Hahahah, sori tak ada modal nak update.. dah mood bercuti... lalalalala, cuma nak bagitau apa aktiviti hari ini dan esok... hari ni mau pergi amik adik kat stesen bas petang ni. Dorang datang sini sebab mau temankan saya balik kampung. sebenarnya diorang tu ada udang di sebalik mee, huhuhu, dorang dah bodek2 kakak mereka yang sangat baik hati ni tuk singgah ke Cameron Highlands..
alang-alang katanya.. kalau ikutkan memang akaknya mahu terus balik pas kelas hari ni.. tapi kesian pulak kat adik2... bila lagi nak bawak mereka jalan-jalan kan... hihihi, tau sangat tujuan dorang tu.. nak masuk petik2 strawberry dan tengok ladang teh..
|
lokasi serangan |
so fikir punya fikir, decide balik esok... sebab kalau nak menyinggah lama-lama kat Cameron tuh, takut tak sempat... nanti gelap kat Lojing, Gua Musang, naya je... kalau esok ok la, bolehla dorang camwhore sepuas hati... baik tak? baik tak? hihihi... cuti ni memenuhi masa terluang dengan attend kenduri kahwin dan shopping kain kat cikgu sekolah... banyak jugak dorang order ni... ingat kalau jadi nak pergi Wakaf Che Yeh la..
|
kain 4 pasang Rm50 |
boleh cuci-cuci mata sambil memborong sekali.. mau rabak poket nanti, balik Perak, miskin.. jangan boros, jangan boros.. nanti nak pindah... nak guna banyak duit.. T_T
rasanya 2 minggu ni mungkin tak update blog, dan mungkin berlanjutan ke angka 3 minggu sebab nak tunggu internet masuk.. hmm ada potensi cakap dengan dinding nih.. =p
buat semua kawan-kawan, have an enjoyable holiday... semoga selamat pergi dan selamat kembali... jom kita cuti2 Malaysia..
Gambar : Google
2 comments:
Selamat bercuti.... ^_^
Jangan lama sangat tak update blog.. Nanti boring takde kawan... huhu.. Terpaksa cakap dengan dinding jugak.. Take care ye..
waa.. terharu.... hehe, insyaALLAH.. kalau tak de internet, takleh update blog mati kutu nanti... =)
Post a Comment