LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

July 24, 2011

Sekolahku dan cerita disebaliknya

     Rasanya dalam entri-entri yang lepas, saya tak cerita sekolah saya secara mendalam sangat kan..
konon-konon nak berahsia.. ala-ala artis takut kena serbu ke?? hahaha, tak adala, rasa macam tak ada point nak cerita pasal sekolah sangat... lagipun bila melibatkan blog peribadi, takut nanti nama sekolah pun terpalit sama kalau ada perkara-perkara berbangkit..

Sekolah saya sekolah yang kecik sahaja, dalam kategori Sekolah Kurang Murid (SKM).. murid pun ada 26 orang sahaja, bukan satu kelas, tetapi satu sekolah.. yer, satu sekolah... dekat sekolah pun bukan sistem kelas biasa.. sebab kami gunapakai pedagogi kelas bercantum.. ada 4 kelas je.. tahun 1 dan 6 memang tak cantum sebab kandungan silibus dan UPSR.. tapi tahun 2 gabung dengan tahun 3 manakala tahun 4 gabung dengan tahun 5 satu kelas... ramai bila dengar mengajar sekolah yang budaknya seramai 26 orang akan cakap, "wah, senangla macam tu," "best la..", namun sebenarnya, sekolah mana-mana pun, kecik, besar tetap akan ada cabaran masing-masing.. mungkin kelebihan kami sebab sekolah kecik, bangunan pun ada satu bangunan 2 tingkat je, budak tak ramai tapi banyak juga kekurangan dan disadvantage yang kami ada.. 

Cikgu-cikgu yang ada pun seramai 9 orang, 5 perempuan dan 4 lelaki.. termasuk dengan Guru Besar sekali.. Dengan bilangan seciput itu, memang kami rapat antara satu sama lain sebab rasanya tak berbaloi nak gaduh-gaduh atau berpuak-puak sebab bilik guru pun sekangkang kera je, itu pun menumpang bilik pemulihan.. 

Dulu, agak sukar nak biasakan diri dengan keadaan ni, sebab dah terbiasa dengan kelas satu-satu.. bila melibatkan kelas bercantum ni, tak dinafikan memang semasa  proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) cikgunya memang takkan boleh duduk diam aja sebab kena mengajar dua tahap yang berbeza.. macam saya memang mengajar tahun 2 dan 3, untuk 7 subjek, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Seni dan juga Muzik. Satu lagi realiti di SKM adalah cikgunya adalah rojak.. semua subjek mengajar..agaknya budak tahun 2 dan 3 pun dah bosan tengok muka saya je yang asyik masuk kelas diorang.. hahaha, sampai boleh konfius masa subjek apa tiap-tiap kali saya masuk... T_T

Waktu mengajar pula, kalau ada topik yang sama macam subjek matematik, bolehla mengajar sekali cuma bila bagi soalan, ikut tahap dan tahun mereka tapi untuk subjek macam Bahasa Inggeris, Sains saya memang akan bagi kerja dahulu kepada tahun 3, bagi diorang buat dulu dan pada masa yang sama mengajar tahun 2, bila dah siap mengajar, bagi kerja pada tahun 2 dan mula mengajar untuk tahun 3 pula... dulu-dulu memang tension sebab terkejar-kejar, preparation sebelum masuk kelas pun double dan proses mengajar tu selalu terganggu bila murid tahun yang berlainan asyik datang bertanya ketika sedang mengajar tahun yang lain, tapi alah biasa tegal biasa... dulu masih tercari-cai rentak, tapi sekarang dah jumpa formula yang sesuai untuk menangani  situasi itu... =))

Tapi dulu masa awal-awal dapat berita posting dulu, serius saya ingat saya dapat sekolah kat Terengganu.. hahaha, tapi masa tu JPN Perak yang telefon.. gara-gara nama sekolah yang sama.. dan sekolah yang kat Terengganu tu saya bersama kawan-kawan matematik yang lain pernah handle Kem KIA 2M... rupanya nama sama sebijik-bijik... satu dekat Perak dan satu dekat Terengganu... dua-dua sekolah SKM, tapi dekat Terengganu tu sekolah orang asli dan sekolah saya pulak sekolah biasa.. memang dah suratan....sampai kawan kalau tanya nama sekolah, mesti diorang ingat sekolah orang asli yang dekat Terengganu tu.. hihihihi....
                                                                    
apa kaitan antara dua-dua sekolah ni?

yang ni kat Perak
yang ni kat Terengganu

p/s: kerja banyak lagi tak siap... tapi sempat lagi buat karangan kat sini.. lain yang nak diceritakan tapi lain pulak yang ditaip... aisehhhhh, nantila cite semula-semula 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...