LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

May 14, 2011

EUREKA REEE

cuti hujung minggu ni dimanfaatkan sepenuhnya dengan mengikhlaskan diri menjadi guru pengiring aka jurulatih kedua tuk pertandingan EUREKA REEE... bagi yang tak tau, EUREKA ni pertandingan merekacipta berdasarkan konsep sains dan ada sikit-sikit elemen kemahiran hidup diterapkan ke dalamnya.. REEE tu pulak kira tema nya la, merujuk kepada RENEWABLE ENERGY & ENERGY EFFICIENT.
untuk pertandingan tahun ni, aku dimaklumkan masih seperti beberapa tahun lepas, peserta dikehendaki membina energy efficient beach house... rumah pantai yang cekap tenaga.. kira bagaimana nak design rumah yang guna tenaga diperbaharui seperti tenaga solar, angin, biomass dan memanfaatkan kedudukan berdepan dengan laut, kedudukan matahari dan pergerakan bayu..  kalau ikutkan GPK taknak masuk dah.. tapi   memang PPD arahkan suruh masuk jugak.. sebab pernah dulu pergi ke peringkat negeri.. so hantar jela kan..


haritu, merasa la kejap jadi GPK, hehe, sebab menghadiri mesyuarat pelarasan EUREKA mewakili kelompok 8.. segan ooo sebab yang datang sume GPK je.. tetiba kau sorang je cikgu baru... nasib baik sume ok je... dapat pengalaman lagik.. =)
kat perak ni memang panggil kelompok untuk mememecahkan sesuatu sekolah dalam PPD yang sama.. kalau kat Kelantan, dalam satu PPD, dipecahkan mengikut zon, macam skolah rendah dulu, sekolah aku tergolong dalam zon 1. Ikut pentadbiran masing-masing la kan....

ok, back to the track, start melatih budak hanya pada hari isnin, 9hb. Tu pun curi-curi masa sebab minggu tu ujian pertengahan tahun dijalankan.... hihihi, walaupun taklimat telah diberikan pada hujung bulan 4.. nak buat camana kan, kena la ikut bigboss, sebab seriously cakap, memang aku taktau pape, setakat nak wat model rumah tu bolehla.. sebab dulu, amik lukisan kejuruteraan dan joint pertandingan buat model rumah peringkat negeri.. tapi jangan salah sangka, tak menang pon.. T_T... pengetahuan bab-bab lukis pelan rumah, pandangan-atas, kiri, kanan, depan belakang, dan transfer lukisan kepada model 3D bolehlah digunakan... tapi tak cukup sebab tak pandai konsep-konsep sains.. ngeh3... sungguh tak reti sains dan tak minat sains, tapi karma menentukan terpaksa mengajar sains... itupun kadang-kadang terpaksa merujuk buku sebab banyak benda tertukar dan tidak tahu serta terkeliru... @_@... tapi tak apa la. jadi cikgu memang kena serba boleh... cuma in future, jangan bagi mengajar BM suda... tak sanggup..... bagi subjek lain tak apa...

so, kepakaran aku hanya digunakan pada bab-bab teknikal rumah sahaja.. rekabentuk, litar semua cikgu GPK yang buat...okla kan, bolehla belajar dulu, tengok-tengok... sesi latihan amik masa 5 hari tuk siapkan rumah complete dengan litar.. sebab takes time 1/2-1jam sehari je.. itu pun puas berperang dengan budak yang taknak hafal pelan lantai... masa pertandingan nanti dorang diperuntukkan masa 3 jam tuk buat rumah.. tu pun tengok gaya masa latihan memang dah agak, memang chances nak menang tu tipis... sebab memang budaya murid sekolah aku memang budaknya malas dan degil.. kata lah apa saja pun, bukan nak didengarnya.. memang diakui cikgu-cikgu senior.. dan sedikit sebanyak, selama 4 bulan disitu, memang terserlah sikap negatif mereka tu... huhuhu, macam boleh dijadikan kajian tindakan kan... hihihi, cuma tak rajin je nak membuatnya...

bumbung siap!!
so, arini pergila bertandingnya.... takperlu la nak cerita pasal sepanjang pertandingan tu camana sebab lebih teruk daripada jangkaan aku.. T_T.. ada sekolah lagi cantik dan kemas... kalau diorang buleh buat macam masa latihan tempoh hari tu pun dah cukup menggembirakan aku...  rasanya ada pengajaran yang diorang bleh ambil daripada pertandingan ni supaya tak malas dan ambil ringan tentang sesuatu perkara... tapi terdetik juga, sebenarnya, pertandingan buat model rumah ni tak sesuai dengan aras sekolah rendah... bukan senang nak deal dengan mounting board tuh, siap ada yang terhiris jari.. cuak jugak aku.. nasib baik tak teruk, tu pun, pening-pening sebab mungkin darah kuar banyak. kemudian  pertandingan ni dah jadi macam pertandingan antara cikgu-cikgu... sebab yang buat semua, yang perah idea memang cikgu.. kemudian kerah budak hafal design, hafal pelan... objektif kat situ memang tak tercapai... yela, kalau aku pergi bertanding buat model rumah tu pun semasa sekolah menengah, memang boleh agak la macamana performance dorang kan.. .
tengok dari depan ok, sisi? =p
sisi yang senget benget dindingnya
Pencapaian tak penting, lebih bernilai pengalaman mereka menyertai pertandingan sebegitu... sekurang-kurangnya tak adala rasa kerdil sangat sebab sekolah SKM yang kadang-kadang orang tak kenal pun mana letaknya sekolah kami....

skolah ni cantik jugak..




my fav team to win the competition.. kemas dan cantik.

kami balik lepas dapat sijil.. tak tunggu keputusan pun.. sebab lambat lagi acara penyampaian hadiah.. kena tunggu upacara penutup semua.. so bila tanya budak-budak, dorang nak balik, so balik la.. hahaha, kalau menang, bonus la tu.. nanti sampai la hadiah dekat sekolah.. =p
tapi sebelum tu, pegi makan dulu... hihi, perut berkeroncong tahan dari pagi lagi... cian budak-budak...

lapar sangat dorang, siap ada makan 2 pinggan..

untuk diri sendiri, memang pengalaman baru jadik guru pengiring... independent pulak tu.. pergi sorang-sorang je... tapi bagusla kan, kat sana belajar nak interact dengan cikgu-cikgu sekolah lain... bina jaringan sosial... sbg preparation, sebab nanti kalau kena pergi kursus sorang-sorang jugak kan... =)))

1 comments:

Super Ummi said...

bagus sangat kalau murid sekolah rendah boleh buat cmni...
pencapaian tu tak berapa penting.. ape yang penting usaha budak2 plus cikgu2 yang bersemangat waja..
Pengalaman baru untuk guru2 novis.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...