LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow
Showing posts with label photographer. Show all posts
Showing posts with label photographer. Show all posts

April 12, 2013

random picks on MBB's reception

pics dari photog..
pilih2 je.. tak larat nak upload sume..
layankan jela..
































>
>

April 11, 2013

Album bertandang dah dapat.. ^^

Fuhhh.. akhirnya la kan.. dapat jugak album kawin.. yang ni sebelah MBB.. majlis bertandang.. yang sebelah saya baru nak kurier.. 


Setelah hampir 5bln menanti.. lama kan... orang lain lama dah dapat, baru la ko nak dapat..  sebenarnya ada misunderstanding sikit masa dah pilih poster untuk print.. mati2 ingat dah hantar confirmation email kat Nuzul.. rupanya tersalah anta kat orang lain.. maka tertunggu-tunggu la Nuzul, ingatkan kami belum decide, kami pulak ingat lepas dah pilih, reply email, poster dah in making.. patutla tak dapat reply email dr Nuzul lepas decide.. rupanya hantar kat orang lain.. cissss....huhuhu.. sendiri punya salah, tak boleh nak kata apa la kan... 

Seriously, sangat berpuashati dengan hasil kerja NUZULTAUFIQ ni.. berbaloi penantian ku.. dapat satu briefcase yang sangat comel lagi haa.... 

ps: berpinau2 mata pasni nak godek2 8++ keping gambo tu.. :P
>
>

November 15, 2012

Teaser Akad Nikah


Official Photographer: Ja Ismail
Makeup: Awie Bridal
Pelamin: Awie Bridal
Attire & HB: Sendiri punya.. :)

p/s: gambar dicilok dari FB my OP.. malas lagi nak transfer gambar.. hehehehhe.. nntikan full review.. tungguuuuu...


>
>

October 28, 2012

tips untuk mendapatkan gambar terbaik semasa majlis anda

Jalan-jalan blogwalking, jumpa tips yang sangat menarik ni.. so nak share, benda yang baik tak elok simpan sorang-sorang.. kemut namanya tu.. :p

Semasa Majlis Akad Nikah:


1) Pengantin perempuan jangan duduk terlalu jauh ke belakang dari pengantin lelaki semasa majlis akad nikah. Ini adalah untuk memastikan jurugambar dapat memasukkan gambar kedua-dua pengantin di dalam satu gambar untuk shot-shot tertentu. Jika tidak pasti kedudukan yang sebenar untuk pengantin perempuan, sila bertanya dengan jurugambar terlebih dahulu.

2) Bagi kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan, kurangkan memandang ke bawah atau terlalu menunjukkan muka yang serious. Perasaan gementar, gemuruh dan sebagainya adalah perkara biasa dalam majlis pernikahan. Kadang-kadang sedikit ‘lakonan’ yang menunjukkan kegembiraan sebenarnya dapat mengurangkan perasaan gemuruh ini. Disamping gambar-gambar  yang menarik, perasaan gemuruh anda mungkin akan hilang sedikit demi sedikit. Tunjukkan kecerian anda walaupun perasaan gemuruh masih ada.

3) Pastikan anda sampai awal di masjid, sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal dari  masa yang dijanjikan. Pastikan juga semua dokumen yang diperlukan diperiksa terlebih dahulu. Kekalutan akibat tiba lewat atau tertinggal dokumen penting akan memberi kesan kepada gambar-gambar anda nanti. Disamping perasaan gemuruh yang sedia ada, anda mungkin akan merasa ‘down‘ dan ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada jurugambar yang bertugas dari segi interaksi anda dengan jurugambar.

4) Cara terbaik untuk kelihatan ceria semasa majlis akad nikah adalah dengan membawa 3 atau 4 orang rakan yang betul-betul rapat dengan anda. Percaya atau tidak perasan gemuruh anda akan hilang tanpa anda sedari. Pastikan rakan-rakan anda ini sentiasa bersama anda dari mula hingga akhir majlisKehadiran teman-teman rapat boleh menambahkan lagi kemeriahan. 

Semasa Majlis Persandingan

5) Pastikan jurugambar anda diberitahu terlebih dahulu tentang aturcara majlis. Ini adalah amat penting jika majlis anda terdapat acara-acara tambahan seperti pertunjukkan silat, tarian dan sebagainya yang mungkin penting bagi jurugambar untuk membuat persediaan dari segi shooting angle‘ dan sebagainya.

6) Sila beritahu jurugambar anda jika terdapat jurugambar lain atau pun anda ada menempah juruvideo berasingan. Ini adalah untuk memudahkan jurugambar anda bekerjasama dengan jurugambar/juruvideo tersebut. Cara kerja dan ‘style‘ yang berlainan kadang-kadang boleh menyusahkan kedua-dua pihak. Perkara terbaik adalah dengan memberitahu dahulu nama-nama jurugambar/juruvideo yang turut bertugas di hari majlis anda. Perbincangan awal mungkin boleh diadakan untuk memastikan proses merakam hari bahagia anda berjalan lancar.

7) Di samping jurugambar/juruvideo tambahan, kehadiran jurugambar-jurugambar lain dikalangan saudara-mara dan rakan-rakan pihak pengantin jugak kadang-kadang boleh mendatangkan masalah kepada jurugambar yang bertugas. Perkara terbaik adalah dengan memberitahu mereka terlebih dahulu supaya memberi laluan kepada jurugambar utama dalam apa-apa situasi pun supaya tiada gambar atau ‘moments‘ yang terlepas.

Sentiasa memandang kepada tetamu-tetamu yang hadir.
8) Kedua-dua pengantin dinasihatkan supaya mempunyai lebih ‘eye-contact‘ dengan orang-orang sekeliling semasa majlis berlangsung. Ini bermaksud pengantin tidak selalu tunduk dan memandang ke bawah sepanjang masa (sama seperti perkara 2 di atas). Saat-saat seperti berjalan ke pelamin, semasa bersanding di pelamin dan semasa berada di meja makan beradab adalah saat terbaik untuk jurugambar merakamkan keceriaan dan kegembiraan anda semasa hari majlis.

Hari perkahwinan adalah hari untuk anda bergembira.
9) Jika jurugambar anda menetapkan had masa untuk sesuatu sesi atau majlis, pastikan anda peka mengenai perkara ini. Ini adalah untuk memudahkan jurugambar anda membahagikan masa untuk sesi-sesi tertentu seperti posing di atas pelamin, dalam bilik pengantin dan sebagainya. Pengurusan masa yang tidak cekap akan membuatkan jurugambar tergesa-gesa mengejar masa dan ini akan memberi kesan kepada kualiti gambar yang dihasilkan. Melengah-lengahkan aturcara majlis, leka bersembang dengan rakan-rakan adalah antara perkara-perkara yang boleh menyebabkan kesuntukan masa. Sila berbincang dengan jurugambar anda jika tambahan masa diperlukan.

Pilih lokasi terdekat untuk sesi outdoor anda.
10) Jika terdapat sesi outdoor untuk hari yang sama selepas majlis, sila pastikan tempat pilihan untuk penggambaran tidak terlalu jauh dari lokasi majlis sehingga mengambil masa berjam-jam perjalanan. Ini adalah penting untuk memastikan apa yang dirancang oleh jurugambar dapat dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan. Perjalanan yang jauh mungkin menyebabkan kesuntukan masa dan juga boleh menambah keletihan kepada kedua-dua pihak pengantin dan jurugambar.

(Ditulis oleh: Azizan Aziz, jurugambar professional & pengasas Romantis Studio )

so, brides... jom menyinar di hari bahagia kita.. semoga tips di atas ni dapat membantu anda.. :)

>
>

February 25, 2012

photographer kedah

ok, miscommunication pertama dah terjadi antara saya dengan si DIA... huhuhu.. benda ni berkaitan dengan OP untuk majlis sebelah MBB... minggu lepas sebenarnya dah decide dah nak ambil OP mana.. jadi saya serahkan kepada MBB untuk deal dan settlekan.. saya namakan sebagai photog A ye.. sebab dalam cite ni banyak photog yang terlibat... hehe... tapi rupanya dia berfahaman yang setelah keputusan diambil, saya yang akan follow up.. adoi la.. tadi masa tanya baru tahu benda tu tergantung camtu je... bila tanya photog A  tersebut pasal tarikh available ke tak, memang dah ada orang book.. cuma A tu cakap dia boleh bagi senior photographer dalam team dia, dan dia akan edit gambar tu nanti..

Bila tanya keputusan MBB, dia cakap taknak sebab first hand picture tu yang penting, kalau raw material tak cantik, edit pun tak guna.. betul jugak kan... memang dalam satu company, tapi style dengan teknik sesorang tu berbeza, kalau A tu memang kami berkenan dengan cara dan style dia ambil gambar berdasarkan previous artwork dia.. hahah, pandai aje saya condemn padahal zero pasal photography.. ini komen berdasarkan mata  kasar yang buta photography yer, takleh amik kira seni photography.. so kalau ada photographer baca post ni, no offense k..


So satu pagi hari ni memang pulun survey photographer area utara... sambil on the phone dengan MBB.. susah juga bila nak cari yang kualiti gambar dia kena dengan budget yang ada.. yang cantik lebih budget lak.. dan yang murah pulak bukan tak cantik, cuma tak kena dengan taste kami style gambar yang diambil.. kemudian jumpa satu photographer B ni.. . kualiti menarik, under budget kami... tapi bila kami follow up, nak deal untuk book, respons nya tak berapa ok... setiap pertanyaan tu agak lambat untuk dilayan... masa tu memang dah sampai tahap nak mintak no akaun tapi si B ni langsung tak tanya nama kami pun.. huhu bayangkan...

Kebetulan ada satu photog C ni reply saya punya quotation price.. sebenarnya C ni memang first choice kami selepas A tak available masa godek2 dan survey tu.. cuma sebab taktau price lagi tu yang KIV dulu... lepas tau, walaupun agak atas budget, kualiti gambar yang diambil memang superb (bagi saya la).. i like the tone, like the angle and the mood.. sume2 la..sementelah MBB pun fedup dengan B.. so terus book dengan photog C... C pun terkejut sebab kami terus book dan bayar deposit lepas tanya sebut harga dan sedikit pertanyaan... sebab biasanya dia bagitau memang client tengok2 dulu dan bincang2 dulu... heheh sebenarnya kami takdela cerewet sangat. cerewet bertempat.. kalau dah jumpa yang berkenan di hati, proceed je...lagipun amik iktibar pasal photog A.. lewat sikit je terus tak available tarikh tu.. maklumla.. hari yang nak dibuat tu minggu cuti sekolah dan hujung minggu pulak.. harusla cepat.. so inilah OP kami untuk majlis di Kedah...
............introducing..........
OP majlis bertandang ialah
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


NUZULTAUFIQART

contoh hasil tembakan beliau


NuzulTaufiqPhotos

NuzulTaufiqPhotos

NuzulTaufiqPhotos
kredit pic: nuzultaufiqart.com

nak tengok lagi atau berhasrat menempah nuzul taufik sebagai OP

sila ke

website : NUZULTAUFIQART



>





>

February 15, 2012

decided

OP decided and booked... =)  saya  pilih JA ISMAIL, survey punya survey, saya puas hati berdasarkan hasil2 yang pernah beliau ambil dan  harga pakej yang dikenakan memang sesuai dengan budget saya..  sebab a.ja ni dia tak kenakan cas kalau kita buat akad nikah dan resepsi hari berlainan..  so sesapa yang mencari photographer di kelantan boleh contact Ja Ismail...  orangnya pun baik.. pesanan untuk diri sendiri lak, ok deposit dah bayar...once decided, tak payah dah gatal-gatal nak tengok hasil photog lain.. karang mulala datang perangai buruk...  tambah sorang lagi phorographer... huhuhu...

kredit pic: FB Ja Ismail

>



>

February 7, 2012

calling all the readers... help2

Selamat sampai ke Perak... mood lepas cuti biasa la.. penyakit M! hahaha...  sekarang ni menghitung hari untuk cuti bulan 3 pulak... boleh?? kikiki... start minggu ni akan bz terutama minggu depan sebab ada kejohanan olahraga kelompok minggu depan.. 2 hari pada rabu dan khamis.. jadik pegawai..  topi comel tahun lepas pun rosak dah, tak beli pun lagi.. kena bersedia untuk men'tan'kan kulit nih.... kemudian jumaat ada mesyuarat agung PIBG sekolah.. ditauliahkan sebagai MC sekali lagi tahun ni... huhu, tak reti sungguh nak berlelucon masa handle majlis.. memang formal seformalnya lah kalau jadik MC, nasibla kan... takde bakat semulajadi.. oh ye, sebelum mengundur diri, nak mintak tolong readers yang tau any photographer, kalau area KELANTAN lagi dialu-alukan, yang kualiti gambar dia sangat cantik with reasonable price...  kalau ada suggestion, bleh tggalkan dekat komen yer ... tq very2 much.. =)))


>

>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...