LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow
Showing posts with label breastfeeding journey. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding journey. Show all posts

January 12, 2014

Nipple Confuse

Okey, start masuk 2 bulan haritu, sindrom nipple confuse melanda Ayra.. walaupun dia dah di train minum botol waktu menyusu malam hari-hari.. dia dah dapat kenal yang mana original n mana tiruan nampaknya.. maka susah hati la mummynya.. bila bagi botol je, konfirm meraung-raung.. macam mana nak pergi keje bulan 1 nanti walaupun masih berbaki cuti 2 bulan lagi kan..

Start la bottle hunting.. tommee tippee yang dulunya dia nak sangat yang pertama dia reject.. seterusnya Avent.. beli pigeon yang peristaltic+ pun dia mau kejap je.. lepas tu taknak langsung..  Mimijumi yang mahal tu pun tak berguna hokehhh.. putus asa maknya, maka biar camtu je.. banyak juga petua-petua yang ada tenet kami ikut tapi sume tak jalan.. nak yang ori juga.. haihhh..

Bila dah start cuti, balik Kedah, mak mertua pulak try nak bagi.. last2 dia pun surrender.. si Ayra menangis sakan.. dengan saya-saya sekali nangis bila tengok dia menangis sampai keluar air hidung semua.. kecik hati gamaknya maknya ada tapi dibagi botol.. last2 kami decide biarkan je la dulu.. kesian bila tengok dia dalam keadaan camtu..

Peningla pk.. sambil2 tu, kami try n error bagi botol.. tengok botol mana yang dia nak.. MAM- reject, NUK- so-so.. tapi menjelang masuk 3 bulan, Ayra dah tak meraung bila bagi botol.. dia cuma akan gigit2 je puting tu, bila keluar susu, dia akan luah dan telan sikit2..  masa tu mummy dia pun redha jela.. dah pikir siap2 nak bekalkan infant cup ngan picagari incase kalau dia tak mahu botol jugak...

Cari pengasuh pun area sekolah je.. sebab dah dia tak mahu botol, kena la maknya ni pergi susukan kalau ada waktu free kan.. siap sebelum balik Perak haritu, jumpa bidan untuk dia buatkan bagi Ayra terbuka selera dengan botol n bf.. bagi dia ikhtiar supaya nak dua2.. yela, kenala usaha kan.. kemudian baru tawakkal..

Masa hari first tinggal dengan pengasuh, saya memang langsung tak gi jenguk pun.. sebab fikir, memangla boleh nak g susukan dia time free periods, tapi sampai bila? kalau time kena gi taklimat n kursus payah juga.. PPD 45km jauhnya.. memang takde la nak susukan dia kalau kena ke sana.. kalau tak ajar tinggal memang dia takkan pandai minum botol sampai bila2.. memang tak senang duduk dibuatnya haritu.. yela, mmg dah tau dia camtu kan..

Tapiiiii, yang miracle nya,  dia langsung tak nangis...... good girl la Ayra.. BS dia cakap, nangis kejap je, mintak dukung... bila tanya dia hisap ke x botol, BS dia gitau, hisap tapi gigit2 dan main2 la.. waktu tu pun habis sebotol je... tapi sekarang dah nak masuk minggu ke 3 hantar, nampaknya dia dah semakin pandai hisap botol balik, walaupun dia hisap tak banyak.. tengok pattern dia hisap sekadar tak nak bagi dia lapar dan kebulur je.. senang hati mummy nak tinggal gi kerja.. So sebelum hantar n pickup Ayra, memang saya bf dia puas2.. sebab saya dah janji dengan Ayra, dia akan hisap botol dengan BS/ orang lain je.. bila dengan saya memang direct feeding je..

Baby ni sebenarnya pandai, dia memang takkan biarkan diri mereka berlapar.. dan kalau ada bau mak dorang macam kes Ayra ni memang dia takkan hisap botol elok2.. main2 je.. sebab dia tau maknya ada.. hehehe.. so kalau baby korang mengalami simptom nipple confuse, jangan risau la ye.. nak tau magic botol Ayra??

NUK classic latex bottle teat...  

Haaaa...  nampaknya dia selesa dengan puting yang unik dari NUK ni.. rasanya sebab lembut dan tak besar sangat.. : )

oh ye, ada satu brand lagi yang korang boleh pertimbangkan..
botol susu Breastflow dari thefirstyears pun ok
sebab tengok dia punya teats pun lain.. dia punye nipple pendek je.. macam yang original kann.. :) tak macam teats yang lain, sume panjang-panjang..

slogan dia pun dah menarik; ideal for breastfeeding moms!

so mommies out there, boleh la pertimbangkan, just sharing based on my experience.. :)


>
>

November 16, 2013

hasil pumping


hasil pumping pukul 4 pg td.. 
sebelah kanan dapat dlm 3.5 oz
sebelah kiri dapat dlm 6 oz..
kira dah lumayan sangat dah ni kalau dpat banyak ni.. 
rezeki Ayra.. alhamdulillah


>
>

November 5, 2013

Breastpump Elektrik Spectra M1

Haritu pernah sy listkan breastpump elektrik yang menjadi idaman/wishlist kan.. klik SINI untuk entry tersebut.. Saya dah ada manual breastpump Avent, tapi nampaknya sy memang jenis malas nak guna manual pump, dan MBB pun setuju nak belikan pam letrik samaada Medela ataupun Avent.. 
tapi saya lak teragak2 sebab sangat pricy harga dua2.. jiwa memang sangat berkenan dengan Medela, gila tak berkenan kan.. idaman sume mommies kot..
sebab ada sume ciri2 yang saya nak, built in battery, handsfree, double pump... 
but at the same time, masih berkira2 lagi.. boleh lak dalam brbelah bahagi tu tiba2, terpandang satu brand yang juga ada dalam wish list dah keluarkan satu model baru yang kompak, buleh guna double pump, with built in battery.. bunyi pun senyap kalau nak dibandingkan dengan Freestyle.. boleh try search video kat youtube kalau tak caye.

So introducing Spectra M1 yang dah pun jadi hak milik saya.. yay!!!



Spectra M1, ringan. tak bulky macam model Spectra yang lain..


Ni la hasil belian haritu.. lumayan.. 
pic pam dalam kotak.. luar kotak tak amik-amik lagi.. malas.. hahaha..
saya amik package,
ada pam, extra breastshield set, autumnz posh cooler bag, 10pcs autumz storage bottle, 3pcs ice packs, free 5pcs autumz storage bags.. for the price RM560.. kalau untuk pam (untuk double pump) sahaja RM470..
berbaloi2 kan.. 
yang bestnya, saya dapat beli autumz breastmilk storage bags tu dapat RM20 untuk 3boxes.. sedangkan market price untuk satu boxes RM12.90.. murah gila..

Setakat guna ni, hasilnya sama macam guna pam manual.. sekali pam mampu dapat average 7oz. tapi kalau time lumayan, mampu dapat 10oz sekali pam.. hehe, kalau sehari tu, mampu la dapat dalam 21oz kalau time rajin, sebab 3sesi pumping.. tapi majoritinye buat 2sesi je..so dapat la 14oz sehari.. malas.. tak berapa rajin nak pam lagi even dah ada pam letrik.. wakkakaka... tapi bolehla wat stok pelan-pelan..
 Ayra kalau siang2 hari memang kuat menyusu.. kadang-kadang sampai sejam sekali dia menyusu; tu yang menyebabkan alahai, penatnya nak mengepam.. padahal bukan susah pun.. mengada je lebey..
 plus memang saya ni bukan jenis yang susunya meriah kot.. 
so, kena tingkatkan lagi konsep demand n supply pasni.. :)

Yang ketara guna pump letrik ni adalah jimat masa.. kalau masa guna manual dulu, kena spend atleast setengah jam baru siap2 dua2 breast, sekarang 15min, dah setel.. tangan pun tak lenguh.. hihihi..
function bateri ni memang sangat2 berguna.. especially yang built in.. sebabnya senang nak pam kat mana2 je.. tak payah susah payah nak cari plug atau duduk je dekat2 plug.. boleh je pam kat mana2 yang kita suka.. 

So, sape2 yang masih mencari2 breastpump, bolehla pertimbangkan Spectra M1 ni.. 
Lepas ni ingat nak beli handsfree bustier lak.. buleh buat cam Medela lak.. :)




>
>

October 19, 2013

Jaundis

Macam kebanyakan bayi yang lain, Ayra pun tak terlepas dr kena Jaundis.. puncanya mungkin sebab masa baru lahir tu dah alternate dengan susu formula kan.. sebab memang susu ibu dapat halang jaundis daripada lagi teruk..

Masa hari keempat Ayra lahir (Khamis), dapat detect jaundis masa misi datang buat lawatan rumah.. misi cakap walaupun kulit ayra merah, tapi dekat matanya memang ada kuning dan suruh kami pergi klinik kesihatan buat ujian darah. Petang tu gi buat ujian darah, dapat result 202.4 gmol/l.. agak tinggi tapi nurse cakap tak melayakkan lagi masuk wad.. bacaan yang kena admit ward adalah bila lebih 230 gmol/l.. Alhamdulillah.. sebab esoknya family in law nak datang dari Kedah.. kalau masuk wad memang haru la.. nurse jugak tanya darah saya sebab kalau darah O lagi berisiko kena jaundis teruk.. dan nasihat bila balik supaya kerapkan breastfeed sejam sekali dan jangan bagi baby tido waktu siang.. 

Maka, gigih la breastfeed lepas tu.. kebetulan pulak hari keempat tu baru boleh susukan Ayra sepenuhnya.. sebab hari Sabtu tu kena repeat test.. akhirnya, hari yang tak berapa nak ditunggu pun tiba.. masa misi datang rumah sabtu tu, misi cakap, kuning macam dah turun.. legala sikit kan.. sebab dah taknak dengar anak nangis kena amik darah.. kesian.. so kami decide nak gi bahagian kecemasan malamnya.. kenapa kena gi bahagian kecemasan? sebab hari sabtu.. so ujian darah kena buat kat hospital, klinik kesihatan xbukak kan.. pergi malam sebab nak curi masa kot2 dapat lowerkan lagi bacaan jaundis dengan tambah bilangan breastfeed.. alhamdulillah.. bacaan Ayra dah turun ke 134.6 gmol/l.. so balik dengan gembiranya.. saya tak masuk pun bhgian kecemasan, sebab takut sy yang nangis nanti bila tengok Ayra nangis.. sebab kat hospital darah amik kat tangan.. kalau kat klinik amik dekat tapak kaki.. MBB dengan ma yang masuk..

Sepanjang 6 hari tu, sbnrnya macam-macam usaha kami nak bagi Jaundis Ayra berkurang.. antaranya, mandikan dengan rebusan daun sukun, mandikan dengan air rebusan yg dibeli kat kedai cina, letakkan madu di lelangit dan bagi minum air zam-zam (err, sains cakap xelok bagi air selain susu ibu kat baby, tapi air zam-zam xpe kot...) selain buat exclusive breastfeed.. banyak lagi sebenarnya kami google cara nak turunkan jaundis, macam mandikan dengan rebusan daun inai, dan lain-lain tapi xsempat buat sebab masa suntuk.. xtaula kan yang mana satu yang kami buat tu berhasil, tapi saya rasa, yang 2 saranan misi tu memang berhasil tuk turunkan jaundis..

Syukur jaundis Ayra tak melarat sampai kena admit wad, risaunya kami tak pyh cakapla.. tiap2 masa duk tengok kuning dalam mata dia.. huhu..  sape tak sayang anak kan.. :)


>
>

October 18, 2013

Breastfeeding; Ups&Downs Part 1

Permulaan breastfeeding Ayra tidak semudah yang disangka.. lepas lebih kurang sejam dia lahir, nurse bawak dia untuk rooming in memandangkan saya nak bagi susu badan.. ok, cubaan pertama rasanya berjaya sebab tengok dia dapat hisap dan mulut dia bergerak.. kemudian semasa dia hendak menyusu kali kedua dalam pukul 8 mlm, dia dah tak dapat melekap pada nipple sy.. menyebabkan dia menangis dan mengamuk2 baran sebab lapar.. bila masuk je nipple dalam mulut, dia tertido.. dekat hampir setengah jam mencuba, tapi tak berjaya, saya give up, kesian + penat, saya hantar dia ke nursery.. opkos nurse bagi susu formula kan.. sedih tapi sy dah cuba sedaya upaya..

Bila balik rumah, hari kedua dan ketiga pun macam tu, kali ni dia tak mengamuk dulu, bila masuk nipple je dalam mulut dia, terus dia tido.. bila kita kejut ke ape ke, tak jalan.. letak balik, tido dalam 5 minit, kemudian menangis-nangis lapar.. so masih lagi teruskan formula, tapi dah alternate dengan breastmilk yang saya pam.. memang gigih pam walaupun mula2 susu kita kan sangat sikit sebab yang keluar hanya colostrum.. tapi alhamdulillah, saya boleh bagi Ayra minum colostrum tu.. tiap2 malam saya nangis sebab kenangkan kesian dekat baby, terpaksa consume bukan susu ibu tapi saya redha, situasi saya takkan sama dengan orang lain.. yang penting saya tak putus asa.. sebelum bagi susu tepung memang sy try breastfeed dulu, sampaila dia dah nangis teruk, baru buat susu formula..

Akhirnya, hanya pada hari keempat saya berjaya susukan Ayra sepenuhnya. dia dapat latch dan hisap dengan betul.. bukan lagi mengagau2 macam hari sebelum tu. perasaan? opkos tak dapat digambarkan dengan kata..  rasa macam dah lengkap hidup as a woman.. dah kawen, dah beranak dan  dapat susukan anak.. cycle tu dah lengkap.. so formula memang stop sampai kat situ je.. memang dah tak bagi sampai sekarang ni.. 

Cuma rasanya Ayra ni memang ada masalah untuk latch.. bukan apa sangat pun.. she takes time.. bukan macam sesetengah baby yang memang pandai.. belum lagi campur dia punya baran dan tangan kaki yang nak conquer breast.. so i understand why on the 1st day tu dia tak dapat nak melekap dengan sempurna.. she did have problem with that.. cuma kata kuncinya, SABAR.. sampai sekarang ni pun, even almost full time direct breastfeeding, masa yang diambil untuk lekapan sahaja can take almost 5-10minutes.. huhuhu...

Sekarang ni dia cuma akan bottlefeed cuma bila saya keluar dan saya tinggalkan dia dengan neneknya.. ataupun bila saya tengah busy macam tgh membersihkan diri dan bila keluar dengan dia dekat public sebab saya memang takde kelengkapan untuk nursing in public lagi.. huhuhu tapi tetap dengan susu badan, dengan EBM yang saya dah stokkan.. mula2 takut jugak dia terkena simptom2 nipple confuse sebab doktor dah pesan awal2 masa bersalin haritu, tapi alhamdulillah, dua-dua dia masih nak.. Itu pun dia dah start memilih, puting2 biasa memang jangan harap dia mau.. setakat ni, yang hanya dia nak botol Pigeon n Tommee Tippee.. mungkin sebab dia punya puting susu macam kitanya nipple.. Avent pun dia xmau.. 

Tak apela, dah memang rezeki kami macam tu, saya bersyukur saya tak give up.. dan saya tau sy dah buat setakat yang termampu dan terbaik.. saya sedar tak semua ada rezeki nak fully breastfeed kan.. macam Ayra, dah merasa susu formula untuk hanya 3 hari walaupun sampai hari ni dah breastfeeding.. cuma, saya pikir, breastfeeding ke susu formula ke, sorang ibu tu cuma nakkan yang terbaik untuk baby dia.. so jangan kita stereotaipkan yang bagi baby susu formula ni macam ni macam ni.. dia mungkin ada kekangan dan masalah tersendiri, so jangan cepat generalized kan sesuatu tanpa kita usul periksa.. bersyukurla kalau anda diberi peluang untuk fully breastfeed.. saya pun doakan supaya saya diberikan rezeki oleh Allah untuk breasfeeding Ayra sampai 2 tahun.. :)

>
>

August 29, 2013

Multi Function Sterilizer+Warmer

Melengkapkan lagi item untuk breastfeed baby nanti, mestila kena ada sterilizer dan warmer kan..
untuk sterilizer dengan warmer, sy pilih yang multifunction je..
tak beli yang asing2 pun..
amik yang 3in1 je terus..
beli brand my dear


sterilizer
bottle warmer
dan food warmer


satu alat, buleh pakai untuk 3 kegunaan sekaligus...
menjimatkan duit, tapi kekurangan dia tentulah buleh guna satu function pada satu-satu masa je..
kalau ada 2 benda berbeza, buleh on dua2 serentak kan kalau masa tu nak steril dan panaskan susu pada masa yang sama..

tapi berbaloi dengan harga la..
sy beli dengan price rm69.90 untuk 3 fungsi di atas ni..
kalau survey harga standard warmer+sterilizer, kebanyakannya  mencecah rm120 ke rm350..
makin branded opkos la makin mahal kan..
tapi yang ni brand biasa2 je..
asal buleh berfungsi je udah la.. :p

jom godek2 parts benda ni

dalam kotak 

Untuk fungsi Sterilizer 

heater base untuk semua proses; sterile,  bootle warmer & food warmer
proses pemasangan
yang ni kalau nak steril wide neck bottle.. buleh muat 5 botol wide neck 
ni pula untuk standard bottle.. muat 8 biji
siap dipasang..


Untuk fungsi Bottle Warmer

masih guna heating base yang sama, cuma masukkan steamer bowl.
kemudian letakkan steamer cover..  dah jadi pun.. buleh la letak botol kat tengah2 tu


Untuk fungsi Food Warmer

sama je macam bottle warmer.. cuma letakkan makanan dalam steamer cover dan tutup guna cover lid tu..

didatangkan sekali dengan thongs dan measuring cup..
abaikan la background yang tak berapa cantik tu eh.. hehehe


haa, yang ni cantik sikit dia punya penerangan  dan item details.. :p

Tak try guna pun lagi.. malas lagi nak godek2 sume botol susu tu.. nanti cuti nanti la, kalau rajin.. hahaha.. xpun nanti nak wat stok baru steril sume..
Sebenarnya tak ada benda alah ni pun takpe, buleh guna cara tradisional..
nak sterilize, rebus je botol2 susu baby
dan kalau nak panaskan  susu, rendamkan dalam air panas..
benda ni  bukan must have item pun.. sebab memang ada alternatif lain lagi.. :)


p/s: ingat nak beli satu lagi warmer.. sebab nak bagi dekat pengasuh pulak..


>
>

August 22, 2013

Breastpump Manual

Sebelum ni saya dah citer pasal breastpump pilihan hati dalam entri INI.. sy jugak bercadang nak beli pam manual sebagai contigency plan.. yela, pam manual senang dan handy nak bawak ke mana-mana kan..  xde plug point pun still masih buleh guna.. Hasrat nak memiliki UniMom Mezzo tak tercapai sebab sy jumpa breastpump manual yang memang terkenal dengan better review dengan harga berbaloi2.. hehehe...

Presenting my manual breastpump


Phillips Avent Manual Breastpump..
Model SCF310/20

Kandungan dalam kotak macam kat dalam pic..
ada spare parts sekali untuk valve, diaphragm..


Tadi dah godek2 bukak dan try pasang balik.. easy to assemble.. 
try guna je belum... ngeh3... yang tu kena tunggu baby keluar dulu la kan...

Price? sangat murah.. RM120 je.. plus postage RM5 total up RM125.. 
kenapa murah sangat??? sebab retail price dalam RM150-200 
huhu, ntahla, tak reti nak menjawabnya.. 
Packaging dia ada chinese character.. mungkin untuk pasaran China la kot..
 tapi seller cakap 100% authentic original..
dan made in England..
mungkin sebab beli kat Lelong.Com.My kot
kat situ memang banyak barang yang harganya way too cheap than retail price.. :)


xkisahla kan.. untuk pasaran mana pun.. yang penting hasil mesti tiptop dan berfungsi dengan baik..
InsyaALLAH.. harap2 lumayan la nanti hasilnya.. :))
sekarang ni kerja membaca review pasal breastpump letrik pulak...
ingat nak beli lepas bersalin nanti..
mau cari yang affordable price + hospital grade pump
 sebab nak guna untuk buat stok kan..
so, motor dia kena tahan lasak.. xbuleh yang manja2..
kalau mahal, famous brand tapi motor dia tak tahan tak boleh juga..
dah ada few brands dalam kepala.. kali ni dah tak sama choice dengan entri lepas..
nanti dah konfirm dan beli, sy share ehhhh...

sebenarnya ada dua package yang sampai harini... satu lagi ape? next entri okey.. :)

>
>

June 17, 2013

is surveying

Keja waktu lapang sekarang ni adalah survey barang2 untuk keperluan breastfeed baby yang soon akan keluar 3bulan lagi.. InsyaALLAH.. memang berhajat nak fully breastfeed sampai baby umur 2tahun.. semoga diizinkan oleh ALLAH.. amin.. 

Misi pertama: survey breastpump dan buat perbandingan.. dr segi harga, function dan praktikaliti setiap satu..  dah aim certain brands yang berkenan di hati.. antaranya:

1. Medela Freestyle


harganya amatlah wow! tapi hati dah berkenan dengan function handsfree + dual breastpump+ electric/battery operated(rechargeable)...
sebab certain breastpump lain, x banyak yang boleh handsfree dan yang boleh support battery ni mostly guna bateri AA..  for sure la kuat makan bateri.. huhuhu..  setakat ni jumpa yang paling murah pun rm1399.. tapi tu pun nak kena check balik warranti Malaysia ke luarnegara.. sebab nanti kalau rosak, payah juga.. ada satu kedai lagi, kawan penah beli.. rm1450.. so rasanya kalau beli brand ni.. mungkin amik kedai sama dengan kawan tu la kot..

yang brand kat bawah ni function lebih kurang je.. tapi mendapat perhatian sebab ianya dual breastpump, guna elektrik dan harganya way cheaper than Medela FS.. hehehe.. sebab tu masuk dalam list..

2.  Medela Swing Maxi 


3. Autumnz Ultimate


4. Spectra Dew 350

keputusannya?? tepuk dada tanya poket.. hihihi... nantila kita tgk yang mana akhirnya berjaya dirembat ye..

tapi nanti ingat nak beli yang manual pump.. sebagai pelan kontigensi 
berkenan dengan brand Unimom Mezzo


sebab bila buat homework, ramai yang puas hati dengan brand ni..

my sis in-law pun ada offer manual pump jenama avent.. yang dia punya.. sebab buat masa sekarang ni dia belum berhasrat nak tambah baby lagi.. tapi rasa tak syok pulak nak pinjam2 kan.. hehehe.. sebab bukan hak milik kekal..

Untuk part penyimpanan, pun dah pelan2 kayuh survey on9 shop yang jual icepack, cooler bag, storage bottle/storage bags, warmer dan sterilizer.. dan juga untuk keperluan mummy pun kena cari jugak, macam nursing bra, breast pad, nursing cover dan juga nursing pillow... 

Part feeding.. setakat ni alhamdulillah.. my SIL dah perturunkan botol-botol susu anak dia kepada kami.. jenama Avent.. banyak pulak tu.. dalam 20 botol lebih.. kebanyakannya yang 4oz.. okla kan.. barang free..  nak beli sendiri, erkkk, harganya buleh tahan jugak... cuma lepas ni kena beli dia punya teats.. sebab banyak botol yang takde teats.. Selain daripada tu, ada jugak kami beli botol2 tambahan untuk saiz 9 dan 11oz... tapi brand Pureen jela.. tengah aim nak beli botol susu jenama Tommee Tippee sebab comel sangat!!


geram sebab comel sangat design dia.. .  

wahhhhh.... banyak barang2 belum dibeli nehhh.  belum campur barang-barang keperluan lain.. tak pela.. pelan-pelan kayuh.. semoga diluaskan rezeki kami sekeluarga.. aminnn

>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ayra Arissa