LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

February 19, 2013

buat buku pink

semalam pergi klinik kesihatan yang sebelah rumah ni haa..
buat buku pink a.k.a rekod kesihatan ibu..
dah masuk 9weeks kan..
mula2 ingat nak wat ngam2 11weeks ke, tapi karang macam suntuk sangat dengan 3bulan usia kandungan.. 
nanti sia2 je kena marah kan..
sebab buku ni kena buat sebelum masuk 3 bulan..


taraaa!!! buku pink saya..
sebelum nak dapat ni memang kena buat UPT dulu.. dah positif baru proceed ke klinik kesihatan ibu dan anak..
isi maklumat, ambik darah 2 tabung dan amik air kencing lagi..
kemudian ada pemeriksaan badan..
masa ni misi check certain parts of body macam kita punya tangan, leher, kaki dan juga breast. 
malu toksah cite la kan... melainkan kalau bermuka tembok.. tapi wat dunno jela... hahahha

Lepas tu check result ujian..
sedihnya ada faktor risiko (yang saya bulatkan tu)
sebab HB low.. 10.9
walaupun hanya 0.1 je yang kurang, tapi sebab first pregnancy dan masih awal kandungan..
so memang tak boleh.. hukhukhuk..
pun dengan rasminya dapat pelekat ijau.. huhuhu
nasib baik tak kena marah dengan misi..
memang dah dapat agak puncanya kenapa.. 
sebab sekarang kan tak lalu nak makan nasi. so sumber protein dan makanan yang boleh menaikkan hb memang langsung tak consume.. makan roti atau biskut je.. mana nak mau nye..

lepas tu kena suntik, untuk tetanus rasanya..
amik ubat... mak oiii banyaknya nak kena telan..
folic acids, ascorbic acid, vit b complex dan iron tablets
lepas tu misi set upkan date kena jumpa doktor rabu (esok)
dengan dental check..
(dalam hati tertanya2 juga, kenapa kena jumpa doc, sebab hb low ke? ke prosedur biasa?)
tunggu esok baru tau.. harap2 takde pape la

tapi yang tak bestnya, sekarang ni bila makan semua ubat2 tu, especially iron tablets tu 
kebarangkalian untuk muntah selepas makan adalah berganda2..
sebelum ni memang muntah manja2 je.. tak keluar isi perut pun..
semalam bila makan nasi (walaupun tak lalu), memang keluar abis semua nasik yang di makan..
lepas tu letihla kan bila dah tarik isi perut tu..
pagi ni try minum dengan air ribena.. it works walaupun perut rasa tak sedap.. tak muntah walaupun makan nasi lepas tu
ok sangat daripada muntah kan..

lepas ni ingat nak gi beli Iberet Folic


misi suggest ni kalau tak boleh makan semua ubat2 yang diberi klinik.. 
sebab makan satu ni je dah boleh lupakan 4 ubat yang tadi.. ngeh2... 
tapi katanya ada kesan sampingan bergantung pada orang.. 
nanti nak try, ajak MBB pergi beli hujung minggu ni..
harap2nya next checkup 19/3 nanti hb dah naik..
hup2, berusaha!!!



>
>

February 17, 2013

sori cik siti....

Saya tau waktu mengandung tak boleh nak buat benda tak elok pada binatang.. tapi adakah larangan ni termasuk kepada binatang perosak??

termasuk cik siti ni???

Ok, meh nak citer dulu.. saya duduk rumah ni dah masuk tahun ketiga dah kan.. 2 tahun yang lepas, memang setakat cik siti ni duduk lalu lalang je.. almaklumlah, kawasan perumahan lama.. kemudian rumah sebelah ni pulak kosong, mungkin tu yang menyebabkan dia membiak dengan jayanya...mungkin isu kebersihan longkang dekat area sini pun menyumbang jugak.. plus dekat dengan kebun sawit.. memang habitat dia..

Yang menjadi masalahnya bila kebelakangan ni geng2 cik siti ni mula mengganas, first dia gigit wayar telefon. ok lagi, streamyx still buleh guna.. kemudian mula mengerit kabinet dapur.. abis sume plywood pintu kabinet tu pecah dan hampir berlubang.. dalam kabinet tu pulak nasib baik saya letak semua barang kering dalam tupperware.. tak ada la dia kacau.. melainkan kalau dia berjaya gerit tupperware tu je.. dia punya najis, tak payah cite la.. merata2 tempat yang dia lalu lalang tu.. cuma tak ada lagi terbau air kencing dia.. nasib baik.. air kencing dia kan bahaya..

Guna cara lembut dulu.. pakai daun pandan, tak jalan.. guna cecair serai wangi yang katanya buleh halau cik siti pun tak jalan jugak... 

So tadi checkla dalam kabinet tu,apa yang menarik dia sangat untuk gigit sampai berlubang2.. dalam tu memang abis la kertas2 dia gigit dalam kabinet tu.. check punya check..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 jumpa ni!!!!


padanla gigih berusaha nak masuk.. rupanya dia dah beranak dalam tu.  buleh buat jerumun guna kertas lagi.. geli gila tengok...

Bila dah jadi camni, dia sesuka hati je menunnjukkan muka tanpa rasa takut, saya pulak yang takutkan dia, memang saya rasa geram.. pastu bila asyik tiap2 hari kena bersihkan dia punya hasil gerit dan najis dia, memang dah sampai tahap overlimit la.. lepas ni entah2 kacau baju dan pakaian pulak.. Rumah saya memang rumah bujang gila2.. minimal perabot je.. rasanya rumah lelaki bujang pun lagi banyak barang dari rumah saya ni.. huhuhu.. tapi ada kebaikannya jugak kat situ.. sebab sikit je area untuk dikemas.. so tak banyak tempat yang perlu saya risaukan sangat dia kacau

Tapi bila sampai tahap beranak, kacau tempat saya simpan makanan dan kotorkan rumah dengan bahan buangan dia yang boleh mendatangkan penyakit, memang saya marah.. last2 saya decide, saya pergi buang anak dia.. letak dalam plastik, buang dalam tong sampah besar..  kejam tak korang?? tak kejam kan.. sebab pada saya mereka yang start mengganggu ketentraman dan mengacau..lagipun saya memang tak sampai tahap nak pukul sampai mati.. tak sampai hati..   

Sekarang pun masih pening macammana nak buat dengan tikus besau2 tu.. cara paling hijau adalah bela kucing, tapi susah.. sebab kalau nak balik kampung kena berangkut.. tu ok lagi.. kalau time MBB balik weekends turun penang, mana nak letak kucing tu?? huhuhu nak bawa duduk hotel? kompom kena halau.. hahhaha..

MBB suruh pasang perangkap.. oh! tidak.... saya memang geli nak tengok dan buang kalau cik siti tu dah masuk perangkap.. memang takla nak membuangnya.. satu je cara saya prefer.. racun.. tapi tu dah tahap membunuh kan..  lepas tu MBB cakap, kalau dia mati merata2 lagi susah.. nak2 atas siling.. bau busuk berminggu2 nanti.. betul jugak kan..  adoiiiii....

ke memang solutionnya pasang perangkap dan racun je???


>
>

February 15, 2013

sudah tidak mampu

Gigih meredah perjalanan 6jam setengah kelantan-perak.. menderita back pain 2hari.. dan sekarang sudah hampir pasti demam.. tapi tak kusesali pun balik kampung.. sebab dapat makan benda yang diidam2 kan sangat beberapa minggu lepas.. :) berbaloi2..  cuma yang tak best, kalau demam pun kena tunggu baik sendiri... sekarang ni dah tak boleh sesuka hati telan ubat je..

Dan alhamdulillah.. yang dalam perut ni pun kuat..  tak berlaku sebarang kejadian yang tak diingini.. risau juga kan.. dengan long hours journey, pastu jalan pulak bukan jalan highway.. bumping pun banyak..   tapi tawakkal je la.. cuma lepas ni tobat dah tak balik drive sorang2.. dia punya sakit pinggang tu mak oii.. rasa cam tak de langsung anggota badan dari pinggang ke bawah..  kena belajar2 untuk insaf, keadaan sekarang dah tak sama dengan badan masa sebelum berdua.. hukhuk..

jalan lojing-gua musang

minggu depan MBB balik... yeayyy!!! ;)  dia turun penang tapi.. mampukah nak drive selama 4jam setengah??

>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...