sempena meraikan Mr G,
memang dah ada niat nak wat makan-makan, blanja cikgu-cikgu kat skolah...
puas pikir tetap taktau nak belanja ape..
sume kawan-kawan mintak nak makan KFC..
tapi masalahnya takkan aku nak beli dan bawak yang sejuk ke sekolah..
nak kuar time sekolah? ish... salah etika kot...
lainla kalau ada cikgu lain yang nak kuar dan tolong belikan...
rasanya tak payah la... tak pasal-pasal aku pun dapat saham sama walaupun boleh dikatakan memang kat sekolah ni tak strict sangat bab2 nak kuar dari sekolah...
pikir pasal nak wat nasi, aku baru lagi kat sini,
nak tempah ngan sape?
dengan makcik kantin, cikgu2 perempuan tak gemar.. adala sebabnya...
last2 sekali,
cikgu2 cakap nak makan kek coklat...
dan aku pon terpikir, takkan la aku nak beli kek yang rm30 tu... so decide nak beli secret recipe nye kek..
bukan nak riak ke ape, tapi takpela 1st gaji, apa salahnya keluar duit lebih sedikit, sedekah tuk belanja orang makan....
so masa kuar makan pizza, aku pergi la beli kek SR, amik CHOCOLATE INDULGENCE.....
sebabkan taknak nampak kosong, so, tulis la perkataan Happy Birthday Ustazah, memandang ada cikgu yang akan sambut birthday jumaat ni.. alang2 kan...
esoknya aku bawak dan seronok rasa bila tengok muka-muka cikgu2 ceria
sebab diorang memang hantu kek coklat pun...
tapi yang tak disangka-sangka bila ustazah tu tengok aku tulis macam tu kat atas kek, dia terharu dan menitiskan airmata.... tak ditahan-tahan...
aku pun kaget juga, tapi aku wat2 happy sebab kalau tidak, aku pon join sama kot nangis kat situ. ngeh3...
hehe, tapi hati aku berbunga riang la jugak sebab dapat gembirakan orang... perasaan tu memang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata
lepas tu, masa tengahari tu ada lebih la sikit tu, so ustazah tu suruh aku bagi pada murid2...
alhamdulillah.. aku berjaya bagi kek tu pada semua anak murid satu sekolah... itulah untungnya sekolah kecik... sekurang-kurangnya dapatlah 27 orang murid tu merasa kek SR... walaupun sedikit... yela, bukan apa, kadang2 ada antara dorang tak merasa nak makan makanan macam tu... paling best, aku siap suapkan lagi sorang-sorang.. hehehe, seronok....
dalam hati aku berdoa, agar gaji yang aku dah dapat, dan akan dapat sentiasa diberkati...
semoga diriku sentiasa dilimpahi rezeki kurniaan ALLAH.. amin.