Bila tanya keputusan MBB, dia cakap taknak sebab first hand picture tu yang penting, kalau raw material tak cantik, edit pun tak guna.. betul jugak kan... memang dalam satu company, tapi style dengan teknik sesorang tu berbeza, kalau A tu memang kami berkenan dengan cara dan style dia ambil gambar berdasarkan previous artwork dia.. hahah, pandai aje saya condemn padahal zero pasal photography.. ini komen berdasarkan mata kasar yang buta photography yer, takleh amik kira seni photography.. so kalau ada photographer baca post ni, no offense k..
So satu pagi hari ni memang pulun survey photographer area utara... sambil on the phone dengan MBB.. susah juga bila nak cari yang kualiti gambar dia kena dengan budget yang ada.. yang cantik lebih budget lak.. dan yang murah pulak bukan tak cantik, cuma tak kena dengan taste kami style gambar yang diambil.. kemudian jumpa satu photographer B ni.. . kualiti menarik, under budget kami... tapi bila kami follow up, nak deal untuk book, respons nya tak berapa ok... setiap pertanyaan tu agak lambat untuk dilayan... masa tu memang dah sampai tahap nak mintak no akaun tapi si B ni langsung tak tanya nama kami pun.. huhu bayangkan...
Kebetulan ada satu photog C ni reply saya punya quotation price.. sebenarnya C ni memang first choice kami selepas A tak available masa godek2 dan survey tu.. cuma sebab taktau price lagi tu yang KIV dulu... lepas tau, walaupun agak atas budget, kualiti gambar yang diambil memang superb (bagi saya la).. i like the tone, like the angle and the mood.. sume2 la..sementelah MBB pun fedup dengan B.. so terus book dengan photog C... C pun terkejut sebab kami terus book dan bayar deposit lepas tanya sebut harga dan sedikit pertanyaan... sebab biasanya dia bagitau memang client tengok2 dulu dan bincang2 dulu... heheh sebenarnya kami takdela cerewet sangat. cerewet bertempat.. kalau dah jumpa yang berkenan di hati, proceed je...lagipun amik iktibar pasal photog A.. lewat sikit je terus tak available tarikh tu.. maklumla.. hari yang nak dibuat tu minggu cuti sekolah dan hujung minggu pulak.. harusla cepat.. so inilah OP kami untuk majlis di Kedah...
............introducing..........
OP majlis bertandang ialah
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
NUZULTAUFIQART
contoh hasil tembakan beliau
kredit pic: nuzultaufiqart.com |
nak tengok lagi atau berhasrat menempah nuzul taufik sebagai OP
sila ke
website : NUZULTAUFIQART
facebook: NuzulTaufiqArt Photography
1 comments:
salam,
Promosi rebat RM300, promosi tamat 15/11/13
https://www.facebook.com/pages/AzamHashim-Photography/223067269074
http://blog.azamhashim.com
Post a Comment