tajuk bikin hot...
tapi memang tak puas hati gile dengan apa yang berlaku depan mata sendiri...
kisah ni terjadi dekat Kenny Rogers masa aku n fara makan tengahari... masa tu tak ramai sangat customer kat situ, bila kitaorang dah siap order, mungkinla kami ni pembawa rezeki, memang ramai gila yang masuk kenny rogers pastu... sebelah meja kami, ada chinese dan sebelah kiri lak ada indian... haha, 1 Malaysia.... sume satu family makan kat situ except kami berdua la...
bila makanan kami sampai, sedang elok menjamu selera, tetiba ada suara sebelah kiri marah2.. "apesal kami punya order tak sampai lagi semua? mana salad dia? mana saya punya ayam? kenapa sampai satu2?".. bila toleh, rupanya indian tu marah waitress perempuan sebab order dia lambat sampai... bila waitress tu explain, dia tak terima langsung kemudian sambung marah2.. yang part ni memang aku angin gila bila dia cakap "saya order tiga kan. bukan order satu, so sepatutnya sampai tiga sekali la.. bukan satu-satu camni. you faham bahasa tak? bodoh. tak sekolah ke"..
aku dengan fara berpandangan satu sama lain...
wah2... amboi sedap betul kan mulut dia marah2 macam tu... aku tgk muka perempuan tu memang bera, merah padam mungkin tahan malu+ geram.. ish, kalau aku, memang kena sembur la.. aku yang tak kena macam tu pun geram gila baban, nikan pulak orang yang merasa.. sebab tu kot aku tak sesuai dengan kerja-kerja macam ni kot...
consider la sket, masa tu ramai orang, bukan ko sorang je yang order, kitaorang punyer pon lambat jugak.. siap nasik dah abis separuh baru air sampai... relax je... ni ko siap cakap orang tu tak sekolah, bodoh, pe kes?? ko ada PhD ke?? orang ada Phd pon tak wat perangai camtu.. kerek gile kot..
lagipon, kerja dia amik order je, bukan prepare makanan tu...
kalau ye pon nak marah tak payah nak labelling people camtu...
cukupla setakat just bagi hint yang kita tak puas hati dengan servis dia... or tinggikan sket nada suara.. sikit jer yer... jangan bagi pecah satu kedai lak... hihihi
aku pon selalu jugak berdepan situasi macam ni, marah kat kedai makan yang servis cam siput ba**, siap kat pizza hut KT lagi... tapi setakat ni, tak pernah cakap orang bodoh ke tak sekolah ke... marah tu marah jela..
paling tak leh blah, bila tengah2 keadaan panas tu, datang sorang waitress ke supervisor ke taktau la, buleh pulak indian tu cakap leklok, kenapa? sebab dia indian jugak ke yang bleh cakap baik2.. yang tadi sebab melayu, ko pun cakap la bodoh sume tu yer...tak sangka betul leh jumpa orang rasis depan mata...waitress melayu tu siap bila sume order indian dia anta, siap ucap i'm sorry sir lagi... kalau aku, kirim salam la.. kalau nak kena resign, pon sanggup...
yela, walaupun kerja dia cuma waitress, dia pon manusia jugak..
jangan anggap macam yang kerja-kerja camtu tu low sangat... tak jugak...
mungkin sebenarnya dia jauh lagi mulia dari kita yang gaji sampai 4 angka ni...
really, i feel sorry for that girl... kerjaya dia menuntut dia untuk sentiasa merendahkan martabat dan airmuka demi customer
for that indian, you applied the wrong concept of "customer is always right"... aku rasa bukan waitress tu yang bodoh dan tak sekolah.. sebaliknya, orang dapat menilai sapa sebenarnya yang layak dapat title tu...