LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

January 31, 2013

Nazir dah datang

Fuh3..  cekal gila kan bangun pukul 3.30 pagi buat kerja.. siapkan RPH, Minit Mesyuarat JMPS, dan semak data EMIS.. padahal dah tepu dengan tido je.. masuk pukul 4 petang je, energy level dah drop 20%.. lepas maghrib terus tido... isyak sekarang ni memang ikut time sedar pukul berapa.. kalau 1.30, kalau tak, paling lewat 4.30 sebab waktu tu konpom dah tak leh tido.. memang dah banyak pahala kurang sebab melambat-lambatkan waktu solat.. harap2 keadaan ni sementara je.. amin

Semalam memang hectic gila, sebab nazir datang ke sekolah untuk pencalonan New Deal @ Tawaran Guru Besar.. memang itu pun yang kami sibukkan sejak 3 minggu lepas.. buat file, kemaskini fail dan upgrade persekitaran sekolah..  untuk new deal ni, nazir2 akan tengok fail, observe PdP  dan tengok persekitaran sekolah.. lepas lulus dia punye kriteria, baru la dapat ganjaran.. and guess what?? yang terpilih kena observe tu salah seorangnya saya! 

Masa perjumpaan guru-guru kanan dan pentadbir, rasa 50-50 sebab dia cakap nak observe subjek elektif, iaitu kh dan muzik, tapi kh tak ada haritu... so dia cakap nak tengok muzik kalau ada.. kalau tak ada juga baru mate atau sains... last2, hmmm memang rezeki untuk diobserve.. dia nak tgk subjek mate, muzik, dan opkos PdP GB...  masa tu perasaan kosong, kosong dan kosong jela kan.. nak wat cane, redho jela..
dengan rancangan PdP yang memang sempoi, tak ada BBM langsung.. sekarang pun ajar topik pembundaran.. salah satu topik yang biasanya memang fav murid untuk salah.. kang buat gempak2 budak tak faham jugak pun tak guna.. yang penting cara penyampaian tu yang mesti difahami murid; medium penyampaian macam mana terpulang la kan.. cuma kalau guna ICT, itu BONUS.. :))

Tapi memandangkan saya memang tak ada plan dan tak ada mood pun nak guna ICT, saya nekad untuk chalk and talk je.. koboi camtu je.. hehehhe.. bulat hati sungguh.. alhamdulillah.. segalanya dipermudahkan..  nazir tu respond selepas akhir PdP, dia bagitau dia tak ada apa nak komen tentang PdP dalam kelas... see .. medium bukan masalah.. yang penting, murid faham.. :) (ayat cover org malas)


Mula-mula tu dia ingat saya mengajar topik yang sama dengan hari sebelum tu, sebenarnya tak pun, cuma learning outcome dua2 tu vice versa.. satu cari jawapan, satu lagi diberi jawapan, cari soalan.. :)) cuma dia ada sikit persoalan tentang rph sistem fail yang saya guna..  sebab saya asingkan rph n rpt, itu je.. lepas diterangkan yang saya majoriti mengajar kelas KSSR.. so sistem fail yang asing2 lebih menyenangkan.. sebab nanti hujung tahun konpom tak muatnya..

lepas kena observe, legaaa... lepas tu settle fail2 bawah HEM lak.. ada temuramah semua...  peluang nak dapat?? tipis kot sebab kami salah rujukan untuk SKPM.. tapi kami amik positif dengan kunjungan mereka.. sebab banyak teguran dan tunjuk ajar yang sangat2 berguna... bukan ayat bodek, tapi memang betul..  bak kata G. Besar, kalau ada rezeki dapatla.. tapi kalau tak dapat pun, kerja tetap jalan.. :)

>
>

January 27, 2013

MBB balik.. :)

Salam readers, huahuahua, lama tak update blog, mood ke laut.. harini pun baru je balik ke rumah kat Perak.. cuti panjang la katekan.. so MBB balik! yeay!!!..  sebenarnya tak ada gi jalan2 mana2 pun..cuma sepanjang 4hari dia disini, kami stay 1 malam kat Teluk Intan, 1 malam dekat Ipoh, 1 mlm dekat Taiping dan 1 malam dekat Kedah.. so aktiviti memang merayap kat shopping mall jela.. 

Hehe, takde keje betul.. sampai ada satu keje gila kami buat.. keje gila apekahhh??? tunggu dah konfirm baru buleh reveal.. kang tak jadi karang, buat malu je... :p

Sori, takde pic pun, sekarang ni takde mood nak amik gambar.. haihhh, sume takde mood... badan cepat penat, asik lapar je n suka tido.. harap-harap benda ni sementara je.. masa, cepatlah berlalu, saya mau jumpa laki saya!!!   :)



>
>

January 17, 2013

rezeki 2013

Bangun pagi2, excited check..
Alhamdulillah.. 
rezeki.. thank you ALLAH... 
:)

>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...