LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow
Showing posts with label drama korea. Show all posts
Showing posts with label drama korea. Show all posts

August 21, 2011

hangul fever + masalah koordinasi




Video-video kat atas ni petikan citer  Dream High.. dalam entri ni dah citer kan...
sekarang ni memang hangul fever la... siap kat astro tu ada K-Pop talents show bagai lagi... betapa kuatnya pengaruh muzik dan drama korea..
sebenarnya saya demam hangul bukan baru-baru ni je.. dah lama dah.. sejak2 meletus citer Winter Sonata lagi.. seingat saya waktu tu saya masih lower secondary lagi... sebab tu dekat IPG, saya selalu mencari stok cerita korea untuk ditonton... antara sumbernya adalah Enun.. sebab dia suka beli citer korea. saya menumpang je! hahaha...

kenapa saya suka produk2 seni korea ni? kenapa tak sokong artis malaysia, drama tempatan...
bukan tak sokong, cuma mencari kelainan... dan bagi saya, produk seni korea way too better than indon.. sorry to say.. tapi mengikut apa yang saya tahu, untuk menjadi artis di korea bukan macam di Malaysia.. macam mee segera.. mereka memang menjalani dan ikut latihan yang ekstensif.. kdg2 dibentuk bertahun-tahun sebab tu kalau kita tengok, mereka memang boleh menyanyi dengan baik dan paling penting  bila part menari...  HEBAT!!...
ada jugak yang cakap vokal dorang bukan superb pon, lembik je.. huhu, kalau ikutkan semua tu bergantung pada genre muzik, kalau pop dance takkan dorang nak melalak macam nyanyi lagu balada kan...  bahasa dorang pun macam tak sesuai je nak nyanyi lagu ala-ala kak ziana kita...  marah orang seni tengok aku merapu entah pape.. hihihi
paling penting, dorang ni hensem2 wehh... jambu je.. hahaa. yang girls nye comey2 je... walaupun seringkali dipertikai samada asli atau pun sebab plastic surgery.. walaupepun, dorang tetap cute.. hihihi.. sampai kadang-kadang appearance hero dan heroin turut memainkan peranan dalam mood nak tengok citer tu... =p

sebebanrnya video kat atas cuma nak tunjuk betapa kiutnya mereka menari.. teringin nak menari cam tu.. tapi tak boleh.. sayangnya badan keras macam kayu.. memang KAYU pun.. T_T...
sorang lecturer kat IPG pernah cakap, menari ni memang tak semua orang boleh buat... sebab tak semua orang ada rhytm seni dalam diri.. rhythm nila yang  sebenarnya membantu kita memepelajari apa-apa cabang seni terutama muzik la..
sebab tu orang yang ada rhytm ni dia tengok sekali je, terus dia boleh follow step tarian tu..
kalau macam saya.. usahkan tengok aje, tunjuk 5x pon belum tentu leh follow dan buat step tarian tu.. 
sebab tu dalam kelas Seni Dalam Pendidikan, step mudah tarian zapin dan inang pun saya terkial-kial nak buat... adoiii... sebab tu sangat JELES dengan mereka yang boleh dan pandai menari...
huhuhu.. tarian sebenarnya melibatkan koordinasi tangan, lenggok badan dan juga kaki... 
rasanya sebab tu kot saya kaku dan kayu.. sebab masalah koordinasi tangan dan kaki...
bila melibatkan pergerakan kaki dan tangan serentak atau secara berselang, memang saya tak mampu buat.. otak tak leh proses (kot?)
mula la gabra nak gerak tangan mana, kadang-kadang nak gerak kanan tapi kiri lak yang digerakkan
masalah ni memang ada tau.. taktipuuu..
to be honest, lompat bintang pun saya tak boleh buat dengan betul. malu (*_*)
sebab tu saya tak gemar buat aktiviti aerobik.. sebab tak pernah betul dan keras je..
tapi disebabkan mengajar PJ, terpaksa la tengok step yang tidak melibatkan koordinasi yang rumit dan banyak. belajar sikit-sikit dan slow-slow... betul-betul mencabar.. dan kalau diberi pilihan saya lebih rela buat soalan kimia 20 soalan ( saya tak suka subjek kimia) daripada kena menari atau beraerobik.. walaupun sebenarnya suka dan teringin nak pandai menari... T_T

p/s: comel gila Taecyeon dan Kim Soo Hyun dalam video first tu menari step tarian girly...  jatuh hati.. agagaga @_@
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...