LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

May 16, 2011

10 peoples that annoys me the most!!

1. Orang yang suka meludah di merata-rata tempat- yucks!! geli betul dengan orang yang tak ada kesedaran sivik nih.. biasanya orang camni dia suka meludah dekat kawasan laluan orang.. tadi hampir terpijak, wekkk!! dia ingat air liur dia tu menyelerakan kot.. eeee.....

2.Ketam yang mengajar anaknya berjalan betul- betul-betul menjengkelkan bila seseorang tu cuba membetulkan kesilapan/memberi nasihat kepada kita sedangkan kesilapan yang sama turut dilakukan oleh dia.. maksudnya dia pun sedang dan masih melakukan benda tu... kalau dah menyesal atau dah tak commit tu lain citer la kan.. terpikir apa motif dia?? memang diakui berpesan-pesan sesama manusia tu dianjurkan Islam, tapi rasanya kalau dia boleh nasihatkan orang, kenapa tak perbetulkan diri tu dulu, atau biasanya orang macam ni memang nampak salah orang semata2?

3.Anorexia yang perasan diri gemuk- nervosa? bulimia? mungkin ada kaitan dengan sejarah silam, tapi kalau asyik merungut dan mengadu kat orang, agak-agak2 ar kan... kalau dah badan macam isteri popeye pun masih cakap gemuk, mengada taknak makan nasi, dan sampai tahap bazirkan makanan.. memang jenis yang totally annoy la.. taktau la nak cakap ada masalah mata ke mental... tapi memang kajian cakap anorexia ada kaitan dengan masalah psikologi sket.. huhuhu, nak kenakan orang macam ni senang je, bagitau yang dorang dah gemuk, confirm tak lena tido malam.. =p

4.Selalu mungkir janji/Penipu- ouch, type ni memang bleh datangkan angin taufan... yela, manusia dipegang pada janji kan.. janji pandai tapi nak laksanakan liat bukan main...bila dah banyak kali mungkir janji transform jadi penipu pulak... tak baik kan buat orang macam tu..lainla kalau ada kecemasan dan tak dapat elak.. tapi kalau tiap2 kali kena macam tu.. u'r the annoying one lah kan..

5.Mereka yang perasan diri sentiasa jadi perhatian lelaki- penyakit yang banyak sekali melanda kaum perempuan... biasanya mereka2 ni, selalu perasaan muka macam miss world.. terlalu mudah syok sendiri bila dapat reaksi lelaki padahal lelaki tu tak bermaksud  apa2... kemudian hebahkan satu dunia.. last2 malu sendiri... 

6.Makan chewing gum kemudian buang merata-rata- makan boleh tapi nak buang elok-elok dalam tong sampah tak boleh.. memang seksa gila kalau kena chewing gum yang dibuang merata-rata ni.. yela, nak2 kena baju.. buang macam mana pun memang akan tertinggal kesan kat baju tu kan.. dah rasa nak menyumpah-nyumpah sapa yang makan tu..

7.Pentingkan diri- pengalaman berdepan dengan orang yang pentingkan diri; jangan lembut hati.. petuanya hanya dengan bersikap pentingkan diri juga.. kerana orang macam ni, macam melepaskan anjing tersepit. Dia hanya akan fikirkan diri sendiri sahaja atau terlebih dahulu tanpa peduli apa yang jadi kepada orang lain walaupun kawan baik sendiri.. 

8.Degil dan tidak makan nasihat-beria datang mintak nasihat dan pandangan kita, tanya berkali-kali, beberapa orang lak tuh, tapi last2 dia pakai idea lapuk dia jugak... bukan maksudnya nak suruh dia terima semua idea kita, tapi memang annoying lah kalau tanya pendapat kita tapi at the same time, pertikaikan apa yang kita dah share dengan dia.. baik kita tak bagitau dan dia tak payah tanya.. cakap dengan orang macam ni hanya macam curah air dekat daun keladi dan masuk telinga kanan, kuar telinga kiri je....habis air liur kita je..



9.Bermuka-muka/Backstabberhahaha, type ni memang paling tak boleh blah... paling bahaya.. orang macam ni selalu putarbelitkan kenyataan kita dan manipulasikan sesuatu cerita atau situasi tu agar nampak sentiasa berpihak pada dia.. orang macam ni akan pandai manis muka depan kita dan pandai berkata2 dan sebaliknya kutuk macam2 dekat belakang... jangan tertipu dengan perwatakan baik dan sopan santun yang ditunjukkan kerana modus operandi mereka memang sebolehnya menampilkan watak baik dan suci je.. sampai orang takkan tau dan percaya sikap sebenar dia kalaupun ada yang bagitau.. sebab teknik penyamaran terlalu berkesan..

10.Pemalas- hmmm, do i need to explain? Seriously, i'm not the type of hardworking girl..  i admit that.. tapi my laziness jenis yang bertempat dan tak membabitkan orang lain, diri sendiri je yang terlibat.. =p... malas yang mengjengkelkan adalah bila hidup berkomuniti, dia akan biarkan aje sesuatu kerja tu orang lain buat, macam pahat dengan penukul la... tak suruh, tak buat... dah tetapkan memang tugas dia, tapi sengaja tak buat sebab malas sehingga terpaksa orang lain yang buat.. memang melampau...  


To sum up; i'm not being jugdemental... cuma kadang2 insan2 ni yang seakan memberikan kita nilaian diri mereka sendiri, and yes, semua ini daripada own experience, bukan direka-reka..iNi pun salah satu refleksi kendiri, agar diri tak bersikap serupa dengan apa yang kita tak suka pada orang lain... 
To err is human right?? tapi apa tindakan kita lepas dapat kenalpasti kekurangan dan kelemahan kita tu yang penting... bukannya berterusan dalam kelemahan dan do nothing about that...=))

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...