LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

July 28, 2011

kecoh

Hahaha, hati sangat gumbira..
hal housemate itu sudah settle.. dua orang tu tak jadi nak sewa..
mungkin sebab banyak sangat songeh dan terma-terma saya kot.. hihihi, kecoh je kan...
tapi semalam ngadu dengan MBB, saya lak yang kena...
dia cakap kenapa saya jadi lembut hati dan segala bagai.. huhuhu, tapi tak apa la, janji benda tu dah settle... tutup buku.

yang paling bestnya adalah esok nak balik rumah...
yes! yes!... rindu dekat semua-semua dekat rumah tu... family, kucing-kucing, ikan-ikan dan michi si monyet...

michi: monyet yang tak macam monyet tengah makan aiskrim ... KFC pun dia bantai.. fav drink; ribena.. huhuhu

oh ye, ingat balik nanti nak import sekor kucing la kat rumah bawak balik Perak.. aci tak?
tapi kalau banyak karenahnya, tak jadi kot, tengok yang baik dan diam je bolehla angkut..
tapi kalau mulut bising, maunya mengiau sepanjang 6 jam setengah dalam kereta tu matila....
ada jugak  yang kena tinggal kat Lojing atau Cameron Highlands...
opps, takkan nak wat macam tu.. saya sayang kucing saya!!


p/s : mood nak kemas baju.....kita jumpa lagi rabu nanti..... bye2...

July 27, 2011

-i love being selfish-

oohhhhhhh, sesak dada lak... adoi, baru nak aman hidup...
tadi ada tetamu yang tidak diundang..
sebenarnya jiran depan rumah..
dia datang dengan tujuan tanya nak housemate ke tak..
sebab katanya sekolahnya ada kerani baru masuk... dan tengah cari rumah... so dia tolong tanyakan la...
mmmm... sebenarnya tak akan jadi masalah kalau saya ni berhati keras, namun sesungguhnya saya agak baik, =p menyebabkan saya berada dalam permasalahan dan dilema ini.. 
kalau ikutkan sebenarnya memang selesa duduk sorang-sorang walaupun  sunyi dan macam kera sumbang.. sebab fikir-fikir, yang nak masuk menyewa tu entah sape-sape,
kalau perangai ok, alhamdulillah, kalau tak ok, memang merana jiwa dan raga...
dahla rumah ni kita yang cari, last-last kita lak macam menumpang pulak...
nampak macam cari alasan kan, tapi memang realiti sebenar...
tak nak kasi, kesian pulak... sebab saya tau betapa peritnya nak cari rumah area ni.. 
rujuk entri ni.. 
memang susah sebab sini dah hujung tanjung... kalau ada pun kuarters institusi pendidikan, tapi banyakla potong gaji...
aihh, yang nak masuk tu pulak 2 orang... dorang kerja satu tempat kerja. saya cuma terfikir, bila bertiga, tambah-tambah dorang satu tempat kerja, hukhuk, memang saya yang akan terpinggir, aci tak fikir macam tu?
cuma kebaikan nya satu jela, kalau dorang masuk, memang cut the cost la.. daripada segi sewa+bil-bil kan...
so tadi masa jiran tu tanya(yang nak menyewa tu tak datang lagi) saya bagitau siap-siap bahawa

1. Sewa rumah sahaja RM250
2. Bil-bil (air, elektrik, astro dan juga streamyx) kongsi..
3. Boleh duduk sampai ujung tahun ni je..(saya bagi alasan saya nak kawen tahun depan.. tapi ni tipuuu aje...jahat kan saya.. T_T)
3. Malam-malam saya buat tuisyen.. takut nanti housemates tak selesa...
4.Kawan & family kadang-kadang akan berziarah ke rumah. 
5. Bilik ada satu je boleh guna, satu lagi bocor...(siap bawak jiran tu pergi tengok.. huhuhu)

kalau dah dorang tak ada pilihan lain, terpaksa la saya menerima mereka...  tapi saya dah bagitau awal-awal supaya nanti mereka dapat menerima seadaanya dan taknak timbul masalah kemudian hari..
bukan saya kedekut sangat tak nak terima tapi sebenarnya diri sendiri pun tak selesa sebab bila hujung minggu saya memang akan bergayut dengan MBB mostly 12hours time on the phone... rumah ni rumah teres yang murah tu je.. kalau kita cakap, memang sampai dapur boleh dengar...so boleh bayangkan tak masalah yang akan timbul nanti...
lagi satu, saya ni seorang yang suka keadaan senyap-senyap je, tak suka bising-bising dan suasana bising... lagi-lagi waktu saya tido... hoho, kalau terganggu memang rasa nak makan orang je...
bila dah makin banyak mulut, faham2 jela...
huhuhu, senang cerita, daripada nampak macam mencari alasan  buat yang tak faham situasi ini,  in short,
 hati nurani memang tak berkeinginan la mau berhousemate....
oh, tapi, apakan daya ku..........
sekarang tunggu jela keputusan dorang bila dorang contact saya nanti...
kalaula saya ni berani untuk menolak dan mengatakan tidak kan bagus..
tak jadi lak masalah ni..


jahat ke saya berperasaan macam ni?
jahat ke saya berfikiran macam tu?
dan jahat ke sampai buat alasan?
arrggggghhhhh,  kalau kita pentingkan diri untuk keselesaan diri sendiri pun jahat ke??

July 25, 2011

Gembira

Saya sangat-sangat GEMBIRA 
sebabnya
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 cuti rehat khas yang pertama dah DILULUSKAN!!!
maksudnya boleh balik kampung....
dan puasa awal ramadhan dekat rumah....
hihihihi... 


mood sekarang rasa macam nak golek2 atas lantai tak nak bangun-bangun... serius wehhh.. 
mula-mula takut juga tak lulus sebab ambil 2 hari straight plus cuti peristiwa awal ramadhan yang sekolah ambil... sebab sebelum ni pun memang dah diberitahu CRK tu bukan mutlak hak cikgu.. cikgu boleh mohon sahaja tetapi keputusan veto lulus atau tak tetap di tangan GB...
tapi nasib baik dapat GB yang memahami, mungkin dia sedar yang dalam ramai-ramai cikgu disekolah ni, saya sorang je jauh... hihi, bujang lak tu... =p
kerani pun sporting, siap backup lagi.. backup bukan apa sebab GB sebenarnya baru masuk ke sekolah ganti GB sebelumnya yang bersara.. so taktau la macamana cara dia kan... sebab tu perlu backup...
tapi alhamdulillah nampak GB baru tu setakat ni ok, baik dan tak cerewet la... 

hari ni jugak Kak Su, cikgu yang dapat pindah ke sekolah lain datang bawak baby dia.. dia bersalin bulan 6 hari tu.. alhamdulillah, berganda rezeki dia, dapat baby, dapat tukar dekat dengan suami setelah hampir 3 tahun asyik mohon tak dapat-dapat...
gembira jumpa dia sebab rindu nak sembang dan jumpa..
bila dia pindah ni rasa kehilangan yang agak besar sangat sebab selalunya dia yang banyak modal bercerita... ustazah kehilangan teman 'angguk' dia..
sekarang pun dah tak ada yang bawak bekal pergi sekolah..
memang lain sangat la..
tapi tak apala, sekurangnya-kurangnya Kak Su dah boleh duduk sebumbung dengan suami dia
nak-nak lagi bila dah ada baby ni susah kalau jadik single parent...
walaupun tempoh masa kenal Kak Su dalam 5 bulan je, tapi rapatnya kami macam dah bertahun kenal
ape pun, harap silaturahim yang terbina tak terhenti di sini...
amin...

July 24, 2011

Sekolahku dan cerita disebaliknya

     Rasanya dalam entri-entri yang lepas, saya tak cerita sekolah saya secara mendalam sangat kan..
konon-konon nak berahsia.. ala-ala artis takut kena serbu ke?? hahaha, tak adala, rasa macam tak ada point nak cerita pasal sekolah sangat... lagipun bila melibatkan blog peribadi, takut nanti nama sekolah pun terpalit sama kalau ada perkara-perkara berbangkit..

Sekolah saya sekolah yang kecik sahaja, dalam kategori Sekolah Kurang Murid (SKM).. murid pun ada 26 orang sahaja, bukan satu kelas, tetapi satu sekolah.. yer, satu sekolah... dekat sekolah pun bukan sistem kelas biasa.. sebab kami gunapakai pedagogi kelas bercantum.. ada 4 kelas je.. tahun 1 dan 6 memang tak cantum sebab kandungan silibus dan UPSR.. tapi tahun 2 gabung dengan tahun 3 manakala tahun 4 gabung dengan tahun 5 satu kelas... ramai bila dengar mengajar sekolah yang budaknya seramai 26 orang akan cakap, "wah, senangla macam tu," "best la..", namun sebenarnya, sekolah mana-mana pun, kecik, besar tetap akan ada cabaran masing-masing.. mungkin kelebihan kami sebab sekolah kecik, bangunan pun ada satu bangunan 2 tingkat je, budak tak ramai tapi banyak juga kekurangan dan disadvantage yang kami ada.. 

Cikgu-cikgu yang ada pun seramai 9 orang, 5 perempuan dan 4 lelaki.. termasuk dengan Guru Besar sekali.. Dengan bilangan seciput itu, memang kami rapat antara satu sama lain sebab rasanya tak berbaloi nak gaduh-gaduh atau berpuak-puak sebab bilik guru pun sekangkang kera je, itu pun menumpang bilik pemulihan.. 

Dulu, agak sukar nak biasakan diri dengan keadaan ni, sebab dah terbiasa dengan kelas satu-satu.. bila melibatkan kelas bercantum ni, tak dinafikan memang semasa  proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) cikgunya memang takkan boleh duduk diam aja sebab kena mengajar dua tahap yang berbeza.. macam saya memang mengajar tahun 2 dan 3, untuk 7 subjek, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Seni dan juga Muzik. Satu lagi realiti di SKM adalah cikgunya adalah rojak.. semua subjek mengajar..agaknya budak tahun 2 dan 3 pun dah bosan tengok muka saya je yang asyik masuk kelas diorang.. hahaha, sampai boleh konfius masa subjek apa tiap-tiap kali saya masuk... T_T

Waktu mengajar pula, kalau ada topik yang sama macam subjek matematik, bolehla mengajar sekali cuma bila bagi soalan, ikut tahap dan tahun mereka tapi untuk subjek macam Bahasa Inggeris, Sains saya memang akan bagi kerja dahulu kepada tahun 3, bagi diorang buat dulu dan pada masa yang sama mengajar tahun 2, bila dah siap mengajar, bagi kerja pada tahun 2 dan mula mengajar untuk tahun 3 pula... dulu-dulu memang tension sebab terkejar-kejar, preparation sebelum masuk kelas pun double dan proses mengajar tu selalu terganggu bila murid tahun yang berlainan asyik datang bertanya ketika sedang mengajar tahun yang lain, tapi alah biasa tegal biasa... dulu masih tercari-cai rentak, tapi sekarang dah jumpa formula yang sesuai untuk menangani  situasi itu... =))

Tapi dulu masa awal-awal dapat berita posting dulu, serius saya ingat saya dapat sekolah kat Terengganu.. hahaha, tapi masa tu JPN Perak yang telefon.. gara-gara nama sekolah yang sama.. dan sekolah yang kat Terengganu tu saya bersama kawan-kawan matematik yang lain pernah handle Kem KIA 2M... rupanya nama sama sebijik-bijik... satu dekat Perak dan satu dekat Terengganu... dua-dua sekolah SKM, tapi dekat Terengganu tu sekolah orang asli dan sekolah saya pulak sekolah biasa.. memang dah suratan....sampai kawan kalau tanya nama sekolah, mesti diorang ingat sekolah orang asli yang dekat Terengganu tu.. hihihihi....
                                                                    
apa kaitan antara dua-dua sekolah ni?

yang ni kat Perak
yang ni kat Terengganu

p/s: kerja banyak lagi tak siap... tapi sempat lagi buat karangan kat sini.. lain yang nak diceritakan tapi lain pulak yang ditaip... aisehhhhh, nantila cite semula-semula 

July 23, 2011

annoyed, but i'm happy

  

kehidupan ni memang betul la... kita tak dapat nak jangka...
hari ni mungkin warna hijau, esok mungkin warna merah dan ada hari-hari nya mungkin hijau dengan merah sekali...
apa maksud hijau dengan merah lak kan?
as for me,
hijau tu mewakili hari-hari yang menyenangkan kita, dan merah tu pulak untuk hari yang sebaliknya...
minggu ni pulak memang minggu, hari-harinya merah sahaja...
banyak betul perkara-perkara dan hal-hal yang membuatkan diri rasa nak marah, geram dan menyampah...
antaranya hal KSSR  dan cerita disebaliknya tu... nanti entri lain citer k..

tapi semua hari-hari merah saya dah bertukar kepada hijau bila tibanya hari jumaat... really, i love weekends...
banyak sebab.. antaranya sebab MBB is available, 
dan dapat rehatkan badan  dan minda yang penat sangat mengharungi hari-hari merah...  
tapi hujung minggu ni pun nak kata boleh rehat sepenuhnya pun tak jugak sebab banyak kerja-kerja menanti untuk menyambut kunjungan PPD ke sekolah tapi sekurang-kurangnya berada di rumah membuatkan diri tenang, walaupun sorang-sorang...

harap dapat survive untuk seminggu je lagi... sebab minggu depan nak balik rumah dah... =) 
sekolah ambil cuti awal ramadhan... plus nak apply CRK 2 hari.... bersyukur sangat sebab dah 6 tahun tak dapat puasa awal ramadhan dengan family...  
dan doakan agar sesi pemantauan tu berakhir tanpa apa-apa yang buruk...
semoga segalanya dipermudahkan...

p/s: mendapat satu ketetapan.. hati berbunga-bunga... semoga segalanya berjalan mengikut perancangan.. InsyaALLAH...

July 21, 2011

sibuk!!

busy week...
 adoiii, kenapa la banyak sangat kerja datang bertimpa-timpa...



sekarang kena prepare sebab minggu depan PPD Hilir Perak start buat pemantauan berfokus.. dari 25 Julai sampai 15 Ogos.. tengok skop pemantauan banyak jugak...
kemudian hari ini ada taklimat SPPBS, SSQS, PeDIA, dan juga SAPS...
tapi tadi punyala lama SPPBS.. sampai yang lain sambung esok..

apa itu SPPBS? 
ianya merupakan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.. fokus untuk KSSR...
melaluinya, guru matapelajaran  tahun 1 kena buat pentaksiran dan key in data dekat apps.moe.gov.my/sppbs
pentaksiran tu pulak mengikut standard prestasi yang telah diberikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. 
pentaksiran dijalankan mengikut band, deskriptor dan evidens.. item evidens menjadi bukti murid telah menguasai deskriptor yang telah ditetapkan dan akan dimasukkan ke dalam fail murid...

pening jugak sebab banyak keje, benda pentaksiran ni baru je start tapi sekarang kena cover pentaksiran untuk dari Januari sampai la Julai...
kena isi online setiap hujung bulan...
tadi dah sepetang cari Instrumen Pentaksiran Standard Prestasi...
sebab memang sekarang yang ada hanya untuk subjek teras, BM, BI, MATEMATIK, DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
kalau tak ada, maksudnya memang kena buat sendiri worksheet evidens tu untuk  dijadikan bukti dan diletakkan dalam fail murid....
susah jugakla sebab saya mengajar 3 subjek untuk tahun 1... memang agak banyak... lagi-lagi untuk subjek muzik... sebab tak ada asas...

punyala godek-godek internet tadi,
sampai hampa dengan sendiri + laptop hang
kebanyakan jumpa memang  untuk subjek teras...
last-last sebab laptop hang bila bukak banyak-banyak, frust, tido.. hehe
bila bangun jumpa satu blog yang memang ada kongsi instrumen tu...
blog ni Miss Sunshine pernah suggest..
memang seronok la sebab tak payah dah runsing nak bina instrumen evidens tu...
 tq2.. sebab dengan adanya benda ni memang memudahkan.. dah tak perlu nak bina sendiri, lagipun instrumen tu dibina oleh JU, mestila kebolehpercayaan lebih tinggi berbanding daripada yang sendiri-sendiri buat,
memangla kalau ikutkan pentaksiran tu fleksibel, boleh dibina dan diubahsuai oleh guru yang mengajar...
tapi keyakinan diri sendiri tu amatla kurang.. hehehe
insyaALLAH, nanti instrumen ni akan diupload dalam blog ni sebab tengok masa donlod dari , Blog Cikgu Eyta, lambat sikit sebab kena dowmload satu-satu..
apa pun, thanks banyak-banyak Cikgu Eyta sebab sediakan satu blog yang memang sangat membantu guru-guru KSSR


UPDATE: dah upload instrumen SPPBS Tahun 1..  untuk download, klik sini

July 18, 2011

Novel Marathon

 

Yess, saya ada jiran yang baik hati..... senyum sampai ke telinga....
bertambah satu lagi cara menghilangkan bosan selain internet, astro, blogging dan sekarang tarrraaa, novel...
setakat ni akak sebelah rumah yang juga seorang cikgu bawakan novel untuk saya baca.. baikkan dia.. sebab takut saya bosan katanya... dia cakap dia faham bila duduk sorang, memang mati kutu.... hehehe, memang rezeki saya duduk sini walaupun agak terpencil daripada kawan-kawan yang lain, orang-orang sekeliling saya sangat baik.... =))

Yer, saya kaki novel, tapi pada masa yang sama, saya bukan orang yang suka beli... ngeh3, dalam ertikata sebenar, saya cuma parasit. menumpang dan menunggu orang beli novel, kemudian pinjam baca.. hehehe.. muka tak malu memang macam tu kan...Sebenarnya bukan apa, saya memang jenis yang baca sekali je, masa baca tu memang baca khusyuk2 dan feeling2, lepas habis baca memang saya takkan ada sesi ulang tayang dah.. sama jugak sebarang bahan bacaan lain, macam akhbar, majalah dll.. kecuali buku nota study.. =p.. Sesetengah orang, dia suka baca berkali-kali, so rasanya memang berbaloi la kalau beli dan simpan.. kalau orang macam saya, memang agak tidak berbaloi, beli dan baca sekali je.. kan.. kan...kan...Setakat hari ini, dah habis baca dua novel kat atas, Percaya Pada Cinta dan Makna Cinta.. dua-dua ni pun bukan novel latest.. tengok tahun keluaran pun tahun 2009.. tapi nasib orang menumpang kan, rembat jela...

My reviews, dua-dua novel ni best..... terutama Percaya Pada Cinta.... kisah pasal bagaimana anak sendiri, Wafiya terpinggir oleh keluarga daripada segi kasih sayang dan perhatian dan terpaksa berkahwin atas aturan keluarga dengan bekas kekasih sepupu sendiri, Rasya yang juga merupakan musuh ketat sendiri... suka sebab jalan cerita sempoi dan tak banyak konflik mengarut-ngarut macam cerita telenovela dan sinetron

Novel Makna Cinta pulak berkisarkan cerita  seorang gadis, Zulaikha yang sering dibayangi persoalan sama ada dilahirkan sebagai anak haram atau anak hasil perkahwinan yang sah.. satu cara adalah dengan menunaikan wasiat ibunya supaya dinikahkan dengan anak bekas kekasihnya agar nama mereka dapat dibersihkan. tetapi dia  tersepit pula antara dua orang anak Hj Imran. Hati berbunga kepada adik, namun pinangan yang datang pula daripada abang...

Sori erk, tak reti nak bagi ulasan lebih-lebih...  sekarang saya ada 5 novel yang baru dipinjam daripada akak sebelah rumah... huhuhu,  bermulalah maraton novel start malam ni..

Lagu Rindu, Sayangku Merajuk, Cinta Aku Seadanya, Harga Sebuah Cinta, Mengukir Bahagia, dan Cinta Yang Ku Rasa. 

Agak-agakla berapa hari dapat habiskan novel ni eh? jangan nanti lupa nak makan dan segalanya sudahhh... aihhh... masalah pertama, nak start baca novel mana dulu ni???
>.<

July 17, 2011

kelantan dan kisah kenduri kahwin

AMARAN! Ini entri kenegerian. Kalau tak suka, jangan baca.
Tak suka jugak nak mengeluarkan atau menulis entri macam ni, sebab saya memang tak ada masalah dengan background siapa pun, termasuk dengan negeri asal mereka. Maksudnya saya tak prejudis dengan sesebuah negeri..."oh, orang negeri sembilan macam ni macam ni, orang johor perangai sekian-sekian.." that's just not me.

Tapi hari ni memang mood beTul-betul spoil dengan orang mulut tak ada insurans atau lebih tepat lagi celupar..
Kenapa dengan "orang itu"? status dia dekat FB memang mengundang kemarahan...
memang la dia marahkan goalkeeper tu masa perlawanan Liverpool dengan Malaysia. Tapi perlu ke highlight nama negeri?siap ada perkataan bodoh pulak tu...yang defender tu tak pulak sebut pasukan mana yang dia wakili...memang buat dan saja cari provokasi la..

Kemudian siap backup cakap marahkan keeper bukan soal negeri. Come on la, kalau ayat dan nada tu betul, tak ada nya semua orang nak naik angin... kalau betul kenapa status yang sama ada dekat wall sorang lagi, dengan ayat yang sama? huhu, agak-agakla der nak cover pun.. memang ramai member kelantanese yang tanya dan persoalkan status dia tu... berabuk jugak line nak cover ya, padan muka!

Pagi tadi tengok tak ada dah status tu tapi kalau dah orang tu memang jenis mulut macam tu, tak kemana jugak kan... boleh je tengok dia post status dekat wall member cakap dia dah delete status tu. dan dia cakap dia sengaja buat status macam tu sebab nak tengok reaksi member-member.  nak tengok dorang aktif FB lagi ke tak. kepala hotak kau! agak-agak la wei nak cover-cover pun...

Tak faham dengan orang-orang macam ni, apa masalahnya?? rasanya kalau main kutuk-kutuk negeri, bukan orang kelantan je yang tak suka.. semua orang dari negeri mana-mana pun mesti bangga dengan negeri masing-masing dan marah kalau orang kutuk negeri tanah tumpah darah kita... betul tak? so, rasanya better jangan sentuh isu-isu panas dan sensitif macam ni... sebab situasi yang sama korang akan rasa kalau jadi dekat korang... sangat tipu kalau korang kata tak rasa apa-apa...

Pasal pandangan stereotaip lain tentang rakyat kelantan taknak ulas, sebab nanti entri ni akan nampak pro dan membela pulak kan.. cuma my advice, get to know us 1st, kami taklah seburuk yang dipropagandakan; pilih bulu, samseng,  so on, so forth.. WTF, orang jahat  dan berperangai macam tu ada kat mana-mana je OK!

Ok, done with that issue...  orang yang sama jugak cakap, nanti kalau siapa-siapa kahwin, dia akan pergi kenduri siapa yang datang masa dia kahwin je...  kat status yang sama.. alahai, nampak sangat tak matang kan.. kalau yer pun berdendam orang tak datang majlis, tak payah kecoh-kecoh kan... Rasanya patut dia faham kenapa ada yang tak menghadiri majlis dia.. bukan dengan cara berdendam macam tu sekali.. 

cantik jugak kaler biru nih.. (hiasan semata2, ehsan google)
Tapi yang pasti, kalau ikutkan status dia tu, dia takkan datang la kalau saya kahwin nanti sebab saya tak pergi majlis dia.. haha, ikutkan hati jahat ni, mau je reply kat status dia tu, takpela, kalau macam tu tak payahla susah-susah hantar kad undangan sebab dah tau memang dia takkan pergi kan, jimat duit RM1 untuk beli setem.... nasib baik akal waras lagi.... alahai manusia...

July 15, 2011

kisah airasia dengan takwim 2012

sekarang semua orang tengah mencari takwim sekolah tahun 2012,
gara-gara AIRASIA BIG THANK YOU SALE 


yang tengah berlangsung sekarang sampai 17 July, 
untuk penerbangan 6 Feb- 20 June 2012...
saya pun terlibat sama cari takwim tu
untuk tengok bila tarikh cuti penggal persekolahan untuk tahun 2012...


yela, harga tiket murah-murah... dari Kota Kinabalu -Penang  yang biasanya RM300++ jadi RM113 je....
saya cari untuk MBB tersayang...
walaupun dia duduk Sarawak, tapi airport terdekat adalah dekat KK..
kalau tak dah dapat jimat banyak duit tuuuu... yela promo tu dari bulan 2-6,
so kalau tahu tarikh, boleh ambil tiket  round trip untuk cuti penggal persekolahan bulan 3 dan juga bulan 6 2012... 
namun, semua itu tak bermakna tanpa mengetahui tarikh sebenar cuti sekolah...
telan air liur jela tengok.... T_T
sabo jelaa...

update: takwim 2012

July 12, 2011

simptom-simptom

      Sekarang macam trending, ramai orang sakit.. opss, bukan nak cakap sakit tu trend, tapi perasan tak sekarang ni musim penyakit menyerang dan ramai yang sakit. mungkin disebabkan kualiti udara sekarang tak bagus... hmmm, bumi dah tua, macam-macam penyakit ada, yang baru, dan juga yang lama...

Tadi baca entri latest Miss Sunshine pun, dia pun sakit... kat sekolah pun ramai cikgu yang kena serang selsema... hari ni pun  masuk hari kedua berjerebu... dan saya sakit apa? tak dapat dikenalpasti lagi, tapi nak share simptom-simptom dia...

Masa hari ahad, pagi tu start dengan telinga jadi bengang, berdengung je dan malam tu tak semena-mena pening.. masa tu tengah menghadap laptop, bila bangun dan cuba jalan, terhuyung hayang... tak lama kemudian muntah-muntah dan keluarkan makanan yang baru dimakan tadi..  bila jadi macam tu, terus tido walaupun waktu baru pukul 8.30 malam.. ingat nak pergi klinik, tapi dalam keadaan pening macam tu, mana boleh nak bawak kereta, karang tak pasal-pasal accident...

esoknya masih pening, telinga dah ok tapi dah tak muntah dah, jalan pun dah ok, tak pusing-pusing dah... hari ni pun sama...bila try search simptom-simptom paling dekat dan mengena sekali adalah penyakit Vertigo, gangguan keseimbangan bahagian telinga dalam.. ada kaitan dengan sistem peredaran darah yang kurang baik dekat bahagian telinga dalam dan kekurangan vitamin B12.. erkkkk, betul ke?

 
tapi macam mana dengan simptom semalam dan hari ni? macam ada kaitan dengan tekanan darah rendah pun ada... risau juga, nak pergi check, tapi takut lagi nak pergi, kalau dapat penyakit baru macam mana? Kalau esok tak ok dan pening jugak, nak pergi klinik.. takut melarat nanti... hup hup, harap-harap semuanya ok aje.. =) tak nak sakit dan berpenyakit selalu... bersyukur dengan kurniaanNYA selama ini... =))

p/s: time-time sakit macam ni teringat zaman dulu-dulu dengan MBB, macam mana dia treat kalau sy sakit.. dia akan terus bawa pergi klinik dan ambil gambar saya banyak-banyak, masa tengah muka buruk tu la yang diambilnya.. sakit-sakit kalau ada yang take care, sakit pun hilang... sekarang sakit pening semua pada diri sendiri je, cuma boleh mengadu je kat dia, itupun mengadu hari ahad, hari selasa baru dia reply.. huhuhu, sedih kan... tapi nak buat macam mana... sabar jela... =p

July 11, 2011

we're fighting!

      Yerp, mungkin disebabkan hampir 2 bulan tak gaduh, so jumaat tu kami gaduh.. even dah lepas pun nak citer jugak... puncanya?? a bit stupid i think... sebab gara-gara nak gurau je tapi telah sebabkan salah faham berlaku... taktahu nak cakap salah siapa, mungkin dua-dua salah dan mungkin dua-dua tak salah... Misunderstanding tu terjadi bila petang tu kami sepakat untuk tido, tetapi Amali telah datang rumah, mengejutkan MBB... so dia bangun la... dia call, bagitau Amali ajak keluar... saya cakap kat dia ok, tapi balik nanti kejut saya, call dan jangan sms.. 

Balik tu dia sms cakap dah sampai rumah dah...dan saya pun call MBB tanya kenapa dia tak call sebaliknya sms je padahal saya dah pesan tadi... serius masa tu niat saya cuma nak marah gurau-gurau, memang dalam hati tak terlintas nak marah pasal dia sms saja dan tak call.. tapi MBB salah faham dan ingat saya betul-betul marah dia dan masa tu entah macam mana dia boleh terkeluarkan ayat "nasib baik orang mesej, kalau tak mesej langsung macam mana?". Cuba teka apa yang jadi? Apa lagi kan, hujan air mata la kat rumah hari tu, yela, siapa tak sedih kalau dengar ayat macam tu kan. macam menyusahkan aje.. lepas tu letak telepon.. nangis-nangis... 

Sambung gaduh through sms lak... selalunya memang kami macam tu, tak penah gaduh-gaduh live, taktau kenapa, memang tak reti nak gaduh-gaduh secara bersuara ni.. mungkin tu antara punca masing-masing tak pernah meninggikan suara, ada hikmah juga kan... so saya bagitau MBB kenapa cakap dan buat ayat macam tu, dia cakap saya marah-marah dia... tetiba masa tu saya terfikir balik, betul ke saya marah dia? rasanya tak, tapi mungkin la dia rasa macam tu atau ada intonasi suara yang saya tak sedar membuatkan dia rasa sebegitu.. alih-alih dia pulak buat ayat merajuk, cakap saya tak sayangkan dia... dia keluar dari hutan tu semata-mata sebab saya, bukan untuk gaduh.. dia jugak cakap kalau dia keluar buat saya marah je, baik dia duduk dalam sana tak payah keluar.. masa baca mesej ni, hati dah lembut sikit, tapi ego lagi walaupun tengah nangis-nangis... hehehe....

Kemudian MBB explain yang dia mesej dulu untuk inform saya yang dia dah sampai, dan dia bercadang untuk call lepas dia salin baju memandangkan dia mesej waktu dia baru je sampai dan baru lepas tanggalkan helmet. masa ni memang rasa bersalah gila sebab buat macam tu kat MBB... yela tak sangka daripada niat asal nak gurau-gurau dah bawak kepada adegan airmata... menyesal sebab tak betul-betul faham keadaan dia... masa tu dah stop sms, sebab rasa bersalah tu tebal gila... dalam hati duk tanya, bila la MBB nak tepon...
lepas tu dia call, tapi boleh je angkat lambat sebab nak jual mahal... =p tapi lepas tu, saya terangkan balik niat saya yang sebenarnya masa call dia tadi dan alhamdullilah, dia faham...  hehehe, lepas tu kami berbaik dan manja-manja macam biasa... huhuhuhuhu...

Motif entri ni? bukan nak cerita keburukan salah seorang dari kami, cuma kadang-kadang bila reflek balik, kami sedar kat mana silap saya dan dia dalam sesuatu relationship tu dan lepas tu improve kan diri for the sake of our relationship, macam kes ni, silapnya adalah bila saya bergurau tentang sesuatu benda dalam  tempoh masa yang lama menyebabkan MBB salah faham yang saya betul-betul marah... silapnya MBB mungkin(berdasarkan penilaian sendiri la) masa dia hantar sms tu sepatutnya dia  bagitau dengan jelas cakap yang kejap lagi dia akan call, so mungkin misunderstanding ni takkan terjadi... 

ngajuk zaman dulu-dulu.. >.<

At the end of the day, we're human being, dia manusia, saya manusia, to err is human.. sedangkan lidah lagi tergigit ni kan pulak dua jasad berbeza... yang penting gaduh tu memang rencah dalam hubungan cuma terpulang pada kita untuk let it strengthen or destroy the relationship..  betul tak??

rajinnya mereka tu....

sehari dua ni topik yang panas dekat FB group pelajar IPG adalah pasal sambung belajar...
maksudnya sambung buat master...
ada yang dah sambung pun, tengah apply dan ramai lagi yang bercita-cita nak sambung...
me?
rasanya masuk kategori yang ketiga.. bercita-cita untuk sambung tapi tak tetapkan target lagi bila mahu sambung.. 
sebabnya banyakkk...
salah satu sebab; kewangan belum stabil... banyak benda yang perlu difikirkan kalau sambung belajar, yela, yurannya lagi, lepas tu kena fikir kos tuk berulang alik tiap-tiap minggu... kalau dekat takpela, tapi rasanya mungkin yang paling dekat kalau ikut cikgu dekat sekolah yang sambung, dekat selangor.. jauh jugak tu..  masa pun memang menjadi kekangan buat waktu sekarang ni...
sebab yang kedua: adalah kerana rasa penat belajar yang hampir enam tahun tu pun tak habis lagi... so keinginan nak sambung tu rasanya tak terbit sepenuhnya dari hati lagi... tapi orang kata bagus sambung terus, nanti lama-lama orang cakap, otak dah berkarat, dah tua-tua baru nak sambung, tapi pedulik apa cakap orang kan.. kita yang nak belajar.. bukan mereka-mereka tu...
ketiga: mungkin juga sebab aim nak kahwin dulu.. lepas dah tercapai hasrat tu, baru nak fikir pasal sambung.. sebabnya, kalau lepas kahwin, tetap dia kat sana, saya kat sini... masa tu ingat kalau rajin, untuk mengisi masa terluang, nak sambung belajar...
tapi tu semua perancangan setakat ini, sebarang perubahan tu tertakluk kepada pindaan... hehehehe, yela, kita hanya mampu merancang, ALLAH juga yang menetukan....
kepada kawan-kawan yang telah dan sedang mengisi borang tu... good luck, and all the best.....

serius rindu saat-saat ni... 

July 9, 2011

pict Update.. Larian 1Murid 1Sukan

larian yang tetap meriah meskipun warga sekolah tak ramai dan sekolah kecil...
jarak larian jauh jugak dalam 4km..
guna trek merentas desa sebelum ni je,
tapi budak-budak ok la, 
kalau cikgu dia lari, memang semput dan habis nafas agaknya..
kemungkinan besar yang sampai last adalah cikgu-cikgu
=p

ambil gambar dulu!!!!
budak memang suka lari...

pemandangan kampung yang cantik..
pura2 je tu, sebab tu gelak sakan.. hihihi, basikal ada kat belakang tu.. =p

GB dan PK1 yang sangat rajin untuk lari...

tunggu pemnyampaian hadiah 
juara larian....

seronok betul budak2 ni..

July 8, 2011

Senget??

semalam MBB mesej dekat inbox FB bagitau yang rumah yang dia duduk sekarang ni dah senget...
sebagai orang yang yang ada hubungan hati dengan dia, =p dah tentula saya risau sangat...
pelik macam mana boleh senget...

macam ni la kot senget nyer...
tapi kalau ikut logik, memang la logik... 
itu rumah kampung. atas bukit pulak tu..
sekarang dia duduk bertiga dengan GB, dan seorang kontraktor yang tengah buat sekolah baru di sana...
rumah yang diduduki pulak milik orang kampung
kira macam pihak sekolah buat perjanjian dengan orang kampung la
sewa rumah tu sementara sekolah baru siap
tetapi kalau ikut pelan sekolah baru,
memang tak ada kuarters guru yang akan dibina...
mana cikgu-cikgu nak duduk nanti masih dalam persoalan...

semalam, MBB cakap, PK 1 dah berbincang, kuarters guru akan dibina tapi ada 6 rumah je, 
setiap satu ada 2 bilik...
kalau ikut logik, 6 orang cikgu jela yang boleh ditampung untuk yang bekeluarga dan maksimum pun 12 orang kalau bujang semua.
cikgu dan staf ada lebih kurang 20 orang lebih
saya tanya dia yang lebihan cikgu yang tak dapat rumah tu macam mana?
dia cakap mungkin duduk dalam khemah..
KHEMAH???? 

khemah macam ni ke?

atau macam ni?
aiyooo... 2, 3 hari bolehla duduk dalam khemah, ni nak tinggal, bukan nak duduk....
saya terpikir macamana la nasib MBB nanti...
dia cakap mungkin kalau terdesak, dia apply duduk asrama
sebab ada rumah warden kat asrama...
tapi kalau jadi warden, mesti tak dapat kuar tiap-tiap hujung minggu kan... T_T

MBB bagitau ada khabar angin yang elaun hidup susah kawasan sekolah dia akan naik 
sebab sekarang KPM tengah strukturkan balik kawasan kepada 5 kategori; P1, P1.5, P2, P2.5 dan P3, berbanding sekarang hanya 3 iaitu; P1,P2, P3...
kalau betul, elaun dia akan jadi RM1250 berbanding sekarang RM1000...
kalau jadi kenyataan, bagusla... itupun kalau ikutkan tak cukup sebenarnya...
bukan tamak, tapi nilai duit tu tak seberapa jika nak dibandingkan dengan apa yang ditanggung,
cuma kita kena berpegang, setiap pengorbanan mesti ada balasan nya... 
kalau bukan di dunia, di akhirat sana pasti...

siapa cakap jadi cikgu senang?
lagi-lagi cikgu pedalaman...
tapi paling susah sekali adalah jadi buah hati cikgu pedalaman. hihihihi... susah oooooo 
=p


p/s; BB dah berada di Sarawak... MBB bawak masa naik cuti hari tu... =p

July 7, 2011

3 bukan 2.. ^_^

dah confirm daaa....
hehehe, apa yang 3 apa yang 2?
yess!!! isnin ni cuti...
cuti peristiwa sempena Larian 1Murid 1Sukan...
the best part, mestila sebab tak perlu datang sekolah sabtu ni...
surat pasal pelancaran bulan kecergasan tu tak ada pun lagi... ngeeeeeee....
harusla seronok sebab dapat berehat... harap dapat la pulihkan balik badan yang rasa penat sangat-sangat
memang rasa exhausted sangat kebelakangan ni...
stress pun ada..


lama-lama dapat penyakit darah tinggi ...
nak buat camana asik marah budak aje.. hihihi
nauzubillah.. takmau la stress2, ada penyakit...
so cuti 3 hari ni nak rehat n nak tido je.. boleh?

July 6, 2011

TRW the bestt.. lapp u lahhh...


 Tetiba je rasa nak nyanyi lagu Selamat Sultan... dah lama dah tak nyanyi, lebih dah 6 tahun.. 
tetiba je kan... sori, entri ini bukan bersifat kenegerian...
ini adalah kerana
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Kelantan menang Liga SUPER.. 
yeay!!!
lawan Sabah malam ni dengan jaringan 2-1...
hihihihi dapat mata 56 mata dengan Terengganu tempat kedua dengan 53 mata...
seronok... =)
My fav player, Norshahrul Idlan Talaha yang sumbat dua2 gol tu...
tadi pun tak sempat tengok match, sedar-sedar dah habis..  sedih kejap T_T
tapi bila tau menang, seronok balik....
hehe, Good Luck and All The Best for The Red Warriors...
Gomo Klate Gomo... (^ _~)


July 5, 2011

yeay!!dah abis..


entri tak ada motif..
saje nak bagitau dah abis ganti puasa.. hahaha
kepada yang belum habis, sila ganti cepat2.. hihihi
Alhamdulillah, dipermudahkan Illahi menyempurnakan ibadah... sebenarnya ganti 4 hari je sebab 3 hari dah ganti masa bulan Syawal lagi..
lambat kan nak abis ganti sampai sebulan lagi nak menjelma bulan Ramadhan baru abis ganti..
akur dengan kekhilafan diri sebab leka dengan duniawi.. InsyaALLAH akan berusaha baiki diri dari masa ke masa.. =)

sebenarnya tak ada modal nak update blog..
plus minggu yang sangat memenatkan diri..
lepas interview SPP memang rasa badan letih je...
lepas tu dengan larian 1Murid 1Sukan pada 2 Julai tu, 


gambar pun tak ada lagi, sebab ada dengan cikgu lain...
balik sekolah mesti nak cari tilam je, malam confirm tido awal...
nanti sabtu ni ramai yang inform kata kena pergi sekolah pulak
ada pelancaran bulan kecergasan pulak...
ada sumber-sumber bagitau,
sempena 9 Julai, memang semua cuti kakitangan awam dibekukan... 
sebab apa?
gara-gara perhimpunan haram BERSIH 2.0 tu la...
adoi la...
dahla JPN Perak bagi cuti 11 Julai tu untuk ganti yang Sabtu 2 Julai tu, kalau betul kena pergi sekolah, rasa macam tak ada makna je cuti tu diberikan.... 
i'm not complaining, tapi rasa macam benda tu mendadak...
tapi nak buat macam mana, kalau sampai surat, 
tetap SYMP,
ikhlaskan diri menuju ke sekolah dengan senyuman.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ayra Arissa