LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

January 31, 2013

Nazir dah datang

Fuh3..  cekal gila kan bangun pukul 3.30 pagi buat kerja.. siapkan RPH, Minit Mesyuarat JMPS, dan semak data EMIS.. padahal dah tepu dengan tido je.. masuk pukul 4 petang je, energy level dah drop 20%.. lepas maghrib terus tido... isyak sekarang ni memang ikut time sedar pukul berapa.. kalau 1.30, kalau tak, paling lewat 4.30 sebab waktu tu konpom dah tak leh tido.. memang dah banyak pahala kurang sebab melambat-lambatkan waktu solat.. harap2 keadaan ni sementara je.. amin

Semalam memang hectic gila, sebab nazir datang ke sekolah untuk pencalonan New Deal @ Tawaran Guru Besar.. memang itu pun yang kami sibukkan sejak 3 minggu lepas.. buat file, kemaskini fail dan upgrade persekitaran sekolah..  untuk new deal ni, nazir2 akan tengok fail, observe PdP  dan tengok persekitaran sekolah.. lepas lulus dia punye kriteria, baru la dapat ganjaran.. and guess what?? yang terpilih kena observe tu salah seorangnya saya! 

Masa perjumpaan guru-guru kanan dan pentadbir, rasa 50-50 sebab dia cakap nak observe subjek elektif, iaitu kh dan muzik, tapi kh tak ada haritu... so dia cakap nak tengok muzik kalau ada.. kalau tak ada juga baru mate atau sains... last2, hmmm memang rezeki untuk diobserve.. dia nak tgk subjek mate, muzik, dan opkos PdP GB...  masa tu perasaan kosong, kosong dan kosong jela kan.. nak wat cane, redho jela..
dengan rancangan PdP yang memang sempoi, tak ada BBM langsung.. sekarang pun ajar topik pembundaran.. salah satu topik yang biasanya memang fav murid untuk salah.. kang buat gempak2 budak tak faham jugak pun tak guna.. yang penting cara penyampaian tu yang mesti difahami murid; medium penyampaian macam mana terpulang la kan.. cuma kalau guna ICT, itu BONUS.. :))

Tapi memandangkan saya memang tak ada plan dan tak ada mood pun nak guna ICT, saya nekad untuk chalk and talk je.. koboi camtu je.. hehehhe.. bulat hati sungguh.. alhamdulillah.. segalanya dipermudahkan..  nazir tu respond selepas akhir PdP, dia bagitau dia tak ada apa nak komen tentang PdP dalam kelas... see .. medium bukan masalah.. yang penting, murid faham.. :) (ayat cover org malas)


Mula-mula tu dia ingat saya mengajar topik yang sama dengan hari sebelum tu, sebenarnya tak pun, cuma learning outcome dua2 tu vice versa.. satu cari jawapan, satu lagi diberi jawapan, cari soalan.. :)) cuma dia ada sikit persoalan tentang rph sistem fail yang saya guna..  sebab saya asingkan rph n rpt, itu je.. lepas diterangkan yang saya majoriti mengajar kelas KSSR.. so sistem fail yang asing2 lebih menyenangkan.. sebab nanti hujung tahun konpom tak muatnya..

lepas kena observe, legaaa... lepas tu settle fail2 bawah HEM lak.. ada temuramah semua...  peluang nak dapat?? tipis kot sebab kami salah rujukan untuk SKPM.. tapi kami amik positif dengan kunjungan mereka.. sebab banyak teguran dan tunjuk ajar yang sangat2 berguna... bukan ayat bodek, tapi memang betul..  bak kata G. Besar, kalau ada rezeki dapatla.. tapi kalau tak dapat pun, kerja tetap jalan.. :)

>
>

January 27, 2013

MBB balik.. :)

Salam readers, huahuahua, lama tak update blog, mood ke laut.. harini pun baru je balik ke rumah kat Perak.. cuti panjang la katekan.. so MBB balik! yeay!!!..  sebenarnya tak ada gi jalan2 mana2 pun..cuma sepanjang 4hari dia disini, kami stay 1 malam kat Teluk Intan, 1 malam dekat Ipoh, 1 mlm dekat Taiping dan 1 malam dekat Kedah.. so aktiviti memang merayap kat shopping mall jela.. 

Hehe, takde keje betul.. sampai ada satu keje gila kami buat.. keje gila apekahhh??? tunggu dah konfirm baru buleh reveal.. kang tak jadi karang, buat malu je... :p

Sori, takde pic pun, sekarang ni takde mood nak amik gambar.. haihhh, sume takde mood... badan cepat penat, asik lapar je n suka tido.. harap-harap benda ni sementara je.. masa, cepatlah berlalu, saya mau jumpa laki saya!!!   :)



>
>

January 17, 2013

rezeki 2013

Bangun pagi2, excited check..
Alhamdulillah.. 
rezeki.. thank you ALLAH... 
:)

>
>

January 12, 2013

7th review : Hantaran

Deko hantaran pernah saya reveal dalam entri ni [SINI]
yang tu bekas kosong je..
hasil pada hari majlis
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


buah tu bukan sebahagian daripada hantaran.. tu untuk meja makan pengantin..taktau kenapa dorang letak kat situ..
 semua ni gambar yang amik dari adik ipar..
so taksemua hantaran ada close pic.. layankan jela apa yang ada eh..
memang terlupa sungguh nak amik gambar malam sebelum tu..
adehh..


antara hantaran saya kepada MBB

1. set perfume
2. coklat
3. set pen
4. HP
5. baju kemeja dan tie
6. cincin
7. buku
8. cake in jar
9. pulut dan bunga telur


dalam gambar ada lapan je kan.. sebabnya waktu ni pulut tak siap lagi.. dekat2 rombongan lelaki nak balik barula pulut siap.. tapi waktu tu sy takde perasaan pape pun.. hahaha, pandai2 la dorang wat keje.. janji pulut tu siap..

the HP.. 
pen berukir nama kami.. :)
cake in jar, kemeja+tie

perfume set
chocolate!!
buku untuk MBB
ni je gambar pulut dan bunga telur yang ada.. sob sob..
hantaran MBB simple je..  sume dalam kotak.. tak salahkan dia la kan.. perjalanan jauh nak sumbat dalam kereta tu kalau hias cantik2 pun tak ada jaminan  yang ia tak rosak.. nak2 kereta pulak penuh dengan penumpang..
nak hias masa dah sampai sini, haha, takde sape rajin..
me? tak kuasa den.. tak cukup tangan..  :p


Hantaran MBB kepada saya
1. Quran + sejadah
2. Buah-buahan
3. Cupcake
4. Perfume Set
5. Kain Telekung Solat
6. Cincin
7. Mas kawin
8. Kuih Muih
9. Gula-gula + manisan


gambar ni je yang ada untuk hantaran sebelah MBB.. 
hantaran untuk saya ni memang saya tak amik pot langsung.. memang serah pada dorang 100%
even semasa majlis dan selepas nya pun, masih tak hirau.. 
esoknya, baru perasan, yang tang-tang makanan sume dah lesap.. haha tanpa sempat daku menjamahnya
kecuali kuih2 tradisional + 1 kotak gula masam famous amous.. 2 kotak lagi tak dapat dikesan..
tapi sy tak marah mahupun rasa apa2.. biarlah dorang amik.. sama2 kongsi.... :)




semasa majlis bertandang pula, saya bawak dua lagi bekas hantaran..
sebab biasanya kita takkan datang dengan tangan kosong
mula2 ingat nak bagi makanan..
tapi kami datang awal lagi..
rombongan pula datang awal sehari sebelum majlis..
takut makanan rosak..
so last2 decide bagi 

1. set baju santai; tshirt+ seluar khakis
2.  set toilettries

hiasan pun simple2 je.. again; the same reason.. saya yang bawak masa balik dengan MBB..
dan tak kuasa nak pangku.. hahaha

see, bunga foam yang besar tu saya lilit2 je letak dalam bakul mengkuang.. saya suka betul bakul ni.. :)

>
>

January 11, 2013

Orang Kelantan tak pelik

entri ni bukan bersifat kenegerian


Tak wajar tuduh orang Kelantan pelik
Baru-baru ini seorang wanita menulis di laman Twitternya meminta dijauhkan daripada mendapat suami orang pantai timur, terutama dari Kelantan kerana dikatakan berperangai pelik.
Untuk lebih jelas, ini yang ditulis wanita itu: “Mintak2 dijauhkan la drpd calon suami orang pantai timur ni esp kelantan...tak suka la orang Kelantan ni... pelik2.” Lalu, Twitter berkenaan tersebar di laman sosial Facebook, malah boleh dilihat sehingga kini.
Kata seorang rakan, bijak sungguh wanita itu dan akibat kebijaksanaannya berbakul kata makian diterimanya. Katanya lagi dalam loghat Kelantan, “Mu ingak mu comel sangak...huduh...huduh..huduh” sambil menggayakan babak Jani memarahi Shima dalam telefilem Sebuah Piala Seekor Kambing.
Apakah yang cuba dilakukan wanita itu dengan berbuat sesuatu yang terangan-terangan mampu menimbulkan kemarahan orang lain? Adakah mahu menambah lagi garam di luka? Semai kebencian Penulis katakan demikian kerana sebelum ini, banyak tampalan sama ada di Facebook atau laman web tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyemai kebencian kepada orang Kelantan.
Tidak perlulah dinyatakan di sini apa yang tidak disukai pihak berkenaan sehingga ‘ringan tulang’ menulis yang bukan-bukan mengenai orang Kelantan.
Hakikat yang perlu diakui, mana-mana negeri ada penduduknya yang berperangai tidak senonoh, ini tak kena dan itu tak kena dan bukannya hanya orang Kelantan. Bagaimanapun, tidak perlulah meluahkannya di alam siber yang boleh mengundang kemarahan.
Zaman sudah berubah dan orang Kelantan tidak seperti dulu. Mengambil contoh bola sepak, orang Kelantan akan menjadi mangsa tuduhan dengan ungkapan “kalau kalah, mesti nak gaduh...kalau kalah, mesti pecah memecah”. Tidak adil untuk terus mengungkit peristiwa rusuhan di Stadium Sultan Muhammad IV pada April 2009 kerana perbuatan itu dilakukan hanya segelintir penyokong dan bukannya semua orang Kelantan.
Kembali meriah bola sepak Penyokong bola sepak Kelantan kini semakin matang dan bertanggungjawab, malah mereka boleh diibaratkan tulang belakang yang menghidupkan kembali suasana meriah bola sepak di negara ini.
Tidak perlu takut untuk duduk bersama mereka jika menonton bola, walaupun anda penyokong dan memakai jersi negeri anda. Minat terhadap bola sepak pada diri penulis juga kembali membara ketika ditukarkan ke negeri ini pada Mac 2011. Atmosfera bola sepak di negeri ini memang memberi impak, itu belum lagi jika The Red Warriors melangkah ke final Piala Malaysia atau Piala FA.
Jika ada yang mengatakan orang Kelantan masih kuat semangat kenegerian, mengapa pula hendak dipersoalkan? Orang Jawa seperti penulis juga ada semangat Jawa, jika bertemu orang Jawa, seboleh-bolehnya mahu bercakap Jawa.
Penulis bukan orang Kelantan dan bukannya mahu mengangkat orang Kelantan. Apa yang penulis hendak sampaikan, tidak kiralah orang Kelantan, orang Jawa, orang Bugis, orang Banjar, orang KL, orang utara, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.
Perbuatan mencetuskan sentimen kebencian terhadap penduduk negeri lain, apatah lagi di alam siber perlu dihentikan supaya tidak menjadi ikutan. Jangan jadi seperti watak Dollah Jin, juga dalam telefilem Sebuah Piala Seekor Kambing yang menjadi ‘kepalo pengat’ (individu paling samseng dalam kumpulan) dan gemar ‘bergocoh’ (bergaduh) dengan membayangkan dirinya Tony Jaa.
Penulis Ketua Biro Harian Metro Kelantan


what say you??
saya dah malas nak komen pasal orang yang anti kelantan ni..
sebab sebenarnya tak bagi kudis pun kat saya.. sebab sy dikelilingi orang yang bukan anti kelantan dan melayan saya dengan baik even tahu sy orang Kelate.. huhuhu
cuma tadi terpandang ada orang share kat FB benda ni..
bagi saya, tipu la kalau kata kita tak sayang negeri masing2 kan.. pasal hal speaking dialek tu pun sama.. kalau dah jumpa orang senegeri takkan nak cakap bahasa standard kan.. 
sama halnya juga dengan environment saya sekarang, saya tak pula tuduh orang Perak bersikap kenegerian bila  dorang speaking loghat diorang depan saya..  cuma mungkin dialek kelantan tu memang sukar nak difahami terus kot, tu yang timbul stigma macam tu kot..  macam dialek negeri lain, kita masih boleh teka2 maksud dia kan..
pasal yang segelintir berpuak2 tu anggap la satu negeri tu tak semua baik.. 
sama halnya dengan negeri lain juga.. kan? kan?
tak suka kami kerana negeri kami mundur dan miskin??
datang dulu ke Kelantan, dan nilaikan sendiri..
akhir kata, miskin harta tak apa, jangan miskin budi bahasa dan tiada adab.
tak perlu sampai nak tweet 
"Kelantanese & Terengganu's people are automatically rejected in my future husband's list"
jodoh itu perkiraan ALLAH.. bukan kita yang tentukan ya dik.. 

p/s:nak tau ayat sape kat atas ni, google search je.. adios.. :)



>
>

January 10, 2013

short trip to Cameron Highland

Pada tanggal 26/12 kami telah berkunjung ke Cameron Highlands.. ecece.. sebenarnya unplanned... 
see.. banyak yang unplanned kan.. sebabnya kan 24hb tu Kelantan banjir.. mesyuarat sekolah pulak 28hb.. so bila 25hb dah start reda, kami decide nak gerak ke Perak pada 26hb.. takut nanti kalau tetiba hujan pulak, sangkut abis la..

so, gerak la pagi 26hb, masa lepas dari Blue Valley ( kami dari Gua Musang) MBB tanya nak singgah tido Cameron tak?? harusla nak kan... eventhough cameron ni memang laluan rutin saya balik dari Perak ke Kelantan, pergi berdua dengan MBB memang tak sama.. (gatal!!) lagipun tak pernah bermalam pun kat sini..
before this, setakat singgah beli2 apa yang nak then teruskan perjalanan.. paling lama pun singgah kebun teh tepi jalan tu haa.. 

Kami sampai dalam pukul 12 lebih.. stay dekat IRis House Hotel..  betul-betul kat Brinchang.. rate dalam 150++.. sebab bukan public holiday dan bukan weekend... dan juga check in before pukul 1.. 
kalau check in lepas pukul 1, harga lain..


hotel belakang kami.. :)
bilik ok la.. ada balkoni.. yang bila bukak pintu, menyerbu angin dingin ke tulang huhuhu..
lepas settle barang semua, kami jalan je cari makan kat bahagian atas..
betul2 depan SJK(C) Brinchang, ada kedai nasi kandar 24 jam mamak punya..
settle makan, kami pusing2 pekan brinchang..
banyak barang2 macam magnet, payung, keychain murah2 kat kedai2 kecik area sini..

lepas tu terus jalan2 ke pasar malam brinchang.. beli cendawang goreng (slurpppp, sedapp!!), strawberi ( benda wajib beli!!) dan strawberi salut coklat(nyum3!!)
lepas tu terus masuk pasar brinchang balik, 
dan kami makan


 sate kambing!!


sedap sangat, rangup dan tak rasa kambing pun... nama kedai tu Highlands Satay.. ce try kalau dtg sini.. :)

petang tu kami turun balik, tapi pusing kedai2 belakang shell tu je.. dahla ujan lebat.. dah jadi cam cite nustan, lari2 dalam hujan..


malam tu kroh3, sampai kesian dekat MBB, bini dia tertidur sampai tak hirau makan laki.. teruk sungguh.. terpaksa la dia dinner dengan saki baki  cendawan goreng, dan stroberi coklat.. hahaha

esoknya, kami gerak balik..
sebelum balik tu sempat lagi pergi cari sarung tangan..
sejuk wehhh.. sampai ke tulang.. so no wonders la kat sini, hotel dorang takde aircond.. :)

pink utk sy, hitam untuk MBB..
 Sempat lagi singgah kat K. Terla kejap.. beli ubi rebus dan 

Photo: Sarung tangan, strawberi coklat n ubi rebus ; selamat pagi cameron

strawberi celup coklat.. :p untuk isi perut sementara nak breakfast.. 
dan otw balik tu, setiap kedai tepi jalan tu kami singgah.. takde keje betul..
dan sampaila satu kedai ni
AVANT CHOCOLATE
syok oo.. dekorasi dia cantik.. english style.. 


pastu ada banyakkk sangat coklat, berjenis2, dan semestinya teh berbagai perisa..
benda yang baru, cendawan segera.. macam keropok.. bukak paket, terus ngap, tak payah goreng dah..
ada 4 perisa, wasabi, original, curry dan black pepper..
kami borong 5, sebab kalau amik 5 harga dia rm32. satu2 tu dalam 8ringgit++

cendawan segera.. takde pic lain lak..
see, banyak gila teh n coklat
cantik kan.. siap ada bangku.. dh macam dlm taman

oh ye, kat sini pun ada cafe tau..
feeling2 cam mat saleh.. santai petang2, order kek, minum kopi.. hahaha
kek dia memang menggoda jiwa la..
desert pun.. seb baik ingat cuaca sejuk.. kalo tak... yang paling faymes kat sini mestila kopi straw beri.. sya amik mocha, MBB amik cappucino




santai sungguh, track n tshirt je.. huhuhu
suasana luar kafe, bahagian bawah
tempat duduk ada dua, atas dan bawah. kami pilih duduk atas.. bila naik, wallawehhh, luas lagi kawasannya..

ruang cafe bahagian atas..
ada kure2, dan syiling yang sangat banyakkkk
dalam kolam ni pun banyak syiling..
 Belakang nya siap ada kebun lagi...
so bolehla lepas dendam.. since kami tak pergi point of interest kat CH ni.. sebab tau mesti ramai musim2 cuti sekolah ni
geram nak kutip, haiihhh, nanti kena denda pulak
kebun strawberi, geram tak? geram tak?
strawberi atas kepala anda.. 
buah passion fruit @ buah cinta
kebun anggur..
buah anggur!! weee...
us!
best kedai ni sebab dia macam one stop centre la..  harga pun affordable..
tak cekik darah..

kami pulak lepas tu teruskan perjalanan dengan stop satu lagi kedai last. itupun sebab tu je kedai paling hujung.. kalau tak, memang mau nye singgah lagi..
kat sana pergi makan maggi hotcup. betapa main2nya kami.. padahal magigi hotcup tu bila2 pun boleh makan.. hahaha, 
tapi syok ooo,  makan dekat atmosfera cameron highland ni rasa berbeza, nak2 dengan yang tersayang.. tak caya ce try..
ah sudah.. buat apa pun kalau berdua, konpon indah je sume kan.. :p
 dan beli aiskrim strawberi.. tapi tak sesedap aiskrim kat brinchang.. last2 aiskrim tu masuk toilet.. kwang2.. tak perlu la dibicarakan dengan detail ya.. 

p/s: beli passion fruit, tapi makan sebiji je masa MBB ada.. sekarang terbiar camtu je.. elok lagi buahnya.. tapi takde nafsu nak makan.. membazir betul

>
>

January 9, 2013

short trip to Teluk Batik & Pantai Merdeka

Meskipun kami tak ada betul-betul satu plan honeymoon.. sepanjang 6minggu cuti.. boleh kata memang berjalan jela kerja kami selain dari rutin wajib balik rumah kelantan - kedah kan.. nak buat satu entry memang tak padan sebab kebanyakannya day trip je.. so rangkumkan 2in1 jela..

Short trip ke Pantai Merdeka, Kedah masa 5.12.12..  pergi dengan family MBB.. Pantai Merdeka ni faymes  jugakla, kalau tak, takkan la orang buat lagu kannn.. kat sana menginap dekat Merdeka Beach Resort... satu chalet tu ada 2 bilik, satu bilik air.. rate, lupa.. haha, tapi ada website dia.. kalau berminat, korang leh check kat sana.. kebetulan masa kami pergi tu, ada Karnival Pantai Merdeka.. macam uptown la lebih kurang... 

Photo: Eskrem pantai merdeka
petang-petang, makan aiskrim, mengadap pantai.. memang da best la.. :p
Kat sini, air dia tak berapa cantik sangat.. sebab macam ada lumpur (kot) sebab tengok ada hitam-hitam bawah dia.. dan sekeliling pantai dia dah ada batu binaan penahan ombak.. so, kalau nak jalan pesisir pantai.. kena tunggu air surut dulu, baru nampak pasir.. kalau air pasang, memang air sampai ke tebing simen tu..

Kat sini, kami tak wat pe pun, mandi kolam pun tak, mandi laut pun tak.. malam nya cuma buat BBQ je.. haha, tu pun curi-curi buat.. sebabnya ikutkan memang tak boleh memasak dalam kawasan chalet.. redah je selagi tak kena marah...
waktu pagi, air surut.. so boleh nampak pasir dan jalan2 sepanjang pantai

yang macam pulau kat belakang tu bukan pulau, tapi Tanjung Dawai..

ada satu jeti tapi taktau bekas jeti ape

ngeh2..  hanya yang dah kawin buleh try aksi ini.. :p
Kami bercuti sehari je.. esoknya, balik.. bolehla.. kenal-kenal tempat orang.. yang penting dah tinggal tapak kaki den kat sana.. hihihi

Teluk Batik, Perak masa 12.12.12 haritu.. sebab bosan duduk dekat rumah, saja jalan-jalan bawak MBB kenal (padahal diri sendiri pun tak penah jejak kaki ke Teluk Batik ni sepanjang 2 tahun duk Perak.. haha).. Pantai dia cantik tak macam Pantai Merdeka.. memang untuk mandi manda.. memang ngok jugak, pergi tempat camtu tapi sehelai sepinggang, pastu dah decide pula nak bermalam kat sana.. so malam tu dengan gigihnya pergi cari baju kat Giant.. haha.. tapi sebelum tu sempat lagi merendek ke mall baru bukak, Aeon Seri Manjung.. siap boleh gi jalan2 kat umah member lagi..





Lepas settlekan beli baju, kami terus ke hotel.. walk in guest je.. stay kat Marina Cove Resort.. dia hotel + apartment.. banyak gila blok dia.. belum lagi campur yang tengah bina.. masa mula-mula lalu tadi cam takut je nak duduk sini sebab nampak eksklusif.. dia siap ada mini taman tema air sendiri tau.. tapi rate dia 150++ je.. ada juga rate lain untuk bilik yang balkoni dan semestinya menghadap laut.. yippi!!! dulu kat sini dkenali sebagai sherwood, tapi dia dah tutup  perkataan sherwood tu.. xtau kenapa..

Photo
mini taman tema air
blok apartment + hotel
Kami stay pun sehari je.. sebab unplanned kan.. Teluk Batik dah, pasni nak try pergi Teluk Senangin pulak.. orang cakap kat sana lagi best dari Teluk Batik.. :)


>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ayra Arissa