LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

October 19, 2013

Jaundis

Macam kebanyakan bayi yang lain, Ayra pun tak terlepas dr kena Jaundis.. puncanya mungkin sebab masa baru lahir tu dah alternate dengan susu formula kan.. sebab memang susu ibu dapat halang jaundis daripada lagi teruk..

Masa hari keempat Ayra lahir (Khamis), dapat detect jaundis masa misi datang buat lawatan rumah.. misi cakap walaupun kulit ayra merah, tapi dekat matanya memang ada kuning dan suruh kami pergi klinik kesihatan buat ujian darah. Petang tu gi buat ujian darah, dapat result 202.4 gmol/l.. agak tinggi tapi nurse cakap tak melayakkan lagi masuk wad.. bacaan yang kena admit ward adalah bila lebih 230 gmol/l.. Alhamdulillah.. sebab esoknya family in law nak datang dari Kedah.. kalau masuk wad memang haru la.. nurse jugak tanya darah saya sebab kalau darah O lagi berisiko kena jaundis teruk.. dan nasihat bila balik supaya kerapkan breastfeed sejam sekali dan jangan bagi baby tido waktu siang.. 

Maka, gigih la breastfeed lepas tu.. kebetulan pulak hari keempat tu baru boleh susukan Ayra sepenuhnya.. sebab hari Sabtu tu kena repeat test.. akhirnya, hari yang tak berapa nak ditunggu pun tiba.. masa misi datang rumah sabtu tu, misi cakap, kuning macam dah turun.. legala sikit kan.. sebab dah taknak dengar anak nangis kena amik darah.. kesian.. so kami decide nak gi bahagian kecemasan malamnya.. kenapa kena gi bahagian kecemasan? sebab hari sabtu.. so ujian darah kena buat kat hospital, klinik kesihatan xbukak kan.. pergi malam sebab nak curi masa kot2 dapat lowerkan lagi bacaan jaundis dengan tambah bilangan breastfeed.. alhamdulillah.. bacaan Ayra dah turun ke 134.6 gmol/l.. so balik dengan gembiranya.. saya tak masuk pun bhgian kecemasan, sebab takut sy yang nangis nanti bila tengok Ayra nangis.. sebab kat hospital darah amik kat tangan.. kalau kat klinik amik dekat tapak kaki.. MBB dengan ma yang masuk..

Sepanjang 6 hari tu, sbnrnya macam-macam usaha kami nak bagi Jaundis Ayra berkurang.. antaranya, mandikan dengan rebusan daun sukun, mandikan dengan air rebusan yg dibeli kat kedai cina, letakkan madu di lelangit dan bagi minum air zam-zam (err, sains cakap xelok bagi air selain susu ibu kat baby, tapi air zam-zam xpe kot...) selain buat exclusive breastfeed.. banyak lagi sebenarnya kami google cara nak turunkan jaundis, macam mandikan dengan rebusan daun inai, dan lain-lain tapi xsempat buat sebab masa suntuk.. xtaula kan yang mana satu yang kami buat tu berhasil, tapi saya rasa, yang 2 saranan misi tu memang berhasil tuk turunkan jaundis..

Syukur jaundis Ayra tak melarat sampai kena admit wad, risaunya kami tak pyh cakapla.. tiap2 masa duk tengok kuning dalam mata dia.. huhu..  sape tak sayang anak kan.. :)


>
>

October 18, 2013

Breastfeeding; Ups&Downs Part 1

Permulaan breastfeeding Ayra tidak semudah yang disangka.. lepas lebih kurang sejam dia lahir, nurse bawak dia untuk rooming in memandangkan saya nak bagi susu badan.. ok, cubaan pertama rasanya berjaya sebab tengok dia dapat hisap dan mulut dia bergerak.. kemudian semasa dia hendak menyusu kali kedua dalam pukul 8 mlm, dia dah tak dapat melekap pada nipple sy.. menyebabkan dia menangis dan mengamuk2 baran sebab lapar.. bila masuk je nipple dalam mulut, dia tertido.. dekat hampir setengah jam mencuba, tapi tak berjaya, saya give up, kesian + penat, saya hantar dia ke nursery.. opkos nurse bagi susu formula kan.. sedih tapi sy dah cuba sedaya upaya..

Bila balik rumah, hari kedua dan ketiga pun macam tu, kali ni dia tak mengamuk dulu, bila masuk nipple je dalam mulut dia, terus dia tido.. bila kita kejut ke ape ke, tak jalan.. letak balik, tido dalam 5 minit, kemudian menangis-nangis lapar.. so masih lagi teruskan formula, tapi dah alternate dengan breastmilk yang saya pam.. memang gigih pam walaupun mula2 susu kita kan sangat sikit sebab yang keluar hanya colostrum.. tapi alhamdulillah, saya boleh bagi Ayra minum colostrum tu.. tiap2 malam saya nangis sebab kenangkan kesian dekat baby, terpaksa consume bukan susu ibu tapi saya redha, situasi saya takkan sama dengan orang lain.. yang penting saya tak putus asa.. sebelum bagi susu tepung memang sy try breastfeed dulu, sampaila dia dah nangis teruk, baru buat susu formula..

Akhirnya, hanya pada hari keempat saya berjaya susukan Ayra sepenuhnya. dia dapat latch dan hisap dengan betul.. bukan lagi mengagau2 macam hari sebelum tu. perasaan? opkos tak dapat digambarkan dengan kata..  rasa macam dah lengkap hidup as a woman.. dah kawen, dah beranak dan  dapat susukan anak.. cycle tu dah lengkap.. so formula memang stop sampai kat situ je.. memang dah tak bagi sampai sekarang ni.. 

Cuma rasanya Ayra ni memang ada masalah untuk latch.. bukan apa sangat pun.. she takes time.. bukan macam sesetengah baby yang memang pandai.. belum lagi campur dia punya baran dan tangan kaki yang nak conquer breast.. so i understand why on the 1st day tu dia tak dapat nak melekap dengan sempurna.. she did have problem with that.. cuma kata kuncinya, SABAR.. sampai sekarang ni pun, even almost full time direct breastfeeding, masa yang diambil untuk lekapan sahaja can take almost 5-10minutes.. huhuhu...

Sekarang ni dia cuma akan bottlefeed cuma bila saya keluar dan saya tinggalkan dia dengan neneknya.. ataupun bila saya tengah busy macam tgh membersihkan diri dan bila keluar dengan dia dekat public sebab saya memang takde kelengkapan untuk nursing in public lagi.. huhuhu tapi tetap dengan susu badan, dengan EBM yang saya dah stokkan.. mula2 takut jugak dia terkena simptom2 nipple confuse sebab doktor dah pesan awal2 masa bersalin haritu, tapi alhamdulillah, dua-dua dia masih nak.. Itu pun dia dah start memilih, puting2 biasa memang jangan harap dia mau.. setakat ni, yang hanya dia nak botol Pigeon n Tommee Tippee.. mungkin sebab dia punya puting susu macam kitanya nipple.. Avent pun dia xmau.. 

Tak apela, dah memang rezeki kami macam tu, saya bersyukur saya tak give up.. dan saya tau sy dah buat setakat yang termampu dan terbaik.. saya sedar tak semua ada rezeki nak fully breastfeed kan.. macam Ayra, dah merasa susu formula untuk hanya 3 hari walaupun sampai hari ni dah breastfeeding.. cuma, saya pikir, breastfeeding ke susu formula ke, sorang ibu tu cuma nakkan yang terbaik untuk baby dia.. so jangan kita stereotaipkan yang bagi baby susu formula ni macam ni macam ni.. dia mungkin ada kekangan dan masalah tersendiri, so jangan cepat generalized kan sesuatu tanpa kita usul periksa.. bersyukurla kalau anda diberi peluang untuk fully breastfeed.. saya pun doakan supaya saya diberikan rezeki oleh Allah untuk breasfeeding Ayra sampai 2 tahun.. :)

>
>

October 8, 2013

Ayra 30hari

Ayra Arissa day30

Progress setakat ini:

-Tali pusat luruh pada hari ke 4

-Start pegang dengan tangan botol susu pun pada hari ke 4 (opkos la tak boleh pegang sendiri lagi, tapi dia suka pegang botol dengan tangan bila menyusu guna botol)


-Cukur kepala pada hari ke 7


- Cukup marah orang bedung dia.. jadi memang dah completely tak bedung masuk minggu kedua dia lahir..


- Berat pada hari ke 10 xnaik, tapi pada hari ke 20 dah 3.2kg..


-Completely tukar timetable dia start dari hari ke 20, berjaga siang dari pukul 1 sampai pukul 5, dan berjaga malam dari pukul 9mlm-1pg..

-Cukup suka dengan benda2 suam dan panas.. especially bila mandi dan tuamkan dia dengan tungku pasir  panas..

-Start duduk/tidokan dia dalam rocker pada usia 29hari.. sebab susah sangat nak tidokan dia time2 dia berjaga.. dia nak tido berdukung/beriba, bila try letak dalam rocker, memang suka sangat dia..

test rocker jiran.. tgk dia mau ke tak tdo dlm tu, last2 lena sampai ke petang..  terus mummy beli baru rocker tuk ayra..

tu jela kot yang ingat.. makin banyak peel dan perangai makin meningkat besar ni..
ada masa lebih kurang 5 minggu lagi Daddy nak balik.. xsabar.. mummy nya lak yang lebih2.. :P
esok checkup klinik..
harap2 Ayra tak nanges sangat kena cucuk.. 
bertabahla mummy tengok kalau Ayra nanges nanti.. ngeeee...
>
>

October 7, 2013

pengalaman bersalin saya

Pejam celik pejam celik dah masuk sebulan dah usia Ayra, hehe, so nak coretkan sikit pengalaman bersalinkan Ayra sebelum terlupa.. dah antara lupa dengan ingat even baru 30 hari.. huhuhu.. 

7/9/13
Start ada bloody show masa 7/9/13..  macam dalam entri INI masa otw balik kelantan.. dan pergi admit ke KBMC malam tu jugak.. risau sebab travel jauh kan.. padahal kalau ikut pengalaman orang lain, katanya, sepatutnya tak payah pergi lagi sebab laaaammmbatt lagi akan bersalin.. mana la tau kan.. first timer kot..

8/9/13
Sampai KBMC, serah buku pink, timbang, masuk labour room..  misi tanya sakit tak? mmg tak sakit.. dia pasang CTG dan buat VE, baru 1cm katanya.. so dia tanya, nak balik dulu ke nak masuk wad? contraction dah ada misi bagitau dan disebabkan jauh nak berulang, kami decide masuk wad je.. doktor yang incharge saya pulak sepanjang hari cuti pada hari ni..

So admit wad pun dah lewat.. dalam 12.30-1.00 pagi 8/9/13 macam tu.. bilik untuk package bersalin kami amik tu full book.. terpaksa topup sikit untuk bilik lain.. okla.. bilik masih sorang2, cuma bezanya ada fridge je.. selesa sangat.. malam tu tido jela tanpa ada rasa sakit...

Esoknya pagi2, misi datang wat CTG lagi, dan darah makin banyak keluar.. tapi bukan sepanjang masa.. dan menjelang tengahari dah start ada contraction, sakitnya macam sakit senggugut.. masa ni tiap kali rasa sakit, duk pusing2 jela atas katil.. macam-macam petua cepat beranak dipraktikkan.. antaranya minum teh pekat campur telur mentah.. kes nak beranak cepat punya pasal sebab boring duduk lama-lama dalam wad... huhuhu... 

Lewat petang pun ada misi buat CTG lagi, masa ni dah start counting jarak contraction.. selang 5 minit.. waktu ni dah tak boleh nak baring, bila rasa sakit je, bangun jalan2 dalam bilik, sampaikan MBB pun pening tengok saya.. selang 5 minit mesti bangun berkawat depan dia..  

Bila menjelang malam, memang dah sakit sangat, panggil misi suruh dia check jalan.. check2, tetap 1cm.. walaupun kontraksi dah tetap selang 5 minit.. huhu.. misi offer ubat tahan sakit.. saya terima je sebab kalau tak, memang tak boleh nak tido..cucuk ubat tahan sakit tu, rasa dunia berpusing, kemudian terus lena..

9/9/13
Terbangun awal pagi, sebab dah takleh nak tido.. dan dah tak rasa sakit, konpius jap.. haha... tapi tak lama pun.. menjelang pukul 8.30 dah start ada kontraksi balik.. tapi selang 15minit sekali.. bila dah pukul 10 pagi memang dah tak tahan... duduk atas pangku MBB sambil nanges.. dan-dan time tu doktor yang incharge, doktor Lily dan nurse masuk.. tanya sakit dah ke.. sebab tengok saya duduk atas riba MBB kot.. masa tu dia minta nak buat VE.. relakan ajela.. sambil dalam hati berharap agar bukaan dah mencapai 4cm.. sebab selalunya 4cm buleh masuk labour room kan..

Tetiba doktor cakap, dah 3cm.. ok, boleh masuk labour room.. kemudian nurse suruh kemas baju baby.. kami macam terpinga-pinga.. saling berpandangan antara saya dan MBB.. blur-blur kejap.. hahaha.. kemudian MBB gi amik beg baby dalam kereta.. lepas tu baru kami repacking balik barang baby nak masuk labour room.. bawak sepasang baju, mitten n booties, bedung/hooded blanket, dan sehelai barut untuk baby.. mummy pergi berlenggang je.. pakai kain batik dan tshirt je..

Masuk labour room lebih kurang pukul 11.15 am.. mula-mula tukar baju pink yang besau tu... dan tk payah pakai pape kat bahagian bawah.. kemudian baring atas katil dengan selimut je, doktor masukkan jarum untuk IV drip, pasang CTG.. masukkan ubat Pitocin dalam iv untuk cepatkan bukaan.. start masuk je pitocin tu, hwaaaa.. memang rasa sakit yang amat semakin kerap.. masa tu jugak doktor pecahkan air ketuban.. memang rasa air panas je keluar laju-laju.. dalam pukul 1 lebih mintak MBB bagitau nurse nak kencing.. ingatkan dia nak buang CTG, alih2 bawak kateter masuk wayar.. seriau mula2, sebab selalu dengar orang masuk wayar kencing ni sakit.. tapi alhamdulillah, tak sakit pun..

Sakit makin lama makin kuat.. kalau nak describe sakitnya sakit macam sengugut, tapi kuat lagi.. memang sangat sakit.. huhuhu.. kemudian nurse offer ubat tahan sakit.. masa tu taknak lagi.. tapi bila dah tak tahan, request balik sebab nurse bagitau awal-awal tadi kalau dah bukak 6cm, dah tak boleh nak inject.. lepas inject tu terus mamai-mamai.. tp tak tido pun.. masa tu jugak MBB gi sembahyang dan baca yassin.. lepas tu ma masuk, tak lama kemudian, MBB pulak masuk.. untungnya, kat labour room ni, mak/mrtua dan suami boleh masuk sama-sama.. bukan salah sorang je.. dalam pukul 4 camtu request lagi nak kencing, tapi misi senyum je cakap takpe.. huhu.. dalam masa yang sama, sakit pada tahap yang kronik, pusing kanan tak kena, terlentang tak kena, pusing kiri pun tak mau juga.. masa tu tak hirau dah kain terselak ke ape ke.. nanges mengadu kat MBB pun dah tak kuar air mata.. tersedu sedan je.. kemudian misi buat VE lagi dah bukak 7 ke 8cm.. masa tu misi tanya saya ada teran ke sebab dia cakap jalan ngan kepala baby dah bengkak.. memangla teran sebab memang rasa macam nak berak.. dia xbgi saya teran dah.. masa tu punyala struggle antara tahan sakit dan perasaan nak meneran.. sebagai solution, bila rasa nak meneran saya akan ubah position, kalau tengah telentang, saya akan mengiring dan sebaliknya..

Agak-agak dalam dekat pukul 5, doktor buat VE, dah 9cm.. dia suruh saya tahan lagi, jangan teran.. tapi xsampai 5 minit pun lepas tu memang dah tak boleh tahan.. pusing camana pun mmg rasa nak terberak dan meneran.. so bagitau misi, misi bagi green light suruh teran sambil ajar posisi biasa bersalin.. tapi agaknya sebab dia tengok saya tak pandai dan teran macam main2 je, dia suruh saya teran sambil mengiring, angkat kaki sebelah smbil pegang buku lali.. kemudian semua misi keluar dari bilik partition kami. tak jauh pun.. dorang duduk berkumpul sebalik langsir je, persidangan meja bulat agakanya.. mungkin dorang estimate lambat lagi kot saya beranak bila tengok gaya saya meneran yang tak pandai dan tak bersungguh, padahal saya rasa dah abih seluruh daya tenaga dah..

So tinggal la saya dgn MBB dalam partition kami.. sebab masa tu ma dah keluar sebab memikirkan bilik tu pun sempit.. tanpa disangka2, MBB la yang jadi coach saya.. ajar saya cara meneran, suruh tarik nafas dan hembus.. sampai satu tahap tu, sebabkan saya nak sangat baby keluar, saya teran sampai MBB cakap muka saya biru.. so dia suruh saya berhenti dulu.. hihihi.. tapi bila MBB cakap dah nampak rambut baby, sy makin bersemangat untuk teran. masa tu jugak, MBB panggilkan misi..tapi siap misi tu buleh cakap lambat lagi.. again, mungkin dia pikir camtu sebabkan cara meneran saya yang awal2 tadi. tapi bila MBB insist bagitau memang dah nampak kepala, baru dorang kelam-kabut.. ambikkk...tak caya sangat.. huhuhu.. masa tu doktor pun tengah solat...  Lagila kelam kabut misi tu.. hihi

Dalam duduk tunggu doktor tu, MBB la yang instruct saya.. bagi semangat dan bagi tau progress kedudukan baby..bila dengar progress baby, dah nampak apa, lagi bersemangat nak cepat2 bagi baby keluar..dan bila doktor dah sampai, dan kepala baby pun dah hampir nak keluar, doktor buat episiotomy untuk elakkan koyakan dengan sendiri sebab masa saya teran tu, bukan bukaan full 10cm, tapi masa masih 9cm.. dlm  dok bertarung dengan payah dan sakit, kepala berjaya gak dikeluarkan, cuma silap teknik sebab saya berhenti teran untuk curi nafas masa leher baby sangkut kat bukaan.. masa tu mmg cemas sgt, sume pakat suruh teran cepat2 dan akhirnyaaa tepat 5.47pm, rasa cam zupppp.. keluar satu benda yang sangat besar dari dalam perut dan pada masa yang sama sakit tu hilang serta merta..

Masa tu apa yang saya nampak, tali pusat terbelit kat leher baby dan baby biru sangat badan dia.. kesan saya berhenti teran masa kepala dah keluar tapi leher masih kat rongga so baby tak dapat bernafas kot.. tapi alhamdulillah, tindakan pantas nurse dan doktor menyelamatkan keadaan daripada jadi buruk.. kalau tak, tak boleh bayang apa yang akan jadi.. siap misi tu cakap, baby boleh 'go' kalau silap2 haribulan.. masa tu memang rasa agak down sikit la dengan diri sendiri sebab xpersiapkan diri dengan ilmu2 di labour room sebelum beranak sampai baby jadi gitu kan.. so kawan-kawan yang belum bersalin, kalau ada kesempatan, sila la pergi kelas antenatal sebab ilmu dr pakcik google sahaja tak cukup.. 

Lepas tu misi bersihkan baby, dan mak baby disettlekan oleh doktor untuk proses jahit menjahit.... masa ni memang rasa sejuk tetiba, padahal sebelum beranak, berpeluh satu badan.. gigil2 kaki.. settle task doktor, misi pulak ambik alih.. pakaikan baju, pad sume.. lepas tu baru dapat tengok baby bila baby cot tu diletakkan sebelah katil.. perasaan masa tu?? harusla teruja kan.. rasa cam tak caya pun ada.. eh2 ni anak aku ke ni.. hehehe, tapi yang paling kelakar, baby kami menjadi rebutan.. hihi bukan ape, ramai sangat yang pergi azan dan iqamahkan dia.. sebab masing2 ingat tu baby diorang. bagus2.. huhu.. lepas tu bila MBB tengok je, dan dorang baca nama yang ada kat baby cot tu baru la dorang perasan dah tersalah baby.. alahai la.. nampak sangat la tak tahu kaler baju anak yang bawak masuk labour room, mesti sume isteri yang sediakan.. so future daddy, kenala take note dan amik tau jenis, corak dan kaler baju dan blanket yang dibawa dalam labour room.. supaya takde insiden tersalah baby.. :p


Dah settle sume, baru saya ditolak masuk ke bilik, baby menyusul kemudian sebab masih ada yang perlu diselesaikan.. tapi pada masa yang sama saya request untuk rooming in sebab nak susukan baby.. kalau x request awal-awal, secara automatik, baby akan dihantar ke nursery.. pasal apa jadi selepas tu, next entry saya ceritakan..

Overallnya, saya duk dalam labour room tu 6jam, tapi alhamdulillah, segalanya dipermudahkan walaupun tak lama dan tak kejap.. tgk macam lama, tapi duduk tu masa berlalu memang rasa jap je, bab menanggung sakit tu yang rasa lama.. rezeki kami, baby memang nak kuar 9/9 tanpa melalui proses induce seperti yang kami plan sebelum ni... baby pun paham.. gud girl.. :)

Citer sal hospital, servis kat KBMC ni memang sesuai la dengan bayaran.. dan makan dia sedap.. ;) slack sikit tang masa kat labour room yang sorang nurse tu wat acuh tak acuh bila bgtau dia, kepala dah nak keluar tu jela.. anggap jela kes terpencil.. huhuhu.. pasal takde visiting hours tu standard la kan. dah nama pun kita yang bayar dorang.. tp yang paling penting reason utama kami pilih private sebabkan nak doktor perempuan dan suami boleh teman isteri sepanjang masa, bukan hanya pada waktu melawat je.. kalau kat govt, suami tak boleh nak jaga isteri dalam wad.. cuma boleh jenguk waktu melawat je.. mak atau sedara perempuan je yang rasanya boleh tunggu kan.. govt atau private masing-masing ada kelebihan dan kekurangan, even saya sdr pun checkup kat kerajaan.. cuma pilih untuk bersalin je kat swasta.. lepasni insyaALLAH, continue checkup baby kat govt balik.. sebab bila balik Perak nanti susah kalau dh start checkup ngan private.. nk follow up dah pyh.. kat sna hospital swasta sume jauh2... 

Tp one fact tak dpt disangkal, melahirkan anak ni antara hidup dan mati.. memang insap la dengan pengorbanan mak kita melahirkan kita bila dah lalui sendiri.. sampai satu tahap, rasa serik nak beranak lagi.. huhu.. tapi serik sementara je la.. hohoho.. mungkin sebab tu kot, ALLAH jadikan lama-lama kita akan lupa rasa sakit nak bersalin tu camana dan cipta perempuan kuat dan tak pernah serik nak lahirkan anak walaupun benda tu bergolok gadai nyawa sendiri..

Kepada mommy 2 be, ambik la pengajaran dari apa yang dah saya lalui.. jangan buat kesilapan yang sama.. gud luck.. :)

>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ayra Arissa