LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

June 28, 2013

MBB's Homecoming & Food Cravings

Harini MBB balik.. Yeay!!! mahu melunaskan segala mak nenek selera tekak ni.. :))) nyum2... lepas tu ada satu misi yang tertangguh lama... nanti cite lain ehhh.... harap2 dipermudahkan.. aminnnn... 

so

durian
pulut durian
cendawan goreng
pisang goreng
tat nenas
air kelapa
aiskrim!!

wait 4 me yaa.... hehehe..  makan dengan MBB baru best.. :))))

p/s: MBB tak dapat tukar pun.. permohonanan dia ke Perak tak diluluskan.. hmmmm... need to plan another plan 4 that issue.. 

>
>

June 26, 2013

checkup 26/6.. another prob.. huhuhu

Arini ingatkan checkup biasa je.. alih2 ada masalah lain pulak.. urine normal, darah tak check sebab baru 2minggu kan dr last check.. berat pun ok, naik 1kg untuk 2 minggu.. maksudnya seperti yang mestikan la.. ngam2.. dah tak overweight cam haritu.. kaki masih bengkak sikit, tapi dah berkurang tak seperti masa nurse buat lawatan rumah haritu.. 


Cumaaaaa.. fetal heart rate pulak laju.. 162... tanya misi tu biasa yang normal berapa? dia cakap around 120-160 je.. lama dia letak doppler kat perut smpai xtau nak bagi reaksi ape.. tengok siling jela.. dalam hati dah dupdapdupdap.. pastu tinggi rahim pulak yang tak sepatutnya.. tinggi rahim check tadi 24cm.. tak sepatutnya bagi 27weeks.. banyak kali misi tu ukur tadi.. siap panggil misi lain lagi checkkan.. siap tanya ada sakit ke, ke ape ke... pastu ape lagi kan kena refer doktor la jawabnya..

Masuk2 bilik doktor, doc scan terus.. kerut2 muka.. amik bacaan sume, lama jugak dok godek mesin scan tu, tapi hampehnya dia tala monitor kat dia je.. langsung tak berpeluang nak tgk my Little S.. huhuhu.. kemudian doktor sendiri ukur tinggi rahim.. mula2 dia dapat 28cm, kemudian macam tak puas hati, ukur lagi, dapat 24cm dan last sekali panggil misi jadi saksi, pun dapat 24cm.. Doktor tanya ada demam tak sebelum ni dan bagi komen, memang baby kecik.. dan buat surat rujukan ke Hospital.. dia tanya Hb ok ke? sy reply hb turun naik last checkup je yang ok...  dia cakap faktor Hb pun memainkan peranan jugak dalam kes ni.. tapi dia mintak sy jangan risau pulak bila dia refer sy ke Hospital sebab dia cuma nakkan kepastian je.. sebab detail scan cuma ada kat hospital daerah je.. kat klinik kesihatan biasa tak boleh buat..

balas dendam letak pic baby.. sebab  frust takleh tgk baby tadi.. huhuhu
Tapi mana la boleh tak risau kan.. baby sendiri.. walaupun dia bergerak aktif siang dan malam... tapi risau juak.. harap2 sumenya baik-baik aje ye baby.. cepat2 la membesar dan keluar sihat walafiat.. mummy & daddy syg kamu.. :)) 

p/s: balik2 terus search pasal sebab baby kecik dalam kandungan.. patutla ramai yang tegur perut kecik je sebelum ni.. tadi pun ada yang tegur sy nampak kurus... ilusi optik agaknya.. walhal berat naik..

>
>

June 22, 2013

Lawatan Rumah

Hari ni terkejut jugak dapat call dari KKIA bgtahu nak buat lawatan rumah.. dengan tak mandinya.. dengan rumah belum berkemas.. almaklumla.. hari Sabtu.. pagi2 memang habit bermalas-malasan dulu... terus kemas apa yang patut dan masa mandi tu, dapat dengar misi dah ketuk2 pintu.. siap2 pakai baju baru bukak pintu.. hehehe, sorila misi.. terpaksa biarkan korang lama2 depan pintu.. hekhekhek...

Misi datang untuk check bp.. normal.. check perut dan tanya few questions.. ada rasa berpinar dan heartburn tak? mungkin sebab dia nampak kaki saya bengkak.. heartburn setakat ni bukanla hari-hari.. periodic je.. kadang-kadang.. dan baru berlaku 2x.. masa hari Isnin dan Selasa lepas.. lepas tu dah tak jadi... berpinar-pinar tu belum terjadi lagi... kemudian dia check urine.. pun normal.. alhamdulillah.. tanya misi kenapa kalau ada 3 simptoms tu petanda apa?? Misi cakap tu petanda darah tinggi semasa mengandung atau gestational hypertension.. dia cakap kalau berpinar-pinar dan muntah-muntah, terus gi klinik lepas ni... nauzubillah.. harap2 dijauhkan daripada terkena penyakit tersebut.. aminnnn..

Memang dah perasan, kaki bengkak masa start hari Isnin sebab dah tak boleh nak masuk kaki dalam selipar.. dah mention dalam entri sebelum ni kan... lagipun memang kat sekolah minggu ni banyak berdiri je.. heartburn tu pulak berlaku dekat2 maghrib je.. lepas makan malam.. so memang ingat sebab makan banyak sangatla.. harap2 takde kena mengena dengan simptom2 darah tinggi la kan.. nasib baik bp dengan urine tak ada problem.. harap2 baby kat dalam elok2 je ye.. jumpa 3 bulan lagi ye sayang.. :))

p/s : next checkup 26/6... scan pulak dah rescheduled ke 3/7.. 

>
>

June 20, 2013

Gaji Kakitangan Awam naik..

Alhamdulillahh... alhamdulillah.. syukur kepada ALLAH.. diluaskan rezeki lagi.. naik gaji ni rentetan pengumuman PM awal tahun dulu yang kakitangan awam akan dapat pendahuluan KGT (Kenaikan Gaji Tahunan) pada JULAI.. sekarang ni dah disahkan.. akan berkuatkuasa 1 Julai nanti... maksudnya tahun ni ada 2 kenaikan tangga gaji.... 

SUMBER : BHarian

Dan.. ikut pemahaman sy la kan, dekat para 17 dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 2013, pemberian KGT ini juga tidak mengganggu KGT tahun 2013 dan tahun seterusnya... aminnn..   sebabnya kerajaan bersetuju bagi faedah pemindahan gaji ni disebabkan kajian pasal masalah struktur gaji hanya akan selesai sebelum 31 Disember..



Semoga dengan limpahan rezeki dari ALLAH ni akan menguatkan semangat dan daya produktiviti kita.. aminnn... :))

>
>

June 19, 2013

Pencarian Hospital Untuk Bersalin

Hari Jumaat bersamaan dengan 31.5.13, dengan bersemangatnya pergi survey hospital la kononnya.. sambil2 nak scan 3d ..tapi tak sedar diri sedang berada di bumi Kelantan.. pergi pulak dekat2 lunch hour.. memang mendapatla.. klinik kebanyakannya tutup dan information center pulak kebanyakannya rehat.. huhuhu.. adehhh.. Tapi berjaya jugak survey 2 tempat.. dua tempat jela.. dah timing tak kena kan..


1. Kota Bharu Medical Centre


harga sama macam pamplet haritu, RM1690 untuk normal delivery.. lain-lain dalam pakej ada dalam pamplet kat bawah ni..


Lepastu tanya dia prosedur untuk book.. dia cakap kena datang buat checkup di KBMC sekali pun dah dikira booked..  okla kan.. tanya2 ok tak kalau time 8bulan baru datang book? dia cakap anytime je..
then deposit RM1000.. kalau kita terberanak dekat tempat lain, deposit akan dipulangkan.. bagusla tu kan.. yela, manala tau apa nak jadi time-time2 macam tu.. nak-nak dari rumah parents ke KBMC tu bukannya dekat.. Doktor pun buleh pilih.. semestinyala kan.. itula kelebihan hospital swasta.. ingat nanti bulan 8 baru nak gi book dan pilih doktor semua... eh2.. secara tak tersengaja dah reveal yang pilih hospital ni la kan... :)... itu pilihan setakat ni la kan.. masih ada 3 bulan lagi. mana tau kot2 berubah hati atau dapat pilihan lagi bagus kan...


2. Perdana Specialist Hospital.


Hospital under KPJ healthcare.. bila tanya package bersalin ada tak, front desk officer tu jawab tak ada.. kira memang tak ada fix rate tertentu.. tapi bila tanya anggaran untuk bersalin normal.. jawapannya RM5k.. huahuahua.. terus kami angkat kaki jela...  sebab tau tak mampu.. itu normal.. belum kalau kecemasan.. bukan mintak, tapi ongkosnya tetap kena sedia kan.. kan..kan.. orang kerja kerajaan mana ada klinik-klinik panel bagai atau insurans untuk cover bil perubatan.. melainkan kalau ke govt hospital jgk..  kat sini pun takde sistem book.. walk in sahaja...  hehehe, tak apela, lain kali mungkin ada rezeki lebih, bulehla try beranak kat hospital ni.. :)

3. HUSM


Hospital under Universiti Sains Malaysia.. sebenarnya tujuan utama nak pergi tanya untuk bahagian yang private punya.. sebab bila buat research, ada yang cakap kat HUSM ni kita boleh pilih untuk private , under Usains dan dikendalikan oleh semua prof-prof je.. betul ke x, itu yang nak gi tanya.. malangnya, kami sampai ngam2 pukul 1.. kat kaunter pendaftaran dan pertanyaan dah tutup.. so tak dapatla nak konfirmkan sendiri betul ke x ada servis tu... insyaALLAH kalau sempat, bulan 8 nak gi survey lagi.. 


Tiga ni jela yang sempat kami pergi.. sebab lepas tu masing2 dah malas. kalau ikutkan nak pergi survey kat Pusat Bersalin An-Nisa dan Klinik An-nur.. tapi dah takde mood.. dahla pusing2 cari klinik yang offer 3D scan macam klinik TMC, Klinik Ang, sume tutup.. sebab hari Jumaat.. memang tak ada rezeki kami nak tengok baby..  

so setakat ni stick kepada KBMC dulu.. mommy dan daddy tengah gigih mengumpul duit nak bayar bil hspital.. plg kurang kena ada 7k dalam tangan.. hukhukhuk... semoga diluaskan rezeki.. amin...

>
>

June 18, 2013

hospital checklist & newborn checklist


google checklist utk newborn..  tertarik dengan  checklist kat atas ni.. kredit to the blog owner..
pinjam ye.. sebab ada dengan detail berapa pasang paling minima kena ada clothing n etc..
yela.. newborn ni kan cepat membesar dan pada masa yang masa kuat poo-poo.. kalau beli sikit sangat, karang, tak cukup baju lak..
beli terlebih, nanti membazir..
so bolehla jadikan panduan kan..

yang bawah ni pulak checklist ke hospital..
checklist berbeza ye sebab barang2 kat bawah ni la yang akan kita sumbat dalam beg dan bawak gi mana-mana bila dah 36weeks keatas..


sharing is caring.. :))
>
>

June 17, 2013

is surveying

Keja waktu lapang sekarang ni adalah survey barang2 untuk keperluan breastfeed baby yang soon akan keluar 3bulan lagi.. InsyaALLAH.. memang berhajat nak fully breastfeed sampai baby umur 2tahun.. semoga diizinkan oleh ALLAH.. amin.. 

Misi pertama: survey breastpump dan buat perbandingan.. dr segi harga, function dan praktikaliti setiap satu..  dah aim certain brands yang berkenan di hati.. antaranya:

1. Medela Freestyle


harganya amatlah wow! tapi hati dah berkenan dengan function handsfree + dual breastpump+ electric/battery operated(rechargeable)...
sebab certain breastpump lain, x banyak yang boleh handsfree dan yang boleh support battery ni mostly guna bateri AA..  for sure la kuat makan bateri.. huhuhu..  setakat ni jumpa yang paling murah pun rm1399.. tapi tu pun nak kena check balik warranti Malaysia ke luarnegara.. sebab nanti kalau rosak, payah juga.. ada satu kedai lagi, kawan penah beli.. rm1450.. so rasanya kalau beli brand ni.. mungkin amik kedai sama dengan kawan tu la kot..

yang brand kat bawah ni function lebih kurang je.. tapi mendapat perhatian sebab ianya dual breastpump, guna elektrik dan harganya way cheaper than Medela FS.. hehehe.. sebab tu masuk dalam list..

2.  Medela Swing Maxi 


3. Autumnz Ultimate


4. Spectra Dew 350

keputusannya?? tepuk dada tanya poket.. hihihi... nantila kita tgk yang mana akhirnya berjaya dirembat ye..

tapi nanti ingat nak beli yang manual pump.. sebagai pelan kontigensi 
berkenan dengan brand Unimom Mezzo


sebab bila buat homework, ramai yang puas hati dengan brand ni..

my sis in-law pun ada offer manual pump jenama avent.. yang dia punya.. sebab buat masa sekarang ni dia belum berhasrat nak tambah baby lagi.. tapi rasa tak syok pulak nak pinjam2 kan.. hehehe.. sebab bukan hak milik kekal..

Untuk part penyimpanan, pun dah pelan2 kayuh survey on9 shop yang jual icepack, cooler bag, storage bottle/storage bags, warmer dan sterilizer.. dan juga untuk keperluan mummy pun kena cari jugak, macam nursing bra, breast pad, nursing cover dan juga nursing pillow... 

Part feeding.. setakat ni alhamdulillah.. my SIL dah perturunkan botol-botol susu anak dia kepada kami.. jenama Avent.. banyak pulak tu.. dalam 20 botol lebih.. kebanyakannya yang 4oz.. okla kan.. barang free..  nak beli sendiri, erkkk, harganya buleh tahan jugak... cuma lepas ni kena beli dia punya teats.. sebab banyak botol yang takde teats.. Selain daripada tu, ada jugak kami beli botol2 tambahan untuk saiz 9 dan 11oz... tapi brand Pureen jela.. tengah aim nak beli botol susu jenama Tommee Tippee sebab comel sangat!!


geram sebab comel sangat design dia.. .  

wahhhhh.... banyak barang2 belum dibeli nehhh.  belum campur barang-barang keperluan lain.. tak pela.. pelan-pelan kayuh.. semoga diluaskan rezeki kami sekeluarga.. aminnn

>
>

June 16, 2013

kekasih 2x sebulan

Selalunya ramai yang tak suka Isnin kan.. 
sebab hari first kerja lepas dapat berehat 2hari.. so mood lemau2 je..  
sy pun macam tu jugak.. 
TAPI.... 
saya lagi tak suka hari AHAD, sebab ape?? 
Sebab Ahad tu hari yang selalu memisahkan sy dengan MBB.. 
sama ada kat airport ataupun masa dia mau masuk hutan..  
Macam yang korang selalu baca, kalau MBB kat Sarawak, 
dia akan keluar duduk di bandar setiap hari Jumaat, 
dan balik ke sekolah semula ke sana pada petang Ahad.. 
nak menunggu dari petang Ahad ke tengah hari Jumaat tu sebenarnya satu penantian yang agak lama..
meskipun dah terbiasa..
nak-nak pulak kalau sepanjang masa tu tak dapat berhubung langsung kan..
kalau bernasib baik, line tenet sekolah dia ok, dapatla chat kejap kat apa2 apps..
itupun bukan secara direct.. dia msg pukul 9, kadang2 pukul 11 baru dapat reply..
kadang2 tak perasan, kadang2 tengah ada kelas..
lepas tu terus takde reply dah.. tengok esoknya pulak la jawabnya.. KALAU LINE INTERNET OK..

 start minggu ni pulak, MBB akan keluar 2minggu sekali.. 
maksudnya sebulan hanya 2kali la dia keluar ke bandar dan dapat akses telefon bimbit..
sebab kelas tambahan sekolah sudah start..
me?? huaaaa... berbagai2 rasa ada dalam hati..
sedih la paling banyak sekali..
dah tak buleh nak gayut2 telefon, manja2 tiap2 ujung minggu dah...
jadi bini setiap fortnight la jawabnya..
tapi tak apela.. niatkan dalam hati supaya pengorbanan kami suami isteri berjauhan, berkorban masa, tenaga dan  keluarga untuk mendidik anak bangsa terbalas dengan dikurniakan zuriat yang soleh/solehah, pintar dan menyenangkan hati kami.. 
teringat pesanan seorang lecturer masa belajar dulu,
"kalau kamu ikhlas didik dan ajar anak orang lain, insyaALLAH, anak kamu nanti pun, orang lain akan buat macam tu jugak.. meskipun kamu sendiri tak ada masa untuk anak sendiri"
Aminnnn..



>
>

June 15, 2013

saying bye-bye to certain things...


say bye-bye to all of these...
cincin-cincin ni semua dah ketat.. huhuhu
even sandal2 pun dah ketat masa nak sarungkan dekat kaki..
nampaknya, 2minggu lagi MBB balik kena la cari selipar yang baru..
takkan nak ke mana2 pakai selipar jepun Ipanema tu je kan..
harap2.. lepas kuar baby nanti dapatlah kembali ke berat yang asal.. 
sekaligus dapat pakai balik cincin-cincin ni.. 
tapi kalau dapat yang baru pun best jugak kan..
ngeeee... :p



>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...