LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

October 19, 2013

Jaundis

Macam kebanyakan bayi yang lain, Ayra pun tak terlepas dr kena Jaundis.. puncanya mungkin sebab masa baru lahir tu dah alternate dengan susu formula kan.. sebab memang susu ibu dapat halang jaundis daripada lagi teruk..

Masa hari keempat Ayra lahir (Khamis), dapat detect jaundis masa misi datang buat lawatan rumah.. misi cakap walaupun kulit ayra merah, tapi dekat matanya memang ada kuning dan suruh kami pergi klinik kesihatan buat ujian darah. Petang tu gi buat ujian darah, dapat result 202.4 gmol/l.. agak tinggi tapi nurse cakap tak melayakkan lagi masuk wad.. bacaan yang kena admit ward adalah bila lebih 230 gmol/l.. Alhamdulillah.. sebab esoknya family in law nak datang dari Kedah.. kalau masuk wad memang haru la.. nurse jugak tanya darah saya sebab kalau darah O lagi berisiko kena jaundis teruk.. dan nasihat bila balik supaya kerapkan breastfeed sejam sekali dan jangan bagi baby tido waktu siang.. 

Maka, gigih la breastfeed lepas tu.. kebetulan pulak hari keempat tu baru boleh susukan Ayra sepenuhnya.. sebab hari Sabtu tu kena repeat test.. akhirnya, hari yang tak berapa nak ditunggu pun tiba.. masa misi datang rumah sabtu tu, misi cakap, kuning macam dah turun.. legala sikit kan.. sebab dah taknak dengar anak nangis kena amik darah.. kesian.. so kami decide nak gi bahagian kecemasan malamnya.. kenapa kena gi bahagian kecemasan? sebab hari sabtu.. so ujian darah kena buat kat hospital, klinik kesihatan xbukak kan.. pergi malam sebab nak curi masa kot2 dapat lowerkan lagi bacaan jaundis dengan tambah bilangan breastfeed.. alhamdulillah.. bacaan Ayra dah turun ke 134.6 gmol/l.. so balik dengan gembiranya.. saya tak masuk pun bhgian kecemasan, sebab takut sy yang nangis nanti bila tengok Ayra nangis.. sebab kat hospital darah amik kat tangan.. kalau kat klinik amik dekat tapak kaki.. MBB dengan ma yang masuk..

Sepanjang 6 hari tu, sbnrnya macam-macam usaha kami nak bagi Jaundis Ayra berkurang.. antaranya, mandikan dengan rebusan daun sukun, mandikan dengan air rebusan yg dibeli kat kedai cina, letakkan madu di lelangit dan bagi minum air zam-zam (err, sains cakap xelok bagi air selain susu ibu kat baby, tapi air zam-zam xpe kot...) selain buat exclusive breastfeed.. banyak lagi sebenarnya kami google cara nak turunkan jaundis, macam mandikan dengan rebusan daun inai, dan lain-lain tapi xsempat buat sebab masa suntuk.. xtaula kan yang mana satu yang kami buat tu berhasil, tapi saya rasa, yang 2 saranan misi tu memang berhasil tuk turunkan jaundis..

Syukur jaundis Ayra tak melarat sampai kena admit wad, risaunya kami tak pyh cakapla.. tiap2 masa duk tengok kuning dalam mata dia.. huhu..  sape tak sayang anak kan.. :)


>
>

October 18, 2013

Breastfeeding; Ups&Downs Part 1

Permulaan breastfeeding Ayra tidak semudah yang disangka.. lepas lebih kurang sejam dia lahir, nurse bawak dia untuk rooming in memandangkan saya nak bagi susu badan.. ok, cubaan pertama rasanya berjaya sebab tengok dia dapat hisap dan mulut dia bergerak.. kemudian semasa dia hendak menyusu kali kedua dalam pukul 8 mlm, dia dah tak dapat melekap pada nipple sy.. menyebabkan dia menangis dan mengamuk2 baran sebab lapar.. bila masuk je nipple dalam mulut, dia tertido.. dekat hampir setengah jam mencuba, tapi tak berjaya, saya give up, kesian + penat, saya hantar dia ke nursery.. opkos nurse bagi susu formula kan.. sedih tapi sy dah cuba sedaya upaya..

Bila balik rumah, hari kedua dan ketiga pun macam tu, kali ni dia tak mengamuk dulu, bila masuk nipple je dalam mulut dia, terus dia tido.. bila kita kejut ke ape ke, tak jalan.. letak balik, tido dalam 5 minit, kemudian menangis-nangis lapar.. so masih lagi teruskan formula, tapi dah alternate dengan breastmilk yang saya pam.. memang gigih pam walaupun mula2 susu kita kan sangat sikit sebab yang keluar hanya colostrum.. tapi alhamdulillah, saya boleh bagi Ayra minum colostrum tu.. tiap2 malam saya nangis sebab kenangkan kesian dekat baby, terpaksa consume bukan susu ibu tapi saya redha, situasi saya takkan sama dengan orang lain.. yang penting saya tak putus asa.. sebelum bagi susu tepung memang sy try breastfeed dulu, sampaila dia dah nangis teruk, baru buat susu formula..

Akhirnya, hanya pada hari keempat saya berjaya susukan Ayra sepenuhnya. dia dapat latch dan hisap dengan betul.. bukan lagi mengagau2 macam hari sebelum tu. perasaan? opkos tak dapat digambarkan dengan kata..  rasa macam dah lengkap hidup as a woman.. dah kawen, dah beranak dan  dapat susukan anak.. cycle tu dah lengkap.. so formula memang stop sampai kat situ je.. memang dah tak bagi sampai sekarang ni.. 

Cuma rasanya Ayra ni memang ada masalah untuk latch.. bukan apa sangat pun.. she takes time.. bukan macam sesetengah baby yang memang pandai.. belum lagi campur dia punya baran dan tangan kaki yang nak conquer breast.. so i understand why on the 1st day tu dia tak dapat nak melekap dengan sempurna.. she did have problem with that.. cuma kata kuncinya, SABAR.. sampai sekarang ni pun, even almost full time direct breastfeeding, masa yang diambil untuk lekapan sahaja can take almost 5-10minutes.. huhuhu...

Sekarang ni dia cuma akan bottlefeed cuma bila saya keluar dan saya tinggalkan dia dengan neneknya.. ataupun bila saya tengah busy macam tgh membersihkan diri dan bila keluar dengan dia dekat public sebab saya memang takde kelengkapan untuk nursing in public lagi.. huhuhu tapi tetap dengan susu badan, dengan EBM yang saya dah stokkan.. mula2 takut jugak dia terkena simptom2 nipple confuse sebab doktor dah pesan awal2 masa bersalin haritu, tapi alhamdulillah, dua-dua dia masih nak.. Itu pun dia dah start memilih, puting2 biasa memang jangan harap dia mau.. setakat ni, yang hanya dia nak botol Pigeon n Tommee Tippee.. mungkin sebab dia punya puting susu macam kitanya nipple.. Avent pun dia xmau.. 

Tak apela, dah memang rezeki kami macam tu, saya bersyukur saya tak give up.. dan saya tau sy dah buat setakat yang termampu dan terbaik.. saya sedar tak semua ada rezeki nak fully breastfeed kan.. macam Ayra, dah merasa susu formula untuk hanya 3 hari walaupun sampai hari ni dah breastfeeding.. cuma, saya pikir, breastfeeding ke susu formula ke, sorang ibu tu cuma nakkan yang terbaik untuk baby dia.. so jangan kita stereotaipkan yang bagi baby susu formula ni macam ni macam ni.. dia mungkin ada kekangan dan masalah tersendiri, so jangan cepat generalized kan sesuatu tanpa kita usul periksa.. bersyukurla kalau anda diberi peluang untuk fully breastfeed.. saya pun doakan supaya saya diberikan rezeki oleh Allah untuk breasfeeding Ayra sampai 2 tahun.. :)

>
>

October 8, 2013

Ayra 30hari

Ayra Arissa day30

Progress setakat ini:

-Tali pusat luruh pada hari ke 4

-Start pegang dengan tangan botol susu pun pada hari ke 4 (opkos la tak boleh pegang sendiri lagi, tapi dia suka pegang botol dengan tangan bila menyusu guna botol)


-Cukur kepala pada hari ke 7


- Cukup marah orang bedung dia.. jadi memang dah completely tak bedung masuk minggu kedua dia lahir..


- Berat pada hari ke 10 xnaik, tapi pada hari ke 20 dah 3.2kg..


-Completely tukar timetable dia start dari hari ke 20, berjaga siang dari pukul 1 sampai pukul 5, dan berjaga malam dari pukul 9mlm-1pg..

-Cukup suka dengan benda2 suam dan panas.. especially bila mandi dan tuamkan dia dengan tungku pasir  panas..

-Start duduk/tidokan dia dalam rocker pada usia 29hari.. sebab susah sangat nak tidokan dia time2 dia berjaga.. dia nak tido berdukung/beriba, bila try letak dalam rocker, memang suka sangat dia..

test rocker jiran.. tgk dia mau ke tak tdo dlm tu, last2 lena sampai ke petang..  terus mummy beli baru rocker tuk ayra..

tu jela kot yang ingat.. makin banyak peel dan perangai makin meningkat besar ni..
ada masa lebih kurang 5 minggu lagi Daddy nak balik.. xsabar.. mummy nya lak yang lebih2.. :P
esok checkup klinik..
harap2 Ayra tak nanges sangat kena cucuk.. 
bertabahla mummy tengok kalau Ayra nanges nanti.. ngeeee...
>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...