meriah walaupun sekolah kecik..
ada sukaneka, walaupun kebenaran diberikan hanya untuk baca perutusan sahaja.. tak syokla kan kalau tak ada acara main2 sebab hari tu hari kita diraikan ataupun hari guru SYOK sendiri sebab sume plan sendiri... hehe, syok sendiri pon takpela, janji seronok.
kemudian acara cari barang ikut list yang diberi. kena cari 3 batang pen biru dan 5 jenis daun lain saiz... acara ni ramai yang main ngelat..
huhuhu, kemudian acara murid tahap satu, cari gula2 dalam tepung. apalagi kan, sorang-sorang muka disalut tepung lah...
diikuti acara lawn bowl tuk tahap dua.. paling best pastu acara cikgu main lempar dan sambut belon berisi air serentak.. ni acara paling lama tuk cari pemenang.. tapi bangga sebab dapat ke final dan dapat no 2, compete dengan 2 orang cikgu laki.. haruslah bangga sebab dorang pakai seluar, senang nak lari dan tangkap belon tu.. kita lak pakai kain yang susun depan, dengan high heels lagi.. heeee... malu la kan kalau cikgu pj tapi nak sambut pn tak reti sedangkan kita mengajar cara menyambut yang betul. jadik ironi lak kat situ. =p
sempat pose walaupun tengah compete sambut belon.. huahuahua... |
kemudian acara baling dart, yang ni memang surrender awal2, tak reti, sume tak mengena markah.. 0 terus.. acara ni dimenangi cikgu lelaki dua2...
acara seterusnya adalah acara tarik teh, tengok sapa buih paling tinggi... yang ni pon memang cikgu laki yang menang.. buih yang ku tarik hanya mampu mencapai 3cm sahaja, yang menang tu 7 cm.. tuk yang nak petua buat teh tarik banyak buih, pastikan susu tu banyak yer...
kemudian acara dewan, makan2 yang best!!, kemudian potong kek hari guru, penyampaian hadiah sambil makan kek, dan cabut undi untuk hadiah sesama guru dan staf..
memang sangat best walaupun hadiah masa jadi guru sebenar tak sebanyak semasa menjadi guru praktikum... dapat 4 hadiah je dari murid2.. dan 1 kad daripada YB Dato' Zahid Hamidi. pun dapat sms daripada MB Perak, Dato' Zambry Abd Kadir.. yang lain2 hadiah acara permainan dan tukar2 adiah sesama guru..
paling best for sure la menyertai setiap acara yang memang menyeronokkan.. memang rasa hari tu kita punya betul2.. pepun, SAYA BANGGA MENJADI GURU...