Selalunya ramai yang tak suka Isnin kan..
sebab hari first kerja lepas dapat berehat 2hari.. so mood lemau2 je..
sy pun macam tu jugak..
TAPI....
saya lagi tak suka hari AHAD, sebab ape??
Sebab Ahad tu hari yang selalu memisahkan sy dengan MBB..
sama ada kat airport ataupun masa dia mau masuk hutan..
Macam yang korang selalu baca, kalau MBB kat Sarawak,
dia akan keluar duduk di bandar setiap hari Jumaat,
dan balik ke sekolah semula ke sana pada petang Ahad..
nak menunggu dari petang Ahad ke tengah hari Jumaat tu sebenarnya satu penantian yang agak lama..
meskipun dah terbiasa..
nak-nak pulak kalau sepanjang masa tu tak dapat berhubung langsung kan..
kalau bernasib baik, line tenet sekolah dia ok, dapatla chat kejap kat apa2 apps..
itupun bukan secara direct.. dia msg pukul 9, kadang2 pukul 11 baru dapat reply..
kadang2 tak perasan, kadang2 tengah ada kelas..
lepas tu terus takde reply dah.. tengok esoknya pulak la jawabnya.. KALAU LINE INTERNET OK..
start minggu ni pulak, MBB akan keluar 2minggu sekali..
maksudnya sebulan hanya 2kali la dia keluar ke bandar dan dapat akses telefon bimbit..
sebab kelas tambahan sekolah sudah start..
me?? huaaaa... berbagai2 rasa ada dalam hati..
sedih la paling banyak sekali..
dah tak buleh nak gayut2 telefon, manja2 tiap2 ujung minggu dah...
jadi bini setiap fortnight la jawabnya..
tapi tak apela.. niatkan dalam hati supaya pengorbanan kami suami isteri berjauhan, berkorban masa, tenaga dan keluarga untuk mendidik anak bangsa terbalas dengan dikurniakan zuriat yang soleh/solehah, pintar dan menyenangkan hati kami..
teringat pesanan seorang lecturer masa belajar dulu,
"kalau kamu ikhlas didik dan ajar anak orang lain, insyaALLAH, anak kamu nanti pun, orang lain akan buat macam tu jugak.. meskipun kamu sendiri tak ada masa untuk anak sendiri"
Aminnnn..
>
>