LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

January 31, 2012

jadik mangsa

>

>

arini saya kena ganti PK KOKO untuk mesyuarat kejohanan olahraga kelompok.. okla saya tak kisah pun sebab dia pun kena iring budak pergi badminton peringkat daerah.. sebab bila pergi mesyuarat macam tu saya boleh belajar sebalik tabir sesuatu program tu daripada segi kesepakatan ahli dalam memastikan sesuatu tu berjalan lancar


tapi yang tak bestnya bila saya lak yang kena marah dan blame tentang sesuatu yang diluar bidang kuasa saya...
what the h*** la kan..  sebenarnya benda ni berkaitan dengan penganjuran badminton tempoh hari tu..  secara lebih tepat berkenaan surat iringan membawa murid.. yang dekat sekolah cakap dia tak dimaklumkan, daerah yang uruskan, entahla, saya pun tak tau salah siapa dalam hal ni kalau ikut cerita tadi rupanya daerah memang simpan dan peram surat tu.. nak bagi masa hari lawan, so silapnya cikgu sekolah tu sebab adalah sepatutnya dia dapatkan surat tu daripada pihak daerah dan uruskan kepada yang bertanding.. dan pihak daerah salahnya adalah tak bolehla peram camtu je surat tu dan bagi alasan nak bagi kat sana sedangkan perjalanan budak ke venue atas tanggunggan guru pengiring.. last2 korang terlepas, saya lak yang kena.. 

siapa pun yang salah, bagi saya tak patut condemn saya walaupun saya merupakan wakil tuan rumah pada majlis tu.. kat mesyuarat yang tak ada kaitan dengan benda tu lak tu.. lainla kalau masa post mortem ke bulehla nak kondem kaw2.. ini, kalau betul pun salah cikgu sekolah saya, kenapa perlu blame saya seolah2 saya yang bertanggungjawab buat kerja tu? kalau memang tugas dan tanggungjawab saya, saya rela dimarah seribu kali pun, ini lain orang kerja, lain orang yang kena bambu... huhuhuhu.. kalaupun nak dijadikan teladan untuk penganjuran kali ni, tak perlu kot nak beria komplen, macam nak menjatuhkan maruah sekolah kami pun ada, padahal yang slight mistake itu je, hari penganjuran clear, berjalan lancar.. kami tak condemn pun hal pengurus pasukan tak sediakan pemain untuk tugas jaga garisan.. macam2 betul.. rasa unfair sebab kena blame dan condemn atas benda yang bukan kerja kita dan di depan wakil2 sekolah lain..  rasanya kalau slow talk dan cakap baik2 kan lagi bagus lagi duk ungkit2.. just straight to the point.

kemudian ada lak sorang makhluk ni menambahkan bara di jiwa.. siap announce kat mesyuarat tu pesanan khas tuk PK KOKO saya supaya hantar laporan pertandingan dekat dia...  off record katanya dan siap mintak maaf sebab benda tu luar intipati mesyuarat...
hah, sedar pun... pe motif cik kak tu cakap macam tu?? kalau dah off record rasanya buleh je kan lepas mesyuarat tu dia bagitau saya personal.. and kalau nak tahu, cik kak tu duduk sebelah saya je.. bukan meja bertentangan atau sebatu pun.. saje mengada2... tak perlu la nak bagi semua orang tau kan..
entahla, hati manusia memang tak dapat nak diduga..
dan yang pasti, niat saya nak dapat ilmu dengan menghadirkan diri ke mesyuarat tu bawak malang pada diri sendiri. huh!

p/s: tadi sanggup tak makan tengahari sebab sekolah tu makanan dia sedap, last2 jadi macam tu, lepas mesyuarat, terus balik, takde mood nak makan. 

January 28, 2012

jom share beauty secret..


cantik kan artis2 korea, kulit dorang fuh, flawless gila... memang jeles tengok walaupun dorang tak pakai mekap macam opera cina... tak dinafikan pemakanan dan regim penjagaan kecantikan daripada kecil lagi menyumbang pada cantiknya kulit dorang.. kalau tengok dalam cerita korea pun kan, dorang memang menitik beratkan kecantikan kulit...  

setakat yang saya pakai dan try, kryolan tv paint stick memang terbukti boleh buat kulit jadi flawless
ni memang brand yang makeup artist pakai, tapi agak renyah skit nak pakai sebab kena guna span khas dia, dan lepas pakai wajib cuci betul2 muka, kalau tak, alamatnya berjerawatlah muka.. 
last sekali pakai benda alah ni masa pegi dinner last IPG, memang berkesan tapi sebab nak pakai tu cerewet, penggunaan benda alah ni memang terhad pada event2 tertentu jela.. malas nak cuci dan sental muka.. haha

motif sebenar entri ni selepas merapu adalah nak kongsi dengan korang  pasal BB Cream. Pernah dengar x? pernah try pakai??
dikatakan antara rahsia kulit2 orang korea ni nampak flawless disebabkan oleh BB cream...
untuk itu, saya telah mengetest betul ke tak BB cream ni boleh menampakkan kecantikan kulit dengan simple makeup je.. sebab yela katanya sampai berpuluh-puluh benefit tuk kulit..

saya guna maybelline BB Mousse.. harga dia rm45++... tak ingat exact price dia.... light aje texture dia.. setakat guna ni dah hampir sebulan, memang berani nak rekemen dekat orang..  memang marvelles, tak payah dah nak tempek krim bagai-bagai..
sebabnya saya susah sikit kalau nak cari barang nak pakai kat muka.. sebab sy ada penyakit Hyperhidrosis.. perpeluhan melampau... silap pilih produk jawabnya macam sembur air dekat muka, sememeh, bertampung-tampung dan muka jadi gatal gara-gara produk campur ngan peluh.. tapi guna produk ni ok, takde masalah belak-belak atau muka jadik gatal...  pun senang nak basuh, guna air je... tak perlu makeup remover atau minyak baby johnson.. kikiki

ni muka waktu pagi..

taraa, ni plak muka waktu petang, tanpa touchup walaupun secalit bedak...

tekstur wajah lebih halus, pori2 pun tak nampak sangat..
ok, saya just nak share je, tak dapat pape komisyen pun dari Maybelline.. satu lagi produk yang saya guna sekali dengan BB cream ni ialah Losyen Pelembab Hada Labo

 

secara accidentally je guna benda ni sebab dapat sample free masa beli majalah intrend... bila pakai, memang sangat syok, sebab memang sangat berkesan melembatkan kulit..
so apelagi, masuk je gaji bulan 12 haritu terus g rembat 2.. masa beli tu ada promosi dekat Watson's, beli satu rm45.50, kalau beli 2, dapat half price untuk second bottle tu..
so setakat ni, bb mousse maybelline+hada labo super hyaluronic acid moisturizing lotion memang the superb one... perfect for my skin... =))
>

>

kejohanan badminton kelompok 8

alhamdulillah, aktiviti penganjuran ni berjalan dengan lancar.. walaupun habis pukul 8 mlm.. phewww... yang paling penat, of cos la me and my mentor.. yela nak wat macam mana keringat orang muda.. tapi pe pun seronok.. 
berlangsung dekat dewan SMS Bagan Datoh,  kerjasama oleh cikgu2 sekolah yang menyertai memang dihargai sangat2 sebab skolah kami kecik.. tak cukup kaki tangan... walaupun tak ada upah, thanks kepada geng2 sama posting sebab sudi jadik umpire walaupun non stop.

orang penting

pasukan sekolah berjersi biru.. paling hebat pun dapat g suku akhir je.. huhu

dekat meja urusetia

johan kategori perempuan B12

johan lelaki B12
kamal, kawan satu posting

syukur, the noisiest man the whole evening

January 27, 2012

CNY in Penang

DAY 1
20.01.2012

Place: Penang International Airport

abis sekolah hari tu, terus bergegas ke airport, huhu, it takes only 4h 30 minutes from bagan datoh to penang.. saya sampai dulu sedangkan MBB tak naik flight pun lagi dekat KK.. pukul 5.25 baru dia masuk, tapi flight delay sejam.. menyebabkan dia kelam kabut nak kejar flight ke Penang.. nak dijadikan cerita, berlaku device failure pulak, bag tak gerak2.. memandangkan tiket mahal, so MBB ikut je nasihat staff kat situ supaya buat report nanti dekat Penang, cakap beg tak sampai.. tinggalkan je dulu nanti mintak dorang hantar beg ke Penang... dalam pukul 11 lebih baru nampak kelibat MBB.. kesian dia penat.. yela, 5jam lawas-kk, kemudian 2jam kk-kl dan 1jam kl-penang...kemudian gerak ke Tune Hotel.. ni jela hotel yang murah, yang lain sume rate melampau.. almost 200-500++ semalaman.. kami amik bilik standard je, harga semalam pun dalam 55.00 tapi sebelum tax dan kalau nak tau tu hanya harga bilik sahaja, Tune hotel ni semuanya ada cas.. nak aircon kena beli kredit samaada 12h or 24h, nak towel+toilettries bayar rm5.30, internet rm 12.50 per 12hours dan berbagai lagila.. tapi memandangkan tak ada choice, okla.. selepas semua2, almost rm80per day.. total up 2 bilik for 6days 5nights, rm 800++.. 


DAY 2
21.01.2012

Place: Penang Butterfly Farm


tempat wajib pergi kalau pergi Penang.. best sangat.. rama2 tu terbang dengan main-main atas kepala dan depan muka kita je... tempat nursery tu wangi gila.. syok gila duduk dalam tu.. =)).. tiket masuk dewasa rm18... nanti dapat buku yang comel+benih bunga dalam tu kalau korang nak tarik rama2 ke kawasan korang..




Place: Penang Hill 

MBB pakai jersi The Red Warriors.. =p

teringin nak naik keta kabel.. mula2 cuak sebab MBB cakap takut dia tutup.. huhuhu, sampai sanggup surf tenet masa on the way ke sana.. dahla lalu jalan dari teluk bahang tu memang terbaik punya jalan.. banyak corner2.. mabuk kejap..kami tawaf satu pulau sebab kemudian bergegas balik pergi bayan lepas lak amik baggage MBB yang problem semalam.. naik atas sana perjalanan makan masa 10 minit je.. tiket kereta kabel tu rm8 tuk dewasa.. kat atas sana pemandangan cantik, udara pun sejuk..  cuma tak larat mendaki je.. haha... MBB siap gelak kat saya lagi.. jahat betul..

muka cover penat!




DAY 3
22.01.2012

Place: Padang Besar, Perlis


pemandangan ladang tebu..

akhirnya, sampai jugak perlis, kira semua negeri semenanjung dah sampai, except sabah dan sarawak je.. hihi.. masa sampai sini, memang nasib baik sebab orang ramai tapi kira ok la tapi masa kami balik tu memang dah jam.. dah stuck dalam kereta.. kat sini bila tengok lebih kurang macam rantau panjang je.. tapi kalau bab baju dengan tudung, Kelantan lagi murah..  MBB datang sebab nak beli jersi. saya pun beli makanan skit2.. =p.. yang lain tak berkenan di hati.. mungkin sebab rimas dengan orang ramai..

MBB belikan saya jersi ni.. ^_^



otw balik, muka seronok sebab terlepas dari jam

pemandangan senja atas feri.. cantik!
percubaan pertama saya amik gambar guna DSLR



DAY 4
23.01.2012

Place: Shopping Malls around Penang Island


hari CNY tu kerja kami tawaf setiap shopping mall, Queensbay Mall, Gurney Plaza, 1st avenue, semua la kami pergi.. haha, takdek keje kan, padahal hampir semua kedai tutup.. kwang2... tapi macam Parkson, Jusco tu bukak, so melilau2 dalam tu jela..


dekat Domino's Pizza.. first time try.. sedap lagi dari Pizza Hut.. tapi sayang, outlet dia tak banyak ..



Place: Toy Museum, Tanjung Bungah




MBB cakap toy museum ni dah banyak berubah, maksudnya banyak toy yang dia tak display atau tutup laluan.. unik jugak la muzium ni.. entrance fee rm10 per adult..

toy yang paling cumelll....





DAY 5
24.01.2012

Place: Shopping Malls at the Mainland Penang





haha, hape tak cukup dengan dekat pulau, pergi cari dekat belah bukan pulau.. pergi MegaMall penang, tapi seriuosly, macam creepy je... terus kluar balik kemudian terus pergi Sunway Carnival.. meriah... macam bukan raya cina.. tapi tak sempat snap dalam tu..  settle kat sana, pegi Domino's lagi.. redeem kupon sebab semalam dia buat lebih 30 min.. kali ni siap dapat piza free lagi.. best2..

                                        
                                                             
                                                             Place: Penang Bird Park


with baby ostrich.. comel2

masa otw ke sunway carnival tu terjumpa tempat ni.. so lepas ngap pizza tepi jalan, terus masuk taman burung ni... mula-mula first impression macam  biasa je tempat ni.. lepas tu baru rasa best.. wajib pergi tau.. entrance fee rm18 per adult.


setiap pukul 11.30 pagi dan 3.30 petang memang ada bird show.. seronok tengok keletah burung2 kat situ.. MBB siap hampir kena berak dekat burung  hantu lagi masa show tu.. sipi2 je.. masing2 cuak je takut burung tu berak di udara dan kena kepala masing-masing.. maklumla, setiap sekor tu terbang betul2 atas kepala, betul2 depan muka.. pun ada aksi akrobatik burung enggang.. nak tau gangster taman burung ni sape, kena la pergi sendiri.. =))  



burung yang memang sangat 'bertuah'

ular pun ada.. besor gile..

antara burung yang agresif.. dia marah kalau kita nak pegang dia, tapi saya berjaya!!

MBB tak berjaya nak pegang kakak tua ni.. =p
kat sini pun ada khidmat express photo.. kalau nak wat kenangan dengan burung-burung kat situ.. boleh pilih burung apa yang kita nak, macam kami haritu pilih burung helang dengan enggang.. untuk saiz A4, rm25 per pc, mahal, namun kualiti dia bagus.. berbaloi.... hihihi.. 




DAY 6
25.01.2012

Place: Queensbay, Penang International Airport



hari last, gerak awal lagi sebab flight MBB pukul 955... sempatla g breakfast dulu.. kalau nak tau sepanjang kami dekat sini, kami g makan dekat Restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang je... sedap pun sedap plus taktau nak makan kat mana.. gpun kedai tu 23jam..  senang.. bab makan saya tak cerewet asal sedap.. sebelum gerak g airport kami singgah kat Quensbay, cantik view dia.. buleh tengok matahari naik..

macam senja kan...


suke amik gambar kaki.. huhuhu

lepas tu terus hantar MBB g airport, lepak-lepak sementara tunggu calling.. lepas anta MBB masuk dalam, laju-laju kuar sebab rasa nak nangis.. huhuhu... kemudian terus balik Perak... sesungguhnya 6hari tu rasa kejap je.. kalau yang dah kawin tu mesti rasa time flies lagi kan.. bila dah hari last tu baru perasan, tak g pun  dekat pasar chowrasta, tempat faymes jual jeruk dengan baju tu.. walaupun lalu hari-hari depan tu.. hukhuk.. tapi my advice, penang suitable place untuk vacation 2-3 hari, tapi lebih daritu, blurr, taktau nak pegi mana... tapi takpela, yang penting dapat kenal tempat orang.. =))

>


>

January 19, 2012

saya redha..

ok, sekolah saya tak dapat cikgu baru.. fine, hidup harus diteruskan... saya redha... huhuhu walaupun penat gila, blog pun tak berupdate.. 8.45 mlm confirm out ke dunia lain... supposedly sepatutnya tak penat sebab budak sikit?? tak juga, masalah bila budak sikit ni, dorang sangat berlemak ok.. mengada-ngada dan banyak kerenah.. tak buat keje tak yah cerita la.. mungkin sebab satu kelas tu paling ramai pun 6 orang, jadi dorang merasakan tak ada persaingan, tak baca buku, tak buat keje pun, paling-paling teruk pun dapat nombor 6 dan mustahil dapat no 30... hohoho, dah taktau nak ubah mentaliti dorang camana... asyik hari-hari duk buat latihan vocal chord je.. lama2 suara pun buleh jadi sedap macam Siti Nurhaliza.. asyik geram memanjang je.. hahaha, ok dah, stop mengumpat anak murid.. harap masa akan mematangkan mereka.. amin..

hari ini, ada pengalaman baru menanti.. =) sebab kali ni untuk peringkat kelompok, sekolah saya jadi tuan rumah untuk kejohanan badminton.. first time experience la for me.. sejak dipostingkan... bolehla tengok dan belajar perjalanan acara tu macam mana kan? minggu ni pun hectic... yela banyak juga persiapan yang kena diuruskan sebab buat kat venue lain.. so urusan surat menyurat, meeting tu memang perlu.. yang kalau mestila PK KOKO... saya bukan orang penting pun, cuma sekadar membantu apa yang perlu je.. memang zero pun pengetahuan pasal pengurusan ni.. okla tu kan.. belajar dari bawah..

ok, nak pergi sekolah dulu, kat sekolah, takde internet.. tak sambung kontrak schoolnet lagi kot... aduss, bye2.. semua.. have a good day.. =))

>
>

January 14, 2012

my cravings

saya tak sihat, MBB pun sama, hampir seminggu jugak demam, selsema dan batuk..  peralihan cuaca kot.. sekarang batuk je yang tak reda2 lagi.. MBB lak sambung kena penyakit yang sama.. tapi petua yang ma bagi berkesan jugak la mengurangkan batuk kering..  makan kicap dengan diperah limau  nipis.. tapi kena buat konsisten la.. macam sy, wat sehari je, bila dah boleh tidur malam tanpa jaga, tak makan dah, esoknya kena balik.. huahuahua..

nak buat pape pun tak ada mood sekarang ni.. rasa macam nak bermalas-malasan selalu je.. memang dah malas pun, sedar diri... banyak keje tak setel lagi, fail tuk KSSR pun tak buat lagi.. evidens, haha, tak yah cite, langsung tak sentuh pape, hope, ada la junior baru posting kat sekolah.. amin.... =)

time2 sakit ni la nafsu makan membuak2... serius...  arini sahaja dah makan nasik 2x.. satu pukul 11 tadi, dan petang pukul 4 tadi... biasanya saya makan sekali sehari je.. sekarang pun dah hampir 2 minggu mencari goreng pisang kat sini... tapi sayang, kat sini goreng pisang nya tak sama macam kat kelantan.. hampa betul..  T__T..

sy nak macam ni.... ada keruping2 rangup 

Rata-rata yang jual kat sini, macam ni....


tadi lak tetiba rasa nak minum air soya macam dekat pasar malam depan kolej kesihatan batu rakit... mengalahkan ibu mengandung betul.. nasib baik g cari dan ada.. tapi tak sesedap yang makcik tu buatla..

  
okla kan daripada tak ada... yuhuuu.. 

tak sabar nak tunggu CNY, nak jumpa MBB... yeay... \ (^__^) /

>
>

January 12, 2012

patience has limit too...


yer, sy tau facebook bukan diari, it's a social networking... tapi kadang2 geram dan sakit hati... sy ok dengan pertanyaan bila nak tunang? atau pun bila nak kawen?  tapi when it comes such questions as

kenapa pilih orang jauh2??
takpayah la, pilih yang dekat2 je.. tak sakit kepala,
pilih yang jauh2 ni menyusahkan je..
yang dekat2 ni semua senang...

WTH???
and this is not the first time.... bley baca kat entri ni.. cuma dulu ayatnya lain.. tapi still convey the same meaning kan??
i'm not the one who easily fall or  being down for other's word, tapi pelik nape orang tu tak puas hati dan suka menyentuh kisah saya dengan MBB..
mungkin bagi sesetengah orang, it's a small issue.. tak perlu melenting, ala, bukan ko dah kawen pun dengan dia, ya, kami tak kawin lagi, tapi doakan kami, insyaALLAH ada jodoh, kawinla kami.. u suppose to pray for me, bukan dengan cara melaga-lagakan macam ni.. 
Setiap orang, i believe ada something yang pasti dia taknak orang sentuh walau sikit pun.. and for me that should be the point that no one shouldnt touch or ever mention it.. sebab kami tak mintak pun duduk jauh2, dan orang tu tak sepatutnya mempersoalkan benda tu.. try to be empathy kalau taknak pun, duduk diam2 je... 

>


>


January 11, 2012

semuanya di tangan DIA

>


>

kisah 1

A: kita nak cop anak kakak sorang..
B: hah? yang mana?
A: yang selalu datang dengan kakak tu?
B: oh, yang tu dia dah ada...
A: ooo... baru ingat nak regukan dengan adik kita, askar..


kisah 2

C: bila nak kawen?
D: taktaula, takde calon lagi.. yang berkenan pun dah terlepas, frust betul kita kak..
C: cari jela yang lain
D: nak cari yang lain tu la susah sikit.. rugi... memang lambat betul saya ni kak..


jumpe dalam google, first time tengok... senyum sumbing je bila baca.. =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...