LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

March 20, 2013

2nd Checkup

Okey, second checkup ada bad news dan gud news oso.. gud news nya sebab hb naik.. :) dah jadi 11.1.. walaupun naik 0.2 je, dan lepas paras normal sikittt je, tapi okey la kan...satu pencapaian besar sebabnya memang sepanjang tempoh sebulan ni langsung tak consume seafood + 2minggu lately ni, asik makan lepas tu muntah je memanjang..  


So okey jugak la consume Sangobion. sebab dia takde bau macam folic acid yang klinik bagi mahupun macam iberet folic kan.. so misi cakap teruskan pengambilan pil ni..

Bad news nya pulak, berat turun.. -1.5kg tuu... dah jadi 54.8..  sebelum ni 56.3.. mana tak turunnya kalau dah makan, tapi lepas tu muntah.. tapi yang nasib baiknya sebab even lepas muntah, masih boleh makan, cuma kitaran tu akan berulang la.. selagi makan, selagi tu akan muntah.. nasibla setakat ni misi yang jumpa tu sume baik2..tak ada nak marah.. lucky me la kan. :)

Kemudian, hari ni kan, kelas full, dari 7.45  sampai 1.05.. rehat cuma dari 10.45-11.05 je..  hari yang penuh dengan kelas = stress.. nak2 hari ni buat saringan LINUS.. makanya tekanan darah pun agak tinggi sikit.. sikit je.. xbanyak pun..

Lepas tu, harini pulak lupa nak bawak air masak kat sekolah. makanya dengan tanpa berfikir panjang, daku terus mengorder air dekat kantin sekolah yang sangat manis ituuu... bayangkan.. segelas air anggur dia, saya boleh jadikan 2 gelas yang sama untuk neutralkan rasa manis tu.. bayangkan betapa manisnya.. makanya, bacaan gula pun tinggi.. ditambah lagi dengan langsung tak consume air masak hari ni.. so memang terkena double la.. hari checkup boleh pergi minum manis2 dan boleh tak minum air masak langsung.. 

Sudahnya, kena jumpa doc.. tapi doc tu rilek2 je.. dia cakap pembawakan budak je ni.. dia bagi ubat tahan muntah.. nak bagi makanan masuk jugak dan berat naik.. dan nak tengok progress dalam masa 2 minggu lagi.. yakni 2/4/13.. oh maiiii.. adakah bermaksud rutin checkup sudah berubah dari sebulan sekali kepada 2minggu sekali??? oh tidak!!!


Nak buat cmana, hari Selasa memang tak boleh nak tolong la... rasa tak boleh bernafas langsung.. jadual pack betul.. tadi pun pergi hantar budak ke bengkel bahasa inggeris dulu baru boleh gi checkup.. mintak dengan nurse tukar tarikh checkup buat selain hari Selasa pun tak dapat.. Sebab sudah ditentukan kawasan tmpat tinggal tu checkupnya hari sekian-sekian.. dan area perumahan saya ni memang checkup hari Selasa.. huhuhu.. kalau Selasa memang alamatnya boleh jamin la xberapa nak cantik la resultnya...  melainkan kalau pergi checkup pagi.. tapi kesian pulak budak2.. tak belajar pulak diorang, sebab bila gi pagi, terpaksa tinggal paling sikit pun 2 kelas..  dilema betul la.. tapi nak try jugak tengok beza gi checkup pagi dan petang.. mempengaruhi ke tak sebenarnya jadual yang penuh itu.. berasas ke tak inferens yang dibuat tadi.. hahahha

tapi yang paling penting, memang boikot air kantin sekolah.. tak pasal2 karang kena diabetes masa mengandung.. xmau! xmau! maka dengan ini secara rasminya, air yang boleh diminum cuma air masak sahaja.. sehingga keadaan bertambah baik.. errr sesekali teringin tu bolehla kot.. ngeeeeee... :p


>
>

March 18, 2013

2nd trimester :)

entering the second trimester already..  :)


 harap2 berlalu la segala sickness2 ni.. amin..


p/s: planning nak g scan baby.. tapi xtau bila.. huhu

>
>

March 15, 2013

jadi pelupa, normal ke??

lately dah jadi forgetful.. normalkah untuk bakal mommy?? setakat ni dah banyak kejadian yang melibatkan lupa ni.. tapi yang ingatnya hanya tiga je.. huhuhu, tengok, nak recall kejadian lupa tu pun tak boleh..  

kisah pertama bila sy  terlupa nak kunci pintu depan bila balik dari kerja.. memang sangat bahaya untuk orang yang stay sorang2 macam saya.. tapi nasib baikla.. sepanjang hari yang tak kunci langsung pintu rumah tu, lgsung tak jadi pape..

kemudian, termiss place ke terhilangkan taktau mana satu antara dua ni, mouse pemberian MBB yang baru digunakan 5 hari.. sebab MBB bagi masa hari sabtu lepas..  last penampakan mouse tersebut adalah semasa di sekolah masa hari rabu.. bila balik, dah tak nampak rupa, tak tau kat mana letak kalau misplace, dan tak tau terjatuhkan kat mana kalau terhilangkannya.. dah search merata2, dalam kereta, kat meja di bilik guru dan even kat sepanjang jalan dari bilik guru ke parking kereta.. namun, hampa.. :(.. tak jumpa sampai sekarang.. mengadu kat MBB, nasib baik dia melayan je.. nanti dia belikan yang baru katanya.. :)


ingatkan berakhir kat situ je.. kejadian yang baru berlaku tadi, panas lagi ni, masa balik dari sekolah tengahari tadi boleh terlupa dan tinggalkan kunci rumah dekat mangga di luar pintu.. nasib baik tadi tergerak nak check luar pintu sebab ada bunyi cam ada orang bagi salam.. padahal rumah sebelah.. intai2 tengok kunci dekat mangga.. nasib baik la kawasan kejiranan ni boleh dikatakan selamat, rasanya kalau duduk kawasan lain, memang dah kena sebat kot kunci tu..

bahaya betul kan... tapi nak wat camana, memang kecuaian sendiri.. tapi seriously, sy memang lupa.. bukan buat2..  hukhukhuk



>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...