LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

January 11, 2013

Orang Kelantan tak pelik

entri ni bukan bersifat kenegerian


Tak wajar tuduh orang Kelantan pelik
Baru-baru ini seorang wanita menulis di laman Twitternya meminta dijauhkan daripada mendapat suami orang pantai timur, terutama dari Kelantan kerana dikatakan berperangai pelik.
Untuk lebih jelas, ini yang ditulis wanita itu: “Mintak2 dijauhkan la drpd calon suami orang pantai timur ni esp kelantan...tak suka la orang Kelantan ni... pelik2.” Lalu, Twitter berkenaan tersebar di laman sosial Facebook, malah boleh dilihat sehingga kini.
Kata seorang rakan, bijak sungguh wanita itu dan akibat kebijaksanaannya berbakul kata makian diterimanya. Katanya lagi dalam loghat Kelantan, “Mu ingak mu comel sangak...huduh...huduh..huduh” sambil menggayakan babak Jani memarahi Shima dalam telefilem Sebuah Piala Seekor Kambing.
Apakah yang cuba dilakukan wanita itu dengan berbuat sesuatu yang terangan-terangan mampu menimbulkan kemarahan orang lain? Adakah mahu menambah lagi garam di luka? Semai kebencian Penulis katakan demikian kerana sebelum ini, banyak tampalan sama ada di Facebook atau laman web tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyemai kebencian kepada orang Kelantan.
Tidak perlulah dinyatakan di sini apa yang tidak disukai pihak berkenaan sehingga ‘ringan tulang’ menulis yang bukan-bukan mengenai orang Kelantan.
Hakikat yang perlu diakui, mana-mana negeri ada penduduknya yang berperangai tidak senonoh, ini tak kena dan itu tak kena dan bukannya hanya orang Kelantan. Bagaimanapun, tidak perlulah meluahkannya di alam siber yang boleh mengundang kemarahan.
Zaman sudah berubah dan orang Kelantan tidak seperti dulu. Mengambil contoh bola sepak, orang Kelantan akan menjadi mangsa tuduhan dengan ungkapan “kalau kalah, mesti nak gaduh...kalau kalah, mesti pecah memecah”. Tidak adil untuk terus mengungkit peristiwa rusuhan di Stadium Sultan Muhammad IV pada April 2009 kerana perbuatan itu dilakukan hanya segelintir penyokong dan bukannya semua orang Kelantan.
Kembali meriah bola sepak Penyokong bola sepak Kelantan kini semakin matang dan bertanggungjawab, malah mereka boleh diibaratkan tulang belakang yang menghidupkan kembali suasana meriah bola sepak di negara ini.
Tidak perlu takut untuk duduk bersama mereka jika menonton bola, walaupun anda penyokong dan memakai jersi negeri anda. Minat terhadap bola sepak pada diri penulis juga kembali membara ketika ditukarkan ke negeri ini pada Mac 2011. Atmosfera bola sepak di negeri ini memang memberi impak, itu belum lagi jika The Red Warriors melangkah ke final Piala Malaysia atau Piala FA.
Jika ada yang mengatakan orang Kelantan masih kuat semangat kenegerian, mengapa pula hendak dipersoalkan? Orang Jawa seperti penulis juga ada semangat Jawa, jika bertemu orang Jawa, seboleh-bolehnya mahu bercakap Jawa.
Penulis bukan orang Kelantan dan bukannya mahu mengangkat orang Kelantan. Apa yang penulis hendak sampaikan, tidak kiralah orang Kelantan, orang Jawa, orang Bugis, orang Banjar, orang KL, orang utara, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.
Perbuatan mencetuskan sentimen kebencian terhadap penduduk negeri lain, apatah lagi di alam siber perlu dihentikan supaya tidak menjadi ikutan. Jangan jadi seperti watak Dollah Jin, juga dalam telefilem Sebuah Piala Seekor Kambing yang menjadi ‘kepalo pengat’ (individu paling samseng dalam kumpulan) dan gemar ‘bergocoh’ (bergaduh) dengan membayangkan dirinya Tony Jaa.
Penulis Ketua Biro Harian Metro Kelantan


what say you??
saya dah malas nak komen pasal orang yang anti kelantan ni..
sebab sebenarnya tak bagi kudis pun kat saya.. sebab sy dikelilingi orang yang bukan anti kelantan dan melayan saya dengan baik even tahu sy orang Kelate.. huhuhu
cuma tadi terpandang ada orang share kat FB benda ni..
bagi saya, tipu la kalau kata kita tak sayang negeri masing2 kan.. pasal hal speaking dialek tu pun sama.. kalau dah jumpa orang senegeri takkan nak cakap bahasa standard kan.. 
sama halnya juga dengan environment saya sekarang, saya tak pula tuduh orang Perak bersikap kenegerian bila  dorang speaking loghat diorang depan saya..  cuma mungkin dialek kelantan tu memang sukar nak difahami terus kot, tu yang timbul stigma macam tu kot..  macam dialek negeri lain, kita masih boleh teka2 maksud dia kan..
pasal yang segelintir berpuak2 tu anggap la satu negeri tu tak semua baik.. 
sama halnya dengan negeri lain juga.. kan? kan?
tak suka kami kerana negeri kami mundur dan miskin??
datang dulu ke Kelantan, dan nilaikan sendiri..
akhir kata, miskin harta tak apa, jangan miskin budi bahasa dan tiada adab.
tak perlu sampai nak tweet 
"Kelantanese & Terengganu's people are automatically rejected in my future husband's list"
jodoh itu perkiraan ALLAH.. bukan kita yang tentukan ya dik.. 

p/s:nak tau ayat sape kat atas ni, google search je.. adios.. :)



>
>

6 comments:

Amalina Ali said...

ishkkkk.... perangai ntah pape je ckp macam tu. mcm lah dia tu bagus sangatkan.


mcm kat johor ni pun sama. ramai yang pertikaikan sultan johor. hurmmm... ntah la.

alahai... ter-emo pulak sebab dorg ni suka sangat kecoh benda yang tak de melibatkan diri dorg sendiri.

Unknown said...

@Amalina Ali tau takpe nana, sy pelik juga sal kecoh2 hal sultan johor tu.. manusia2

Amalina Ali said...

pelik kan. ini semua melibatkan kenegerian. isu besar taw. kalau tak suka, diam2 je dah la. kalau cakap2 maknanya dorg pun amik tau pasal benda tu jugak. khennn....

Unknown said...

@Amalina Ali betul3, mcamla duduk negara asing2.. bawah malaysia je pun.. konon2 nak tunjuk dorang ni loud la.. last2 termakan diri sendri.. kalo x, takde makna nak privatekan twitter bagai.. that means, action speaks louder than words.. tapi bagus juga.. tu tandanya dorang bagi perhatian lebih kat negeri kita

Cik Nina said...

nina org terengganu. xde mslh pun dgn org kelantan. bese la manusia kan.. pdhl same je.. xde yg beza pun, cume dialek je berbeza :) emo btl bace mnde2 yg mpetikaikan kenegerian mcm nih..

Unknown said...

@Cik Nina hehe, terengganu dah jadi rumah kedua.. sebab stay sana hampir 6tahun... sabo2 nina.. huhu, ntahla taktau nak emo ke tak, tapi rasa kesian dekat orang yang akalnya dangkal.. last2 kena bash dengan semua orang.. plg penting konpom dah dia takleh nak g terengganu dan kelantan dah pasni.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...