LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

June 28, 2013

MBB's Homecoming & Food Cravings

Harini MBB balik.. Yeay!!! mahu melunaskan segala mak nenek selera tekak ni.. :))) nyum2... lepas tu ada satu misi yang tertangguh lama... nanti cite lain ehhh.... harap2 dipermudahkan.. aminnnn... 

so

durian
pulut durian
cendawan goreng
pisang goreng
tat nenas
air kelapa
aiskrim!!

wait 4 me yaa.... hehehe..  makan dengan MBB baru best.. :))))

p/s: MBB tak dapat tukar pun.. permohonanan dia ke Perak tak diluluskan.. hmmmm... need to plan another plan 4 that issue.. 

>
>

June 26, 2013

checkup 26/6.. another prob.. huhuhu

Arini ingatkan checkup biasa je.. alih2 ada masalah lain pulak.. urine normal, darah tak check sebab baru 2minggu kan dr last check.. berat pun ok, naik 1kg untuk 2 minggu.. maksudnya seperti yang mestikan la.. ngam2.. dah tak overweight cam haritu.. kaki masih bengkak sikit, tapi dah berkurang tak seperti masa nurse buat lawatan rumah haritu.. 


Cumaaaaa.. fetal heart rate pulak laju.. 162... tanya misi tu biasa yang normal berapa? dia cakap around 120-160 je.. lama dia letak doppler kat perut smpai xtau nak bagi reaksi ape.. tengok siling jela.. dalam hati dah dupdapdupdap.. pastu tinggi rahim pulak yang tak sepatutnya.. tinggi rahim check tadi 24cm.. tak sepatutnya bagi 27weeks.. banyak kali misi tu ukur tadi.. siap panggil misi lain lagi checkkan.. siap tanya ada sakit ke, ke ape ke... pastu ape lagi kan kena refer doktor la jawabnya..

Masuk2 bilik doktor, doc scan terus.. kerut2 muka.. amik bacaan sume, lama jugak dok godek mesin scan tu, tapi hampehnya dia tala monitor kat dia je.. langsung tak berpeluang nak tgk my Little S.. huhuhu.. kemudian doktor sendiri ukur tinggi rahim.. mula2 dia dapat 28cm, kemudian macam tak puas hati, ukur lagi, dapat 24cm dan last sekali panggil misi jadi saksi, pun dapat 24cm.. Doktor tanya ada demam tak sebelum ni dan bagi komen, memang baby kecik.. dan buat surat rujukan ke Hospital.. dia tanya Hb ok ke? sy reply hb turun naik last checkup je yang ok...  dia cakap faktor Hb pun memainkan peranan jugak dalam kes ni.. tapi dia mintak sy jangan risau pulak bila dia refer sy ke Hospital sebab dia cuma nakkan kepastian je.. sebab detail scan cuma ada kat hospital daerah je.. kat klinik kesihatan biasa tak boleh buat..

balas dendam letak pic baby.. sebab  frust takleh tgk baby tadi.. huhuhu
Tapi mana la boleh tak risau kan.. baby sendiri.. walaupun dia bergerak aktif siang dan malam... tapi risau juak.. harap2 sumenya baik-baik aje ye baby.. cepat2 la membesar dan keluar sihat walafiat.. mummy & daddy syg kamu.. :)) 

p/s: balik2 terus search pasal sebab baby kecik dalam kandungan.. patutla ramai yang tegur perut kecik je sebelum ni.. tadi pun ada yang tegur sy nampak kurus... ilusi optik agaknya.. walhal berat naik..

>
>

June 22, 2013

Lawatan Rumah

Hari ni terkejut jugak dapat call dari KKIA bgtahu nak buat lawatan rumah.. dengan tak mandinya.. dengan rumah belum berkemas.. almaklumla.. hari Sabtu.. pagi2 memang habit bermalas-malasan dulu... terus kemas apa yang patut dan masa mandi tu, dapat dengar misi dah ketuk2 pintu.. siap2 pakai baju baru bukak pintu.. hehehe, sorila misi.. terpaksa biarkan korang lama2 depan pintu.. hekhekhek...

Misi datang untuk check bp.. normal.. check perut dan tanya few questions.. ada rasa berpinar dan heartburn tak? mungkin sebab dia nampak kaki saya bengkak.. heartburn setakat ni bukanla hari-hari.. periodic je.. kadang-kadang.. dan baru berlaku 2x.. masa hari Isnin dan Selasa lepas.. lepas tu dah tak jadi... berpinar-pinar tu belum terjadi lagi... kemudian dia check urine.. pun normal.. alhamdulillah.. tanya misi kenapa kalau ada 3 simptoms tu petanda apa?? Misi cakap tu petanda darah tinggi semasa mengandung atau gestational hypertension.. dia cakap kalau berpinar-pinar dan muntah-muntah, terus gi klinik lepas ni... nauzubillah.. harap2 dijauhkan daripada terkena penyakit tersebut.. aminnnn..

Memang dah perasan, kaki bengkak masa start hari Isnin sebab dah tak boleh nak masuk kaki dalam selipar.. dah mention dalam entri sebelum ni kan... lagipun memang kat sekolah minggu ni banyak berdiri je.. heartburn tu pulak berlaku dekat2 maghrib je.. lepas makan malam.. so memang ingat sebab makan banyak sangatla.. harap2 takde kena mengena dengan simptom2 darah tinggi la kan.. nasib baik bp dengan urine tak ada problem.. harap2 baby kat dalam elok2 je ye.. jumpa 3 bulan lagi ye sayang.. :))

p/s : next checkup 26/6... scan pulak dah rescheduled ke 3/7.. 

>
>

June 20, 2013

Gaji Kakitangan Awam naik..

Alhamdulillahh... alhamdulillah.. syukur kepada ALLAH.. diluaskan rezeki lagi.. naik gaji ni rentetan pengumuman PM awal tahun dulu yang kakitangan awam akan dapat pendahuluan KGT (Kenaikan Gaji Tahunan) pada JULAI.. sekarang ni dah disahkan.. akan berkuatkuasa 1 Julai nanti... maksudnya tahun ni ada 2 kenaikan tangga gaji.... 

SUMBER : BHarian

Dan.. ikut pemahaman sy la kan, dekat para 17 dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 2013, pemberian KGT ini juga tidak mengganggu KGT tahun 2013 dan tahun seterusnya... aminnn..   sebabnya kerajaan bersetuju bagi faedah pemindahan gaji ni disebabkan kajian pasal masalah struktur gaji hanya akan selesai sebelum 31 Disember..



Semoga dengan limpahan rezeki dari ALLAH ni akan menguatkan semangat dan daya produktiviti kita.. aminnn... :))

>
>

June 19, 2013

Pencarian Hospital Untuk Bersalin

Hari Jumaat bersamaan dengan 31.5.13, dengan bersemangatnya pergi survey hospital la kononnya.. sambil2 nak scan 3d ..tapi tak sedar diri sedang berada di bumi Kelantan.. pergi pulak dekat2 lunch hour.. memang mendapatla.. klinik kebanyakannya tutup dan information center pulak kebanyakannya rehat.. huhuhu.. adehhh.. Tapi berjaya jugak survey 2 tempat.. dua tempat jela.. dah timing tak kena kan..


1. Kota Bharu Medical Centre


harga sama macam pamplet haritu, RM1690 untuk normal delivery.. lain-lain dalam pakej ada dalam pamplet kat bawah ni..


Lepastu tanya dia prosedur untuk book.. dia cakap kena datang buat checkup di KBMC sekali pun dah dikira booked..  okla kan.. tanya2 ok tak kalau time 8bulan baru datang book? dia cakap anytime je..
then deposit RM1000.. kalau kita terberanak dekat tempat lain, deposit akan dipulangkan.. bagusla tu kan.. yela, manala tau apa nak jadi time-time2 macam tu.. nak-nak dari rumah parents ke KBMC tu bukannya dekat.. Doktor pun buleh pilih.. semestinyala kan.. itula kelebihan hospital swasta.. ingat nanti bulan 8 baru nak gi book dan pilih doktor semua... eh2.. secara tak tersengaja dah reveal yang pilih hospital ni la kan... :)... itu pilihan setakat ni la kan.. masih ada 3 bulan lagi. mana tau kot2 berubah hati atau dapat pilihan lagi bagus kan...


2. Perdana Specialist Hospital.


Hospital under KPJ healthcare.. bila tanya package bersalin ada tak, front desk officer tu jawab tak ada.. kira memang tak ada fix rate tertentu.. tapi bila tanya anggaran untuk bersalin normal.. jawapannya RM5k.. huahuahua.. terus kami angkat kaki jela...  sebab tau tak mampu.. itu normal.. belum kalau kecemasan.. bukan mintak, tapi ongkosnya tetap kena sedia kan.. kan..kan.. orang kerja kerajaan mana ada klinik-klinik panel bagai atau insurans untuk cover bil perubatan.. melainkan kalau ke govt hospital jgk..  kat sini pun takde sistem book.. walk in sahaja...  hehehe, tak apela, lain kali mungkin ada rezeki lebih, bulehla try beranak kat hospital ni.. :)

3. HUSM


Hospital under Universiti Sains Malaysia.. sebenarnya tujuan utama nak pergi tanya untuk bahagian yang private punya.. sebab bila buat research, ada yang cakap kat HUSM ni kita boleh pilih untuk private , under Usains dan dikendalikan oleh semua prof-prof je.. betul ke x, itu yang nak gi tanya.. malangnya, kami sampai ngam2 pukul 1.. kat kaunter pendaftaran dan pertanyaan dah tutup.. so tak dapatla nak konfirmkan sendiri betul ke x ada servis tu... insyaALLAH kalau sempat, bulan 8 nak gi survey lagi.. 


Tiga ni jela yang sempat kami pergi.. sebab lepas tu masing2 dah malas. kalau ikutkan nak pergi survey kat Pusat Bersalin An-Nisa dan Klinik An-nur.. tapi dah takde mood.. dahla pusing2 cari klinik yang offer 3D scan macam klinik TMC, Klinik Ang, sume tutup.. sebab hari Jumaat.. memang tak ada rezeki kami nak tengok baby..  

so setakat ni stick kepada KBMC dulu.. mommy dan daddy tengah gigih mengumpul duit nak bayar bil hspital.. plg kurang kena ada 7k dalam tangan.. hukhukhuk... semoga diluaskan rezeki.. amin...

>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...