LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

August 30, 2011

dam dam dum


Selamat  Hari Raya diucapkan kepada yang mengenali dan membaca blog ni..
maaf kalau ada entri-entri yang menyentuh kalian, kata-kata yang mengguris dan pendek kata atas segala kesalahan yang sengaja atau tak, dilakukan oleh saya; manusia yang tak lepas melakukan kesilapan... ;p..


Semoga lebaran ini membawa satu pengertian dan yang baru...
dapat mengeratkan silaturahim.. yang terputus bolehla disambung semula.. yang renggang dieratkan semula dan  memulakan silaturahim yang baru kiranya tiada... pesanan untuk diri sendiri juga... lupakan dendam lama, buka buku baru... 

SELAMAT HARI RAYA!!...

p/s: nak duit raya datang umah.. tapi terhad umur 12 tahun ke bawah. hehe.. =p 

August 24, 2011

mengantuk tapi...

kebelakangan ni memang kat sekolah ngantuk tahap cipan...
rasa macam bila balik sekolah  tak menyempat-nyempat, nak bantai tido je...

my hero pun ngantuk jugak.. =p


TAPI....

bila sampai kat rumah, takdenya pulak nak tido...
mungkin sebab dah kena air masa nak solat, segar sikit..
tapi bila tak tido memang rasa rugi dan menyesal... betul, tak tipu pun.. memang betul rasa camni..
yela, dah badan memang nak tido tapi matanya tak mau lelap..
memang rasa penat.. 
sudahnya masa tuisyen, menguap je kejenya...
tertunggu-tunggu bila nak habis... 
tak baik betul kan...
bulan ramadhan ni tuisyen lewat sikit abis dalam pukul 10.30...
untuk orang yang macam beruang kutub ni, memang la waktu tu dah lambat sangat masa untuk tido...
dan kalau tak boleh tido, rasa macam nak mengamuk2 je rasanya... sebab waktu berhibernasi telah diganggu... hahaha.. saya bukan jenis burung hantu yang stay up malam2... tapi saya spesies beruang.. beruang comel boleh??


tahun ni masa cepat betul berlalu kan... tak sedar tinggal 6 hari lagi nak raya...
mood raya?? ntahla... macam tak berapa nak ada... rasa macam nak balik, spend time dengan family je.. dan berehat... sebab?? dah dewasa kot.. ecece.. betulla orang-orang cakap, raya ni meriahnya bila kita kanak-kanak... bila semakin meningkat umur ni, pengertian raya tu sendiri dah berubah... raya akan meriah balik bila kita ada yang kecil dekat rumah.. keluarga saya sume dah besar2.. haha.. tunggu anak sendiri la pulak baru meriah kot.. =p
so persiapan tahun ni pun ala kadar je.. kalau nak banding tahun lepas, lagi meriah kot.. huhuhu...
tudung raya pun tak cari lagi....
mungkin sampai rumah nanti baru datang mood raya...
apa pun jiwa sebenar dah berada di rumah dah ni...
tengok kawan-kawan lain pun sama.. mood mengajar tu dah diganti dengan mood raya...
sabar ye.. 2 hari je lagi.. =))

p/s self-treat hari ni... beli aiskrim harga RM20..  yang wall selection tu... amik 2 lak tu...tamak betul kan... nafsu2...

August 22, 2011

lulus!

sebenarnya post ni tak penting pun.. 
hahaha, macamla sume post sebelum ni penting kan
cuma nak bagitau
CRK untuk hari raya saya LULUS!!!


hehehe, sila jeles yer... orang lain cuti 9 hari, saya cuti 11 hari.. ngeh3...
tapi GB ku siap bertanya lagi; tak cukup ke cuti seminggu? haha, nada gurauan  plus sikit2 perli disitu... hahahha. dulu memang ingat nak apply, tapi tak jadi sebab dengar UPSR pas naik cuti terus...
risau juga sebab takut ramai cikgu kat sekolah.. lagipun anak-anakku pun periksa jugak sama ngan UPSR..
tapi bila dengar UPSR ditunda seminggu selepas cuti raya, berbunga2 kembali la..
kemudian fikir kalau balik ahad 4/9 confirm jalan bersusun ngan kereta...
so timbang-timbang, -, x, +, /, amik juga la...
tu pun tak berharap sangat lulus sebab dimomokkan cerita kawan-kawan cakap crk tak boleh bersambung dengan cuti panjang...
saya pun taktau ada ke tak pekeliling pasal tu, tapi saya berpendapat, lulus ke tak, hak GB...
dengan keazaman membara, isi borang, dan hantar...
kemudian kerani bagi borang balik, lulus...
dah tau da.. mesti GB ku kesian sebab jauh..
pepun, yang penting LULUS kan... =))

August 21, 2011

hangul fever + masalah koordinasi




Video-video kat atas ni petikan citer  Dream High.. dalam entri ni dah citer kan...
sekarang ni memang hangul fever la... siap kat astro tu ada K-Pop talents show bagai lagi... betapa kuatnya pengaruh muzik dan drama korea..
sebenarnya saya demam hangul bukan baru-baru ni je.. dah lama dah.. sejak2 meletus citer Winter Sonata lagi.. seingat saya waktu tu saya masih lower secondary lagi... sebab tu dekat IPG, saya selalu mencari stok cerita korea untuk ditonton... antara sumbernya adalah Enun.. sebab dia suka beli citer korea. saya menumpang je! hahaha...

kenapa saya suka produk2 seni korea ni? kenapa tak sokong artis malaysia, drama tempatan...
bukan tak sokong, cuma mencari kelainan... dan bagi saya, produk seni korea way too better than indon.. sorry to say.. tapi mengikut apa yang saya tahu, untuk menjadi artis di korea bukan macam di Malaysia.. macam mee segera.. mereka memang menjalani dan ikut latihan yang ekstensif.. kdg2 dibentuk bertahun-tahun sebab tu kalau kita tengok, mereka memang boleh menyanyi dengan baik dan paling penting  bila part menari...  HEBAT!!...
ada jugak yang cakap vokal dorang bukan superb pon, lembik je.. huhu, kalau ikutkan semua tu bergantung pada genre muzik, kalau pop dance takkan dorang nak melalak macam nyanyi lagu balada kan...  bahasa dorang pun macam tak sesuai je nak nyanyi lagu ala-ala kak ziana kita...  marah orang seni tengok aku merapu entah pape.. hihihi
paling penting, dorang ni hensem2 wehh... jambu je.. hahaa. yang girls nye comey2 je... walaupun seringkali dipertikai samada asli atau pun sebab plastic surgery.. walaupepun, dorang tetap cute.. hihihi.. sampai kadang-kadang appearance hero dan heroin turut memainkan peranan dalam mood nak tengok citer tu... =p

sebebanrnya video kat atas cuma nak tunjuk betapa kiutnya mereka menari.. teringin nak menari cam tu.. tapi tak boleh.. sayangnya badan keras macam kayu.. memang KAYU pun.. T_T...
sorang lecturer kat IPG pernah cakap, menari ni memang tak semua orang boleh buat... sebab tak semua orang ada rhytm seni dalam diri.. rhythm nila yang  sebenarnya membantu kita memepelajari apa-apa cabang seni terutama muzik la..
sebab tu orang yang ada rhytm ni dia tengok sekali je, terus dia boleh follow step tarian tu..
kalau macam saya.. usahkan tengok aje, tunjuk 5x pon belum tentu leh follow dan buat step tarian tu.. 
sebab tu dalam kelas Seni Dalam Pendidikan, step mudah tarian zapin dan inang pun saya terkial-kial nak buat... adoiii... sebab tu sangat JELES dengan mereka yang boleh dan pandai menari...
huhuhu.. tarian sebenarnya melibatkan koordinasi tangan, lenggok badan dan juga kaki... 
rasanya sebab tu kot saya kaku dan kayu.. sebab masalah koordinasi tangan dan kaki...
bila melibatkan pergerakan kaki dan tangan serentak atau secara berselang, memang saya tak mampu buat.. otak tak leh proses (kot?)
mula la gabra nak gerak tangan mana, kadang-kadang nak gerak kanan tapi kiri lak yang digerakkan
masalah ni memang ada tau.. taktipuuu..
to be honest, lompat bintang pun saya tak boleh buat dengan betul. malu (*_*)
sebab tu saya tak gemar buat aktiviti aerobik.. sebab tak pernah betul dan keras je..
tapi disebabkan mengajar PJ, terpaksa la tengok step yang tidak melibatkan koordinasi yang rumit dan banyak. belajar sikit-sikit dan slow-slow... betul-betul mencabar.. dan kalau diberi pilihan saya lebih rela buat soalan kimia 20 soalan ( saya tak suka subjek kimia) daripada kena menari atau beraerobik.. walaupun sebenarnya suka dan teringin nak pandai menari... T_T

p/s: comel gila Taecyeon dan Kim Soo Hyun dalam video first tu menari step tarian girly...  jatuh hati.. agagaga @_@

August 20, 2011

count on me

Entri ni adalah pasal lagu yang saya tengah layan sekarang..
serius saya suka sangat dengan lagu ni..
lagu ni ditujukan kepada kawan tapi boleh aje nak tuju kat pakwe ke makwe ke.. 
sebab sebenarnya yang tercinta  sebenarnya pun main peranan sebagai kawan jugak kan.. haha.. 
saya nak jadi seorang kawan macam dalam lagu ni..  bilang je 1,2, 3  dan muncul.. 
tapi memang mustahil la kan nak muncul depan2.. 
bukan superman atau ada teleport pun..
 tapi teknologi sekarang canggih.. tak ada jasad pun masih boleh berhubung dan berkomunikasi.. 
except kat tempat takde coverage. T_T 
hehe 
cakap banyak pun tak guna jugak kan...
layankan jela lagu ni...

COUNT ON ME

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

You can count on me 'cause I can count on you



donlod lagu kat sini ---> Bruno Mars- Count On Me (4shared)



p/s: i want to count on you.. do u  want to count on me?? =))

August 19, 2011

i don't give a damn

seriously saya tak kisah kalau ada org tak puas hati dengan saya...
sebab saya memang tak kacau hidup orang
tapi kalau kita tak kacau hidup dia, dia tak puas hati tu satu hal
pastu perli-perli camana eh?
setakat ni saya anggap semua tu macam gurauan.. masuk telinga kanan kuar telinga kiri...
tapi kadang-kadang wonder jugak la kan kenapa timbulnya rasa tak puas hati kat jiwa raga dia tu
salah saya ke kalau keje dia banyak?
kenapa perlu persoalkan rezeki orang?
kemudian guna ayat sinis... kedengaran macam pujian tapi bila selalu diucapkan, tahu-tahula kan
saya tak pernah mengatakan diri saya hebat, banyak ilmu.. hanya kerana bertitle degree dan tempoh masa belajar yang lama.. sebab tahu tu sume tak cukup...
dan 
saya tak pernah kurang hormat sikit pun kat sesapa pun... sebab pengalaman yang ada pada mereka 
tapi kalau macam tu dia punya layanan dan attitude
sikit sebanyak mmg terhakis sikit rasa hormat tu...

tapi at the end of the day.. saya tau there's nothing much i can do.. huhu, biarkan jela.. memang akan ada yang macam tu dalam ramai-ramai...
best solution.. pekakkan telinga.. kalau hati waja, tak payah layan omongan dia... hahhahaa
last word.. do i care?? i don't give a damn la.... =p

maaf! tak ilmiah pun takpela..

Nak kata berangin tak juga tapi agak tercabar la dengan satu statement mamat ni.. dahla datang dari mana tah kat YM tu.. mungkin kawan-kawan yang saya chat masa single bertahun-tahun lepas kot.. sebab dia tak ada dalam friendlist saya..

saya sebenarnya jarang layan orang yang tak dikenali kecuali yang dah kenal lama kat ym atau kawan IPGM.. Sekarang bila guna laptop adik, dia set ym tu auto start bila bukak laptop.. memang secara auto akan sign in.. kalau laptop uzur saya memang berkurun la nak tunggu bukak.. bukak pun bila Fara nak chat atau dengan MBB..
sebabnya kalau nak cari virtual firends yang ok sangatlah susah!!! ibarat nak cari mutiara kat pasir pantai.. yang kebanyakan nye mesti cakap

"hi, u open minded x?
nak chat sex tak?
u pakai bra kaler pe malam ni?
noti tak?"

hello.... maaf bebanyak la yer.. saya tak layan benda cenggitu k? buang masa je.. haha sebab tu kadang-kadang buat dosa kering jugak sebab menipu identiti.. sebab situasi kat atas la..
back to the topic.. mamat ni nampak cam ok masa 5 minit pertama saya layankan jugak lepas dia buzz banyak2 kali...
tapi yang menyebabkan saya agak sentap bila dia mintak alamat blog saya dan saya tak kasi..
 opkos la saya tak kasi... sebab bagi saya.. blog ni dah macam little diary.. bukan la diary  yang betul2 tu sampai semua rahsia tapi kat sini tempat luahan rasa saya..
memang saya taknak expose kewujudan blog ni melainkan korang jumpa sendiri.. nak promote2 takdela.. nak kumpul followers jauh sekali. sebab sendiri tahu.. tak ada apa yang menariknya kat sini...=P

dia mula hentam saya cakap jadi blog saya ni tak ilmiah la yer sebab berkaitan benda peribadi je...
siap cakap lecturer saya tak habis mengajar saya lagi... sebab sepatutnya cikgu macam saya perlu ada satu blog ilmiah untuk berkongsi sesuatu dengan orang lain. 
WTH??
dengan rasa panas hati saya fire dia balik...
lecturer saya bukan tak habis mengajar.. memang tak ajar pun pasal buat2 blog ni sebab memang tak ada dalam silibus pun...
kami lebih ditekankan buat perisian teknologi berbantukan komputer untuk  bantu tingkatkan PDP..
lagipun benda-benda tu kena test pada murid sendiri dulu, kalau berjaya baru boleh share dengan orang...
kalau setakat share teori bla bla bal pung prang pung prang tapi murid sendiri pun tak ada improvement tak guna jugak... 
huhu, mungkin sedar kot, dia cakap ok.. so ingat nak stop macam tu jela kan.. tapi dia siap cakap saya tak berlandaskan konsep 1 Malaysia...  apa lagi, mmg kna hujah la ngan saya... mungkin dia sedar dah salah orang bila persoalkan benda-benda ni dengan cikgu, dia terus cakap nak out.. hahhaaa
silap orang beb nak psiko2 dan condemn macam tu...

lagipun easier said than done...
kita tak berada dalam kasut orang lain.. so jangan sesekali pertikai kenapa orang tu tak buat macam ni macam tu... mesti ada sebab dan musababnya... nilaikan juga kenapa dan mengapa baru jatuhkan hukuman pandangan kita.. 

pastu terus set invicible dan ubah setting supaya tak auto sign in.. huhuhu... salah sendiri jugak gatal tangan nak reply.. tapi niat reply tu bukan nak menggatal ke apa.. nak wat camana dah terkena.. hmmm macam2 ragam manusia nih..

p/s: kelakar bila tengok ada orang search pasal saiz b****g lelaki (opps, sori!! nak tulis pun pikir 2x) dan didirectkan kat blog ni.. hahaha.. sori dear.. kat sini bukan blog lucah k!  nak cari benda-benda gitu, p main jauh2.. =P

August 16, 2011

going to....

i'm going to 


this evening...

hahaha..  macamla tak penah pergi kan... kecoh je.. orang kelantan cakap 'darat'
org negeri lain cakap macam Jak*** 
nak cakap ape ke cakap la... tak kisah pun.. bukan 1st time pergi pun.. =p
sebenarnya  excited nak pergi buka puasa dengan Fara...
dan bukan nak highlight pasal Pizza Hut pun... 
tapi pasal instinct...

korang percaya tak pada instinct??
sebenarnya saya percaya juga pada gerak hati..  of course la percaya pada yang SATU tu tetap yang teratas... tapi dah lama saya perasan sebenarnya gerak hati saya selalunya betul... tepat tu takla... tapi kebanyakannya memang betul..

hubungan telepati?
caya tak?
antara saya dengan Fara memang ada telepati ni.. selalunya apa yang saya fikir pada sesuatu masa, dia pun turut akan fikir benda yang sama.. dan kami boleh baca fikiran masing-masing pada situasi yang kami sama-sama alami..
selalunya pendapat kami pun sama...
dan terbaru berkaitan pizza hut pun sama...
saya teringin nak pergi makan dan pada masa yang sama dia pun..
dan dia call untuk ajak saya pergi sana pada saat saya sedang berkira-kira nak call dan ajak dia...

dengan MBB pun sama.. selalunya berkaitan dengan warna baju... tak janji pun tapi selalu pakai kaler sama...
dan sms dan call pada waktu sama berkira-kira nak call satu sama lain..
banyak lagi la.. 
kebetulan? mungkin.. selebihnya Wallahualam... tapi jangan obses sangat sudahla yer.. yang penting segalanya yang terjadi tu atas aturan DIA... =))... 

p/s: maaf, tak reti nak ulas lebih-lebih sebab takut nanti salah maklumat, lain pulak jadinya...  hehe, nanti sy tolong makan pizza tuk korang tau.. ;P

August 13, 2011

Cinta Itu Adalah Fitrah..


Cinta Itu Adalah Fitrah..


Cinta seorang lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan yang manusiawi yang bersumberkan dari fitrah yang diciptakan Allah SWT di dalam jiwa manusia , iaitu kecenderungan kepada lawan jenisnya ketika telah mencapai kematangan fikiran dan fizikalnya.
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya , dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (QS Ar Rum : 21)
Cinta pada dasarnya adalah bukanlah sesuatu yang kotor , kerana kekotoran dan kesuciannya bergantung kepada kita. Jika kita mengarah cinta itu kepada kebaikan, maka terbitlah cinta yang suci dan halal. Jika kita mengarahkan cinta kita berlandaskan hawa nafsu semata – mata, maka terbitlah cinta  yang kotor dan haram
Cinta mengandungi segala makna kasih sayang , keharmonian , penghargaan dan kerinduan , disamping mengandungi persiapan untuk menempuh kehidupan dikala suka dan duka, lapang dan sempit.
Cinta bukanlah hanya sebuah tarikan luaran sahaja.
Tarikan secara luaran hanyalah permulaan cinta, bukan puncaknya.
Dan sudah fitrah manusia untuk menyukai keindahan.
Tetapi disamping keindahan bentuk dan rupa harus disertai keindahan keperibadian dengan akhlak yang baik.
Islam adalah agama fitrah. Kerana itulah Islam tidaklah membelenggu perasaan manusia.
Islam tidak mengingkari perasaan cinta yang tumbuh pada diri seorang manusia .
Akan tetapi Islam mengajarkan pada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu, dirawat dan dilindungi dari segala kehinaan dan apa saja yang mengotorinya.
Islam membersihkan dan mengarahkan perasaan cinta. Islam mengajarkan bahawa sebelum dilaksanakan akad nikah, kita harus bersih dari persentuhan dan perkara – perkara lain yang haram.
Jadi, kenapa ada sesetengah dari kita mahu menghalang perasaan cinta?
Cinta itu hendaklah dikawal, Bukan Dihalang. Kerana Cinta adalah Fitrah


p/s: perkongsian bersama.. post asal Cinta Itu Adalah Fitrah.. sumber daripada akuislam.com

kadang-kadang....

Kadang-kadang kita nak sesuatu sampai tahap kalau boleh pada masa tu jugak kita dapatkannya... tanpa ada luang waktu dan halangan
tetapi 
Kadang-kadang pada suatu masa juga sesuatu yang kita beria-ria nak itu juga langsung kita tak nak fikir mahupun ingat......

August 11, 2011

....ramadhan kali ini....


Tajuk macam sedih je kan... tapi sebenarnya tak ada pape pun... sayu dengar azan subuh.. menusuk sampai dalam...  lain dari waktu-waktu lain... mungkin sebab waktu lain kita sibuk dengan urusan dunia.. suasana pun hingar bingar je... tu yang tetiba mood nak tulis entri ni datang... (takde kaitan pun padahal)

Ramadhan kali ni sebenarnya memang totally different la.. first time sebenarnya sambut sorang-sorang... zaman asrama maktab sampai rumah sewa memang berbuka berempat atau dengan MBB tapi sekarang no complaint la sebab saya yang pilih tuk duduk sorang-sorang kan.. cuma yang paling best, macam cakap dalam entri lepas-lepas.. sebab dapat puasa awal ramadhan dengan family...  yang lain tu biasa-biasa jela... sampai kadang-kadang nak berbuka pun tak lalu sebab makan sorang-sorang... tu time berbuka, kalau time sahur? lalu minum air jela... =p

Bila ingat ramadhan memang tak boleh lari dari ingat macamana bestnya pengisian berbuka tu sendiri... kalau dulu duduk asrama, kami memang wajib ke bazar... dan benda yang selalu kami kongsi bertiga adalah AYAM GOLEK!!... 


beli sekor dan makan sama-sama..
kemudian aktiviti wajib kami mesti pergi berbuka kat hotel.. bukan riak atau apa, cuma sesekali untuk self indulgence.. selalunya pun bukan kami  yang bayar, abang enun yang kerja kat situ yang belanja.. ngeh3
pernah juga kami wat keje gila, pergi McD pukul 4.30 pagi semata-mata tuk sahur.. huhuhu.. 
bila duduk rumah sewa, kami masak... dan waktu sahur akan ada seorang yang memang jadi 'mak' yang akan kejut semua orang dan bangun lebih awal daripada orang lain tuk panaskan lauk.. selalunya saya la tu.. =p

Untuk yang ada boyfriend, memang aktiviti wajibla kuar berbuka sama-sama tapi biasanya waktu bukan puasa, lebih banyak berbuka dengan kawan-kawan..
kalau berbuka dekat luar, aktiviti saya dengan MBB adalah mencuba setiap kedai makan setiap kali berbuka... memang kira kedai makan la yang mana best dan tak best sampai rasa KT tu dah kecik sangat2 taktau nak makan kat mana...

Masa hari puasa ke 3 hari tu, sebelum balik ke rumah sewa, sempat singgah rumah Fara rehat-rehat kejap dan pergi bazar ramadhan dekat area rumah sewa dia... masa jejak kaki dekat sana, saya tanya dia apa yang dia ingat kalau bazar ramadhan.. sungguh, jawapan dia sama dengan saya... memori ayam golek tu memang sinonim dengan kami... puas pusing tapi tak jumpa pun ayam yang tengah bergolek atas pemanggang...
yang bakar direct ada la... hampa juga, last2 kami beli je yang tu...
pastu masing-masing buat ayat sedih... 
"tahun ni takdapat dah nak makan ayam golek bertiga dan makan hotel"

Masa Enun telefon pun, saya pun cakap macam tu jugak.. sedihh.. T_T. 
Harap-harap nanti adala kesempatan untuk kami menjalani ibadah puasa bersama walaupun sehari...  hahaha, nampak macam mustahil je kan
but i miss the old moment very much!

p/s: tgh pikir nak balik raya ikut jalan mana, jalan Tapah-Cameron Highland runtuh.. kalau sempat siap dorang baiki pun, macam takut je nak balik jalan tu..

August 8, 2011

in silence

bulan puasa ni rasa macam mahu hibernasi je..
hehehe, bukanlah penat ke apa.. tapi rasa makin malas.. 
malas nak makan, malas nak buka FB..
nak post dalam blog pun malas..
jadi silent reader je... mood menghilang untuk buat rutin seharian..
kecuali baca novel dengan tengok cite korea... ngeh3..

cite latest yang saya tengok adalah Dream High..


best citer dia.. ala2 cite Glee tapi lagi syok la... hero-hero dia pun hensem2 tau.. =))
masa dekat rumah hari tu, saya marathon drama ni sampai 7 episod sekaligus...
gila kan sampai 7jam depan laptop non stop...
sebenarnya banyak lagi stok citer korea yang ada.. tapi kekangan masa menyebabkan tak sempat nak tengok... lebih-lebih lagi drama series.. tak syok kalau setakat tengok satu dua episod je... paling-paling kurang mesti 3-4 episod baru ok...

seminggu dua ni jugak banyak  gosip-gosip tergempar kan...
pasal kisah khairulfahmi putus tunang dengan jejariruncing elia...  mmm, bila fikir-fikir no komen lak.. 
taknak masuk mana-mana pihak sebab rasanya dua-dua salah... tak semena-mena saya pun takut nak expose MBB sebab takut the same thing happens to me... Nauzubillah....
dan paling latest produk simplysiti yang didakwa haram sebab guna berus daripada bulu babi...
dan Dato' Siti pun telah menjawab pasal isu ni... 
hahahaa, tetiba je kan timbulkan pasal isu gosip-gosip ni.. 
sebab bila saya boring, takde mood nak buka blog mesti saya akan bukak blog gosip... hihihi....
nak bukak blog gosip artis jap...
jumpa lagi, bye2..=P

p/s: MBB kursus PK KSSR minggu ni di bandar Lawas.. jadi dia available sepanjang weekdays.. dah lama tak dapat sms malam2 selain weekend...=p

August 6, 2011

slow but steady..

lost another 2 kg...
is aiming to lose 5 kg more... =))


harap-harap raya berat tak naik la... =p

August 3, 2011

yeeeeeeeehhhhhhaaaaaaa.....

I'M BACK!!!!

rasa macam tak puas je duduk rumah.. tapi syukur dapat juga puasa di rumah tahun ni awal2.. =))
malas sangat nak balik sini... T_T kan bagus dapat berlama-lamaan kat rumah dan bermalas-malasan...
walaubagaimanapun, haruslah


yer... back to school...
adakah anak muridku merindui atau bergumbira semasa ketiadaanku??
i have no answer...=p 
oh yer, walaupun dah terlambat, nak ucapkan jugak..
selamat berpuasa, jangan ponteng-ponteng yer kalau tak ada keuzuran.. 
nanti kena ganti... =p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...