Entri preparation kawen lagi.. jangan mareee!! hehehe, nak cerita tentang life sekarang, takde apa yang menarik.. sebab tu jarang update, tapi bila dah update, bertalu-talu lak kan..
Back to the topic, sebenarnya memang dah decide nak bagi apa untuk doorgift.. sebab my mum nak jugak letak telur dalam goodie bag, so layankan jela.. kemudian adik bagi suggestion letak kerepek memandangkan kat johor, harganya agak murah.. kemudian satu lagi cadangan supaya letak gula-gula jugak dalam tu.. so setakat ni yang confirm dalam goodie bag adalah
1. Telur
2. Kerepek
3. Gula-gula
Untuk VIP dan kawan-kawan, ok ke kalau saya bagi tupperware kecil? Bentuk dia comel.. bagi saya unik... takla besar pun.. setakat letak sambal dan gula-gula 10-15 biji tu lepas la...
lebih kurang saiz ni.. tapi yang ni brand tupperware punye.. tak mampu den.. kredit pic: google |
sebab memang dari awal lagi dah target taknak bagi benda yang orang akan bawak balik, simpan dalam almari pastu terus tak bukak-bukak.. atleast benda tu orang boleh utilize kan walaupun nilai kenangan tu memang hampir takde la kan.. benda tu takleh letak nama dan memang orang guna sampai pecahla kan.. kalau korang camana? prefer benda yang boleh digunakan atau disimpan untuk kenangan??