cantik kan artis2 korea, kulit dorang fuh, flawless gila... memang jeles tengok walaupun dorang tak pakai mekap macam opera cina... tak dinafikan pemakanan dan regim penjagaan kecantikan daripada kecil lagi menyumbang pada cantiknya kulit dorang.. kalau tengok dalam cerita korea pun kan, dorang memang menitik beratkan kecantikan kulit...
setakat yang saya pakai dan try, kryolan tv paint stick memang terbukti boleh buat kulit jadi flawless
ni memang brand yang makeup artist pakai, tapi agak renyah skit nak pakai sebab kena guna span khas dia, dan lepas pakai wajib cuci betul2 muka, kalau tak, alamatnya berjerawatlah muka..
last sekali pakai benda alah ni masa pegi dinner last IPG, memang berkesan tapi sebab nak pakai tu cerewet, penggunaan benda alah ni memang terhad pada event2 tertentu jela.. malas nak cuci dan sental muka.. haha
motif sebenar entri ni selepas merapu adalah nak kongsi dengan korang pasal BB Cream. Pernah dengar x? pernah try pakai??
dikatakan antara rahsia kulit2 orang korea ni nampak flawless disebabkan oleh BB cream...
untuk itu, saya telah mengetest betul ke tak BB cream ni boleh menampakkan kecantikan kulit dengan simple makeup je.. sebab yela katanya sampai berpuluh-puluh benefit tuk kulit..
saya guna maybelline BB Mousse.. harga dia rm45++... tak ingat exact price dia.... light aje texture dia.. setakat guna ni dah hampir sebulan, memang berani nak rekemen dekat orang.. memang marvelles, tak payah dah nak tempek krim bagai-bagai..
sebabnya saya susah sikit kalau nak cari barang nak pakai kat muka.. sebab sy ada penyakit Hyperhidrosis.. perpeluhan melampau... silap pilih produk jawabnya macam sembur air dekat muka, sememeh, bertampung-tampung dan muka jadi gatal gara-gara produk campur ngan peluh.. tapi guna produk ni ok, takde masalah belak-belak atau muka jadik gatal... pun senang nak basuh, guna air je... tak perlu makeup remover atau minyak baby johnson.. kikiki
ni muka waktu pagi.. |
taraa, ni plak muka waktu petang, tanpa touchup walaupun secalit bedak... |
tekstur wajah lebih halus, pori2 pun tak nampak sangat.. |
ok, saya just nak share je, tak dapat pape komisyen pun dari Maybelline.. satu lagi produk yang saya guna sekali dengan BB cream ni ialah Losyen Pelembab Hada Labo
secara accidentally je guna benda ni sebab dapat sample free masa beli majalah intrend... bila pakai, memang sangat syok, sebab memang sangat berkesan melembatkan kulit..
so apelagi, masuk je gaji bulan 12 haritu terus g rembat 2.. masa beli tu ada promosi dekat Watson's, beli satu rm45.50, kalau beli 2, dapat half price untuk second bottle tu..
so setakat ni, bb mousse maybelline+hada labo super hyaluronic acid moisturizing lotion memang the superb one... perfect for my skin... =))
>
4 comments:
hmm... nanti nak try bb mousse maybelline lah.. hehe
tryla hana.. nak pakai pun kejap je.. memang best... =))dia ada dua, cream ngan mousse, tapi kita lagi suke yang mousse punya
nk hilangkn bintik2 itam leh gak ke akak?
rasanya dapat cover je dik, nak ilangkan tu tak dapatla.. nak tutup taknak bagi nampak bolehla sebab dia bukan pencuci atau skincare product..
Post a Comment