LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

April 23, 2011

Kejamnya Kau!

tadi call rumah
cakap dengan my mom, sedih gile sebab ma cakap kucing tengah tenat...
separuh punggung dia dah memburuk dan dua hari dah tak makan nasi...
bulu-bulu dia sume dah luruh abih...itu pun ada yang tak berhati perut lagi pergi simbah air kat dia..
PUNCA kepada semua ni???
yess, manusia yang berhati perut...

aku pelik juga kenapa manusia tersebut nak potong ekor Tek tu..
sebab setahu aku dia memang tak ada perangai pon
tak pernah pun stay atas rumah, wat hal.. naik cuma masa makan
kemudian pas makan, duk atas tangga.. tak payah nak halau-halau..
lainla kalau sekor lagi kucing aku Hitam tu memangla jahat, sebab jantan, kalau kena kat dia, tak rasa pelik la sangat kan..

alkisahnya ada satu hari tu,
Tek balik rumah dengan ekor berdarah2
bila tengok, memang ada kesan potong
yer.. kesan potong macam orang potong..
tak banyak pon, tapi boleh bayang tak macammana orang tu sanggup nak potong ekor kucing?
aku nak potong misai kucing pon tak sanggup
sebab tau setiap anggota badan kita ni ada function tersendiri..
sama la juga dengan binatang

sejak hari tu bermulala penderitaan Tek..
ekor dia makin lama makin pendek
last2 tinggal pangkal dekat ujung punggung je..
luka dia kejap kering, kejap darah balik...
letak abu tak payah cakap la.. siap menggelepar sebab pedih..
masa aku balik aritu pun, tengok, punggung dia macam  dah berair-air, lalat pon nak bertelur kat situ
tapi sebab letak abu, ok la balik..
biasa kalau kucing, lalat bertelur kat punggung memang tak hidup lama..
sebab nanti berengga tu akan korek dan makan organ dalam kucing tu start daripada usus dia..

lepas aku balik sini, ma bagitau
bulu-bulu dia start luruh, jadi togel cam tikus dah..
tak boleh nak bayang macam mana Tek hadapi kesejukan malam n masa hujan
sedangkan bulu tu salah satu protection yang penting tuk kucing..
pastu yang teruk dua tiga hari ni la
ma cakap tek pergi jalan-jalan
orang tua-tua cakap kucing kalau pergi jalan jauh, tu tandanya dia nak mati..
sebab dia taknak mati depan tuannya
dan kena simbah dengan air
dan tak dapat bangun mungkin sebab sejuk sangat..
so ma bawak balik rumah lap-lap sume

kemudian start dari tu ma perasan yang bahagian punggung dia teruk jah memburuk sampai ke tulang-tulang...
sekarang, dia dah tak boleh nak berjalan, cuma terlantar
bila ma pergi kat dia, dia try bangun tapi jatuh balik... siap mengiau.. mungkin cuba bagitahu kesakitan dia dekat ma... Ya ALLAH, masa dengar ni, memang airmata tak dapat nak tahan-tahan... sedih sangat sebab fikirkan azab dia disebabkan perbuatan manusia.. dahla kucing ni susah nak mati... so sekarang ni memang dah dua hari dah dia tak makan... menunggu masa ajal tiba... harap dipermudahkan pemergian dia...

kepada manusia berkenaan yang aku rasa aku tau sape..
mungkin ko ingat ko potong sikit tak sampai 1 cm,
tapi tengokla macamana kesan daripada perbuatan ko tu...
takpela, aku harap Tek akan tuntut pembalasan atas kekejaman ko tu akhirat nanti...

pesal aku emo sal kucing?
sebab aku sayang makhluk ALLAH tu..
kalau sakit, aku la yang carikan ubat, bawak pergi klinik..
tapi sampai hati orang yang pukul, potong-potong ekor tu
kenapa tak ada sekelumit rasa kasihan dalam hati..
mereka makhluk yang lemah.. tak boleh nak bercakap, luah perasaan, melawan apatah lagi..
even tak suka pon, janganla aniaya haiwan...

Ni bukan first time semenjak aku hidup tengok ada yang wat jahat dekat kucing
lebih-lebih lagi kat kucing sendiri..
balut kepala dengan plastik megi.. kemudian campak sungai.. yang tu masa umur aku 8 tahun.. aku sendiri yang jumpa bangkai kucing tu... nangis tak berlagu 2 hari..
kemudian, ada yang toreh perut kucing aku sampai kulit bawah perut menggeleber tersiat...
kalau yang curah air panas, minyak panas, acapkali sangat..
siap ada yang pukul dengan kayu sampai mati.. tapi bukan kucing aku la..
apa dosa kucing tu?
setakat ni yang kena tu sume kucing-kucing yang berperangai baik...
kalau nak kata curi lauk, ikan.. setimpal ke dengan pe yang korang buat?
lagipon yang tu pon kealpaan manusia jugak.. tak boleh salahkan kucing 100%
kalau kat umah aku, kucing orang lain curi lauk, paling-paling pon, buat-buat bedal dengan lidi selain daripada jentik telinga... 2pon kalau sempat..biasanya kucing tu sempat lari dulu...tak pernah nak simbah2 potong2 ni...kalau jumpa yang tepi jalan pon kalau buleh nak bawak balik pelihara.. ni bukan saje2 cakap tau.. sebab aku pernah bawak balik anak kucing dekat maktab dulu sebab kesian tengok dia kelaparan...

kesian dekat Tek.... harap-harap ni kejadian last dah... tak sanggup dah nak tgk mana-mana kucing terima nasib yang sama...






sebahagian kucing yang pernah aku bela... ramai yang dah mati sebab penyakit dan juga kekejaman manusia.. kecuali yang dalam gambar dua kat bawah sekali ni... tapi gambar Tek tak ada pulak..comel2 kan.. tapi tetap tak dapat nak lembutkan hati manusia yang zalim...
kesian dorang... T_T

April 22, 2011

Cravings for...

fruity fizz


chicken wings

pizza...

uwaaaaa...... sedappnyerr
enough said.... terus je rasa lapar.. lidah ni macam dah terasa-rasa dah rasa benda-benda kat atas ni... 
sabo yer perutku sayang...

...... tggu Mr G je.. pastu nak g  kat PIZZA HUT...


 wait 4 me!!


credit 1st n 2nd pict
3rd pict
google

April 21, 2011

it's the best advice i can give

kadang-kadang betullah Life is full of Drama..
kita selalu senang je menjatuhkan hukuman bila tengok si polan si polan tu berada dalam sesuatu situasi yang taboo dalam masyarakat kita..
senang cerita, contoh kalau perempuan jadi pelacur..
kita akan label perempuan hina, jalang, macam tak ada kerja lain dan sebagainya..
tapi pernahkah kita cuba memahami mengapa sesetengah mereka pilih jalan tersebut?
kadang2 ada sesuatu cerita disebalik sesuatu kejadian tu...
memang betul, matlamat tak menghalalkan cara.. tapi apa hak kita tuk menilai seseorang itu walaupun diri dia hina macam mana pun.. mana kita dapat tauliah tuk melabel orang sedemikian rupa? terhormat sangatkah diri kita sampai punya hak tuk memberikan nilaian terhadap individu?
aku rasa benda-benda gini serah kepada NYA..
kita sesama hamba, tidak ada darjat yang istimewa antara kita yang membolehkan kita menghierarkikan sesama manusia..

huhu, pe kaitan entry ni dengan kisah hidup aku?
ada kaitan nye...
lebih-lebih lagi kaitan dengan istilah "kekasih gelap" or labelan "future perampas suami orang.."...
sebab belum rampas sepenuhnya lagi kan..
so apa yang diistilahkan sebagai kekasih gelap tu lagi sesuai kot


me? opps bukan2.. nauzubillah.. mintak dijauhkan...

kisah ni orang terdekat dengan aku juga.. lets just name her C, 
niat aku bukan mahu buka pekung dia..
cuma kadang-kadang aku pon taktau nak buat camana.. diluah mati mak, ditelan mati bapak...
perit juga kadang-kadang menjadi pemerhati rahsia ni.. nak2 hubungan macam tu..
my first reaction, of course terkesima.. terdiam
sebab tak sangka complicated situation macam ni berlaku pada orang yang dekat ngan aku...
my little advice, aku tak sokong dan aku tak bantah..
tapi lebih berat kepada tak sokong sebenarnya..
kenapa aku cakap plak aku tak bantah?ada sebabnya...
mungkin reason yang diberi pada aku masa tu aku leh consider jugala...
laki tu hadir pada masa yang tepat dan pandai main peranan.. saat C kehilangan ibu dia...
cuma aku pesan, benda ni macam main dengan api...kalau bersedia kongsi kasih, ok, tapi memang kena sanggup sentiasa mengalah la.. sebab u're the second one.. so be prepared..

pendirian aku berubah 100% when i get to meet that man in person... UH! that man acts like sh**.. masa tu aku btul2 menyampah dengan perangai eksyen.. macam smart sangat..yela maybe he gots the money, bulehla act dengan student cam aku.. geram sangat,, aku anta msg dekat C, cakap yang kali ni aku memang tak suka dan tak sokong bila tengok perangai laki macam tu... yela macammana nak kahwin dua kalau perangai macam pape je.. tapi sayangnya msg aku tu tak sampai sbb owner dia tak pakai dah nombor tu..
cerita tu abis kat situ jela. aku decide malas nak amik tau pape dah.. dalam pada tu redha sebab kalau incase msg tu sampai, aku terima aje pape consequences..

lately, dgrnya wifey laki tu dapat tau hubungan gelap tu... n when i browse her FB, mmg nampak dia geram sangat... tapi aku diam jela.. malas nak campur..
tak lama lepas tu, C mengadu ngan aku.. dia tak cerita tapi aku yang teka..
dan nasihat aku kali ni memang straight to point.. cari je yang lain..
sebab dah boleh agak endingnya mcam mana kan..
i don't know whether she does accept it with open heart, tapi aku puas sebab dapat luah apa yang aku rasa..
papepun, keputusan tetap di tangan dia.. she deserve the best...
harapnya tak sampai ke adegan serang-menyerang....

kaitan dengan intro kat atas adalah:
the blame will always be on her.. terutama pada yang sekadar melihat luaran...
tapi pada yang dekat dengan dia... aku rasa kesalahan tu bukan pada dia sepenuhnya..
33% untuk C, 33% untuk laki tu dan 33% untuk wifey laki tu.. 1 % adalah situasi..
so tak adil kalau labelan2 jahat tu hanya melekat kepada dia dan yang senasib dengan dia..


kita ni manusia yang tak sempurna... mana la tahu kan esok lusa kalau tak jadi dekat kita, 
mungkin jadi  dengan orang yang dekat kita, adik beradik kita...
jadi, berhenti menarafkan dan menghierarkikan seseorang,
walaupun seburuk-buruk benda yang dilakukannya..
sebaiknya kita doakan agar dia diberikan hidayah dan petunjuk untuk berhenti buat benda-benda macam tu..
ada baiknya juga kan... =))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...