. kalau waktu tu gate dah tutup, tak dapat la nak ke Sabah. kena tunggu sampai gate bukak.. kemudian naik flight dari KK ke mana bergantung pada lokasi sy masa tu la.. huhuhu..

So kami decide untuk bincang dengan doc kat tempat yang kami planning for delivery nanti.. nak tanya pendapat dia, boleh ke awalkan delivery ke cane.. means induce la kan.. kalau dah takde choice, terpaksa la walaupun ramaia cakap sakitnya berganda2.. supaya MBB dapat bersama dengan sy pada saat   kelahiran.. InsyaALLAH, cuti raya nanti kami nak g checkup dan booking sekali.. masa tu bolehla dapatkan pandangan dia.. yelah, sapa tak mau laki ada time sakit bersalin.. sekurang2nya dapat bagi perangsang dan paling koman pun biar dia tengok betapa sakitnya kita nak melahirkan zuriat dia.. :p

Planning for maternity leave ni sangat memeningkan kepala sy.. mungkin situasi kami yang merumitkan keadaan..  so setakat ni perkembangannya sy dah apply cuti bersalin dari 17/9-15/11.. maksudnya tak perlu naik kerja sebab terus sambung dengan cuti sekolah.. 2nd-4th dilemma; not yet settled.. kena g jumpa gynae dulu, lepas tu baru leh wat keputusan.. samada topup cuti, induce ke ape ke bergantung pada perjumpaan tu.. sekarang ni pun asik pesan kat baby.. supaya tunggu daddy balik.. jangan keluar awal2.. cian kat mummy.. huhuhu


>
>

July 26, 2013

Kaki Gajah


Tengoklah kaki i yang telah ditransform jadi kaki gajah... bengkak.. setakat ni, sejak simptom ni menyerang dari kandungan 5bulan, yang ni lah paling ketara dan teruk bengkaknya.. biasa selalu-selalu bengkak2 manja je.. ni hambikk.. dah comey bebenor kaki jadinya.. pagi semalam masa ke sekolah ok je.. kemudian perasan kaki membengkak bila nak balik sekolah.. masa keluar bilik guru, nak sarung sandal tu, tak muat.. tengok2 dah kembang semangkuk dah kaki.. harini nampak surut sikit je.. tak nampak beza sangat pun... kena rehatkan dan tinggikan lagi kaki.. nasibla tak sakit..  sebabkan sandal tak muat, kena pakai selipar yang jenis macam lastik tu je.. yang sarung2 memang tak muat.. alahai.. sabar jela..  tinggal lebih kurang 8minggu lebih je lagi.. :))

>
>

July 25, 2013

Penangan Bulan Julai


Penangan bulan 7 ni kuat betul.. laman web akauntan negara malaysia (ANM) dah berapa hari tak dapat nak akses, sejak hari payslip kuar lagi hari selasa haritu.. sy pun hanya berjaya download slip gaji semalam..  itupun bukak pukul 4.30 pagi.. kalau tak, dia duk main pusing2 je.. slip gaji MBB pun berjaya di donlod hari ni, pada masa yang sama.. 4.30 pagi.. kalau waktu2 yang lain jawabnya memang tak la.. majoriti waktu dinihari yang tak ramai orang online je baru dapat..

Kemudian, harini pulak hari gaji.. 25hb kan..  laman web cimbclicks lak tak dapat nak diakses.. duk pusing2 cenggitu je.. adoila... katanya semua ibk camtu.. betul ke tak, wallahualam.. sy tau yang cimbclicks je yang bermasalah harini.. yela.. bulan 7 ni kebanyakan govt servant dapat tunggakan pergerakan gaji dari bulan jan-jun bagi yang kenaikan januari.. plus pemberian satu KGT lagi kan.. sebab tu masing2 tak sabar nak tengok amaun yang masuk dalam payslip dan bank.. ni pun alhamdulillah, baru dapat bukak Cimbclicks.. tapi lembab gila.. huhuhu

Semalam pulak, kerajaan dah umum saguhati raya.. dapat rm500.. jadila.. daripada tak dapat langsung kan.. rezeki jugak tu.. alhamdulillah.. :))

>
>

July 24, 2013

checkup 22/6 dan 23/6

22/6, checkup kat hospital macam sy cerita dalam previous entry.. alhamdulillah.. takde ape masalah regarding baby kecik atau ukuran rahim tak sama  dengan minggu.. sebenarnya dah sedia maklum pun.. sebab checkup 2 minggu lepas yang bermasalah tu kan, doktor dah bagitau, ukuran rahim dah normal balik dan berat pun tak ada masalah.. cuma tetap kena proceed dengan hospital sebab dah amik appointment.. nak dapat tarikh appointment tu pun makan masa.. so harusla kena pergi walaupun masalah dah selesai... kat hospital, memang buat detail scan.. doktor tu siap cakap lagi, yang baby awak ni mungkin kakinya panjang sangat, sebab tu nampak macam kepala kecik.. tapi memang tak de problem.. alhamdulillah.... teheeee.. tang kaki panjang tu ikut sape la ekkk... confirm bukan mummynya.. :p.. ishhhh.. tak buleh jadi ni.. dah 2 traits ikut daddynya.. kikiki.. tapi seriously, masa menunggu kat govt hospital memang sangat-sangat lama, pergi kul 8, pukul 11 baru abehh.. macam ape dah berkejar ke sekolah balik.. ikutkan hati yang malas mau je cuti.. tapi sayang pulak kat cuti.. huhuhu..

23/6, checkup kat KKIA.. result checkup

berat: 63.8kg
urine: normal
tinggi rahim: 30cm

Cuma berat turun..  berat yang lepas 64.7kg tapi tak kena mark dengan pen merah sebab misi cakap mungkin sebab puasa.. legaaa.. ingat nak kena marah dahh... hihihi.. ukuran rahim pun xberi masalah.. masa nak ukur tu debar dalam hati toksah ckp la, mmg doa banyak2 supaya sama dan xde masalah.. hb pulak tak test, sebab kat hospital dah cucuk darah kat jari.. turun sikit, 11.4.. tapi okla, atas dari border line.. :)
next checkup, 6/8..  2hari sebelum raya.. 
tak sabar nak raya... :)


p/s: tengah pening dengan cuti bersalin.. uhukk... amik awal karang, MBB lak yang susah sebab dekat sangat dengan UPSR.. amik lewat kang, terberanak kat Perak ni naya.. aishhhh, dilema sorang cikgu n bini cikgu..


>
>

July 21, 2013

Esok ada checkup hospital

Esok; 22 Julai 2013 ada checkup dekat Hospital.. referral dari KKIA sebab kes ukuran rahim xsama dengan minggu kandungan haritu.. huhuhu, meskipun dah sebulan lebih berlalu dan checkup yang lepas pun doc dah sahkan everything back to normal, baby pun berkembang dengan baik, tapi tetap harus ke sana.. yelah, nak dapatkan tarikh ke sana pun makan masa sebulan kot.. aiyaaaa.. ikutkan hati yang malas ni, memang taknak gi.. tapi bila pikirkan baby.. alahai, lembut hati tiba-tiba.. yg paling syok, mestila sebab mungkin dapat tengok little one.. sebab doc kat KKIA cakap, dia refer pun sebab nakkan result detail scan yang hanya ada di hospital je.. hope everything gonna be fine tomorrow...  
Doakan kami.. (^_<)



p/s: lusa pulak checkup kat KKIA.. huhuhu.. 

>
>

July 20, 2013

Counting 13 days more..

Pagi ni pagi2 lagi lepas sahur terus gerak ke Stesen Keretapi Sungkai.. hantar MBB naik ETS.. dia dah nak balik Sarawak... sob sob..


Dapat la bersama dia hampir 7hari... ada hikmah dia sakit.. spend time berpuasa dan berbuka sama2.. walaupun hanya sempat masak kat cayang sayang ni sekali je.. yakni semalam... tu pun buat nasi ayam je..  dah tak berapa nak larat dan tekun nak memasak.. sudahnya, beli bazar atau berbuka kat luar je sejak balik ke Perak hari Selasa haritu... nasib la MBB ok je..  ngeh3.. Tengok masak semalam pun sudahla, pukul 9 sudah pengsan.. penat.. cepat mengah sekarang ni.. jalan sikit pun sakit belakang tu cepat bebenor.. tadi pun drive sejam setengah je pun dari rumah ke stesen ketapi tapi balik-balik terus tido, bangun pukul 4 ptg!!.. 

Nasib baik la lepas ni dah takde dah yang kena bawak keta balik Kedah mahupun Kelantan.. sebab lepas ni semua trip balik MBB akan melalui KL.. means Lawas-KK dengan Keta, flight dr KK-KL, kemudian dia amik ERL dari KLIA ke KL Sentral, baru la KL Sentral-Sungkai dengan ETS pulak.. kesian bila fikirkan dia terpaksa travel banyak dengan berjenis-jenis kenderaan kalau balik ke Perak banding dengan naik kereta dan flight je kalau turun Penang, tapi sekarang dah tak larat nak drive 5jam ke Kedah.. terpksa dia buat pengorbanan sikit.. bini dia pun kena la pejam mata sikit, buat2 tak kesian walaupun perasaan tu menggunung dalam hati.. tengok pengorbanan dia, i know that i chose the right guy to love to..  and that feeling grows bigger every second.. ;) hihi.. 

Kadang2 bila tengok dia, selalu je rasa cam tak caya kami dah kawenn.. dah nak ada our own baby pun.. perasaan bercinta harusla setiap masa.. malah kena lebih dari zaman sebelum kawen.. dah halal, buat apa pun indah je.. xpayah dah risau-risau pandangan orang walaupun sekarang pun masih ada yang tengok semacam je kalau duduk berdua, jalan pegang2 tangan.. 2-3 bulan ni ok la kot sebab perut ke depan, jadi orang caya dah kawen.. hehe... 


Lagi 13 hari lagi baru dapat jumpa MBB balik... cuti raya pulak ye baby kita jumpa daddy.. baby pun diam je hari ni.. tak aktif sangat.. macam tau2 je daddy dia dah takde, tak pegang2 dia macam hari2 yang lepas.. sabar ye baby.. daddy pergi kerja.. cari duit untuk baby n mummy.. nanti kita gi shopping baju raya eh.. haaa, kami pun belum lagi shopping baju raya dan benda2 berkait dengan raya.. dekat2 nak raya la nampaknya baru berpeluang nak gi cari..  nak cari baju raya pesen camana pun taktau lagi.. pilihan dah terhad sekarang ni.. hohoho.. any idea friends??

p/s: selasa haritu dah settle borong barang baby secara kasarnya... barang2 tecik2 je, tapi ongkosnya, mak oiii... barang mummy? belum settle.. pelan-pelan kayuh.. :)

>
>

July 17, 2013

Dugaan Ramadhan

Dugaan bulan ramadhan; kronologi brmula dengan suami demam sejak 5Julai lagi.. bila balik jumaat 12Julai tu, masih demam.. sangat panas dan diikuti dengan vomitting.. masa kat Sarawak, siap dengan gigil-gigil lagi.. tapi bila balik semenanjung, dah tak de gigil, tapi demam on off..  bila telan ubat, ok.. habis kesan ubat, demam balik.. Sabtu tu kami ke klinik swasta, doktor bagi ubat demam, antibiotik, batuk dan angin..  sebab mula-mula takut malaria, tapi kat sarawak dah buat blood test, tapi negative.. so doktor syak, maybe sebab puasa, so gastrik menyerang.. so balik la kami ke rumah dengan harapan, esoknya akan ok.. kesian MBB, sahur dengan bubur, buka pun dengan bubur sebab kerongkong dia sakit..

TAPI... sudahnya, malam tu demam menyerang balik.. suhu badan dan 38.9 celcius... masih berharap yang esoknya demam akan kebah.. ahad pagi, masih lagi demam, sy tak bagi dia balik Sarawak.. takut dia makin teruk kat sana, sapa yang nak jaga??

Isnin pagi, kami ke Klinik Kesihatan.. nak check lagi details plus nak mintak cuti..gerak pukul 8.30pagi.. masuk bilik treatment pukul 11 pagi.. mula-mula ingat ok la.. sebab MBB dah tak demam... suhu badan pun hanya mencecah 37 darjah.. last2, bila dia cite sume yang dia start demam dah 11 hari, MA tu suruh wat blood test..  kemudian ada something kacau pada darah dia.. doc pulak yang takeover, suruh buat urine test.. hasilnya, positive protein, ketone 4+ dan ada blood dalam sampel.. dah over dehydrated.. terus doc buat surat referral ke Hospital Sultanah Bahiyah..

Sebelum gerak ke sana, sempat lagi ke klinik swasta sebab nak request mc untuk sy.. takde la rasa rushing sebab masa tu condition MBB pun ok.. bila pergi emergency, siap kena buat xray, dan suspek malaria once again.. dan memang kena tahan dalam wad pemerhatian sementara.. sebabkan ada something yang kacau pada result blood n urine test.. Doc pun tanya MBB kalau risau, dia boleh bagi pluang duduk wad untuk further treatment.. mana la mau kan sebab dah beransur sihat.. cuma tak sangka lak ujian2 tu sangkut.. so Doktor cakap dia nak buat detail blood test untuk check hati, buah pinggang n etc sebab takut ada infection, kalau ok, baru dia bagi balik...

So tercongok la kami dalam wad pemerhatian tu hampir 4jam.. MBB boring la sbb dia dah tak sakit.. tengok org kelip2 je.. bila pukul 6 suku je, yang menunggu ni dah kena keluar.. tak boleh tunggu dalam tu.. so merayap la saya ke bazar berhampiran.. cari makan dulu.. tapi syukur alhamdulillah.. pukul 6.45, result dah keluar dan semuanya negatif... alhamdulillah.. dapat MC 4hari... tapi doctor pesan lagi.. kalau dalam 4hari ni ada demam, kena datang balik sebab kalau demam hampir 14hari, tu tandanya ada jangkitan virus..

Setakat ni alhamdulillah, keadaan MBB ok lagi.. risau sangat2 kalau dia jatuh sakit balik... memang rasa macam kalau boleh biar la ALLAH pindahkan sakit tu kat sy..tengok depan mata sakit pun rasa cam tak sanggup, inikan pulak bila terpikir yang dia sakit sorang-sorang kat sana.... Semoga ALLAH berikan kesihatan kepada MBB.. aminnn..


>
>

July 12, 2013

Baby Gerak Sahur

Pagi ni sahur, baby yang kejutkan.. :)) kuat dia tendang2 mummy dia.. lepas tu baru dengar bunyi jam.. bagusnya dia.. macam tau2 je rutin sekarang ni even baru masuk hari ketiga berpuasa... xsabar nak jumpa daddy ehh...
nanti esok kita gi shopping barang baby ehh.. :))


>
>

July 11, 2013

2nd Day Puasa

Sudah selamat menjalani ibadah puasa untuk hari pertama.. alhamdulillah.. harini pun, tinggal sejam lagi untuk berbuka... meskipun baby menendang2 kuat.. lapar kot.. tapi lepas gosok2 perut, dia diam balik... gud girl la anak mommy kan.. tapi yang paling syoknya, masa berbuka, turun je makanan dan mungkin waktu tu sampai ke dia, kuat dia bergerak2 ke sana-sini.. seronok dapat makan akhirnya agaknya la kan..

Perasaan berpuasa macam sebelum mengandung.. tapi memang wajib makan nasik.. takut tak larat.. lapar tak terasa sangat, tapi dahaga yang amat.. meskipun dah try minum air masak banyak2 masa sahur.. tapi sudahnya, pukul 6-8 pagi dah berulang alik ke toilet membuang air.. nasib baikla keje pun setengah hari je.. bila dah melepek tu, cepat2 tidur... tapi sehari dua ni cabaran sikit sebab demam selsema kan... batuk lagi, demam lagi.. suara pun dah garau semacam je..  batuk tapi tak boleh minum air seksa sikit la kan.. harap-harap flu ni akan cepat2 hilang la..

Esok, MBB balik! yeay!!! dapatla puasa dengan suami sendiri walaupun sehari je.. smlm pun MBB sakit.. angin agaknya.. dia memang ada gastrik pun.. sedih dengar suami sakit, tapi tak dapat langsung nak menjaganya.. harapkan bertanya khabar melalui internet  je pun... apela menu sahur dan berbuka dia agaknya? ntah bangun ke tidak.... inila cabaran hubungan jarak jauh.. sakit sorang-sorang, makan-minum xterjaga..  :((.. harap2 dapatla kami duduk sebumbung dalam masa terdekat ni.. aminnn...

Harap-harap tahanla baby n mommy nak drive jauh dalam keadaan puasa.. baby sabar eh, sok kita jumpa daddy.. :)

p/s: tenkiu blogger ayeen sebab tolong sal isu saman tu.. lap u lahhh.. walaupun hanya kenal di alam blogger je, tapi ayeen ni tak lokek untuk membantu.. really appreciate it.. :))

>
>

July 10, 2013

checkup 29 weeeks

Harini first day puasa.. dah setengah hari.. setakat ni alhamdulillah.. masih mampu bertahan.. :) semoga the lil one pun mampu berpuasa juga macam mommy..  kuat dia kicking2 kat dalam perut ni..  dan harini jugak checkup kat KKIA.. routine checkup every fortnight since dah masuk 7bulan kan.. so result checkup harini

Berat: 64.7, +1.9kg
Urine: Normal
Hb: 12.0
Tinggi Rahim: 28cm

Alhamdulillah, tinggi rahim pun dah sama dengan minggu.. :), Hb pun dah ok.. dah tak kena pen merah.. tapi berat tu macam overweight sikit kan.. terlebih 0.9kg.. hahaha..  oh ye, rasa cam nak share cara nak menaikkan hb.. hehe, sebenarnya sejak dari bulan 6 haritu sy consume shaklee Vita-Lea... dan alhamdulillah.. dah 2x checkup, dua2 Hb above 12..  kalau korang ada masalah hb rendah, tryla consume vita-lea ni.. mana tau kot2 berkesan dengan diri korang.. sharing is caring.. :)

Tapi tadi pun kena jumpa doktor jugak sebab demam selsema.. nurse amik bacaan suhu 37.3 darjah celsius..  Terus refer doktor.. Doktor lak komen pasal last prob, dan bagitau sekarang ni dah xada masalah dan baby membesar ikut minggu kalau ikutkan bacaan minggu ni.. doktor offer MC, nak ke tak.. tapi tolak sebab masa tu pun dah pukul 9 lebih.. harini pun tak banyak kelas.. dah alang2 pakai baju keje.. malas nak balik rumah.. semoga anak mommy rajin macam mommy eh.. ngeh3.. :p

Baby duduk baik2 ye syg.. puasa sama dengan mommy.. 2 bln lagi kita jumpa.. :)

p/s: terkejut dengar berita sorang kawan yang kehilangan baby.. jantung baby dah tak berdegup semasa nak melahirkan.. Innalillah.. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul... semoga dia tabah menghadapi kehilangan ini.. baby tengah tunggu mommynya di syurga.. 


>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...