LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

October 31, 2012

blues 12 hari bride to be

sekitar 2minggu dekat nak kawin ni, hati jadi sangat sensitip..
benda yang kecik + gurauan pun leh jadi pergaduhan..
adakah ni sindrom pra perkahwinan??
korang2 yang  bakal berkahwin dalam masa terdekat ni mengalami situasi yang samakah??
ke sy je yang terlebih2??
huhuhu

12 hari lagi nak kawin, ada 2 benda berlaku..
1st, veil haritu [SINI] yang dicanang2 nak dipakai
akhirnya langsung tak matching kaler dengan baju..
hukhuk.. 
veil tu kaler off white dan baju itu kaler putih bersih..
kalau pakai nampak cam veil tu lusuh, macam satu baju baru pakai dengan kain yang direndam klorok lama, so warna nya kekuningan..
so how???
ottoke??

pasal pengapit, dah appoint adik dan bf dia.. sebab senang, lagipun bukan nak guna lama pun..
tapi tadi baru je dapat call dari ma,
bagitau yang bf adik dah dapat kerja..
dan minggu depan lapor diri.. mustahil la kan baru keje nak cuti dah kan..
so 2nd prob, pengapit sudah tiada..

disebabkan saya frust, saya telah membedal kfc zinger double down dan seterusnya merosakkan diet.. huhuhuhu.. 


sekian.. laporan 12 hari lagi nak kawenn.. T___T


>
>

October 30, 2012

sneak peak third HB

sneak peak ke??
ni macam dah tunjuk sume je..
hehehe.. 
sebenarnya HB ni tak sampai kat tangan saya pun lagi...
masih berada dengan tuan punya badan yang buat ni.
watermark pun Sekoci Norlie lagi sebab this pic memang amik kat FB sy yang kak Norlie tag nama saya..
kawan-kawan FB mungkin dah tengok pic ni.. tapi takpela, share dengan kawan2 blog pulak..

Photo: Sneak Peak - Vintage HB for Noor Shizan Ibrahim

konsepnya, Vintage HB..
sebab haritu saya request HB brooch dengan Kak Norlie dan dia cadangkan buat ala-ala vintage..
saya ikutkan je.. sebab dia lebih pakar kan.. even sebelum2 ni pun memang saya puas hati dengan hasil kerja beliau..
akhirnya cukup sudah HB untuk ketiga2 majlis..
tak sabar nak tunggu HB ni sampai ke tangan.. \(^__^)/


>
>

October 29, 2012

gubahan hantaran~~

pernah review projek ni  dalam entri ni [SINI]
gubahan hantaran buat sendiri je..
semuanya gara-gara kisah masa e-day.. citer penuh kat [SINI]
serik oiii...
plus, saya ni memang nak berjimat pun.. hohoho.. erkk,  cakap jela kedekut nak keluar duit kan.... :p
hehe, takla, bila buat sendiri seriously memang banyak jimat
daripada tempah.. betul3.. tak tipu pun..
berbanding dengan tempah haritu, tempah makan kos lebih rm4++ untuk 7 dulang...
manakala untuk 9 dulang buat sendiri..
habis around rm2++..
jimat kan??
hasilnya???
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




hasilnya takde la meletup sangat pun..  sebab sedar diri bukan kreatif sangat pun.. T___T
tapi sebab buat sendiri, rasa puas hati gila-gila..
;)


>
>

October 28, 2012

Accident tak berbau

Pagi ni sy dikejutkan dengan berita sorang kakak sekampung,satu maktab dengan saya, cuma berlainan batch sebab dia KPLI, dan posting di sekolah yang sangat dekat dengan sekolah saya ACCIDENT!! kat simpang pulai.. semalam pun ada ternampak satu accident area tu.. tapi xpasti la yang tu ke yang dia terlibat.. sebab rasanya yang trlibat tu myvi dengan waja, dia plak naik viva..

Kakak tu mmg baik dgn saya pun. Even kami pnh balik sama-sama awal tahun lepas. Masa saya pergi jaga UPSR sekolah dia pun, dia yang temankan makan dan layan even sebelum ni tak pernah rapat, kenal-kenal gitu je, almaklumla, kami beza umur 3-4 tahun. cuma bila dia masuk IPG barula start bertegur.. Kesian kakak tu sebab diberitakan bahawa keta dia teruk rosak, dia pun cedera kat muka dan tersepit jari kaki..  and kakak tu sebenarnya nak kawin 14.11 ni! yer, kakak tu pilih tarikh slps knduri sy sebab xnk majlis brtmbung. kenduri dia pula 15.11. kesian dia kan...

Sebenarnya nak dijadikan cerita, saya sebenarnya trdetik nak contact dia, sebab nk tumpang dia balik je kali ni sebab sy mls nk drive. Hehe.. rumah kami dekat kg pun xsampai 1km.. tapi xjd nk tmpang sebab saya kena bawak balik barang.. so balik pun dengan berat hati je.. mls bkn sebab apa, raya-raya ni kelantan mmg famous dengan jam..  semalam balik pun mak aii.. sepatutnya 10 minit je lg dah sampai rumah, dah jadi hampir 45minit.. 

Tapi ketentuan llahi, saya tak naik dengan dia, kalo tak, boleh byg apa jadi kan? syukur sangat2 sebab diberatkan hati dan trlindung daripada musibah.. harap2 kakak tu cepat2 sembuh.. dan luka dekat muka tu tak meninggalkan parutla hendaknya.. get well soon.. b2b dan bukan b2b pun, sentiasa berhati2 di jalanraya.. malang tak berbau.. biar lambat asal selamat..

p/s: camna la rupe post ni.. taip dgn hp.. susah gilo.. hrp maaf  dengan paragraphnya lari, caps lock merata2. ampun ye..


>

>

tips untuk mendapatkan gambar terbaik semasa majlis anda

Jalan-jalan blogwalking, jumpa tips yang sangat menarik ni.. so nak share, benda yang baik tak elok simpan sorang-sorang.. kemut namanya tu.. :p

Semasa Majlis Akad Nikah:


1) Pengantin perempuan jangan duduk terlalu jauh ke belakang dari pengantin lelaki semasa majlis akad nikah. Ini adalah untuk memastikan jurugambar dapat memasukkan gambar kedua-dua pengantin di dalam satu gambar untuk shot-shot tertentu. Jika tidak pasti kedudukan yang sebenar untuk pengantin perempuan, sila bertanya dengan jurugambar terlebih dahulu.

2) Bagi kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan, kurangkan memandang ke bawah atau terlalu menunjukkan muka yang serious. Perasaan gementar, gemuruh dan sebagainya adalah perkara biasa dalam majlis pernikahan. Kadang-kadang sedikit ‘lakonan’ yang menunjukkan kegembiraan sebenarnya dapat mengurangkan perasaan gemuruh ini. Disamping gambar-gambar  yang menarik, perasaan gemuruh anda mungkin akan hilang sedikit demi sedikit. Tunjukkan kecerian anda walaupun perasaan gemuruh masih ada.

3) Pastikan anda sampai awal di masjid, sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal dari  masa yang dijanjikan. Pastikan juga semua dokumen yang diperlukan diperiksa terlebih dahulu. Kekalutan akibat tiba lewat atau tertinggal dokumen penting akan memberi kesan kepada gambar-gambar anda nanti. Disamping perasaan gemuruh yang sedia ada, anda mungkin akan merasa ‘down‘ dan ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada jurugambar yang bertugas dari segi interaksi anda dengan jurugambar.

4) Cara terbaik untuk kelihatan ceria semasa majlis akad nikah adalah dengan membawa 3 atau 4 orang rakan yang betul-betul rapat dengan anda. Percaya atau tidak perasan gemuruh anda akan hilang tanpa anda sedari. Pastikan rakan-rakan anda ini sentiasa bersama anda dari mula hingga akhir majlisKehadiran teman-teman rapat boleh menambahkan lagi kemeriahan. 

Semasa Majlis Persandingan

5) Pastikan jurugambar anda diberitahu terlebih dahulu tentang aturcara majlis. Ini adalah amat penting jika majlis anda terdapat acara-acara tambahan seperti pertunjukkan silat, tarian dan sebagainya yang mungkin penting bagi jurugambar untuk membuat persediaan dari segi shooting angle‘ dan sebagainya.

6) Sila beritahu jurugambar anda jika terdapat jurugambar lain atau pun anda ada menempah juruvideo berasingan. Ini adalah untuk memudahkan jurugambar anda bekerjasama dengan jurugambar/juruvideo tersebut. Cara kerja dan ‘style‘ yang berlainan kadang-kadang boleh menyusahkan kedua-dua pihak. Perkara terbaik adalah dengan memberitahu dahulu nama-nama jurugambar/juruvideo yang turut bertugas di hari majlis anda. Perbincangan awal mungkin boleh diadakan untuk memastikan proses merakam hari bahagia anda berjalan lancar.

7) Di samping jurugambar/juruvideo tambahan, kehadiran jurugambar-jurugambar lain dikalangan saudara-mara dan rakan-rakan pihak pengantin jugak kadang-kadang boleh mendatangkan masalah kepada jurugambar yang bertugas. Perkara terbaik adalah dengan memberitahu mereka terlebih dahulu supaya memberi laluan kepada jurugambar utama dalam apa-apa situasi pun supaya tiada gambar atau ‘moments‘ yang terlepas.

Sentiasa memandang kepada tetamu-tetamu yang hadir.
8) Kedua-dua pengantin dinasihatkan supaya mempunyai lebih ‘eye-contact‘ dengan orang-orang sekeliling semasa majlis berlangsung. Ini bermaksud pengantin tidak selalu tunduk dan memandang ke bawah sepanjang masa (sama seperti perkara 2 di atas). Saat-saat seperti berjalan ke pelamin, semasa bersanding di pelamin dan semasa berada di meja makan beradab adalah saat terbaik untuk jurugambar merakamkan keceriaan dan kegembiraan anda semasa hari majlis.

Hari perkahwinan adalah hari untuk anda bergembira.
9) Jika jurugambar anda menetapkan had masa untuk sesuatu sesi atau majlis, pastikan anda peka mengenai perkara ini. Ini adalah untuk memudahkan jurugambar anda membahagikan masa untuk sesi-sesi tertentu seperti posing di atas pelamin, dalam bilik pengantin dan sebagainya. Pengurusan masa yang tidak cekap akan membuatkan jurugambar tergesa-gesa mengejar masa dan ini akan memberi kesan kepada kualiti gambar yang dihasilkan. Melengah-lengahkan aturcara majlis, leka bersembang dengan rakan-rakan adalah antara perkara-perkara yang boleh menyebabkan kesuntukan masa. Sila berbincang dengan jurugambar anda jika tambahan masa diperlukan.

Pilih lokasi terdekat untuk sesi outdoor anda.
10) Jika terdapat sesi outdoor untuk hari yang sama selepas majlis, sila pastikan tempat pilihan untuk penggambaran tidak terlalu jauh dari lokasi majlis sehingga mengambil masa berjam-jam perjalanan. Ini adalah penting untuk memastikan apa yang dirancang oleh jurugambar dapat dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan. Perjalanan yang jauh mungkin menyebabkan kesuntukan masa dan juga boleh menambah keletihan kepada kedua-dua pihak pengantin dan jurugambar.

(Ditulis oleh: Azizan Aziz, jurugambar professional & pengasas Romantis Studio )

so, brides... jom menyinar di hari bahagia kita.. semoga tips di atas ni dapat membantu anda.. :)

>
>

October 27, 2012

tips sebelum, semasa dan selepas akad nikah

Masa jalan-jalan haritu nak cari pelan kedudukan pengantin [SINI] jumpa pulak tips dan flows semasa akad nikah kat blog cik puan Fia.. banyak tips yang dikongsi dan boleh dipraktikkan.. share sebab memang sangat membantu kita2 yang nak kawin, lebih2 lagi waktu akad nikah.. tak ada la kelamkabut dan blur2 kan apa yang nak dibuat..


Sebelum Akad Nikah


1. Pastikan pengapit atau teman rapat duduk di sebelah - sebabnya, pengapit @ bestfriends kita la yang akan kurangkan debaran dan tolong-tolong apa yang patut (lap peluh, betulkan veil dsb).. cane nak kurangkan gugup? berbual-buallah dengan pengapit anda..

2. Sediakan IC / kad pengenalan - dokumen ori memang akan diminta.. sebab yang ada dekat tok kadi @ tok imam tu yang salinan je.. nanti karang, terkocoh pulak korang masuk bilik cari ic time dh duduk tersimpuh sopan tu.. hehe

3. Duit upah - penting! ingatkan cik abang prepare siap2.. sebelum tu risik-risik la kadar upah sepatutnya..

4. Senyum Agar Lebih Tenang - yess, kunci dia, SENYUM... walaupun masa tu dalam dada, rasa nak pecah dengan debaran..

dicilok daripada my OP sebelah bertandang.. kredit to NuzulTaufiqArt Photography

Ini pulak adalah flow semasa akad nikah..

Semasa Akad Nikah

1. Khutbah nikah -  masa ni dengar betul2, bagi faham okey.. banyak pesanan2 dalam ni..

2. Bacaan taklik - isteri2 kena dengar betul2 time ni.. bukan ape, mintak simpang, nauzubillah la kan untuk benda ni berlaku dalam baitul muslim kita, tapi taklik ni sebenarnya memelihara hak isteri daripada penganiayaan kalau berlaku kepincangan tanggungjawab oleh suami.. so jangan anggap taklik ni sebagai sesuatu yang 'nothing'.. bila tengok pasal taklik ni terus buat research pasal lafaz taklik negeri kelantan.. sebab teks taklik ni berbeza ikut negeri, tak seragam.. so check lafaz taklik negeri masing-masing dan teliti apa syarat-syarat yang boleh menyebabkan talak jatuh sekiranya ada aduan isteri kepada kadi..

LAFAZ TAKLIK NEGERI KELANTAN
"Bahawa adalah saya…….. dengan ini bertaklik iaitu manakala saya tinggalkan isteri saya….. selama empat bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa atau saya atau wakil saya tiada memberi nafkah yang wajib kepadanya selama yang tersebut pada hal dia taat kepada saya atau saya menyakiti tubuh badanya atau saya tidak mempedulikannya selama empat bulan atau lebih kemudian ia mengadu kepada kadhi/ hakim syarak dan manakala sabit aduannya dan ia memberi kepada kadhi/ hakim syarak bagi pihak saya sebanyak RM 1.00  maka ketika itu tertalaklah ia dengan satu talak khuluk."


3. Keluarga Sakinah/ Penyerahan Tanggungjawab - err.. kat kelantan, rasanya takde penyerahan tanggungjawab ni.. ala yang ala2 ustaz don buat tu.. yang letak tangan atas kepala isteri.. dlm blog cik fia cakap kat johor ngan kedah ada adat ni.. betul ke kengkawan? harus tanya MBB ni.. kang aku terkujat tetiba dia dtg letak tangan atas kepala kang.. :p lagi satu yang biasa dibuat adalah family perempuan berucap, menyerahkan tanggungjawab jaga pengantin perempuan pada pengantin lelaki..


Selepas Akad Nikah

1. Penyerahan Mas Kahwin Dan Wang Hantaran - ramai yang keliru pasal dua benda ni.. mas kahwin wajib diberi, hantaran pula tak wajib.. hantaran ni lebih kepada belanja mengurus perkahwinan sebelah perempuan, manakala mas kahwin ni berupa pemberian wajib oleh lelaki kepada perempuan atas sebab perkahwinan dan ianya milik mutlak 100% pengantin perempuan ye...so bawakla time akad nikah tu.. kalau tak lafaz anda akan jadi ada perkataan 'hutang'.. hihihi.. tapi kat Kelantan memang biasanya wang hantaran tu la yang akan dijadikan @ merangkap mas kahwin.. hoho, tapi majlis saya nanti tak follow kebiasaan ni.. sebab? taknak nilai wang hantaran tu menjadi isu.. rendah diperkatakan orang, tinggi pun diperkatakan orang.. =)

2. Pembatalan Air Sembahyang. - cincin? gelang? rantai? ikut kemampuan la kan.. ada yang mampu, sarung cincin, kemudian sauk gelang @ rantai lagi.. saya? cincin sudahh.. sebab cincin itu pun harganya sudah ka chinggggg... 

Tip drp cik puan Fia: Jika anda memilih barang kemas sebagai pembatalan air sembahyang lebih baik berlatih dahulu memakaikannya pada ibu atau saudara perempuan.

3. Bersalaman & Mencium Tangan Suami -  saat yang ditunggu-tunggu.. ngeh3.. ke tak? harusla kan... :p

4. Cium Dahi Isteri - paling ditunggu-tunggu..  kan? kan? kan? syahdunya rasa time ni.. errkkk... nak lagi syahdu, janganla pakai tudung awning.. kalau tak kelepet2 nanti, cian pengantin lelaki susah nak cium.. 

Tip dr cik puan Fia: Jika anda ingin mengucup dahi isteri di hadapan para tamu dan mahukan ia diabadikan dalam foto, terdapat beberapa tip yang anda boleh gunakan. Sebelah tangan anda memegang bahu isteri dan sebelah lagi memegang dagu isteri. Selepas itu, angkatkan sedikit muka si dia supaya mendongak tepat ke mata anda dan anda tunduk perlahan-lahan agar dapat mengucup tepat pada dahinya. Berikan kucupan dengan penuh ikhlas agar bunga-bunga cinta dapat anda rasai.

5. Bersalaman Dengan Ahli Keluarga - which family first? tengok dan follow the flow kot.. cuma, rasanya lagi manis, kalau dua2 bersalam dengan family yang sama at the same time kan.. takdela sorang ke kanan, sorang lagi ke kiri.... your opinion?

6. Solat Lepas Nikah - kahwin sekali seumur hidup.. insyaALLAH.. jadi kalau boleh, buatla solat sunat nikah melainkan anda berhasrat untuk berkahwin lagi.. muahaha..

Banyak juga tips yang berguna kan.. yang saya warnakan dan tips-tips tu, memang saya copy paste dari blog  cik puan Fia sebijik2. cuma yang huraian tu je olahan dan pandangan saya.. so kalau nak tengok dengan lebih detail, boleh terjah blog beliau.. =)


>
>

October 26, 2012

selamat hari raya aidiladha

Selamat Hari Raya Qurban diucapkan kepada semua..
korang buat korban tak?
ke ada yang tak balik kg??
me?? hampir2 tak balik juga.. why oh why??
sebab rasa serba salah dengan cuti yang ciput + malas nak drive. yer saya ni bukan rajin bawak keta.. 
kalo gaji beso, nak je pasang dreba..
tapi mengenangkan masa ni jelah nak spending time with siblings sebagai orang bujang.. 
maka gagahkan diri jugak balik.. 
kate raya terakhir sebagai bujang kan.. harusla sambut..
yelahh, sume benda terakhir sebagai bujang.. modal yang sama.. balik-balik yang tu jelah pakai.. ekekeke.. :p
jumpe lagi  dlm next entry
till then, take care friends.. hati2 di jalanraya.. :)


p/s: bila balik, boleh tengok n try baju akad nikah.. huhhuhu, tatot..


>
>

October 24, 2012

baju akad nikah

baju akad nikah dah siap.. yeayy!!!
kisah pencarian kain ni kat [SINI]
yerr, saya tau, lace baju dia biasa2 je.. T__T
tak berbaloi dengan harga dia langsung..
harga 2++ tak termasuk dengan kain lelaki..
sedangkan kalau dekat Jakel tambah sikit je lagi dah dapat full set perempuan dan laki..
huhuhu, my bad juga.. gelojoh nak beli..
sebab timing tak menyebelahi..
huuhu.. padan muke.. 


tapi takpela, tetap saya suka baju ni walaupun design n lace dia simple je.. 
sape tak suka baju kawen sendiri weyyy.. bio la buruk pun..



tang paling disukai?? konpomlah kainnya yang flowyyy itu....
ini pun atas suggestion adik pertama yang nak kain ala-ala Fasha Sandha..
hikhik, sanggup dia meredah jalan TAR, semata2 nak belikan kain untuk wat flowy2 ni..
sebab kain yang sedia ada tu ngam2 buat kain je..
nak buat flowy at least kena tambah 3meter..
tapi apa-apa pun, refer your tailor..
yang ni pun, adik bawa dekat tailor di johor..
saya tak tengok dengan mata sendiri pun lagi baju ni..
tak sabar nak tengok....

>
>

October 22, 2012

baju songket

satu lagi baju..
kaler ala2 biru + hijau torqouise..




kain baju ni ala2 songket..
tapi taktau la pure songket ke tak..
kalau tengok dekat baju dia, memang  penuh dengan benang emas..
try haritu, memang panas gila..
sebab kain dia tebal + kena slim dietkan badan sikit, baru cantik terletak bila pakai baju ni..
sebab dia tebal.. jadi dia menambah isi kulit tepi badan kita.. huhuhu




amik mode klasik sikit..
sebab baju kuning tu dah dress moden kan..
cuma satu persoalan menghantui pikiran...
bila nak pakai baju ni??
saya taknak tukar2 baju pada hari persandingan..
rumit+cerewet+buang masa yang sepatutnya digunakan untuk melayan tetamu..
nak amik satu baju je, rugi kot, sebab pakej mmg dua baju...
huhuhu.. hentam sajalah labu..


>
>

October 19, 2012

susun atur kedudukan pengantin semasa akad nikah

Tadi tengah boring-boring, tetiba terpikir belum finalize pelan kedudukan pengantin masa akad nikah nanti..   i have read it somewhere yang benda ni memang sangat mempengaruhi majlis tak kira la samaada anda buat di masjid atau pun di rumah.. InsyaALLAH, majlis saya nanti, akad nikah akan berlangsung di rumah kalau tak ada aral dalam pukul 3.30 petang.. 

Note to b2b, pelan ni sangat penting kerana akan memudahkan OP anda untuk mengambil gambar kedua2 pengantin dalam satu snap je.. sebab kalau kedudukan yang tak berapa sesuai, cthnya pengantin lelaki kedudukan dia berhadapan dengan pengantin perempuan, susah sikit la photog nak cari angle dan view untuk pastikan kedua-dua muka kita dengan bakal suami tertempek dalam tu.. Lagipun akad nikah kan sinonim dengan perasaan anxious, berdebar, penuh emosi dan ekspresi.. so amatlah sayang sekiranya kalau momen-momen camtu tak dapat di capture dan dimanfaatkan sepenuhnya hanya kerana anda terlepas pandang susunan kedudukan pengantin, kadi, saksi dan family kedua belah pihak.. 

kita pun mesti ada list sape yang kita nak masuk dalam pic especially the both of  families la kan.. bukan menidakkan kehadiran orang luar, tapi kalau kita tak sediakan plan siap2, memang kau tak boleh marah kalau tetiba mak cik Joyah yang tak penah rapat langsung, tapi bertempek di tepi kita.. hehe, takkan nak halau kan?? 

so ada la saya buat homework sikit pasal susun atur kedudukan ni.. pelan-pelan ni bukan saya lukis, tapi saya amik dari blog LADY SYALIZ dan dilukis oleh beliau sendiri.. Ada 3 kedudukan yang biasanya dipraktikkan semasa akad nikah ni..

Pertama



Kedua



Ketiga

kesemua ni rasanya kalau ayah perempuan tu yang nikahkan.. kalau tok kadi@imam, makanya gantikan saje, kedudukan mereka
yess, korang mesti boleh agak kan.. kedudukan mana yang lebih praktikal? jawapannya kedudukan pertama dan kedua.. sebolehnya elakkan la kedudukan ketiga nehh. tapi kalau korang nak buat, takde sape menghalang pun. nikah pun sah, cuma macam yang telah disebut kat atas tadi la.. tak mesra jurugambar..

kalau korang perasan, kedudukan yang pertama tu macam akad nikah Lisa & Yusri, Awal & Scha kan... Pilihan saya? saya rasa pilihan saya lebih cenderung kepada kedudukan kedua tu.. hehehe.. sebabnya, saya nak dekat dengan my groom.. :p walaupun dia membelakangkan sy, tapi senang, dia palingkan belakang je, dah sampai... ekekeke... yang pertama tu pun ok, tak jadi yang kedua, yang pertama pun boley, cuma rasa macam bride tu jadi hakim*(my opinion) la plak kan..  tapi yang bestnya kedudukan pertama tu buleh tgk muak MBB, cuak ke tak.. hahahaha.. alamak, sudah berbelah bagi.. acane nihh...  takpe2, nanti boleh pk nak pilih yang mana sebab idea tu dah ada.... to b2b yang len, yang mana pilihan anda??

p/s: nak tanda kedudukan tu macamana eh.. nak kena buat stand macam centrpiece tu ke, atau tempek paper je? atau hire someone untuk guide tetamu ke tempat yang sesuai?


>
>

October 18, 2012

latest update borang kawin


Alhamdulillah..
dengan ini diumumkan bahawa borang kawin sudah settle!!!! 
hoorayyyy!!!
buleh nikoh dh yeay! buleh nikoh dh yeay!
dah boleh pangkah dari list..
akhirnyaaa kan.. rasa cam batu yang sangat berat dah diremove dari atas jemala patik ni.. hihihi
genap2 25 hari lagi nak kawin baru boleh settle..


dengan masalah pertama: HIV Test result yang sangat lama.. kena buat hiv test kedua with the really huge damage of kaa chinggg.. T__T

masalah kedua: sijil akuan tak dapat nak dibuat, sampai FFIL terpaksa jumpa Pengarah Agama Negeri untuk settle benda tu baru pejabat agama daerah keluarkan sijil tanpa perlu MBB balik..

masalah ketiga: salinan ic MBB tak ada, kadi tu tak beritahu pun yang dia amik salinan ic MBB and at the same time bagitau yang dokumen yang dia beri tu sahaja perlu di pos ke kelantan.. FIL ingatkan memang dalam tu ada salinan ic tak diusik, bila ma sy bukak, tengok2 memang borang kebenaran kahwin sahaja yang ada dalam tu.. yela, memang pejabat agama akan ambil kan untuk salinan mereka.. so it takes another 3days untuk submit the form.. sebab kena tunggu FIL poskan salinan ic MBB..
so submit petang selasa, dan dapat petang khamis. 

akhirnya boleh tersenyum lega :)

hoho, nampak cam 3 masalah kecil je kan? tapi seriously me; really depressed at that time.. and once sampai rasa malas nak amik tau, biar la nak jadi apa pun.. kalo tak takkan la ada orang tu nangis sampai melalak-lalak kan... :p
hek eleh la kan..  masa tu je punnnn... kemudian bila dah jadi normal balik pemikiran tu, tetap risau balik.. yelah, takde prosedur tu memang tak kawin la kau..
wajib kot.. takde pelamin, majlis tetap on, takde dokumen, takde kebenaran, makanya orang datang makan jela. pengantinnya tak nikah2..

hehe, sebenarnya pegawai pejabat agama dah bagi jaminan, dorang tetap akan keluarkan kelulusan berkahwin  kalau borang tak sempat settle.. sebab dorang pun takkan nak wat naya.. kenduri dah siap, habis berbelas ribu, tapi tak dapat kawin.. DENGAN syarat borang kebenaran belah lelaki settle la.. 
Tapi, itu cuma kalau memang tak sempat siap, kenala usaha dulu bagi siap kan... 

berkat doa korang sume, settle jugak big thing ni.. sangat rasa bersalah sebenarnya sebab terpaksa menyusahkan ma tersayang.. pergi amik borang kahwin, pergi pejabat agama tanya bila problem tempohari, pergi rumah imam dapatkan pengesahan, pergi hantar dan pergi amik balik dekat pejabat agama.. and now pergi hantar dekat tok imam balik..
kalaula saya duduk dekat dgn hometown, sudah tentu saya takkan menyusahkan sesiapa... apatah la ma dan abah dalam hal camni.. nak kawin pun, tapi masih menyusahkan.. sighhh..
tapi tu la mak ayah kita kan.. even kita ni dari lahir, dan PASTI sampai beranak pinak pun menyusahkan mereka, mereka tetap sanggup dan tak pernah rasa terbeban..
i owe them a lot..
hohoho, sedih plak...
k bye...

p/s:  tengah mood "i'll miss my single life"; sindrom rasa sayang nak tinggal life yang ikut suka nak wat ape, terbongkang terbalik pun takde sape nak hirau.. hahaha, welcome to errr a bit 'hypocrite' world..  

>
>

October 17, 2012

panggilan manja

Semalam tengah sembang-sembang, boleh MBB keluarkan soalan;

"lepas kawin nanti nak guna panggilan ape eh"
"kenapa? sekarang ni tak ok ke? kalau nak ubah, nak panggil ape?"
"dah kawin, kenala panggil nama lain pulak, yang sekarang panggilan masa bercinta."
"err, takde idea la yang.. cayang la cari..."
"cari jugak...  yang penting saya taknak panggilan 'abe"(abang dlm loghat kelantan)"
"dah tu mana orang ada idea, taktau la.. guna yang sekarang je tak boleh ke?"
"taknak"

hah, sudah... adakah salah satu taktik bermanja??
kwang3...
sampai ke sudah semalam takde penyelesaian..
sekarang kami bahasakan diri, sayang untuk saya, dan cayang untuk dia..
huhuhu, MBB memang tak nak dan tak suka saya panggil dia 'abe'.. geli katanya..
sebabnya kata dia, saya lagi tua daripada dia..
cehhhhhhh, tua 13hari je ponn..
tu pun berkira.. huh!


korang lak panggil ape nanti/sekarang??
ada idea tak??
share la.. 
=)

>
>

October 16, 2012

artwork CSI Guestbook..


artwork untuk CSI guestbook dah finalize.. yeay!!
err,  artwork sebenar, takde pun lambang love yang dibuat watermark tu, 
tu kan logo rasmi blog ni.. hahaha konon-kononlah kan..
apa itu CSI Guestbook?? nak tau baca kat [SINI
sekarang, tunggu siap je...
lepas tu, kita tengok sape jadik mangsa untuk amik benda ni.. hihihi :p

p/s:  CSI guestbook ni sponsored by my angah.. hehehe, thanks to her.. lap u lah.. >_^


>
>

October 15, 2012

Pistol!

kedua adik tersayang belikan ini
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


PISTOL!!!! 
tak surprise pun, since tajuk pun dah reveal kat atas kan benda alah ni ape kan..
nope.. bukan pistol air yer...
ni sebenarnya... 


pistol sabun..
nak buat bubble nanti outdoor photoshoot.. 


konon-konon cenggini lah rupenya nanti





pengantin dengan buih sekeliling...

tukang tembak buih tu nanti siapa?


opkos la adikku berdua nanti..
ngeh3.. :p


>
>

October 14, 2012

Frame Gambar

Frame sudah dibeli..
jeng! jeng! jeng!



Apa mau buat dengan ini frame???
heheheee, yang ni saya betul-betul nak cilok idea ex-b2b nora
tang yang letak frame di meja makan beradap tu haaa..
yang lain tak mampu nak tiru .. dah memang dasar pemalas pun.. hihihi..

kredit pic:  http://norapurplebridez.blogspot.com
cantik kan??
errr..  tapi saya tak mampu nak wat secantik ni..
saya olah ikut cara saya yang tak kreatip je la nanti...
2 frame lagi ingat nak letak dekat guestbook corner/counter..
jadi ke x, wait n see la.. 
hohoho cuak weh!!

>
>

October 13, 2012

checklist 30 hari yang tinggal

Checklist sebulan lagi nak KAWEN!!!
jom tengok sama-sama..
takut ada yang saya termiss out... 

A. Dokument/Borang2
1.      Kursus Kahwin - DONE!
     2.   HIV –  Him - DONE!
              -  Mine -DONE!
3. Prosedur kahwin: 
           borang : me - *ets mggu depan - PENDING
                        him - DONE!
                Saksi: abah urus DONE!
                Jurunikah: abah urus DONE!
      4.      Kad Jemputan – Idea GrafikDONE!
      5.      Setem - DONE!
      6.      Bunting – Idea Grafik - DONE!
      7.      Guest list: akad - 70 orang - DONE!
                           sanding - 2000 - DONE!

B. Akad Nikah
1. Makan - ma urus - DONE!
2. Mini pelamin - jimat, guna ala bantal nikah je.. - DONE!
3. Kanopi + Kerusi + meja Nasir Canopy *deposit done, bal RM250
                                             scallop - Kuning + Biru 
4.  Hiasan Bilik Pengantin -   Awie Bridal - DONE!
5. Baju Nikah
     5.1 Baju L- pengantin lelaki settlekan - DONE!
     5.2 Baju P- tempah jahit -  PENDING  (raya haji baru amik)
6. Veil  n Tudung - DONE!
7. Sampin - Sukaramai Songket - DONE!
8. Kasut - DONE!
9. Bunga Tangan - Clay Crafts - DONE!
10. Bantal Nikah - Awie Bridal DONE!
11. Make Up -  Huda Rahman (Awie Bridal) - DONE!
     12. OP - Ja Ismail *deposit DONE! bal RM350
     13. Inai - sendirik je – DONE!
     14. Kerongsang Songkok - DONE!

 C. Hantaran
 1. Pihak lelaki kepada perempuan - xamik tahu.. serah 100%
 2. Pihak perempuan kepada lelaki
          2.1 Cincin - DONE!
            2.2 Baju+seluar - DONE!
            2.3 HP - DONE!
            2.4 Perfume - DONE!
            2.5 Pulut - PENDING
            2.6  Kuih (Akok)- PENDING
            2.7 Cake in jar - angah sponsor- DONE!
            2.8 Buku - DONE!
            2.9 Pen- DONE!
           2.10 Dulang - sewa/pinjam -DONE!
           2.11 Gubahan - DONE!

 DResepsi
 1. Catering/makan - makan, gotong royong * hulur cash je.. DONE!
 2. Pelamin -   Awie Bridal - DONE!
 3. Baju Persandingan - Awie Bridal 
               3.1 Warna - Kuning DONE!
                                - Biru   DONE!
               3.2 Aksesori n Veil - Awie Bridal - DONE!
 4. Make up -  Huda Rahman (Awie Bridal) - DONE!
 5. Tudung - Kuning DONE!
                 - Biru - DONE!
 6. Kasut -  Heels -DONE!
                   Flat - DONE!
                   Stokin - *kena standby - PENDING
 7. OP - Ja Ismail DONE!
 8.Handbouquet - Sekoci Norlie -ETA by Oct - PENDING
 9. Doorgift
             9.1 Telur - duit dah bagi so consider DONE!
             9.2 Kerepek -  Angah uruskan - DONE!
             9.3 Tupperware -  Ruz's E-ShopeDONE!
             9.4 Gula2 - DONE!
             9.5 Bekas Telur - DONE!
             9.6 Paperbag - DONE!
             9.7 Doileys & Riben - DONE!
10. Kek acara potong kek - Sponsored by Achik, DONE!
11. Bilik Pengantin - Awie Bridal - DONE!
12. Meja Makan Beradap - tema kuning+biru -  Awie Bridal DONE!
13. Bunga Pahar - DONE!
14. Bridesmaid -  tak ada calon, arggghhh - PENDING
15. Cenderahati Penanggah/ Tukang Dapur -*ma urus - DONE!
16. Guest Book - Angah sponsor -*dah finalize artwork..tenkiu ngah!!- DONE!
17. Baju Family - Sponsored by achik - DONE!

E. Lain-lain
     1. Set Bilik Tidur - DONE!
2. Langsir - DONE!
3. Bunga Manggar - DONE!
4. Signage - DONE!
5. Homestay dan Hotel - D'ros Homestay, Harmoni Homestay 
                                      & Rahimah Inn* deposit DONE! bal RM600
6 . Props -  Pistol sabun - DONE! 
               - Wordings - DONE!
               - Paper lantern - DONE!
               - Frame gambar - DONE!
7. Pinggan mangkuk dan cawan - DONE!
8. Tisu -  DONE! 
9. Plastik Sampah - *ma urus - 
DONE!
10. Cat rumah - DONE!

F. Bertandang
1. List rombongan - brp org? - PENDING
                             - kenderaan?- PENDING
2. Baju - Warna - Purple
               L -  baju DONE!  
                      samping - DONE!
               P -  baju DONE!
                      Veil -  DONE!
                      Tudung - DONE!
3. Kasut - DONE!
4. OP - Nuzultaufiq - deposit DONE! bal RM1050 *MBB to settle
5. Makeup - Kak Jah *deposit DONE! bal RM100
6. Tiara - DONE!
7. Hand Bouquet - Sekoci NorlieDONE!
8Baju Family - Angah + Achik settlekan - DONE!

G. Honeymoon - PENDING
* tak decide lagi..  ikut org bawak je nanti... haha....

    Ada few of changes, macam pertambahan jumlah tetamu dll, tapi minor je la.. Masih ada 10 benda
     PENDING .. adatla kan.. sebab certain things yang pending tu macam kuih dan pulut memang kena tggu sehari sebelum tu baru leh settle.. yang lain tu rasanya masih under control lagi walaupun pending..
     phewwww.. masih banyak duit yang belum disettlekan...  syukur alhamdulillah juga sebab dah banyak juga yang dah disettlekan.. semoga diluaskan rezeki... amin..


>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ayra Arissa