LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

August 1, 2013

untung budak zaman sekarang

untung budak2 sekarang.

zaman aku sekolah dulu--
kalau tak buat kerja sekolah--
memang kena tampor ustazah.

kena setepek "pemalas" depan kelas. depan budak2 lelaki dalam bilik darjah. kena sound "simpan2 la 
bodoh tu, pakai hari lain", "punyalah banyak untung jadi orang pandai, kenapa awak masih nak pilih jadi budak main2?"

untung budak sekarang.

tak buat kerja sekolah--

kena halau keluar kelas--
anak balik ngadu kat mak bapak--
mak bapak tolong saman cikgu.

pergh
untung budak sekarang.
untung gila.

hmm

sekarang aku faham kenapew budark2 sekawang tak tawu ejew.
pemalas. 

dah lah pemalas nak buat kerja sekolah;
pastu pemalas reka alasan--
otak termati--
tak kreatif.


pendidikan percuma sampai phd pun tak guna kalau ada mak bapak yang hantar anak pergi sekolah
HANYA sebab tak mampu bayar orang gaji jagakan anak2 mereka.

SEBAB bagi mak bapak jenis begini--
cikgu itu babysitter.
tukang jaga anak dia masa dia tak ada.
pengganti ibubapa--
pemegang amanah mereka dalam mendidik anak2 mereka.


eleh

pemegang amanah konon.
dalam bahasa tersirat--
tempat tuding.
itu sebenarnya.

anak perangai bangsat--
salah kawan2 anak. 
anak bodoh--
salah cikgu.
anak kurang ajar--
salah persekitaran.

salah semua orang.
kecuali mak bapak hebat semua ini tadi.

hish

marah.
rasa marah pada jenis ibubapa begini.

terima kasih abah,
sebab bantai sebat aku macam aku rekrut askar dia.
walau jiran2 suruh guna psikologi jadah,
abah aku tetap dengan cara dia.

balik sekolah--
spot check buku
.seminggu sekali--
spot check kat cikgu.
aku pernah remaja.

aku pun pernah poyo menggelabah benci abah sebab abah aku tak macam mak bapak orang lain yang guna 
kekdah berborak dari hati ke hati jenis jadi bespren dengan anak.
siapa tak nak mak abah cool?
kan?

tapi sekarang ini aku sedar--
kalau abah buat gitu--
memang aku tak jadi manusia.
kemungkinan aku jadi laknat tu ada.

aku berterima kasih untuk setiap birat badan aku yang menjadikan aku manusia.
betullah kata orang--

if your child hates you at their adolescent years--

be calm;
you are doing it right.
dear parents,

nak jadi bestpren anak--

ada cara.

enabling mistakes they make--
is NOT one of them.


credit to FB Fynn Jamal



p/s: isu pasal guru banyak sangat naik sekarang ni kan.. my 2cents; guru pun manusia.. bukan malaikat... kami layan/ajar/urus satu kelas; plg sikit, 30 orang murid dengan 30 perangai yang berbeza.. yang kadangkala, murid2 ni sikapnya amat berlainan daripada di rumah..depan mak bapak ya ampun, pijak semut tak mati.. rasanya cikgu; melainkan gila takkan pukul murid saja2 melainkan kalau dia dah buat kesalahan yang sama berkali-kali.. to parents, syg anak berpada-pada.. kalau zaman kita dulu, yang sy sangat pasti zaman yang mana kalau mengadu cikgu pukul atau sewaktu dengannya bila balik rumah akan dapat 'hadiah tambahan' lagi, mak bapak kita tak pernah menangkan kita, kenapa bila kita jadi parents, kita lebih percaya anak 100% berbanding dengan turun padang, siasat apa yang berlaku sebenarnya.. it's better banding dengan upload kat FB, saman cikgu, report polis etc.. cikgu kalau benda2 tu jadi pun, paling2 pun kena ditukarkan (except kes jenayah la kan) tapi kesan pada murid tu, sy percaya konpom lepas tu dah tak ada guru yang mahu ambil berat atau ambil tahu lagi (melainkan kalau betul silap guru).. belum lagi kira bab keberkatan..  hohoho.. sedih sungguh tgk profesion guru sekarang.. macam melukut di tepi gantang je.. last2 konsep sebenar sistem dah tak tercapai.. guru hanya mengajar, bukan lagi mendidik.. sighhhhh

>
>

July 31, 2013

Kad Raya


Setelah beberapa tahun tak penah terima kad raya..
akhirnya dapat jugak kad raya tahun ni..
daripada Honda.. lebih tepat, daripada Lee Motors Alor Setar..
Hijau.. sampai sampul pun hijau..
ingatkan pamplet ape la yang duk dalam mailbox..
seb baik check.. biasa ignore je melainkan sampul putih baru tgk..
the 1st n the last la kot kad raya ni.. 
ke ada sape2 nak bagi kad raya kat saya?? hihihi


>
>

July 30, 2013

Persiapan raya

Haih, lupa kan jap masalah maternity leave tu.. dah mood raya pun kan.. pe tak nya, pagi2 drive ke sekolah, kompom plg2 koman pun ada 2 lagu raya sepanjang 15min drive tu kan.. maka berkobar2 la perasaan nak balik kg, puasa kat rumah sdri.. sebab sepanjang ramadhan ni sempat puasa umah MBB je.. xberpeluang lagi nak balik pose umah.. hukhuk... tapi persiapan raya, nan ado pun lagi.. kena tunggu MBB balik dulu baru leh shopping... tapi takleh beria sangat la nak shopping.. kena berjimat cermat.. nak sambut baby n bayar bil spital lak bulan 9..

Baju raya for me tak beli pun.. sebab masa bulan 3 ritu ada hantar kain 6 pasang.. dann kalau nak tau, baju tu baru siap... gila lama kan.. tapi jimat i.. bayar 162inggit je dapat 6 pasang.. tapi dah tolak kos kain la..  sebab kos dah dikeluarkan awal2.. kalau beli online? baru dapat sepasang tu.. jimat x? jimat x?... tudung pun macthingkan dengan tudung sedia ada je.. sebab yang ada pun banyak lagi tak terpakai dan baru pakai sekali dua.. lagipun memabazir kalau beli baru sedangkan untuk tone warna yang sama je.. mungkin untuk diri sendiri cuma beli kasut raya, tu pun kalau muat dengan kaki gajah ni.. handbag baru?? jeng jeng jeng..

So plannya cuma cari baju tshirt MBB, dan samping.. sebab baju melayu pun recycle balik baju masa bertandang.. sebab nak pakai gi masjid je pun.. yang lain2, macam biskut raya, langsir dan sebagainya, kami tak beli pun.. sebab mana ada rumah lagi pun.. setakat rumah sewa kat tempat keje je, rumah transit la katakan.. biskut pun tak beli kot.. nanti makan je apa yang ada kat rumah ma n mama.. hikhikhik... selalunya pun bukan hadap sangat kuih2 raya ni.. banyak yang tak sedap dari yang sedapnya kan.. lagi suka makan kerepek2.. tapi my fav biasanya tart nenas, semperit, cornflakes dan biskut kacang.. mmmm.. sedapnya..


My cravings untuk raya ni pulak, tak sahla kan kalau tak mengidam.... dah nama raya, mengidam pun juadah raya kan... untuk org pantai timur opkos la ketupat palas... nak2 lagi yang ada kacang dalam pulut tu..  rasa cam tak lengkap raya kalau takde ketupat palas ni.. xsabar nak makan ngap2 banyak2 ketupat ni.. :)


Kemudian, nak makan tapai pulut.. 


nasi impit dengan kuah kacang..


Hehe, rasanya itu jela kot yang diidamkan,.. tak banyak pun kan.. dapat makan 3 benda kat atas ni pun dah puas hati gila... :).. harap2, takdela naik mendadak berat nanti..

Yang tambah syoknya sebab tahun ni experience berbeza dah.. buleh rasa beraya kat dua negeri.. biasa kat negeri sendiri je.. tapi tahun ni buleh raya kat Kedah.. tapi beraya kat Kelantan dulu.. ehemmm.. :) raya kedua kot baru balik Kedah.. MIL yang suruh balik Kelantan dulu.. baik tak my MIL?? hehehe, :) so turn tahun depan, Kedah la plak ye.. ikut giliran.. tapi risau jugak nak gerak balik raya kedua tu.. huhuhu.. dalam kepala dah buleh terbayang suasana jam.. omaaiiiiii.. tak sanggup!

p/s: nasib baik bonus tak kena potong kwsp.. :)

>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...