LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

May 26, 2011

Emosi Dia, Emosi Saya

Jom kita review lagu la plak sementara tengah layan ni..... sebenarnya memang diri sendiri sangat suka dengar lagu, seorang yang boleh dikategorikan bawah audio visual kalau dekat multiple intelligence.. tapi rasa cam tak layak nak duduk bawah kategori tu bila dengar perkataan "intelligence" tu.. kenapa suka dengar lagu?? sebab rasa kagum, dengan hanya berbekalkan 12 not(rasanya not, tapi kalau salah info, ampunnn), orang boleh cipta beratus juta lagu, tanpa ada satu pun yang sama..pernah terbaca info ni suatu masa dahulu, sebab tu ingat2 lupa fakta sebenar.. dan sehingga sekarang dan masa depan, penciptaan lagu tu sentiasa akan berkembang... hebat kan...
selain itu, suka dengar lagu kerana lagu tu boleh mewakili perasaan kita.. orang lain taktau la kan, tapi ada sesetengah lagu, memang sangat kena dan tak keterlaluan hampir tepat mengenai batang hidung kita.. selalu sangat rasa nak jadi cam komposer2 dan penulis lirik tu, sebab teringin nak transformkan perasaan yang membelenggu tu kepada lagu.. tapi nasib baik sedar diri tak ada bakat.. hahahaha.. kalau tak, hancurrrr.... sebab kan tak ada bakat, so, carila lagu2 yang boleh mewakili perasaan kita masa tu.. itu lebih bagus dari cipta sendiri.. =p

cakap pasal citarasa muzik, i'm more to english song... kedua lagu korea dan barula ranking seterusnya malay dan indon.. bukan nak kata jiwa barat, tapi rasanya lagu diorang lagi puitis, dan tepat kena dengan sesuatu situasi jika nak banding dengan lagu melayu dan indon... sebab tu pendapat  mengatakan barat gunakan muzik sebagai salah satu alat mereka tuk sesatkan kita.. as for me, as long as kita setakat dengar lagu, tak ikut fahaman, cara hidup dan dakyah yang dibawakan mereka, we're safe..nak sesat tak tunggu lagu apa pun kan.. tu semua pada diri sendiri..cuma kena ingat tu salah satu cara mereka guna tuk sesatkan umat Muhammad. pastu kenala pilih jugak kan.. tengok lirik, kalau ada yang sebut sal agama diorang, father, jesus, tak payahla.. sebab tu pentingnya lagu asing ni, kita tengok lirik dulu,, bukan sekadar nyanyi.. sebab bahaya... tak kirala lagu inggeris, hindi ke.. just a friendly reminder sebab dulu penah ada orang cakap tak boleh nyanyi lagu inggeris, tapi dia nyanyi elok ke lagu hindi tak pe pulak kan... sedangkan kalau pikir logik, inggeris kita boleh translate hodoh2 sedangkan hindi? pikir sendiri...

MBB lak lebih kepada jiwa oldies.. aduhh, lagu2 60an inggeris yang dia suka... taktahan... kontra betul.. saya suka uptodate muzik, dan cenderung pilih lagu ikut mood, maksudnya kalau jiwa tengah bunga2, konpom pilih lagu jiwang dan cintan, kalau tengah merajuk, sedih, sentimental jadi pilihan, kalau tengah marah, atau gembira, tentula fast song..
MBB pulak, lagu2 era carpenters, wet wet wet, frank sinatra, beatles, neil sedaka, etc...so tak hairan la kalau dulu masa2 dia tengah2 mengorat, pas dia format laptop saja dia letak lagu Wet Wet Wet - Love Is All Around kat desktop, tapi sayang sebab diri sendiri tak penah dengar lagu tu.. so ingat tu system file yang come in package after format laptop(haha, bangang gile kot). so delete jela.. tak pernah dengar sekali pon.. tapi masa tu pelik sebab asal format laptop ngan dia mesti ada lagu tu.. bila dah date, baru tau rupanya dia tujukan lagu tu tuk sy. tapi sayangnya orang yang dituju tu siap delete lagi.. hahaha..sebab memang tak familiar dengan lagu tu.. sorila cayang.. =p

Bila bercinta, tak dinafikan saya memang suka tujukan lagu dekat dia.. asal ada lagu yang matching dengan apa yang saya rasa, confirm saya bagi dekat dia...contohnya macam lagu Auburn-Perfect Two, dan banyak lagi... tak terkira,.. hehehe
tapi saya setuju dengan pendapat lelaki ni jarang nak tunjuk perasaan maksudnya apa yang dia rasa kat dalam hati dia secara detail.. sebabnya sepanjang 4 tahun ni, hanya tiga lagu je dia pernah bagi/dedicate dekat saya.. lagu apa? salah satunya lagu Wet Wet Wet - Love Is All Around yang diberi sebelum kami date. kemudian lagu Nickelback - Far Away pada tahun pertama kami bersama dan Neil Sedaka - You Mean Everything to Me pada semester terakhir kami di IPG.  perasaan bila dapat lagu-lagu ni tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.. rasa macam dapat tahu apa yang dia cuba nak sampaikan pada kita.. btullah tu, kalau kita tak pandai nak berkata-kata, menyusun ayat, let the song conveys the message kan...

Skang tengah syok dengar lagu Bruno Mars- Talking To The Moon..

ensem jugak mamat ni kan.. =p
i think this song fits my situation the best now... 
saya jauh dengan MBB
tapi tetap kongsi bulan yang sama..
so,
cakap dengan bulan jela... ;) 


p/s: nak dengar lagu-lagu dalam post ni, download kat sini

2 comments:

Super Ummi said...

Macam tak sangka je MBB suka lagu2 camtu.. hihi.. ^_^.
Suke jugak layan lagu.. jadikan halwa telinga...
Tetiba teringat kat aimi... kalau die suke satu lagu tu... dia akan ulang lagu tu banyak2 kali, sampai kitorang yang bosan dengar...

Unknown said...

tau takpe, dengar radio pun layan sinar fm... huhuhu, perangai aimi sama cam fara. nak jeluak kita yang mendengarnya kan.. tapi benda tu la yang dikenang sekarang ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...