Yeay!! dah kena pantau dengan JPN berkaitan dengan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB).. alhamdulillah, semua ok dan berjalan lancar... =))
sebenarnya dah boleh agak dia akan datang dalam
entri sebelum ni kan. Pegawai yang datang tu pegawai yang sama masa kursus kat Pangkor hari tu.. dia pun ok, baik dan pada masa sama tegas.. banyak juga input yang dapat daripada dia.. tadi pun, dia check file PPGB tengok lengkap ke tak.. pastu tanya kajian tindakan dah buat ke belum, terangkan planning kajian tindakan, prosedur dan tools yang akan diguna.. huhuhu, tetiba rasa macam buat seminar pembentangan kajian tindakan IPG lak tadi.. kemudian dia check buku rekod.. tadi pun ada juga yang tak ada dan kena buat penambahbaikan, macam dalam buku rekod tak ada tulis markah TOV murid, surat pelantikan mentor pun tak ada.. tapi rasanya tu jela yang dia tegur.. yang lain dia cakap semua ok.. alhamdulillah... tapi menjelma satu perasaan takut lepas dengar pegawai JPN bercakap, sebab rupanya mereka memang letak harapan yang tinggi pada lepasan IPG untuk bawa satu transformasi dan ledakan perubahan yang bawa kepada suatu peningkatan akademik murid dan dunia pendidikan.. besar amanah yang sebenarnya dipikul.. seram sejuk, takut tak dapat nak berikan selaras seperti yang diimpikan pihak atasan... takutttt...
6 comments:
sebab kita kan cikgu serba boleh... cikgu memang banyak tanggugjawab dan amanah.. nak didik modal insan.. bukan mudah. lebih2 lagi dalam dunia sekarang ni kan....
Hmm, knp kat sarawak ni tak tau ape2 pun pasal PPGB ni. huhu. MBB ade taklimat ape2 ke pasal PPGB?
haa, tula, rasa macam tak mampu nak pikul amanah sebesar tu... MBB pun tak ada mention pape.. setakat ni, dia kena buat satu report untuk bulan pertama posting, macam ringkasan laporan.. lepas tu senyap macam tu je... tapi report tu memang hantar dekat PPD... kalau tak ada best la... cuma jangan dia mintak saat akhir.. masak juga tu kalau nak siapkan last2 minit..
hmm, kita kene buat jugak tapi rasanya laporan utk seminggu orientasi kat sekolah.. malangnya sekolah ni tak buat pun.. mentor pun takde... huhu.. hantar borang penilaian je kat PPD. Macam terumbang ambing cikgu baru kat sarawak ni.. adoi..
bahaya jugak tu, sebb PPGB satu instrumen tuk membolehkan kita dicadangkan untuk disahkan jawatan dalam perkhidmatan kalau lulus pas setahun tu..
yeke...
ppgb takut gak..
sbb xprepare pun..
huhu
@ainnarina mohd noor hehe, sediakan folio ikut apa yang dia nak je, pasti selamat
Post a Comment