LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

July 8, 2011

Senget??

semalam MBB mesej dekat inbox FB bagitau yang rumah yang dia duduk sekarang ni dah senget...
sebagai orang yang yang ada hubungan hati dengan dia, =p dah tentula saya risau sangat...
pelik macam mana boleh senget...

macam ni la kot senget nyer...
tapi kalau ikut logik, memang la logik... 
itu rumah kampung. atas bukit pulak tu..
sekarang dia duduk bertiga dengan GB, dan seorang kontraktor yang tengah buat sekolah baru di sana...
rumah yang diduduki pulak milik orang kampung
kira macam pihak sekolah buat perjanjian dengan orang kampung la
sewa rumah tu sementara sekolah baru siap
tetapi kalau ikut pelan sekolah baru,
memang tak ada kuarters guru yang akan dibina...
mana cikgu-cikgu nak duduk nanti masih dalam persoalan...

semalam, MBB cakap, PK 1 dah berbincang, kuarters guru akan dibina tapi ada 6 rumah je, 
setiap satu ada 2 bilik...
kalau ikut logik, 6 orang cikgu jela yang boleh ditampung untuk yang bekeluarga dan maksimum pun 12 orang kalau bujang semua.
cikgu dan staf ada lebih kurang 20 orang lebih
saya tanya dia yang lebihan cikgu yang tak dapat rumah tu macam mana?
dia cakap mungkin duduk dalam khemah..
KHEMAH???? 

khemah macam ni ke?

atau macam ni?
aiyooo... 2, 3 hari bolehla duduk dalam khemah, ni nak tinggal, bukan nak duduk....
saya terpikir macamana la nasib MBB nanti...
dia cakap mungkin kalau terdesak, dia apply duduk asrama
sebab ada rumah warden kat asrama...
tapi kalau jadi warden, mesti tak dapat kuar tiap-tiap hujung minggu kan... T_T

MBB bagitau ada khabar angin yang elaun hidup susah kawasan sekolah dia akan naik 
sebab sekarang KPM tengah strukturkan balik kawasan kepada 5 kategori; P1, P1.5, P2, P2.5 dan P3, berbanding sekarang hanya 3 iaitu; P1,P2, P3...
kalau betul, elaun dia akan jadi RM1250 berbanding sekarang RM1000...
kalau jadi kenyataan, bagusla... itupun kalau ikutkan tak cukup sebenarnya...
bukan tamak, tapi nilai duit tu tak seberapa jika nak dibandingkan dengan apa yang ditanggung,
cuma kita kena berpegang, setiap pengorbanan mesti ada balasan nya... 
kalau bukan di dunia, di akhirat sana pasti...

siapa cakap jadi cikgu senang?
lagi-lagi cikgu pedalaman...
tapi paling susah sekali adalah jadi buah hati cikgu pedalaman. hihihihi... susah oooooo 
=p


p/s; BB dah berada di Sarawak... MBB bawak masa naik cuti hari tu... =p

2 comments:

Super Ummi said...

betul2.. duit tak dapat nak menampung kesengsaraan hidup kat pedalaman.. memang orang akan cakap dapat elaun banyak.. tapi 1001 dugaan kat dalam tu... even kita tak ddk pedalaman pun dah boleh merasai kesusahan fizikal dan mental kat sana.. student MBB ramai tak?

Unknown said...

tak ramai sangat tapi kira standard la untuk skm... dalam 100 orang lebih... orang kata berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...