LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow
Showing posts with label the JOURNEY. Show all posts
Showing posts with label the JOURNEY. Show all posts

April 12, 2013

random picks on MBB's reception

pics dari photog..
pilih2 je.. tak larat nak upload sume..
layankan jela..
































>
>

April 11, 2013

Album bertandang dah dapat.. ^^

Fuhhh.. akhirnya la kan.. dapat jugak album kawin.. yang ni sebelah MBB.. majlis bertandang.. yang sebelah saya baru nak kurier.. 


Setelah hampir 5bln menanti.. lama kan... orang lain lama dah dapat, baru la ko nak dapat..  sebenarnya ada misunderstanding sikit masa dah pilih poster untuk print.. mati2 ingat dah hantar confirmation email kat Nuzul.. rupanya tersalah anta kat orang lain.. maka tertunggu-tunggu la Nuzul, ingatkan kami belum decide, kami pulak ingat lepas dah pilih, reply email, poster dah in making.. patutla tak dapat reply email dr Nuzul lepas decide.. rupanya hantar kat orang lain.. cissss....huhuhu.. sendiri punya salah, tak boleh nak kata apa la kan... 

Seriously, sangat berpuashati dengan hasil kerja NUZULTAUFIQ ni.. berbaloi penantian ku.. dapat satu briefcase yang sangat comel lagi haa.... 

ps: berpinau2 mata pasni nak godek2 8++ keping gambo tu.. :P
>
>

January 2, 2013

6th Review: Bertandang

Review untuk majlis last.. bertandang ke rumah pengantin lelaki.. 

Date: 17.11.12
Tema: Oren+Purple
Attires & Accesories: sendirian berhad je.. :p
Makeup : Kak Jah
HB: SekociNorlie

Untuk majlis bertandang ni, saya dah bergerak ke Kedah seawal 15hb lagi... kira saya gerak dulu, rombongan datang keesokan harinya..  tapi duduk hotel dulu la.. konon2 taknak bagi basi pengantin sebelum majlis, tapi nan ado. 16hb, malam sebelum majlis, rombongan kami telah diraikan dengan majlis tahlil yang keluarga MBB buat.. oh ye, rombongan bertandang ni  saya bawak satu bas.. alahai, jenuh nak mengurusnya.. maka malam tu jugak dah berkenal-kenal dengan sedara-mara MBB..

khemah kaler oren
unik tak kaler tema kami.. haha purple ngan oren, tak pernah dibuat orang.. hahhaa, tapi nasib baik outcome dia nice jugak..  ni semua sebab deco orang lain settle, baju lak pengantin pilih, n masa cari tu tak berkenan lak dengan kaler oren atau peach.. so akhirnya jadila gabungan colorblock cenggini



Esoknya, 17hb hari kejadian, pagi2 lgi dah kelam kabut sebab malam tu mintak adik tolong ironkan baju + tudung nak dipakai, tapi waktu pergi amik malam tu, tertinggal tudung pulak.. so pergi homestay rombongan, amik tudung dulu, baru gerak gi makeup.. masa ni sis in law yang bawakkan, sebab makeup di butik.. dengan Kak Jah..sangat2 recommended Kak Jah ni.. sebab sangat gojes dia punye makeup.. :)  MBB lak masa tu bizi setting tempat ngan rumah kot..


Dah siap makeup, SIL hantarkan pergi homestay rombongan.. tunggu pengantin lelaki jemput dari sana..
Dalam pukul 11.45 camtu MBB datang jemput.. :) Awal sebab rombongan nak balik kelantan pulak lepas tu..

Depan rumah dia bukan main sibuk gila jalan.. sebab dekat dengan exit highway kot.. pengantin nak lintas pun payahhh.. wuwuwuw dahla panas, cair makeup i.. hahahha



lepas dah lintas, terus serbu meja makan beradap.. hahhaa, pengantin lapo wehh

love the veil tooo.. :)
Baju Pengantin fits me very well.. haritu saya mention yang kainnya kosong sangat kan.. tapi it turns out that day, tak de masalah langsung.. cantik je dalam pic.. (perasan!) hahaha.. so tak ralat sangat la tak tambah beading atau patch lace kat kain..

menu makan pengantin..  sedappnya..
dalam hati cakap bila la buleh makan ni... 
bila time makan, memang makan tak ingat dunia dah
Menu kat sana biasa je, tapi yang unik sebab ada kiosk untuk cucur badak, karipap dan bihun sup yang membuatkan pengantin terkenang2 sebab dapat makan satu mangkuk kongsi 2 orang je.. bila nak serbu petang tu dah abehhh.. T__T



bihun sup yang sangat sedappp..

Kasut yang saya guna masa majlis ni adalah kasut flat yang saya pakai masa majlis resepsi di Kelantan.. saya tak pakai kasut peeptoe pink [SINI] sebab rasa tak praktikal nak jalan dengan keadaan tanah dan duration nak pakainya.. beli dekat Verns je.. sangat matching dengan handbouquet ku.. ;P 


Kat sini takde pelamin.. so masa sepanjang majlis, just wandering sekitar khemah, jumpa tetamu.. agak-agak dah penat, duduk rehat jap.. lepas tu sambung lagi.. OP pun tak sibuk-sibuk dengan kitaorang sebab amik event je.. dia tembak kamera dari jauh je.. ntah2 ada gambar terkorek hidung pun ye.. kahkahkah

kesat peluh  dengan gaya tersendiri.. 

pengantin bawak handbag ooo... teman MBB solat dulu.. :)
our bilik pengantin.. simple2 aje
Majlis kat sini memang sangat2 simple je.. but i'm okay with it.. takde terikat dengan flow ape2.. okla kan.. sebab kat rumah saya dah ada pelamin.. dah penat berkejar dr khemah ke pelamin.. so kat sini relax2 aje.. super santai..


Lepas temankan MBB solat zuhur, dalam pukul 3 camtu,  kami dah duduk statik je.. PENAT!! huhuhu.. duduk depan rumah atas kerusi, tak gerak2.. dah jadi pelamin kitaorang dah depan tu.. tunggu orang datang jumpa.. nasib baik memang betul2 depan khemah.. so takdela nampak cam berat punggung pengantin ni..

The Handbouquet i love the most.. tapi dah takde dengan saya dah HB ni.. meskipun specially made n requested by me, tapi lepas majlis tu, akak norlie tanya, nak beli ke nak sewa je ngan dia.. sebab HB ni banyak permintaan + dia tak rajin nak buat lain sebab time consuming + kerongsang vintage sangat rare + mahal.. Masa tu pun baru bayar deposit je.. lepas pikir-pikir, kalau beli pun, dah takde kegunaan lepas ni, so i decide to rent jela..  

lokasi pelamin tak rasmi kami.. ngeh2

Dalam 4.30 camtu, kami beredar daripada majlis.. pergi outdoor... harusla camwhore puas2 kan... balik dah mahgrib pun.. tapi waktu tu nasib baik tak jamah ayam masak merah.. sebab esokkannya satu rumah sakit perut sebab ayam tu dah basi.. hanya kami yang terselamat, sape2 yang makan masa lewat petang tu memang tak terlepas.. masa tu ingat nak makan jugak sebab masa makan beradap tu, dorang tak serve kat meja kami.. tapi sebab penat terus siap2, bersihkan badan, dan apalagi.. zZZzzZzZ..

Terasa2 lagi kemanisan bergelar raja sehari.. huhu.. nak jadi pengantin lagi buleh dok?? really miss the moment making the preparations, pakai baju cantik, makeup cantik2, pakai veil dan tiara.. pakai baju cantik dan makeup tu buleh la buat, tapi kalau pakai veil n tiara memang tak la kan.. gila kau nak pakai veil, nak pergi mana?? buat bahan kena ngata kat orang je.. hehehe..  btw, tq for reading.. b2b 2013, selamat membuat persiapan.. enjoy the moments k.. :)

>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ayra Arissa