Entri sebelum ni ada menceritakan pasal plan saya dengan MBB untuk kononnya habiskan masa bersama selepas kenduri... so kami decide nak ke Cameron Highlands memandangkan MBB nak sangat ke sana, kalau ikutkan hari teringin nak g Genting Highland... tapi MBB cakap tak mampu ke sana dengan Myvi je... tapi bila tengok keadaan jalan dari Lipis ke Jerantut, MBB berat hati nak ke Cameron Highlands lak, di cadangkan kami balik ikut jalan Terengganu. Saya tak berapa nak setuju sebab sebelum ni dia yang beria nak ke sana sebab katanya tak adil saya dah sampai sana... so gerak la kami menuju ke CH melalui jalan SG Koyan... Benda pertama jadi, hampir-hampir sesat.. sebab sampai separuh jalan, tak ada signboard tunjuk CH, yang ada jalan ke Pos Betau.. pusing balik tanya kat Petronas, memang sah jalan tu...
Jauh jugak jalan tu, ikutkan kata Amali, dalam 45 min je.. huhuhu, sebenarnya jauh gila masuk dalam tu... bila dah sampai CH, kesukaran kedua yang kami alami adalah cari hotel... lupa hari yang kami pergi adalah school holiday+weekend... so rate hotel adalah pada RM200 ke atas... penat pusing area Tanah Rata tapi hampeh, sumanya samaada yang murah dah fully occupied atau memang harga tak masuk akal. antara yang kami pergi adalah Planters Hotel, yang tinggal bilik Deluxe je, RM300 semalaman.. 2 bilik RM600... wah, boleh beli cincin emas dah untuk bayaran hotel satu malam sahaja...
So kami decide untuk cari hotel dekat Brinchang.. malangnya dekat sana la terjadinya kejadian yang menyebabkan percutian hancur.. semua gara-gara kat pasar petang Brinchang.. disebabkan jalan berbukit dan ramai orang selamba melimtas macam tu je, clutch kereta jadi panas, bau hangit dan mengeluarkan asap sebab lama sangat tahan clutch dan brek kat tengah-tengah bukit.... masa tu cuak gila takut terbakar ke apa ke... so berhenti dekat tengah jalan dalam lebih kurang setengah jam lebih tuk sejukkan enjin kejap. kemudian kami decide untuk cari hotel dulu, tapi malangnya sepanjang jalan macam semua hotel yang kaw2 punya harga... ada tu harga untuk satu malam RM1800, lepas diskaun RM1200... hahaha, gaji sebulan tu...
So last-last, kami tawakal jalan terus ke Gua Musang.. MBB terpaksa bawak kereta tanpa tekan dan guna banyak clutch... brek sahaja.. masa tu perasaan tak payah cerita la kan risaunya macam mana.. sebab nak lalu Lojing tu banyak bukit... dari Kg Raja kami bertolak dalam pukul 7.30, dan akhirnya selamat sampai ke Gua Musang pukul 9.30 mlm.. alhamdulillah, tak ada apa yang berlaku.. cari hotel, pergi makan dan balik tu apalagi, terus tido.. hotel kat sana ok jugak la.. kami duduk kat Nanyang GM Hotel, rate RM 140 untuk 2 bilik twin.. kat Gua Musang ni banyak hotel, so tak susah nak cari hotel, tapi rugi juga tak survey dulu, sebab esoknya kami jumpa dekat je dengan hotel tu, hotel lain yang harga RM55 including breakfast sekali.. rugi2 tapi nak buat camana malam tu memang ingat nak cari katil dan tido je.. asal jumpa hotel, terus masuk. memang tak ada nak survey, penatttt...
esoknya balik Kuala Krai semula dan sampai dalam pukul 11.. jalan-jalan kat Taman Burung sebab beria MBB nak pergi sana, dah bagitau kat sana tak ada ape ape sebab maintainance memang tak ada..kalau dulu syok la sebab dulu kat situ satu-satunya zoo kat kelantan, tapi sebab tak ada dana, semua haiwan dipindahkan dan dijadikan taman burung sahaja.. so jalan-jalan kat situ jela..
kemudian dia hantar saya balik dan dia pun balik Kedah... masa dia balik tu pun risau jugak, dengan keadaan kereta macam tu, tapi syukur, semuanya baik-baik saja... saya selamat sampai rumah dan dia selamat sampai Kedah.
itula kisah percutian yang sepatutnya jadi kenangan manis bertukar jadi kelam kabut, T_T
kalaula saya ikut cadangan MBB ikut jalan ke Terengganu, mungkin masa lebih banyak dapat diluangkan bersama... tapi takdir menentukan sebaliknya.. kita hanya mampu merancang, akhirnya ALLAH juga yang menentukan, tapi saya tetap bersyukur dapat berjumpa dengan MBB dan dapat luangkan masa dengan dia selama 3H 2M daripada tak jumpa langsung kan... =)