kadang-kadang betullah Life is full of Drama..
kita selalu senang je menjatuhkan hukuman bila tengok si polan si polan tu berada dalam sesuatu situasi yang taboo dalam masyarakat kita..
senang cerita, contoh kalau perempuan jadi pelacur..
kita akan label perempuan hina, jalang, macam tak ada kerja lain dan sebagainya..
tapi pernahkah kita cuba memahami mengapa sesetengah mereka pilih jalan tersebut?
kadang2 ada sesuatu cerita disebalik sesuatu kejadian tu...
memang betul, matlamat tak menghalalkan cara.. tapi apa hak kita tuk menilai seseorang itu walaupun diri dia hina macam mana pun.. mana kita dapat tauliah tuk melabel orang sedemikian rupa? terhormat sangatkah diri kita sampai punya hak tuk memberikan nilaian terhadap individu?
aku rasa benda-benda gini serah kepada NYA..
kita sesama hamba, tidak ada darjat yang istimewa antara kita yang membolehkan kita menghierarkikan sesama manusia..
huhu, pe kaitan entry ni dengan kisah hidup aku?
lebih-lebih lagi kaitan dengan istilah "kekasih gelap" or labelan "future perampas suami orang.."...
sebab belum rampas sepenuhnya lagi kan..
so apa yang diistilahkan sebagai kekasih gelap tu lagi sesuai kot
me? opps bukan2.. nauzubillah.. mintak dijauhkan...
kisah ni orang terdekat dengan aku juga.. lets just name her C,
niat aku bukan mahu buka pekung dia..
cuma kadang-kadang aku pon taktau nak buat camana.. diluah mati mak, ditelan mati bapak...
perit juga kadang-kadang menjadi pemerhati rahsia ni.. nak2 hubungan macam tu..
my first reaction, of course terkesima.. terdiam
sebab tak sangka complicated situation macam ni berlaku pada orang yang dekat ngan aku...
my little advice, aku tak sokong dan aku tak bantah..
tapi lebih berat kepada tak sokong sebenarnya..
kenapa aku cakap plak aku tak bantah?ada sebabnya...
mungkin reason yang diberi pada aku masa tu aku leh consider jugala...
laki tu hadir pada masa yang tepat dan pandai main peranan.. saat C kehilangan ibu dia...
cuma aku pesan, benda ni macam main dengan api...kalau bersedia kongsi kasih, ok, tapi memang kena sanggup sentiasa mengalah la.. sebab u're the second one.. so be prepared..
pendirian aku berubah 100% when i get to meet that man in person... UH! that man acts like sh**.. masa tu aku btul2 menyampah dengan perangai eksyen.. macam smart sangat..yela maybe he gots the money, bulehla act dengan student cam aku.. geram sangat,, aku anta msg dekat C, cakap yang kali ni aku memang tak suka dan tak sokong bila tengok perangai laki macam tu... yela macammana nak kahwin dua kalau perangai macam pape je.. tapi sayangnya msg aku tu tak sampai sbb owner dia tak pakai dah nombor tu..
cerita tu abis kat situ jela. aku decide malas nak amik tau pape dah.. dalam pada tu redha sebab kalau incase msg tu sampai, aku terima aje pape consequences..
lately, dgrnya wifey laki tu dapat tau hubungan gelap tu... n when i browse her FB, mmg nampak dia geram sangat... tapi aku diam jela.. malas nak campur..
tak lama lepas tu, C mengadu ngan aku.. dia tak cerita tapi aku yang teka..
dan nasihat aku kali ni memang straight to point.. cari je yang lain..
sebab dah boleh agak endingnya mcam mana kan..
i don't know whether she does accept it with open heart, tapi aku puas sebab dapat luah apa yang aku rasa..
papepun, keputusan tetap di tangan dia.. she deserve the best...
harapnya tak sampai ke adegan serang-menyerang....
kaitan dengan intro kat atas adalah:
the blame will always be on her.. terutama pada yang sekadar melihat luaran...
tapi pada yang dekat dengan dia... aku rasa kesalahan tu bukan pada dia sepenuhnya..
33% untuk C, 33% untuk laki tu dan 33% untuk wifey laki tu.. 1 % adalah situasi..
so tak adil kalau labelan2 jahat tu hanya melekat kepada dia dan yang senasib dengan dia..
kita ni manusia yang tak sempurna... mana la tahu kan esok lusa kalau tak jadi dekat kita,
mungkin jadi dengan orang yang dekat kita, adik beradik kita...
jadi, berhenti menarafkan dan menghierarkikan seseorang,
walaupun seburuk-buruk benda yang dilakukannya..
sebaiknya kita doakan agar dia diberikan hidayah dan petunjuk untuk berhenti buat benda-benda macam tu..
ada baiknya juga kan... =))